Anda di halaman 1dari 1

Biodata

SITI JASMINA IBRAHIM aktif dalam seni dan sastera sejak 1995. Kini
sebagai penulis profesional sepenuh masa. Sepanjang 1998 2004,
terlibat aktif dalam penerbitan teater dan pernah bertugas sebagai
Pengurus Kreatif di SQ Production dan Pengurus Pemasaran di
Uniputra Production.
Lulusan graduan Diploma Penulisan Kreatif, Akademi Seni
Kebangsaan dan mendapat anugerah graduan cemerlang ASWARA.
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Pertama Bacelor Komunikasi
sesi 04/07 Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM.
Sangat aktif dalam penulisan drama televisyen, novel, cerpan, puisi,
skrip teater dan filem. Novel Trilogi Cinta memenangi Tempat
Pertama Hadiah Sastera Utusan Melayu 2001 dan juga menerima
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 Katerori Kesusasteraan
Remaja.
Beberapa pengiktirafan dan hadiah diperoleh dalam genre novel,
cerpen, skrip TV pentas dan puisi. Mewakili Malaysia dalam program
seni dan sastera di Filipina pada tahun 1998 dan di program
MASTERA (Drama pentas) di Bogor, Indonesia tahun 2000.
Mendapat Anugerah Tokoh Penulis Remaja, Anugerah Sasterawan &
Ilmuwan Negeri Sembilan. Hadiah pertama skrip pentas Hikayat
Qaziq Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP
2007, menerima Anugerah Sasterawan Kreatif Terbaik Negara
Malaysia di Hadiah Sastera MASTERA 2008 oleh Majlis Sastera Asia
Tenggara (Mastera) Indonesia. Terkini, menerima Anugerah Seni
Negara ke-8 kategori Anugerah Seni Teater (Penulis Bakat Muda
Skrip) tahun 2009.

Anda mungkin juga menyukai