Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan:

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar (Wiggins,
1989).
Ciri-ciri Penilaian Projek
i.

Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk yang nyata iaitu boleh dinilai
dengan lisan, visual dan kinestetik

ii.

Tempoh penilaian adalah dalam jangka masa panjang

iii.

Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar serta mampu


menerangkan fungsinya.

iv.

Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Semua idea murid


adalah diterima dan tidak salah asalkan tidak terpesong dari tema yang
diberikan.

v.

Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif seperti membuat atau


menyediakan projek dan kumpulan koperatif.

vi.

Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan

vii.

Peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi


pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

viii.

Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu khususnya


dalam menghasilkan reka bentuk projek yang sesuai.

ix.

Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.

x.

Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

xi.

Aktiviti yang bermakna

Jenis-jenis penilaian projek:


i.

Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau
bertulis (fungsi produk)

ii.

Extended tasks assignment menghuraikan fungsi, melaksana projek dan


menerangkan fungsi produk, membina model.

iii.

Portfolio - koleksi tugasan berdasarkan prestasi

iv.

Tugasan prestasi penerangan fungsi produk, kefungsian produk.

BROSUR :
i.

Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang


sesuatu.

ii.

Penilaian berasaskan projek : Power Point , risalah dan web

POWER POINT:
i.

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.

ii.

Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara


professional.

iii.

Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan


menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan

ciri-ciri tambahan persembahan seperti background format, drawing,


colour, dan ciri-ciri pengawalan masa.
iv.

Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang


untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat dan Objektif


i.

Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat


mampat dan memperbanyakkan bahan p&p berasaskan I

ii.

Merangsang para pelajar dan guru mencipta bahan P&P berasaskan ICT

iii.

Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

Ciri-Ciri
i.

Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah


berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran
semasa

Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:


i.

Hasil ciptaan sendiri

ii.

Berkonsepkan pembelajaran kendiri

iii.

Berasaskan Windows

iv.

Interaktif

Aspek penilaian adalah seperti berikut:


1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan

4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.
Melalui pembentangan isi
i.

Topik yang disampaikan

ii.

Idea.

iii.

Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai


dengan audiens

iv.

Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan

Cara penyampaian kepada audiens


i.

Berkeyakinan

ii.

Tidak membaca paparan sepenuhnya

iii.

Memahami topik yang dibincangkan

iv.

Dapat memahami kemahuan audiens

v.

Sesuai dengan golongan sasar

vi.

Tidak menyentuh isu-isu yang sensitive

vii.

Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)

RISALAH
i.

Persembahan yang menarik

ii.

Pemilihan isi yang menarik

iii.

Topik yang menarik

iv.

Penggunaan laras bahasa yang sesuai

v.

Ringkas dan padat

vi.

Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)

vii.

Menarik perhatian

viii.

Rekaan yang sesuai

ix.

Mengetahui golongan sasar yang difokus.

HALAMAN SESAWANG : WEB


i.

Persembahan rekaan

ii.

Penggunaan teknologi maklumat yang efektif

iii.

Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman

iv.

Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan
sensitif

v.

Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki

vi.

Penggunaan laras bahasa yang sesuai

vii.

Mempunyai maklumat tambahan

viii.

Mempunyai jaringan yang luas

Kesimpulannya, melalui penilaian projek ini, kita dapat mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar. Selain itu, kita juga dapat memperoleh skor yang diberi

berdasarkan kriteria spesifik serta dapat membantu pelajar mengesan bidang-bidang


kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

Anda mungkin juga menyukai