Pertolongan Cemas 2
Pertolongan Cemas 2
PEMBEBATAN
Tujuan pembebatan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada
kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat luka.
Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih
suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan
adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah
menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan
a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari
memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat
luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera
tersebut.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa
menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut
yang digunakan ialah:a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.
Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam
pergerakan.
Jantung terbina daripada otot-otot di luar kawalan. Oleh yang demikian,
pergerakannya adalah tidak dikawal oleh mana-mana bahagian sistem
badan. Jantung terbina dari 3 lapisan otot. Antaranya:a) Lapisan pericardium (bahagian luar jantung) terbina dari otot-otot
berfiber dan serosa.
b) Lapisan Myocardium (lapisan tengah) terbina dari lapisan tisu otot
bebas.
c) Lapisan Endocardium (lapisan dalam) terbina dari tisu-tisu epithelium
leper.
Jantung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri jantung dan
bahagian kanan jantung. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh dinding
yang dikenali sebagai septum. Dari setiap bahagian ini ianya terbahagi
kepada 2 ruangan iaitu atrium (aurikal) di bahagian atas dan ventrikal di
bahagian bawah. Oleh itu secara keseluruhannya di dalam jantung
terdapat 4 ruangan yang dikenali sebagai aurikal kiri, aurikal kanan,
ventrikal kiri dan ventrikal kanan.
Di dalam ruangan-ruangan jantung ini terdapat injap-injap iaitu:a) Injap Antrio Ventricular (injap serambi) yang terdiri dari Injap Tricuspid
yang terletak di antrium kanan dan injap Bicuspid yang dikenali sebagai
Injap Mitral di antrium kiri.
b) Injap Semi Luar (injap separuh bulat) terdapat di bahagian kanan
ventrikal ke pulmonary artery dan kiri ventrikal ke aorta.
Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:a) Saluran Arteri terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar terbina dari
lapisan tisu berfiber yang bertindak sebagai pelindung kepada saluran
arteri. Dinding arteri sebagai elastik dan kuat.
b) Saluran Vena terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak setebal dan
selastik arteri.
c) Saluran Kapillari saluran ini sangat kecil, terbina dari satu lapisan
selaput tisu epithelium leper biasa.
Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan
kecuali saluran pulmonary arteri. Manakala saluran vena pula menyalurkan
darah yang berkarbon dioksida dari tisu ke jantung untuk pembebasan gas
karbon dioksida di paru-paru.
Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke saluran
SISTEM SARAF
Sistem araf terdiri dari unit-unit neuron. Sistem saraf berfungsi sebagai
pengalir rangsangan bagi penyelarasan perhubungan di antara satu binaan
dengan binaan yang lain. Pusat pengawalan saraf berpusat di otak. Sistem
saraf terdiri dari otak, saraf tunjang dan gentian-gentian saraf (aferen dan
eferen) yang bertugas menghantar utusan ke otak dan membawa semua
utusan rangsangan dari otak.
Sistem saraf boleh dibahagikan kepada:a) Sistem saraf pusat.
b) Sistem saraf pinggir yang berfungsi menghubung saraf pusat dengan
organ dan otot.
c) Sistem saraf otonomi (sistem di luar kawalan kemahuan).
Otak dilindungi oleh satu lapisan selaput nipis yang dikenali sebagai
meninges. Berat otak adalah kira-kira 31bs. Manakala otak terbahagi
kepada 3 bahagian iaitu:a) Serebrum yang terdiri dari 2 hemispere.
b) Serebrum yang terdiri dari 2 cuping (lobe)
c) Otak tengah, Pons varoliidan Mendulla Oblongata yang membentuk
pangkal otak.
Tugas Sereblum
a) Menerima utusan rangsangan deria dan mentafsirkannya.
b) Berfungsi sebagai pusat intelektual dan ingatan.
c) Menguasai gerak geri otot jalur.
d) Menguasai bahagian rendah otak dan mempengaruhi beberapa tugas
tubuh.
Tugas Sereblum
a) Menyelenggara kesegaran otak.
b) Menyelaras segala gerak-geri otot.
c) Mengawal keseimbangan badan.
SISTEM PERNAFASAN
Sistem yang penting bagi hidupan, di mana oksigen dari bahagian hidung
hingga ke peparu diserapkan oleh saluran darah untuk diedar untuk
kegunaan pernafasan semula sel-sel. Setelah oksigen digunakan, karbon
diokida dan wap yang terhasil akan di hantar kembali ke paru-paru dan
dibebaskan melalui hidung.
Pernafasan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:1. Pernafasan luar oksigen yang disedut dari udara di bawa ke dalam
sistem saluran darah dan kemudiannya pembebasan karbon dioksida.
2. Pernafasan dalam pertukaran oksigen di antara saluran kapillari
dengan sel-sel.
Sistem pernafasan terdiri daripada :a. Hidung
b. Faring
c. Laring (larynx) peti suara
d. Bronchi
e. Bronchiole
f. Alveoli (air sac)
g. Paru-paru
Hidung
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian hadapan dan belakang. Ia
bermula dari hadapan hidung ke bahagian faring. Rongga hidung terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri dan kanan yang dipisahkan oleh
nasal septum. Tisu yang membina lapisan ini adalah dari sel epithelium
turus bersisik. Dalam ruangan hidung terdapat turbinate, bulu hidung,
tulang lembut dan tulang hidung.
Tugas hidung:
Paru-paru
Paru-paru merupakan organ yang elastik yang berbentuk kun yang terletak
pada ruangan thorex. Ia diseliputi oleh lapisan nipis yang dikenali sebagai
lapisan pleura. Paru-paru terbahagi kepada 2 iaitu kiri dan kanan paruparu. Setiap bahagian terbahagi kepada cuping-cuping (lobe) yang
tersendiri. Paru-paru kanan mempunyai 3 cuping manakala kiri pula
mempunyai 2 cuping.
Mekanisma pernafasan
Pernafasan manusia dikawal oleh pusat pernafasan di bahagian meduolla
oblongata. Mekanisma pernafasan adalah merupakan pergerakan
pernafasan yang berlaku akibat dari pergerakan selaput diagphram, otototot intercostal dan tulang rusuk.
Mekanisma pernafasan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat
penarikan nafas masuk (inspiration), peringkat hembusan keluar (expiration
) dan waktu rehat (pause).
Peringkat penarikan nafas merupakan pergerakan aktif yang
menyebabkan ruangan thorex menjadi luas. Tulang rusuk bergerak keluar
kearah luar dan ke atas (upward andoutward) menyebabkan otot
intercostal mengucup. Manakala otot diaghparam menjadi luas. Ini
menyebabkan berlaku tekanan rendah di dalam paru-paru. Keadaan ini
memberi ruang kepada udara masuk ke dalam paru-paru.
Peringkat hembusan keluar - Merupakan pergerakan pasif di mana ruang
thorex kembali kepada saiz biasa. Otot intercostal berehat dan
menyebabkan tulang rusuk tertarik ke bawah. Manakala diagphram
kembali ke bentuk asal iaitu melengkung ke atas. Tekanan di ruangan
thorex menjadi sempit dan tekanan di dalam paru-paru menjadi tinggi. Ini
rusuk.
Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan
a) Sukar bernafas.
b) Pernafasan cepat dan pendek-pendek.
c) Muka menjadi pucat.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan
f) Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan.
g) Saluran vena di bahagian leher mengembang.
h) Berpeluh dan badan menjadi sejuk.
i) Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan
diikuti pergerakan yang perlahan sebelum terhenti.
j) Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.
Rawatan Am Terhenti Pernafasan
a) Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam
keadaan melentang.
b) Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada di dalam
keadaan baik.
c) Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya mudah
memberi bantuan yang sebaik mungkin.
d) Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa. Sekiranya
pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke
mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson atau Selvesters.
e) Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan permulihan
tekanan jantung dari luar (chest compression). Lakukan kaedah ini
berselang seli antara pernafasan dan tekanan jantung sehingga jantung
dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan sampai.
f) Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.
g) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
h) Dapatkan bantuan perubatan segera.
Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan.
Lemas Dalam Air (Drowning)
Patah-patah Tertentu
Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa.
Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan
dan nadi tidak berfungsi.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan segera.
b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan
dagu.
c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan.
Patah Tulang Belakang
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.
d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.
Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan
pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
Patah Tulang Rusuk
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.
c) Susah bernafas.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan
beri bantuan pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan
tuap.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
Patah Tulang Paha
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenagkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
Terkehel (Dislocation)
Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari
acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang
tanpa melibatkan kecederaan tulang.
Tanda-tanda dan gejala terkehel
a) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
b) Bengkak dan lebam bahagian sendi.
c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.
d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
e) Terdapat tanda-tanda am renjatan.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh
bagi mengurangkan pergerakan.
c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut
bahagian tersebut.
d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian
persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a) Sakit bahagian yang tercedera.
b) Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
c) Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat
mengerakkan anggota tersebut.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.
b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.
c) Jangan mengurut bahagian cedera.
d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan
Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara
yang sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya.
Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik.
Beri bantuan CPR jika diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan
pinggang.
Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah
yang banyak.
Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung
mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10
minit.
b) Secara tidak langsung
-menekan urat-urat darah.
-menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan
bagi setiap 20 minit selama seminit.
Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak
sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
PENDARAHAN-PENDARAHAN / LUKA KHAS
Pendarahan dari hidung
-Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit.
-Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam
perut atau saluran pernafasan.
-Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut.
-Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat
mengurangkan sakit atau menghentikan pendarahan.
-Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan
berlaku pendarahan kembali.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.
Pendarahan lebam
-Tenangkan mangsa
-Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan
sakit dan bengkak
-Jangan mengurut tempat lebam
basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lainlain.
Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar
oleh asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.
Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar
luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan
kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman)
melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali.
Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya
renjatan kepada mangsa.
Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur
Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan
(rule of nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:a) Bahagian kepala dan leher - 9%
b) Sebelah anggota atas - 9%
c) Bahagian depan badan -18%
d) Bahagian belakang badan -18%
e) Sebelah anggota bawah -18%
f) Bahagian kemaluan - 1%
Rawatan Am Terbakar dan Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi
tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang
terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
RENJATAN
Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan
darah beroksigen ke bahagian otak dan seluruh badan yang menyebabkan
fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat
berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari kecederaaan,
kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan,
alahan kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lainlain
Sebab-sebab renjatan
a) Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah
pendarahan luaran dan dalaman.
Jenis-jenis renjatan.
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan
darah dalam badan.
b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang
menyebabkan aktiviti dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak
melibatkan kehilangan cecair dalam badan.
c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan
kehilangan cecair dalam badan.
Tanda-tanda dan gejala renjatan.
a) Mangsa berada di dalam gelisah.
b) Kulit badan menjadi pucat.
c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah.
d) Perpeluhan dengan banyak.
e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah.
f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga.
g) Badan menjadi sejuk dan basah.
h) Pandangan menjadi kabur.
i) Mengadu dahaga
j) Mangsa tidak sedar diri.
Rawatan am renjatan
a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara.
b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan
merendahkan bahagian kepala.
c) Tenangkan mangsa.
d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa
pernafasan dan gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu.
e) Longgarkan pakaian mangsa.
f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan.
g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan.
h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa
dalam keadaan ranjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi
menghilangkan dahaga.
i) Dapatkan rawatan perubatan.
PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang
menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini
menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.
Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada
kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit
Tanda-tanda dan gejala
a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
Racun
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau
gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan
melebihi dari sukatan yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan
kesihatan badan.
Cara- cara racun masuk ke tubuh
a) Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan
yang berbentuk pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubatubatan, makanan tercemar dan sebagainya.
b) Sistem pernafasan Melaui sedutan gas atau bahan debu yang
terampai di udara. Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida,
kotoran, debu-debu racun serangga dan lain-lain.
c) Melalui suntikan urat darah atau otot Biasanya ia berbentuk cecair.
Contohnya menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah,
sengatan binatang bisa dan patukan atau gigitan ular berbisa.
d) Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau
serangga yang terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan.
Contohnya racun malation dan paraquat.
d) Berlaku cirit-birit.
e) Mangsa mengadu dahaga.
f) Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan mulut mangsa bagi
racun jenis yang membakar.
g) Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap.
h) Berlaku renjatan.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian yang ketat.
c) Cuba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air yang
dicampur garam sebanyak mungkin, atau mengeletek bahagian leher atau
kerongkong mangsa. Ini boleh di lakukan bagi racun yang bukan jenis
membakar.
darah tidak mudah membeku dan keluar melalui semua sistem badan.
Tanda- tanda.
a) Sakit di tempat patukan.
b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak.
c) Darah keluar di tempat patukan.
d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan.
e) Sesak nafas.
f) Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk.
g) Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah.
h) Berlaku renjatan.
Rawatan
a) Tenangkaan mangsa.
b) Longgarkan pakaian magsa.
c) Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak.
d) Awasi mangsa dari renjatan.
e) Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
f) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
dan jantung terhenti. Ia akan mati kekal selepas 10 minit tidak menerima
bekalan darah beroksigen.
Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi
Kardio Pulmonary. Antaranya ialah:
a. Saluran pernafasan (airway)
b. Pernafa
(breathing)
c. Edaran darah (circulation)
a) Saluran pernafasan.
Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan
teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil
beliau.
Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan
bahagian dagu mangsa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran
pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan,
otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran
pernafasan mangsa.
b) Pernafasan
Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan
rasa secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung
mangsa sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa.
Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke
hidung atau mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa.
c) Edaran darah
Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik)
atau lengan (nadi brachial) bagi bayi.
Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah
dipastikan pergerakan nadi terhenti.
pulih.
Jika nadi pulih, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa 3 hingga
5 saat. Jika tiada, jalankan bantuan pernafasan sahaja dengan kadar 1
hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa pulih ataupun
tiba bantuan perubatan.
2. TEKNIK BANTUAN DUA ORANG AHLI BANTUAN
(MANGSA DEWASA)
Pembantu pertama berperanan sebagai pemeriksa taraf kesedaran,
memeriksa pernafasan, membantu pernafasan dan memeriksa pergerakan
nadi mangsa. Tekniknya sama dengan kaedah Resusitasi Kardio
Pulmonari seorang ahli bantuan.
Pembantu kedua berperanan sebagai pemanggil bantuan perubatan
serta menjalankan tekanan jantung (chest compression) apabila mendapat
isyarat bahawa tiada pergerakan nadi si mangsa. Lokasi dan kedudukan
tangan adalah sama dengan teknik resusitasi terdahulu.
Beri 5 kali tekanan dan diikuti dengan sekali hembusan pernafasan oleh
pembantu pertama.
Tekanan hembusan dan tekanan dilakukan dengan ratio 5 : 1 dan
diteruskan sehingga 10 pusingan. Akhiri pusingan ke 10 dengan sekali
hembusan oleh pembantu pertama.
Sekiranya masih tiada pergerakan nadi, maka diteruskan tekanan dan
hembusan seperti terdahulu.
Jika pergerakan nadi telah dirasai, hentikan tekanan. Periksa pernafasan
mangsa. lakukan bantuan sekali hembusan setiap 5 saat sekali berterusan
sehingga mangsa boleh bernafas.
Sekiranya pembantu kedua keletihan, pertukaran boleh dilakukan
dengan pembantu kedua memberi isyarat dengan sebutan tukar dan
meneruskan 5 tekanan yang terakhir sebelum pembantu pertama
mengambil tempatnya. Manakala pembantu kedua mengambil tempat
pembantu pertama.
3. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI
MANGSA KANAK-KANAK ( 1 HINGGA 8 TAHUN ) SEORANG
PEMBANTU.
Aturan bantuan dari A hingga C adalah hampir sama dengan kaedah
orang dewasa. cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu :
a) Tekanan dada mangsa cuma menggunakan sebelah tumit tapak tangan
sahaja.
pengsan.
6. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK DARI
SEDAR HINGGA PENGSAN ( MANGSA DEWASA )
Letak mangsa dalam keadaan melentang.
Minta bantuan perubatan.
Dongakan kepala mangsa dengan teknik dongakan dahi dan angkat
bahu ( head tilt/chin tilt ).
Periksa kerongkong mangsa bagi menetukan tedapat bendasing.
Keluarkan bendasing dengan jari telunjuk.
Beri bantuan pernafasan. Jika hembusan tidak masuk, ianya
menandakan masih terdapat bendasing yang menyekat salur pernafasan.
Lakukan tekanan dengan teknik Hemlich secara duduk di atas bahagian
paha mangsa. Tindihkan tumit tapak tangan dengan tangan sebelah lagi.
Kuncikan bahagian sendi siku dan bahu dan luruskan tangan. Tekan
secara ke arah dalam dan ke atas 5 kali secara sistematik.
Periksa mulut mangsa. Korek tekak mangsa supaya bendasing dapat
dikeluarkan.
Beri bantuan pernafasan. Jika masih tersekat, lakukan ulangan teknik
tekanan Hemlich sehingga bendasing keluar.
Sekiranya mangsa gemuk atau mengandung, tekanan secara teknik
tekanan dada ( chest thrusts ) sebanyak 5 kali.
7. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA TIDAK SEDAR
(MANGSA DEWASA)
Jalankan pemeriksaan tahap kesedaran mangsa.
Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran pernafasan
terbuka.
Periksa pernafasan mangsa 3 hingg 5 saat.
Lakukan hembusan kaedah mulut ke mulut. Jika di dapati hembusan
tidak masuk, betulkan sekali lagi kedudukan kepala mangsa. Lakukan
hembusan sekali lagi. Jika tidak masuk juga, maka sah terdapat bendasing
di dalam saluran pernafasan mangsa.
Lakukan teknik Heimlich atau teknik tekanan dada seperti yang
diterangkan dahulu.
Periksa bendasing pada mulut mangsa dan keluarkan bendasing dengan
jari.
DEMAHAN
Demahan terbahagi kepada 2 jenis iaitu ;
a. Demahan panas
b. Demahan sejuk
Demahan Sejuk
1) Tujuan :
a) Mengurangkan atau melegakan kesakitan.
b) Menghadkan bengkak atau lebam pada tisu yang mengalami
pendarahan dalam.
c) Membantu menghentikan atau mengurangkan pendarahan dalam tisu
akibat kecederaan.
d) Mengecutkan saluran darah dan seterusnya mengurangkan pengaliran
darah.
Cara-Cara Menjalankan Demahan Sejuk
-Rendamkan kain bersih dalam bekas yang diisi dengan air sejuk atau
ketulan air batu atau merendam kain di dalam larutan spirit yang dicampur
dengan air atau memasukkan air batu ke dalam karung demahan.
-Perahkan kain supaya berkeadaan lembab atau balut karung air batu
dengan sehelai kain-kenakan demahan tersebut di tempat yang cedera.
-Titiskan air dari masa ke semasa sekiranya menggunakan kain rendaman
supaya ianya sentiasa sejuk.
Penting!!!
Jangan gunakan larutan spirit bagi demahan di bahagian yang terdapat
kecederaan atau pada bahagian mata.
Demahan basah juga tidak sesuai bagi tempat-tempat yang terdapat luka
terbuka.
Demahan sejuk amat sesuai bagi kecederaan lebam yang baru terjadi
(kurang dari 24 jam).
Demahan Panas
Tujuan :
TURUS VERTEBRA
Turus vertebra terdiri daripada 33 tulang kecil yang dikenal sebagai
vertebra. vertebra ini disambung oleh rawan.
Semua vertebra dibezakan dari sagi struktur,fungsi, dan kedudukannya
pada turus vertebra.
Terdapat 5 jenis vertebra seperti dalam rajah di bawah:
Antara dua vertebra adanya satu cakera rawan yang bertindak sebagai
kusyen untuk menyerap hentakan dan mengurangkan geseran antara
vertebra semasa pergerakan.
Gambarajah di bawah menunjukkan struktur cekera rawan antara vertebra.
Struktur am vertebra
Vertebra aksis
Vertebra aksis mempunyai sentrum dan cuaran melintang yang kecil
tetapi spina sarafnya besar.
Tulang ini juga mempunyai sepasang salur vertebrateri.
Di hujung superior tulang ini ialah satu cuaran yang disebut cuaran
odontoid yang menjulur ke dalam salur saraf vertebra atlas dan
membenarkan kita memusingkan kepala.
Vertebra serviks
Vetebra serviks mempunyai sentrum yang pipih, spinal saraf yang
pendek, dan cuaran melintang yang lebar.
Vertebra ini mempunyai sepasang salur vertebrateri pada cuaran
melintangnya yang bertugas untuk menyokong tengkorak dan leher kita.
Gambarajah vertebra serviks
Vertebra toraks
Spina saraf vertebra toraks panjang dan meruncing ke bawah.
cuaran melintangnya lebar serta sentrumnya tebal dan besar.
Saraf spinanya menyediakan suatu permukaan bagi pelekatan otot yang
menyokong kepala dan leher.
Pada cuaran melintang dan sentrumnya terdapat muka sendi untuk
bersendi dengan tulang rusuk, tetapi muka sendi ini tidak hadir pada
vetebra toraks ke-11 dan ke-12.
Muka sendi di cuaran melintang bersendi dengan bahagian tuberkulum
tulang rusuk, manakala bahagian kapitulum tulang rusuk bersendi dengan
muka sendi di sentrum toraks.
Pandangan superior vertebra toraks
Vertebra lumbar
SAKRUM
Terdiri daripada 5 vertebra yang bertaup untuk membentuk satu tulang
tunggal yang berbentuk segitiga.
Salur ini tidak mempunyai salur saraf dan permukaan anteriornya
melengkung.
Sakrum mempunyai muka sendi pada sisinya untuk bersendi dengan ilium
lengkungan pelvis.
Spina saraf kelima-lima vertebra adalah pedek dan bersambung bersama
untuk membentuk satu permatang.
4 pasang bukaan pada sakrum membolehkan salur darah dan saraf
melaluinya.
Vertebra koksik
Terdiri daripada 4 tulang yang bertaup untuk membentuk suatu struktur
berbentuk segitiga dan meruncing pada satu hujung.
Saiz vertebranya kecil dan tidak mempunyai fungsi yang penting.
TULANG RUSUK
Sangkar rusuk terdiri daripada 12 pasang rusuk.
Pasangan tulang rusuk 1 hingga 7 bersambung dengan sternum melalui
rawan tulang rusuk pada bahagian anterior kita merupakan tulang rusuk
benar.
Manakala pasangan ke 8 hingga ke 10 tidak bersambung terus dengan
sternum tetapi kepada tulang rusuk pasangan ketujuh.
Tulang ke 8 hingga 12 dipanggil tulang rusuk palsu.
Di hujung distal, pasangan tulang rusuk ke 8, 9, dan 10 bersambung
sesama sendiri.
Pasangan tulang rusuk yang ke 11 dan yang ke 12 pula tidak berpaut
dengan sternum atau pasangan tulang rusuk yang lain dan didapati
terapung yang dipanggil tulang rusuk terapung.
Pada bahagian posterior, semua tulang rusuk bersendi dengan vertebra
toraks.
Struktur ini sesuai untuk melindungi organ dalam seperti peparu dan
jantung.
LENGKUNGAN PEKTORAL
1 . Berfungsi menghubugkan tulang lengan kepada rangka paksi.
2 . Lengkungan pektoral terdiri daripada dua tulang , iaitu :
Klavikel di anterior
Skapula di posterior
3 . Tulang klavikel terdiri daripada sebatang tulang berbentuk rod yang
mengufuk di bawah leher kita.
4 . Klavikel bersendi dengan bahagian manubrium sternum pada satu
hujung dan satu hujung lagi bersendi dengan cuaran akromion di skapula.
5 . Klavikel berfungsi memindahkan daya dari lengan ke badan kita.
6 . Skapula merupakan satu tulang yang berbentuk segitiga dan leper.
Tulang ini mempunyai satu permatang yang disebut spina skapula pada
posteriornya yang menyediakan tempat untuk pelekatan otot.
7 . Hujung spina ini mengunjur ke 2 unjuran yang dikenal sebagai akromion
bagi pelekatan otot.
8 . Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid yang bersendi dengan
kapala humerus tulang lengan kita. Persendian ini disebut sendi bahu.
LENGKUNGAN PEKTORAL YANG BERSENDI DENGAN HUMERUS
TULANG LENGAN
1. Tulang lengan terdiri daripada :
Humerus
Radius
Karpus
Mentakarpus
falanks
2. Humerus ialah satu tulang yang panjang dan merupakan lengan atas
kita.
3. Terdapat dua bonggol yang disebut tuberkel di kepala humerus untuk
pelekatan otot dan ligamen.
4. Di hujung posterior humerus, terdapat satu salur seperti takal yang
dinamakan troklea dan satu lekuk yang disebut fosa olekranon. Troklea
bersendi dengan radius-ulna melalui sendi engsel.
5. Radius-ulna merupakan lengan bawah dan terdiri daripada dua betang
tulang yang tersusun hampir selari serta berpaut pada hujungnya. Tulang
ini adalah lebar pada bahagian atas daripada bahagian bawahnya.
6. Bahagian atas ulna bersendi dengan troklea dan fosa olekranon
humerus di lekuk sigmoid dan cuaran olekranon, manakala hujung bawah
radius-ulna bersendi dengan tulang-tulang karpus.
7. Karpus merupakan tulang pergelangan tangan, terdiri daripada lapan
tulang kecil yang disusun dalam 2 baris.
8. Metakarpus atau tapak lengan terdiri daripada lima tulang. Kepala
metakarpus merupakan buku lima kita. Metakarpus bersendi dengan tulang
jari yang disebut falanks.
9. Falanks terdiri daripada 14 tulang. Ibu jari kita mempunyai 2 tulang
falanks, jari yang lain mempunyai 3 tulang falanks setiap satunya.
LENGKUNGAN PELVIS
1. Lengkungan ini terdiri daripada dua tulang punggung yang serupa dan
bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis di anterior dan berpaut
dengan turus vertebra di posteriornya.
2. Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian, iaitu
Ilium
Iskium
Pubis
3. Ilium mempunyai muka sendi yang bersendi dengan sakrum.
Kebanyakan permukaan adalah untuk pelekatan otot abdomen.
4. Iskium dan pubis mengurungi suatu permukaan yang disebut obturator
foramen yang membenarka saraf, salur darah, dan ligamen melaluinya.
5. Di setiap lengkungan pelvis terdapat lesung supaya kepala femur kaki
termuat ke dalamnya untuk membentuk sendi punggung. Lesung ini
dinamakan asetabulum.
TULANG KAKI
1. Tulang terdiri daripada:
Femur
Tibia-fibula
Tarsus
Metatarsus
Falanks
2. Femur ialah satu tulang yang panjang dan merupakan kaki atas.
Kepalanya berbentuk bebola dan bersendi dengan asetabulum.
3. Trokanter yang berdekatan dengan kepala femur menyediakan tempat
pelekatan otot punggung dan otot paha.
4. Hujung bawah femur adalah berbentuk takal dan disebut kondil yang
bersendi dengan tibia melalui sendi lutut. Sendi ini dioleh suatu tulang kecil
yang dinamakan patela atau tempurung lutut.
5. Tibia-fibula merupakan kaki bawah kita yang terdiri daripada
percantuman tulang tibia dan tulang fibula.
6. Tibia lebih besar daripada fibula dan menanggung kebanyakan berat
badan kita. Hujung atas tibia bersendi dengar femur, manakala hujung
bawah tibia-fibula bersendi dengan tarsus.
7. Tarsus atau pergelangan kaki terdiri daripada 7 tulang tetapi hanya satu
tulang bersendi dengan tibia-fibula. Tulang tarsus yang terbesar ialah tumit
kaki.
8. Metatarsus atau tapak kaki terdiri aripada 5 tulang yang bersendi
dengan tarsus pada satu hujung dan bersendi dengan falanks pada hujung
yang lain.
9. Falanks atau tulang jari kaki terdiri daripada 14 tulang kecil. Setiap jari
dibentuk oleh 3 tulang kecuali ibu cari kaki yang terdiri daripada dua tulang
falanks yang lebih besar.
kuat.
Apabila otot mengecut, daya tarikan itu akan dipindahkan kepada tulang
melalui tendon untuk menghasilkan pergerakan.
Tulang disambung dengan tulang yang lain oleh ligamen pada sendinya.
Ligamen merupakan gentian yang liat, kuat, dan kenyal. Oleh itu, ia
dapat memegang dua tulang secara kukuh dan membenarkan tulang
membengkok di sendi.
JENIS SENDI BERGERAK DAN TIDAK BERGERAK
Sendi merupakan dua tulang bersambung.
Sendi boleh di bahagi kepada tiga jenis, iaitu
Sendi tidak bergerak
Sendi bergerak sedikit
Sendi bebas bergerak
Pada amnya, sendi bebas bergerak adalah sendi sinovia seperti rajah di
bawah yang terdiri daripada:
Sendi bahu
Sendi punggung
Sendi lutut
Sendi siku
Sendi jari
-Sendi antara tulang atlas dengan tulang aksis.