Anda di halaman 1dari 1

Ikan Jenahak - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

1 of 1

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Jenahak

Ikan Jenahak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan Jenahak adalah sejenis ikan boleh dimakan dari keluarga Lutjanidae, order Perciformes yang terdiri
daripada beberapa spesies. Ia boleh diketemukan di lautan bebas, namun terdapat juga beberapa spesies yang
hidup di estuari, kawasan hutan paya bakau dan muara. Ikan jenahak biasanya mencari makan di kawasan
zon air tawar. Ikan jenahak merupakan spesies ikan penting bagi komoditi dan merupakan makanan hasil laut
pilihan bagi rakyat di Malaysia, Indonesia, malah juga India. Ikan Jenahak Merah adalah contoh variasi yang
menjadi pilihan utama.
Ikan jenahak boleh hidup sihat dan berenang bebas dikawasan laut beriklim tropika dan sub-tropika.
panjangnya boleh mencecah 1 meter, beratnya pula boleh mencecah hingga 13 kilogram dan boleh
dijinakkan dengan menggunakan umpan anak ikan termasuk anak gelama, sotong, isi ketam dan perumpun.
Perambut yang sesuai digunakan adalah 20 hingga 40 paun berikutan sentapannya yang dianggap kuat. Ikan
ini sesuai dibesarkan dalam tangki akurium besar seperti di akuaria, namun tumbesarannya cukup cepat.
Kedalaman maksimum untuk ia menetap sehingga 450 m (1,480 ka).
Setakat ini terdapat lebih 100 spesies ikan jenahak yang diketahui, dimana dibahagikan kepada 16 genera.
Nama biasa untuk spesies terbesar ini ialah "jenahak" atau "snapper" dalam bahasa Inggeris, tetapi bukan
semuanya dalam keluarga Lutjanidae. Hampir kesemua 60 spesies dalam genus Lutjanus memakai nama
biasa dengan panggilan "ikan jenahak".
1. Ikan Jenahak Tanda (Lutjanus johnii)
2. Ikan Jenahak Ekor Hitam (Lutjanus fulvus (Forster, 1801))
3. Ikan Jenahak Belang (Lutjanus goldiei (Macleay, 1882))
4. Ikan Jenahak Jalur Kuning (Lutjanus lemniscatus (Valenciennes, 1828))
5. Ikan Jenahak Bercarik (Lutjanus monostigma (Cuvier, 1828)))
6. Ikan Jenahak Konai (Lutjanus rivulatus (Cuvier, 1828))

Rujukan
Ikan Laut Malaysia, Glosari Nama Sahih Spesies Ikan, Penyelenggara Yusri Atan, Hamdan Jaafar,
Abdul Rahman Abdul Majid, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010 (http://www.dawama.com/IkanLaut-Malaysia-Glosari-Nama-Sahih-Spesies-Ikan/q?pid=479&doit=order)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ikan_Jenahak&oldid=3323864"
Kategori: Ikan
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 15:04, 17 November 2013.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma
tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

24/06/2015 9:08 AM

Anda mungkin juga menyukai