Anda di halaman 1dari 6

pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan kesan

PENGENALAN
Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat
Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini, membuanag bayi
adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil.
Menurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas
pembuatan penzinaan tersebut.
Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang
punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini. Dalam esei ini,
matlamat saya bertujuan untuk menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan
jenayah yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah s.w.t
turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang
bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita.
Pembuanagn bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan
yang telah kita lakui.
Saya berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat penting
bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan peratus yang tinggi malah kaum
melayu beragama islam.

PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI

[1]Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan
penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan
tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan
tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas
awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah kita ingin
digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal berperikemanusiaan seperti berlaku pada
zaman jahiliah sebelim kedatangan Islam. Kanak-kanak teruma permpuan akan dibunuh dan
ditanam hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan maruah keluarga.
[2]Ajaran Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di kalangan
masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat.
Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam,
kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta
menyediakan baginya azab seksa yang besar".

[1] www.punca pembuangan bayi.com


[2] www.berilah aku peluang untuk hidup.com

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI


Melalui empat kategori iaitu:

Daripada Ibu Bapa


Daripada rakan sebaya
Daripada laman sesawang
Daripada diri Sendiri

Daripada Ibu Bapa


[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga
telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu
mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika
anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anakanak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut
kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama
pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh dipersalahkan
sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka
kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.
Daripada Rakan Sebaya
Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya
di IPTA mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat
umur yang berbeza.Pada waktu ini mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang
rakan tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu
bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu
atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan
bebas sehingga melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga
berlakunya pembuangan bayi.
Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik

Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana apa sahaja
yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak
senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk
bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media

[1] http://www.bharian.com/

elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorng mereka
dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa
kepada lahirnya anak luar nikah.
Daripada Diri Sendiri
Masyakat kini boleh digelar masyrakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan
sepertinmana terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan islam lagi. Kanak-kanak perempuan
akan dibunuh dan di hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan
maruah keluarga. Begitulah terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu
rupa tanpa berasa belas kasihan dan dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan
menjaga maruah keluarga pembuang itu. Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang
buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.
Jika dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan lebih baik kerana masih mengasihani dan
memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anaknya.
Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-Araf ayat 179:
Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai
mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannyadan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu
mendengar dengannya; mereka itu sepertibinatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang yang lalai .
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI
Melalui tiga peranan iaitu:

Peranan pihak berkuasa dan badan NGO


Peranan ibu bapa
Peranan pihak media massa

Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO

Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan


pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran
bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu,
pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah
itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan
hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan
program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan
maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan
jenayah pembuangan bayi ini.
Peranan Ibu Bapa
Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak
mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang
sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah
kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala
sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga
perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan
berdosa seperti melakukan seks bebas.
Peranan Pihak Media Massa
Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan
pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan
kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna.
Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah
membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan
kempen kesedaran seperti Dosa Besar dan Adab Bergaul mampu memperkuatkan lagi rasa
keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah
memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja
seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.
KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI

Mempunyai tiga kesan:


Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap masyarakat
Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh
masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa

kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa
kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi
kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa
yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia
akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.
Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang
bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya
kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin
mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya
kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi
oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali
perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.
Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah
akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana
ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina
sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua,
walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula
mereka perkatakan sampai bila-bila.

Kesan terhadap masyarakat


Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan
tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat
menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan
masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai
tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di
kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah
membuang bayi.

PENUTUP

Kesimpulannya,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua
masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah saupaya
gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu
Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun
Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal
kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini
merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab
dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan
dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab
diusia yang masih muda iaitu usia remaja.

Anda mungkin juga menyukai