Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN 1

PAK SENIK INSAF


Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya
luas. Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik.
Walaupun kaya namun dia sangat kedekut. Dia sanggup makan nasi berlaukkan
ikan

kering

sahaja.

Dia

juga

tidak

pernah

bersedekah

kepada

orang-

orang miskin.
Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami
Gayah Dolah, Tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan
Gayah telah menjemput Pak Senik Ke rumah mereka.
Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.

Wah,

sedap

sungguh

gulai

kambing

ini! Baunya

pun

harum

dan

menyelerakan, kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera
sekali kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Mereka
memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.
Dari mana kamu dapat daging kambing ni? Tanya Pak senik.
Saya sembelih seekor kambing ayah,jawab Dolah ,selamba. Pak Senik
sangat marah.
Kamu mesti bayar ganti ruginya, jerit Pak Senik dengan kuat.
Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti membayarnya ?
balas Dolah.Pak Senik terdiam.
Ayah sudah tua. Harta ayah banyak.Kalau ayah murah hati dan suka
bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah.Tuhan juga menggandakan
rezeki ayah, jelas Dolah dengan lembut.
Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa
bersedekah lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

Anda mungkin juga menyukai