Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

1.
Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA
BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
2.
Semua murid hendaklah:

berhenti daripada membuat semua kerja.

berdiri dengan tenang.

membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat


berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolaktolak antara satu sama lain.

mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.

guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan
bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.

semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.


1.
Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains,
mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas
sebelum meninggalkan Bilik Sains.
2.
Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah
apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad
pengenalan/dompet perlu diambil.
3.
Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke
tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
4.
Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan
ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
5.
Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng
kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin)
hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk
bersama-sama dengan murid yang lain.
6.
Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur
mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
7.
Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat
berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong
guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang
ditentukan.

8.
Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka
guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada
AJK Keselamatan.
9.
Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga
SK Au Keramat juga harus berada di tapak selamat.
10. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke
tapak selamat.
11.
Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk
mengambil barang-barang yang tertinggal.
12. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang
ditetapkan.
13. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah muridmurid boleh balik ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai