Anda di halaman 1dari 19

TAJUK

: SINGA YANG SOMBONG

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.
Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.Suatu hari, semua haiwan di
rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana
untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil
bangun dan bersuara.
Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang
semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu.
Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa
itu. Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain. Siapa ada cadangan,
silakan kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara,
Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu. Haiwan lain
ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Selain saya, siapakah yang
berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita
sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan
disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak
Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri
Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan
denganku. Kata Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku?
Tanya Singa itu sambil ketawa. Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil,
tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar. Jawab Tebuan penuh semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusingpusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu
menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke

dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya
mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua
binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang
yang kecil tidak semestinya lemah.
2.

Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah

3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita
fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang
cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal. Sekian, terima
kasih.

Kisah pohon epal..


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang
kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini
setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuaspuas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal
tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon
epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi
menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut.
Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah
yang sedih. Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pohon epal itu. Aku
bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, jawab
remaja itu. Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,
tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata,
Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan
wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan.
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari
situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa
berlaluSuatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak
pohon epal itu.Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk
mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan
untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku? Tanya anak itu.
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahandahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. Pohon epal itu
memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong
kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun
turut gembira tetapi kemudiannyamerasa sedih karena remaja itu tidak kembali
lagiselepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia
sebenarnya adalah anak lelaki yangpernah bermain-main dengan pohon apel itu.
Dia telah matang dan dewasa.Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak
pohon epal itu. Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka

bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk


belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?
tanya lelaki itu.
Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar
dengangembira, kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan
menebang batangpohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ
dengangembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namunbegitu, pada suatu
hari, seorang lelaki yang semakindimamah usia, datang menuju pohon apel itu.
Dia adalahanak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu.
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahkuuntuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangkuuntuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir
mati kata pohon apel itu dengan nadapilu.
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigiuntuk memakannya, aku
tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu
batangpohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan
ingin istirahat, jawab lelaki tuaitu.
Jika begitu, istirahatlah di perduku, kata pohonapel itu.Lalu lelaki tua itu
duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua
menangiskegembiraan.
Tersebut.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua
ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika
kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup.
Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita
didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolongkita dan melakukan
apa saja asalkan kita bahagia dangembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir
bahwa anak lelaki itu bersikapkejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah,
ituhakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kinimelayan ibu bapa
mereka. Hargailah jasa ibu bapakepada kita. Jangan hanya kita menghargai
merekasemasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Arnab Dengan Buaya.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor
daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan
putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat
handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji
kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik
di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual
dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak
seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan
tidak berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu
cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu
kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia
tidak mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu
lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab
berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan
makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau
tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya
lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu
memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi,
buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah
riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,


para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang
miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua
lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu
bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.
Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang
ayah? tanya isteri penebang kayu.
Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang
kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah
didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli
sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu
itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.
Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan
sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di
sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil
memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti
maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan
kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan,
anak penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul
itu semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila
ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia
tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata
kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.


Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi


majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar
yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan
berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai
kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan
untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah.
Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi,
kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat
kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan
Puteri Sulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar.
Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri
Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu, Akhirnya pinangan
Raja Tinggi itu pun di terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang
disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung
telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya
berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak
berwarna putih.
Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya
Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar.
Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,
Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita
akan serang negeri Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk
menundukkan negeri Ambun.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.


Sekian, terima kasih.

Ampai-ampai Dan Puteri Laut.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat
setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah
ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat
cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai
bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar
yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di
tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja
Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja
yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki
kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada
dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera
raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan
segera belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju
ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampaiampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja
Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu
lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur
tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi
laut.
Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada
beta, titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut
pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampaiampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa
tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan
menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ

dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan


berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Perempuan Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua.
Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang
besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan
upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah
dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu
sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan
lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacammacam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah
jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata
Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan
tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau
saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar.
Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan
nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang
sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara
kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan
bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan
kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda yang begitu
berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh
batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu

itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan
mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua
berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak
saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana
keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka
kepada anak saudara perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Harimau Yang Tamak.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada
penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak
mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun
mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan.
Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu,
timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki
aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali
sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat
makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap
Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah
kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang
bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau
tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.
Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan
kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki
tujuh haru sekali, kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia
hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan
tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik

Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya


boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau
tadi telah pun beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali.
Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak
bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali
ini. Sekian, terima kasih.

Harimau gunung ledang


HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika
harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.
Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan
kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya
tuan punya kerbau itu sangat marah.
Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang
telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah.
Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung,
kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.
Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu
nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.
Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah
menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya,
seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada
harimau itu.
Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau
yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering,
harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia
tidak dapat mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak
boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat
mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua
orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak
itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai
malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.
Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari
memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak
itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :
1. Jangan menganiaya orang lain.
2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.

Ibu bermata satu

Kasih ibu, kepada beta,


Tak terhingga sepanjang masa.
Hanya memberi, tak harap kembali
Bagai sang suria menyinari dunia...

Membaca syair lagu tersebut serasa merinding seluruh badan. Kerana kasih ibu
memang tiada duanya. Demi anaknya, tak sedikit ibu yang mengorbankan
apapun yang dimilikinya.
Salam Sejahtera, selamat pagi dan salam satu Malaysia. Terima kasih Pengerusi
Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ibu bermata satu. Yang
terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikirfikirkan.

Diceritakan kembali dari mulut ke mulut, dan ditulis ulang dengan rapi demi
menyentuh setiap hati pembacanya. Inilah salah satu kisah mengharukan yang
menceritakan besarnya cinta seorang ibu yang rela mendonorkan mata untuk
anaknya.

Aku benci ibuku. Ia tak seperti ibu-ibu lainnya yang cantik dan boleh
kubanggakan. Aku selalu malu kalau berjalan dengannya, atau ketika dia
menjemputku di sekolah.

Ibuku memiliki satu mata, penampilannya seadanya saja. Ia bahkan tak jarang
mengenakan baju lusuh yang sudah koyak di beberapa bahagiannya.
Kerana ayah telah meninggalkan kami dan tak memberi nafkah kepada kami,
akhirnya ibu melamar pekerjaan di sekolahku. Ia memasak di kantin demi
melayani guru-guru dan murid di sana. Aku sering sekali berpura-pura tak
mengenalnya, kerana aku malu. Aku takut sekali bila teman sekelasku tahu
bahawa dia adalah ibuku.

Suatu hari, dia menyediakan makan siang di kantin sekolah untukku.


Disajikannya di sebuah piring dengan penuh lauk dan dihiasnya cantik. Tak lupa
dia mengucup dan mengusap-usap kepalaku setelah memberikan sepiring
makan siang itu. Semua teman yang melihat langsung berkasak-kusuk, dan hal
itu membuatku geram.

Sepulang sekolah, aku memarahinya habis-habisan. "Kau tahu betapa malunya


aku tadi? Kalau memang kau hanya ingin aku ditertawakan oleh temantemanku, kenapa kau tidak mati saja?" kataku geram.
Sejak itu ibuku lebih tahu diri. Dia berusaha menjaga jarak denganku kalau di
depan teman-teman. Aku belajar keras untuk selalu mendapatkan ranking dan
biasiswa. Aku ingin sekali segera keluar dari rumah ini.
***
Aku berhasil mendapatkan pekerjaan yang baik, menikahi isteri cantik dan
dikurniakan anak-anak yang lucu. Aku tinggal di rumah yang cukup mewah dan
besar.

Suatu hari, tiba-tiba ibu mengunjungiku tanpa keizinanku. Membawakanku


setermos sup hangat yang katanya dimasakkan khusus untuk anak-anakku.
Melihatnya dengan mata satu yang mengerikan, anak-anakku terkejut dan
berteriak. Isteriku langsung menggandeng anak-anakku pergi.

Lagi-lagi aku dibuat malu dan tak tahu harus berbuat apalagi. Aku sudah
berbahagia dengan hidupku ketika ini. Tapi mengapa ibu malah mengacaukan
hidupku?

Aku mengusirnya pergi, dan anak-anakku berteriak kegirangan ketika tahu aku
telah mengusirnya. "Jangan pernah lagi berani datang ke rumahku dan menakuti
anak-anakku nenek tua!" geramku.
***

Di suatu petang, tetangga lamaku berkunjung ke rumah dan memberikan secarik


surat kepadaku. "Ini dari ibumu. Ibumu telah meninggal dunia," katanya.
Aku hanya terdiam, tidak menangis dan tidak bertanya banyak kepadanya. Aku
hanya menerima surat itu dan menyimpan di meja kerjaku.
Lama... aku merasa sangat gelisah. Kemudian aku buka secarik envelop tersebut
dan kubaca setiap deretan hurufnya dengan penuh air mata dan emosi.

Yang tercinta anakku,


Aku selalu memikirkanmu setiap waktu. Dan aku meminta maaf kalau
kedatanganku tempo hari ternyata malah mengganggu keluargamu dan
menakuti anak-anakmu.
Tetapi aku sangat bahagia ketika melihatmu sudah hidup bahagia. Sekalipun
aku harus menanggung derita ini, aku rela demi cintaku kepadamu.

Aku tahu bahawa hidupku sudah tidak lama lagi. Sehingga aku harus meminta
maaf kerana kau telah banyak menderita semasa kecilmu. Kamu seringkali
malu kerana memiliki ibu yang hanya punya satu mata ini.
Ada satu hal yang ingin sekali ibu ceritakan kepadamu...

Ketika kau masih bayi, kau mendapat kecelakaan dan kehilangan salah satu
mata. Sebagai seorang ibu, aku harus mengambil tindakan itu. Aku meminta
doktor mengambil sebelah mataku untukmu. Aku tahu bahawa aku tak akan
tahan dan tak akan pernah bahagia bila melihatmu harus menanggung
penderitaan ini sendiri. Sebab itulah, aku selalu menjadi ibu yang menakutkan
dan tak dapat membuatmu bangga, anakku.

Kini aku bangga, dengan pengorbananku ini, aku boleh melihatmu menjadi
orang yang berjaya dan bahagia. Aku bahagia dapat membuatmu selalu
melihat dunia.
Berbahagialah selalu anakku

Anda mungkin juga menyukai