Anda di halaman 1dari 18

PROMOSI MEDIA SOSIAL SEBAGAI FAKTOR RANSANGAN MINAT BUKU

ILMIAH
Muhammad Shahrul Abdul Rahman
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Media sosial dipercayai digunakan sebagai medium interaksi, pencarian bahan atau produk
dan paling penting promosi kepada ransangan seseorang untuk minat kepada buku ilmiah
yang kini telah mula digunakan secara aktif sebagai ransangan minat kepada ilmu yang
berterusan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah faktor media sosial
meransang pelajar dalam meminati buku ilmiah yang diterbitkan oleh institusi pengajian
tinggi melalui media sosial yang dipilih. Kajian telah dijalankan di Universiti Sains Islam
Malaysia yang melibatkan 40 pelajar dari segenap program dengan bantuan dan kerjasama
fakulti bagi mempromosikan bahan ilmiah dari universiti berkenaan. Kajian mendapati 95
peratus responden mempunyai laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dan
setengah daripada mereka melayari internet lebih daripada 6 jam dalam seminggu. Analisis
hubungan kajian mendapati minat kepada buku ilmiah berkait rapat dengan promosi yang
kuat dari media sosial yang menjadi pendorong utama responden meminati secara mendalam
buku-buku ilmiah yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi. Walaupun bidang keilmuan
dan bahan ilmiah adalah berbeza dalam kalangan pelajar, tetapi faktor media sosial adalah
ransangan terkuat mempengaruhi minat terhadap buku ilmiah. Dengan itu promosi buku
ilmiah dalam media sosial dengan pelbagai pendekatan yang jitu akan meningkatkan minat
pelajar dalam memotivasikan mereka ke arah kecintaan dan penghargaan kepada golongan
intelektual lebih-lebih lagi dari kalangan pendidik.
Kata Kunci: promosi; media sosial; ransangan; buku ilmiah
Pengenalan
Penggunaan media sosial sebagai medium untuk mempromosi bahan atau produk
sememangnya telah banyak dikaji (Ran et al. 2010 dan Maggie et al. 2010). Media sosial
samada memberikan impak yang positif terhadap promosi kerana jaringan dan jangkauan
kepada media baharu ini adalah meluas untuk sampai kepada sasaran yang berpendidikan.
Dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), promosi merupakan
1

aktiviti atau proses penting yang perlu dilalui dalam sesebuah perluasan ilmu, termasuk
penggunaan buku ilmiah. Proses ini penting untuk kelangsungan minat pengguna. Apatah
lagi, penerbitan ilmiah atau buku-buku pengajian tinggi dikatakan amat sukar untuk mencipta
keserasian dan minat yang mendalam melainkan dengan pendapatan yang lumayan
(Shaharom 2012) walaupun penerbitannya bertujuan untuk penyebaran dan pembinaan
tembok ilmu yang merealisasikan kepada peningkatan kualiti kehidupan dan kemajuan
manusia (Shahril Anwar 2012). Oleh itu, promosi pemasaran yang baik dan efektif amat
diperlukan. Penggunaan laman sosial dalam membentuk strategi promosi terdapat pelbagai
faktor yang perlu diambil kira. Antaranya ialah faktor seperti faktor teknologi, faktor
penggunaan media sosial dan minat buku ilmiah menjadi antara faktor yang tidak boleh
dinafikan dalam sesuatu proses promosi. Faktor ini boleh mempengaruhi penyebaran bahan
maklumat seperti buku ilmiah, terutama dalam mendapatkan perhatian dan menggarapkan
minat pelajar atau pelanggan. Teknologi juga lazimnya membantu pelajar menjimatkan masa
dan kos. Perkembangan dan pembangunan teknologi yang berlaku membantu menyebarluas
ilmu dengan lebih efektif dan pantas. Hubungan teknologi dengan pengguna yakni pelajar
juga dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, faktor ini perlu diberi perhatian
yang sewajarnya untuk terus berada dalam promosi bahan ilmiah dengan lebih holistik.
Walaupun perkara ini tidak begitu dihiraukan dalam pertimbangan ekonomi dan pengurusan
tradisional, teknologi tidak lagi diambil mudah dan semakin diambil kira dalam polisi
sesebuah promosi (Capon & Glazer 1987).
Menurut Pyun dan James (2009) mengatakan bahawa dalam promosi (berkaitan
pengiklanan), apa yang penting adalah mengenai perancangan promosi secara efektif yang
dapat mendorong keberhasilan suatu bahan ilmu diperluaskan. Matlamat akhirnya adalah
untuk mendapatkan keuntungan dari segi mencapai target kepada pengguna terakhir bagi
suatu bahan yang dirangsangkan. Dengan itu, ransangan promosi mestilah mampu
meningkatkan motivasi dan minat pelajar (pengguna) untuk bertindak meminati serta
membaca bahan ilmiah (Wang & Sun 2010). Yang dimaksudkan dengan perancangan
promosi yang efektif adalah dengan menyebarluaskan informasi dan maklumat mengenai
suatu bahan mahupun produk yang bertujuan untuk menciptakan dan memperkenalkan secara
terperinci ciri-ciri bahan atau produk yang diransangkan. Diharapkan ransangan tersebut
dapat mempengaruhi sikap pelajar, sehingga mereka dimotivasi untuk lebih berminat dan
mengetahui secara terperinci mengenai bahan ilmiah yang diransangkan.

Ransangan media sosial yang pantas dan efektif lazimnya akan menimbulkan perhatian yang
lebih menarik dan membantu pelajar memproses maklumat sehingga menimbulkan minat dan
bersikap positif terhadap bahan ilmiah yang ditonjolkan.
Dalam Facebook umpamanya, pengguna memilih media sosial itu kerana media tersebut
menawarkan potensi maklumat yang lebih dekat dan praktis dalam perluasannya, serta
terdapat kepuasan yang dirasakan dalam mendapatkan informasi yang lengkap lagi-lagi
laman sosial yang diguna oleh pengguna seluruh dunia. Twitter dan Instrgram sebagai
medium kepada pelajar yakni pengguna yang mempunyai inisiatif dalam memuaskan
keperluan mereka menggunakan tweet dan foto yang menjadi media yang spesifik,
maksudnya adalah manusia menyampaikan bahan ilmu kepada yang lain dan akhirnya
mereka memilih media tersebut untuk mendapatkan faedah dari penggunaan yang
melalaikan.
Satu hal yang berkaitan dengan promosi, ia meliputi semua perkara yang terdapat dalam
elemen promosi yang peri utamanya adalah mengadakan komunikasi yang bersifat memujuk.
Menurut pengkaji Slanton, "Promotion is an exercise in information persuasion and
communication". Menurutnya promosi merupakan usaha dalam bidang informasi yang
berusaha memujuk dan berkomunikasi. Ketiga-tiga hal ini tersebut saling berkait antara satu
sama lain. Sehubungan dengan itu, selaku pemberi informasi, kita berusaha untuk memujuk
pengguna, di lain pihak pula yang dipujuk kerana mereka adalah penerima yang mendapatkan
informasi.
Promosi penjualan adalah insentif atau perkara jangka pendek untuk meningkatkan
pembelian atau penjualan suatu produk yang mana pembelian dilakukan serta-merta.
Kegiatan promosi yang termasuk dalam promosi penjualan ini misalnya pemberian kupon,
pertandingan, pameran dan lain-lain. Selain itu juga, dalam meluaskan suatu program
promosi penjualan, langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah:
(1) Pemasar harus menentukan besarnya insentif yang akan diberikan;
(2) Pemasar harus menetapkan syarat-syarat yang diikutserta para peserta;
(3) Pemasar harus memutuskan bagaimana cara mempromosikan dan menyebarluaskan
program promosi itu sendiri;
(4) Pemasar harus menetapkan lamanya waktu berpromosi;
3

(5) Pemasar harus menetapkan anggaran promosi penjualannya.


Pernyataan Masalah
Bahan ilmu atau lebih dekatnya, bahan ilmiah seperti buku akademik, keagamaan, bahan
berfakta, jurnal dan penyelidikan yang berkepentingan daripada penulis atau penerbit
akademik sering dipandang enteng dan sepi oleh hampir semua pelajar atau penuntut di
sesebuah sekolah atau institusi kerana sikap kurang minat rakyat Malaysia dalam membaca
bahan-bahan ilmiah dan akademik melainkan mereka yang benar-benar mencari bahan ilmiah
walau dalam pelbagai keadaan sekalipun termasuk membelinya secara terus di kedai atau
mendapatkannya daripada penulis akademik itu sendiri. Rakyat Malaysia khususnya pelajar
dan penuntut universiti lebih cenderung mencari bahan-bahan bacaan seperti novel, komik
dan bahan berunsur humor dan komedi. Ini boleh dilihat dalam pelbagai ekspo buku yang
dianjurkan di negara ini seperti The Big Bad Wolf yang diadakan setiap tahun, pembeli
seakan terlalu sakan dan lebih berminat terhadap bahan-bahan selain akademik dan ilmiah
yang sepatutnya menjadi pilihan terutama pelajar dan penuntut universiti.
Pelajar dan penggemar buku lebih berminat kepada buku yang bersifat hiburan dan novel
percintaan sahaja tanpa mengambil kira keutamaan mereka dalam membeli iaitu membeli
bahan ilmiah melainkan musim peperiksaan atau tugasan. Bahan ilmiah tidak menjadi
tumpuan kepada seseorang ketika mana mereka melayari media sosial, sambil berkomunikasi
dan berkongsi sesuatu perkara. Mereka lebih suka mempromosi atau berkongsi tentang
produk atau bahan selain bahan ilmiah dan sering dipandang sepi.
Cabaran Membentuk Budaya Yang Membaca
Desakan keperluan ekonomi isi rumah boleh dikatakan salah satu punca golongan pelajar
kurang membaca. Peningkatan kos kehidupan negara membangun seperti Malaysia
menghimpit mereka untuk mengejar kesenangan material dengan mengorbankan masa untuk
membaca dan perolehan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi bahan ilmu dan berilmiah.
Lebih membimbangkan ialah sifat cintakan ilmu pengetahuan yang semakin menipis dek
kerana promosi dan pasaran yang begitu sempit sehingga masyarakat hanyut dibawa arus
hedonisme yang membuatkan tabiat membaca terbatas kepada buku-buku teks dan nota-nota
kuliah untuk tujuan peperiksaan, dan bukannya lahir daripada kecintaan ilmu dan keinginan
meneroka perbatasan ilmu yang sedia ada.

Komuniti setempat berperanan penting meringankan beban ini melalui penubuhan kelabkelab buku di kalangan para pelajar universiti, persatuan atau fakulti. Sedikit sebanyak, beban
kos buku berkualiti yang tinggi dapat dipikul bersama. Malahan, kelangsungan budaya
membaca dan kebertanggungjawaban membaca sebagai ahli kelab buku juga dapat
diterapkan.
Wujud langkah-langkah memperkasa koleksi perpustakaan tempatan serta kempen-kempen
mengimarahkannya turut berperanan melengkapi usaha menggalakkan budaya membaca dan
menyegarkan kecintaan terhadap ilmu. Namun ia masih tidak cukup untuk memupuk mereka
dalam memiliki dan menjadikan bahan ilmiah sebagai bahan utama dan ia tidak lari dengan
konsep kebiasaan dan merupakan langkah manual yang tidak dilihat sebagai faktor ransangan
yang begitu sempurna kerana semakin dilupai masyarakat masa kini. Dengan itu, langkah
drastik yang memungkinkan mereka merangsang untuk membaca bahan ilmiah dan akademik
adalah melalui media soaial.
Dengan adanya media sosial dewasa ini, secara tidak langsung penulis-penulis akademik
dapat mempromosi dan memasarkan hasil karya dan dapatan mereka dengan pencinta atau
penuntut sesebuah institusi atau sekolah yang ingin mendapatkan bahan untuk menelaah dan
menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang masing-masing di samping sifat media
baharu seperti media sosial yang merentasi dunia tanpa sempadan, memungkinkan pelajar
boleh mendapatkan bahan ilmiah dengan lebih teransang, mudah, efisien dan berkesan.

Objektif Kajian
1. Untuk mengenalpasti media sosial sebagai bahan ransangan minat pelajar terhadap bahan
ilmiah.
2. Untuk menjadikan bahan ilmiah sebagai bahan atau produk pilihan pelajar.
3. Untuk menentukan mana-mana tiga media sosial sebagai medium terbaik mempromosi dan
meransang pelajar terhadap bahan ilmiah.

Metodologi Kajian
Kajian ini telah dijalankan ke atas 40 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar Unversiti
Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai yang mana mereka datang dari pelbagai bidang, fakulti
dan program di universiti tersebut. Pengumpulan data melalui kaedah tinjauan dan kaji
selidik dilakukan dari 4 hingga 21 Mei 2015 yang mana penulis melakukan tinjauan di sekitar
perpustakaan dan beberapa fakulti ke atas 40 pelajar yang dipilih. Rata-rata yang dipilih
merupakan pelajar yang sering menggunakan internet sebagai rujukan utama tanpa
melakukan rujukan daripada bahan ilmiah tertentu untuk tugasan mahupun kerja mereka.
Adapun responden dilihat tidak begitu berminat untuk membeli bahan aau rujukan ilmiah
melainkan membuka media sosial, internet atau media baharu yang mudah untuk diakses di
mana sahaja. Dengan melihat ketaksuban dan rujukan pilihan mereka adalah media sosial,
penulis telah mengambil tindakan berpakat dengan pihak fakulti masing-masing bagi
mempromosi dan memasarkan buku akademik dan bahan ilmiah terkini bagi mempengaruhi
pelajar untuk memilikinya selain membuat rujukan ke atas tugasan yang mereka perolehi
daripada pensyarah mereka. Memandangkan kos pembelian dan untuk memiliki sesebuah
buku juga diambil kira oleh mereka, kerjasama dengan pihak fakulti melalui laman sosial
setiap fakulti memudahkan pelajar universiti merujuk dengan tidak teragak-agak.
Walau ahli akademik seperti pensyarah mewajibkan mereka membelinya namun tidak semua
mampu memilikinya. Dengan adanya laman sosial yang diwujudkan bermula Facebook,
diikuti Twitter dan seterusnya Instagram membolehkan promosi dan pasaran bahan ilmiah
sebagai faktor ransangan dan pengaruh kepada pelajar universiti berkenaan.
Kajian ini telah menggunakan beberapa konstruk:
Pendedahan media
Pendedahan media dalam kajian ini bermaksud sejauh manakah individu memberikan
tumpuan kepada sesuatu promosi berkaitan dengan bahan ilmiah dalam media sosial. Untuk
mengukur pemboleh ubah ini responden ditanya dengan soalan berikut : Dalam satu minggu
berapa jam anda menghabiskan masa untuk melayari internet dan mengemudi laman sosial?
Kategori jawapan terbahagi kepada 5 iaitu kurang daripada 2 jam, 2-4 jam, 5-7 jam, 8-10
jam, dan lebih 10 jam. Skor tertinggi ialah 5, sedangkan skor terendah ialah 1 poin.

Tumpuan terhadap iklan bahan ilmiah


Tumpuan terhadap promosi maksudnya sejauh mana responden memberi tumpuan terhadap
promosi dan pasaran dengan mengemukakan soalan berikut: Sejauhmanakah anda memberi
tumpuan kepada promosi bahan ilmiah yang terdapat dalam internet dan media sosial?
Terdapat tiga kategori jawapan yang boleh dipilih oleh responden tidak memberi tumpuan,
sedikit tumpuan dan banyak tumpuan. Skor tertinggi bagi setiap kategori tumpuan terhadap
sesuatu media adalah 3, sedangkan skor terendah ialah 1 poin.

Minat terhadap bahan ilmiah


Minat terhadap sesuatu bahan bermaksud perasaan responden terhadap bahan yang
diiklankan dalam media. Untuk mengukur minat responden terhadap promosi bahan ilmiah
dan akademik, responden telah ditanya seperti berikut: Sejauh manakah anda berminat
terhadap bahan-bahan ilmiah yang dihasilkan oleh pensyarah dan penulis hebat, yang anda
lihat melalui internet dan media sosial?. Responden diberikan pilihan berdasarkan empat
kategori jawapan iaitu sangat berminat, berminat, kurang berminat, dan tidak berminat. Bagi
responden yang memperolehi skor tertinggi iaitu 4 poin, bermakna responden berkenaan
mempunyai minat yang tinggi terhadap bahan ilmiah.

Membeli bahan ilmiah


Setelah tahap berminat, maka tahap yang terakhir adalah membeli bahan. Membeli bahan
ilmiah dalam kajian ini bermaksud membeli bahan tersebut sepanjang tempoh 6 bulan yang
lalu. Soalan yang yang dikemukakan pada responden adalah seperti berikut : Dalam tempoh
6 bulan lepas, berapa kalikah anda membeli bahan ilmiah? Kategori jawapan yang boleh
dipilih oleh responden terbahagi kepada: tidak pernah membeli, sekali, 2-3 kali dan lebih dari
3 kali. Skor tertinggi bagi setiap kategori ialah 3 sedangkan skor terendah ialah 1. Responden
yang menghampiri poin tertinggi dapat dikategorikan mereka lebih cenderung membeli,
berbanding responden yang menghampiri poin terendah. Adapun responden mempunyai
sebab tertentu mengapa mereka tidak membeli dengan menyediakan ruang kosong untuk
menyatakan sebarang pernyataan seperti contoh bahan ilmiah telah disediakan dalam bentuk
PDF.
7

Hasil kajian
Kajian ini mendapati sejumlah 90 peratus responden aktif di dalam internet. Dalam kalangan
responden yang aktif, 42 peratus mengakses lebih daripada lapan jam seminggu atau
sekurang-kurangnya satu jam sehari. Sejumlah 30 peratus lagi menggunakan media sosial
antara dua hingga 7 jam seminggu. Responden yang menggunakan media sosial kurang
daripada satu jam seminggu hanyalah 15 peratus sahaja (lihat Jadual 1).
Data seterusnya menunjukkan perhatian terhadap promosi. Dalam kalangan responden yang
menggunakan media sosial, 67% memberikan tumpuan kepada promosi yang dipaparkan
melalui media sosial dan 23% lagi tidak pernah memberikan perhatian langsung.
Jadual 1: Tumpuan promosi bahan ilmiah dalam media
sosial
Media sosial (%)
Akses kepada internet
Ya

90

Tidak

10

Menggunakan media sosial


Kurang dari 1 jam

15

2-4 jam

12

5-7 jam

30

8-9 jam

14

Lebih dari 10 jam

42

Tumpuan terhadap promosi


Tiada beri tumpuan langsung

23

Memberi sedikit tumpuan

33

Memberi banyak tumpuan

67

Jadual 2: Minat dan melakukan pembacaan bahan ilmiah/pembelian dalam media


sosial
Media Sosial
8

Pernyataan
Facebook
Twitter
Instagram

Minat
Sangat
berminat
Tidak pasti
Kurang
berminat

75%

Tidak
berminat

12%

8%

5%

14%
9

34%

23%

29%

71%

14%

9%

10

6%
Melakukan pembacaan/membeli
Tidak pernah
Sekali
2-3 kali
Lebih dari 3 kali

5%

66%

14%

15%

73%

11%

9%

7%

11

14%

66%

15%

5%

Selepas kajian tumpuan terhadap promosi bahan ilimiah, menerusi jadual 2 menunjukkan
peratus kajian yang diperolehi yang mana melalui minat, seterusnya konstruk melakukan
pembacaan atau membeli bahan ilmiah menerusi pilihan media sosial yang disediakan. Hasil
kajian menunjukkan laman sosial atau media pilihan pelajar adalah Facebook. Sehubungan
dengan itu, Facebook menjadi pilihan pelajar dengan mencatatkan 75 peratus bagi tujuan
promosi bahan ilmiah terhadap ransangan mereka. Seterusnya melalui tindakan pelajar untuk
membaca sekurang-kurangnya selain membeli, kebarangkalian pelajar membeli dengan
sekali berada pada peratus yang sangat memberangsangkan iaitu, 66 % melalui Facebook.
Selain dari Facebook, media sosial lain yang juga mencatatkan peratus tertinggi dan menjadi
pilihan iaitu Instagram. Sebanyak 71% pelajar mengakui promosi di Instagram lebih
meransang mereka untuk minat terhadap bahan ilmiah. Seterusnya, sama seperti yang
dicatatkan untuk Facebook, Instagram menjadi media sosial pilihan pelajar untuk meransang
mereka membeli atau sekurang-kurangnya membaca pada di laman sosial tersebut bagi
memupuk minat mereka.
Berbanding kedua-dua laman sosial, Facebook dan Instagram, Twitter kurang menjadi pilihan
pelajar dengan mencatatkan peratus sangat berminat dengan peratus yang rendah iaitu 29%
12

manakala pernyataan kurang pasti mencatatkan peratus tertinggi iaitu 34%. Ia juga
bersangkut paut dengan peratus yang dicatatkan untuk pernyataan tidak pernah membeli atau
membaca sekurang-kurangnya (bentuk PDF) dengan catatan 73 %, iaitu juga tertinggi bagi
meransang mereka terhadap bahan ilmiah. Ini mungkin disebabkan sifat Twitter itu sendiri
yang hanya berkonsep kepada penghantaran pos dan mesej secara ringkas dan terlalu mudah
yang mana tidak sesuai kepada promosi sesuatu produk atau bahan ilmiah berbanding
Facebook dan Instagram.
Melalui kajian ini juga, peratus kajian juga menunjukkan pelajar tidak terlalu berminat untuk
mengulangi pembelian atau melakukan pembacaan secara berulang melalui konstruk 2-3 kali
atau lebih daripada 3 kali dengan peratus tidak melebihi 15 peratus selain konstruk sekali
yang sememangnya mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dan tidak dijangka.
Dengan peratus kajian bagi konstruk-konstruk di atas menunjukkan pelajar masih berminat
untuk memiliki bahan ilmiah atau sekurang-kurangnya membaca sekaligus pelajar berminat
terhadap promosi yang dibuat bagi tujuan ransangan mereka terhadap bahan ilmiah di media
sosial.

Perbincangan Kajian
Melalui hasil kajian di atas, sememangnya suatu kajian yang masih dianggap releven di atas
promosi bagi bahan ilmiah kerana ia bersandarkan kekuatan promosi bagi meransang pelajar
untuk meminati, membeli atau membaca bahan ilmiah sekaligus tidak mengabaikan promosi
bahan atau buku ilmiah yang sering dipandang sepi oleh bukan sahaja pelajar malah
pengguna-pengguna media sosial lain. Sehubungan dengan itu, pilihan media sosial juga
penting bagi merealisasikan kegiatan promosi yang lebih kuat dan jitu berkenaan bahan
ilmiah yang dihasilkan oleh penerbit, pensyarah dan pihak-pihak berkaitan. Di sini kita
melihat bagaimana media sosial menguasai seseorang pelajar mahupun pengguna dalam
memilih, membeli, membaca, mengenalpasti produk dan bahan seterusnya menjadi tunjang
kepada perhatian dan ransangan yang berkekalan.

13

Facebook dilihat media sosial paling diminati dan menjadi pilihan kerana ia sudah terbukti
berjaya memberikan promosi yang sangat cepat meluas dan pantas, lebih-lebih lagi pengguna
telah menemui laman sosial yang sangat bersesuaian dengan tujuan promosi untuk meransang
iaitu Instagram yang hanya memerlukan gambar, kapsyen dan membuat tag kepada sesiapa
yang berkenaan. Oleh itu media sosial bukan sahaja menjadi medium promosi tetapi ia juga
digunakan dan dilihat sebagai multi-medium dan berseuaian dalam apa jua keadaan dan masa
tanpa rentetan atau tergendala.

Penggunaan Media Sosial sebagai Saluran Ransangan Terhadap Bahan Ilmiah dan
buku akademik
Penerbitan bahan ilmiah adalah antara elemen penting yang perlu ada pada sesebuah
universiti, sekolah atau institusi dan lazimnya diuruskan oleh penerbit, pensyarah university
atau guru sekolah. Penerbit bahan ilmiah ini mampu menjadi alat perhubungan awam yang
dapat mempromosi nama mereka sendiri dan merangsang minat seseorang pelajar sesebuah
institusi di dalam mahupun luar negara (Hamedi 2010). Kebanyakan dari mereka
menggunakan media sosial sebagai salah satu strategi promosi dan pemasaran untuk bahan
terbitan dan ilmiah mereka. Dua elemen utama media sosial sebagai bahan ransangan kepada
bahan ilmiah:

1) Media Sosial sebagai Medium Perhubungan Awam


Media sosial mengenengahkan skop yang lebih baik untuk tujuan perhubungan awam, iaitu
dalam membangunkan dan menguruskan aliran maklumat terhadap pelajar dengan bahan atau
produk yang dirangsangkan (Grunig & Hunt 2010). Media sosial boleh mengubah sifat
perhubungan awam kerana media sosial itu sendiri boleh bertindak sebagai alat perhubungan
awam, yang merupakan sesuatu yang amat penting dalam semua aktiviti promosi dan
pemasaran. Kewujudan media sosial dapat meningkatkan ransangan dan minat kepada
seseorang. Ini kerana dengan media sosial, bahan ilmiah lebih mudah dikenali dan diketahui
kewujudannya oleh orang ramai. Dengan paparan halaman yang menarik serta pengisian
maklumat yang lengkap, imej bahan dapat dibina dengan lebih cepat berbanding menerusi
kaedah konvensional.

14

Ia juga menawarkan cara baharu untuk mewujudkan perhubungan yang erat dengan
pelanggan, yakni pelajar (Sterne 2009), di samping kebanyakan pendedahan yang
menggunakan media sosial hanyalah produk atau bahan yang bersifat keuntungan, bukan
kepada bahan yang bermanfaat dan berguna. Oleh itu, media sosial juga mampu menjadi
media pehubungan awam kepada sesuatu bahan ilmiah mahupun akademik, bukan
perhubngan awam kepada produk atau pihak yang hanya mengejar keuntungan semata, tanpa
meletakkan manfaat di aras yang betul dan terkini.

2) Media sosial sebagai Saluran Promosi


Promosi dilihat sebagai satu bentuk ransangan dan komunikasi istimewa yang khusus bersifat
pujukan. Ada juga yang melihatnya sebagai cara untuk memotivasikan dan menarik pelajar
untuk bertindak balas dan minat kepada bahan ilmiah. Di sini jelas bahawa promosi bertujuan
untuk merangsang permintaan atau minat terhadap sesuatu produk, bahan atau perkhidmatan.
Malah bagi Yesil (2008), media sosial merupakan medium baharu promosi, terutama
pengiklanan, yang terbaik selepas kehadiran televisyen dan radio dan terdapat perbezaan
yang besar antara promosi tradisional dengan Internet. Promosi tradisional merupakan aktiviti
pasif yang membolehkan orang ramai menerima mesej tanpa mencarinya.
Namun, Internet, yakni media sosial adalah segala-galanya yang mempunyai nilai yang hebat
sejak media sosial menyediakan peluang untuk menyampaikan maklumat melalui ruang
perkongsian dan komentar berkenaan produk atau bahan dan faedah-faedahnya berbanding
media lain yang memerlukan penggiat promosi membayar berdasarkan masa dan ruang.
Sesuatu media sosial juga boleh dianggap sebagai ransangan kerana boleh memenuhi objektif
dan tujuan utama promosi seperti untuk memaklumkan, memujuk, dan mengingatkan orang
ramai lebih-lebih lagi pelajar tentang sesuatu bahan ilmiah dan produk akademik. Cara yang
paling lazim adalah dengan menggunakan risalah atau katalog elektronik. Paparan katalog
membolehkan pengunjung media sosial mendapat maklumat berkenaan judul-judul bahanbahan ilmiah yang dihasilkan atau diterbitkan dan memudahkan mereka melakukan
pembacaan, revisi, pesanan atau tempahan. Katalog ini boleh diubah atau dikemaskinikan
pada bila-bila masa untuk memaparkan sebarang maklumat baharu dan terkini seperti terbitan
baharu, tawaran, mahupun info terkini.
Cadangan Kajian
15

Kajian ini hanya melibatkan tiga media sosial yang terkini dan terpakai iaitu Facebook,
Twitter dan Instagram. Mungkin perlu adanya kajian ke atas promosi yang dibuat ke atas
laman blog atau web yang menjurus kepada promosi tentang bahan akademik universiti dan
buku akademik yang diterbitkan oleh pihak university dan sekolah bagi memastikan buku dan
bahan ilmiah tetap menjadi pilihan pelajar atau pengguna media sosial bukan sekadar
bermusim. Untuk kajian di atas juga, tumpuan hanya dilakukan ke atas pelajar-pelajar di
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan responden hanya sebanyak 30 orang.
Untuk kajian mendatang, responden dilihat mampu ditambah kerana bilangan bagi sesebuah
institusi tidak terhad dan terdapat ramai pelajar yang boleh dijadikan responden dan sampel
dari pelbagai latar belakang pendidikan dan bidang, fakulti, semester serta kelab dan
persatuan. Ia juga boleh diperluaskan kepada mana-mana institusi, universiti atau sekolah
selain dari USIM seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) atau mana-mana sekolah yang dirasakan sesuai dengan kajian
yang diajalankan.
Bermakna kajian ini tidak terhad kepada sesuatu tempat sahaja, ia boleh dilakukan di mana
sahaja dan diubah beberapa konstruk yang lebih sesuai dengan responden yang ingin dikaji
seperti pelajar-pelajar sekolah atau pelajar universiti swasta dan kolej yang menjadi pilihan.
Ia juga tidak tertakluk kepada pelajar dan boleh diperluaskan kepada pengguna media sosial,
orang awam, pengguna blog serta web dan sebagainya.

Rumusan
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa media sosial sebagai satu medium baharu dan
terkini sebagai alat ransangan kepada minat seseorang lebih-lebih lagi pelajar terhadap bahan
ilmiah. Dalam konteks kajian ini golongan pelajar telah menggunakan media sosial sebagai
sumber iklan bagi bahan-bahan dan buku ilmiah. Kajian ini menyokong andaian bahawa
ransangan terhadap iklan dan minat terhadap produk ilmiah sebagai pemboleh ubah
pendorong untuk seseorang membeli sesuatu bahan ilmiah walaupun ia bersifat konservatif
dan subjektif . Dengan itu bagi penggiat promosi, kreativiti sesuatu ransangan atau tarikan
mestilah dapat menarik perhatian pengguna, lebih-lebih lagi pelajar bagi kajian ini untuk
memberikan tumpuan yang tinggi terhadap sesuatu produk ilmiah sebelum dapat menarik
minat dan seterusnya mempengaruh tingkah laku pembelian sesuatu bahan ilmiah.
16

Begitu juga bagi yang sudah pun membeli sesuatu bahan ilmiah atau produk tidak semua
akan berpuashati dengan pembelian tersebut. Kajian ini mendapati tidak semua yang membeli
bahan ilmiah ini akan mengekalkan rasa puas dan ingin membeli lagi di masa akan datang.
Dalam kalangan yang tidak berpuas hati, ransangan terhadap pembelian kali pertama akan
terhenti tanpa ada kesinambungan dalam ransangan tersebut. Walau bagaimanapun dalam
kalangan yang berpuas hati kemungkinan besar mereka akan mengulangi pembelian di masa
akan datang mungkin kerana kaedah media sosial yang dekat dan mudah menarik perhatian
sehingga menimbulkan minat dan keterujaan sesuatu bahan ilmiah.
Di samping itu, bahan ilmiah memerlukan ransangan dari media yang berkaliber dan terkini
seperti media sosial kerana ia mengikut peredaran zaman yang begitu pesat. Jika diikutkan,
bahan ilmiah kurang diberi pendedahan dan tidak ditanam minat oleh para pelajar disebabkan
terlalu biasa disediakan atau kurang publisiti di dalam mana-mana media. Seharusnya bahan
ilmiah menjadi bahan yang terkuat dari segi promosi dan ransangan kepada pembeli agar ia
releven dan kekal sehingga bila-bila dan bukan menjadi pilihan yang terakhir kepada bahan
ransangan yang diminati.
Jelas dengan adanya media sosial, ia menunjukkan kehadiran internet memberi pelbagai
kebaikan kepada semua pihak kerana keistimewaan yang ditawarkan dan boleh digunakan
untuk pelbagai tujuan termasuk promosi bagi bahan ilmiah. Malah, potensi media sosial
untuk menarik minat dan merangsang pelajar dilihat sebagai sesuatu yang unik. Juga, dengan
adanya laman sosial ini memberi peluang kepada pensyarah atau penerbit bahan ilmiah untuk
mengekalkan keadaan dan pelanggan yakni pelajar meneroka peluang dan pasaran yang lebih
luas, terkini dan terkehadapan.

Rujukan
Geuens, M. Pelsmacker, P. D. dan Faseur, T. (2010). Emotional advertising: Revisiting the
role of product category. Journal of Business Research. Elseiver.
Jen-Her Wu, Shu-Ching Wang, Ho-Huang Tsai. (2010). Falling in love with online games:
The uses and gratifications perspective. International Journal Computers in Human Behavior
(26 ):18621871.
17

Mohd Khori Md Saman. 2012. Laksanakan strategi pemasaran yang efektif. MAPIM.
www.1mapim.my/index.php?option=com_content&view=article&id=115:laksanakanstrategipemasaran-yang-efektif-&catid=42:latihanbangkel&Itemid=40
Pyun, D. Y. dan James, J.D. .(2010). Attitude toward advertising through sport: A theoretical
framework. International Journal of Intercultural Relations. Elseiver Ltd.
Ran, W., Hao, X., & Ji, P. ( 2010). Examining user behavioral response to SMS ads:
Implications for the evolution of the mobile phone as a bona-fide medium. Telematics and
Informatics (27)3241.
Rusmini (2013). Strategi Promosi sebagai Dasar Peningkatan Respons Konsumen. Politeknik
Negeri Semarang. Jurnal Pengembangan Humaniora Vol. 13 No. 1, April 2013.
Shahrom

TM

Sulaiman.

2012.

Kelesuan

penerbitan

ilmiah.

Kosmo.

Ogos.

www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm
Shahril Anuar Abdul Ghalim. 2012. Kelangsungan penerbitan ilmiah. Dewan Masyarakat.
Ogos.
Soehadi, Agus. 2010. Effectiveness Brand Building. Jakarta : Penerbit Quantum Bisnis dan
Manajemen.
Triady, Dendy dan Bharata, Addy Sukma. 2010. Ayo Bikin Iklan : Memahami Teori &
Prakterk Iklan Media Lini Bawah. Jakarta : Elex Media Komputindo.

Wang, Y. & Sun, S. (2010). Assessing beliefs, attitudes, and behavioral responses toward
online advertising in three countries. International Business Review.Elseiver.

18

Anda mungkin juga menyukai