Anda di halaman 1dari 18

Abdullah Ariff (1904-1962)

Dilahirkan pada tahun 1904 di Pulau Pinang. Beliau pernah menjadi guru seni
lukis di Sekolah Anglo-Chinese dan Sekolah Penang Free, Pulau Pinang. Beliau
diterima sebagai guru dalam kumpulan 'Penang Impressionist'. Karya - karya
beliau dikagumi oleh orang british pada ketika itu. diantara karya-karya beliau
yang terkenal seperti 'Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya(1960) Coconut
Plantation-Dawn(1948)' dan lain-lain lagi, karya-karya beliau sehingga hari ini
masih dikagumi dan banyak digunakan sebagai rujukan pelukis-pelukis muda
yang ingin mendalami seni catan air, Abdullah Ariff pada zamannya banyak
menghasilkan catan air yang bertemakan lanskap tanahair...dan cuba
menggambarkan suasana tempatan yang damai. Beliau bersama-sama Yong
Mun Sen seorang lagi tokoh pelukis awal malaysia memajukan bidang seni lukis
di Pulau Pinang. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 dan bekerja
sebagai pelukis kartun di akhbar 'The Straits Echo'. Kini karya-karya beliau masih
disimpan sebagai himpunan koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara.
Amron Omar, satu lagi nama yang tidak asing dalam dunia seni tanahair...beliau
yang terkenal dengan karya-karya figura yang realistik dan hebat...melanjutkan
pengajian di Institut Teknologi Mara, Amron Omar merupakan salah seorang
pelukis figura yang terbaik di asia...kebanyakan karya-karya beliau menggunaka
bahan cat minyak di atas permukaan kanvas.Karya figuranya yang amat teliti
sering menarik perhatian sehinggakan ada cerita-cerita mistik yang dikaitkan
dengan karya beliau seperti ada yang pernah melihat lukisan figuranya seperti
bernyawa dan hidup pada waktu malam...karya belau yang terkenal adalah
seperti 'pertarungan' dimana memaparkan 2 figura lelaki yang sedang bersilat
cukup lengkap sifat manusianya sehinggakan menampakkan otot-otot serta
pergerakan anggota yang jelas...satu lagi karya beliau yang menjadi simpanan
tetap Balai Seni Lukis Negara ialah karya yang bertajuk 'Potret Diri' yang
menggunakan cat minyak di atas kanvas menggambarkan seorang pemuda yang
tidak berbaju dan hanya memakai kain pelekat sedang duduk di atas kerusi rehat
rotan.
Catan 'Potret Diri' adalah catan realisme yang dihasilkan dengan begitu teliti dari
segi pewarnaan, kadar banding dan pencahayaan yang baik. Boleh dikatakan
semua aspek asas senireka dapat kita lihat di dalam karya ini dengan jelas dan
baik. Satu yang saya rasakan paling hebat pada setiap karya beliau adalah
setiap inci anatomi figura yang dilukis dikaji dengan baik, dari segi bentuk
ataupun fungsinya bagi menampakkan pergerakan anggota yang baik.

atan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam


pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan)

seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini
digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis
selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan
Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam
rencana ini.
Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab
artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni.
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna
atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan
membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya
pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan
dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat
mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco.
Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di
Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.
Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang
mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi
abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis
yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan
media cat air.
Media
Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia
bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat
air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang
digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai
digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga
14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas
atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk
mencuci berus.
Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut
air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang
digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras.
Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan licin
digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.
Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia
mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk
menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan
ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan.
Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis,
jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.
Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan
cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak
linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis
lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan
kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau
hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.
[sunting]

Teknik Catan
Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering
untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai
dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik
ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan
warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu
cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan
nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk
mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna
yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang
sama.
Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah.
Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi
media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus
membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya
adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan
bercampur dan hasilnya nampak kotor.
Campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya
ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan
nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
Cara
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna
disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel,
elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan
berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.
Teknik Berus Kering
Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas.
Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna
yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan
kering berlegap.
Campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu
dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna
yang telah dibancuh.
Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna
disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang
kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada
setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan
jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering
dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah
kering.
Teknik Kecatan
Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah
sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan
kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas.
Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan.
Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa
menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai
dibuat.

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah
Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan
dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang
dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah
meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni
halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa.
Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong
dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.
Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta
telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai
kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan
gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis.
Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah
perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acaraacara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis,
pencinta seni, ahli politik dan diplomat.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang
kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru
yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui
kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar
dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis
dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun
1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas
seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh
dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde
di negara ini. Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut
of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus
diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior
Design di samping kursus-kursus sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan
sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam
bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam
bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal,
Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan
menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting,
Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.
Tahun 1970an
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil
alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza
Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan
lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan
dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka
yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis
tempatan dan masyarakat umum.
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lainlain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilainilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori
oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan
yang teguh di awal 1970an.

Apresiasi dan kritikan Seni


1. Definisi kajian mengenai pelukis mengenai hasil seni mereka berkait dgn
aspek pemahaman dan kognitif.
Smith pendidikan seni harus dilihat dlm skop yg lebih luas.
Chapman pelajar dpt memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Macfee Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria
pandang.
2. Tujuan apresiasi seni
a) memahami dan betindak terhadap aspek seni
b) mtahui pentingnya nilai seni dlm kehidupan
c) mhasilkan karya
d) memahami seni dan hubungannya
e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti seni.
3. Pendekatan Apresiasi seni
a) Pendekatan secara logik tradisional penerangan (membaca,mengkaji dll),
pemerhatian (pameran,filem,gambar), perbandingan (analisa, perbandingan)
,penghasilan ( membuat mengikut saya rtis)
b) Pendekatan secara psikologi menjurus kpd perasaan peribadi, bersifat
emosi, kepada sesuatu karya seni. Aktiviti spt perbincangan, proses inkuiri,
kritikan, mengolah bahan dll
4) Kaedah melihat seni ( Kritik )
a) Hedonistik luahan spontan s/ada suka @ tidak, tertarik, pernyataan
spontan.
b) Kontekstualistik pemerhatian dibuat secara ilmiah, sistematik serta
kejelasan.
c) Organistik melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsure unsure
seni, imbangan, perulangan,kesinambungan.
d) Normistik kriteria sesuatu karya dr aspek nilai masyarakat, agama dan
budaya.

e) Elektik gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif.
Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik.
5) Proses Apresiasi
a) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsure seni, prinsip
dan struktur c) tafsiran yg terdapat pada sifat-sifat tampak d)penilaian terhadap
keaslian, gubahan, teknik dan fungsi
6) Aspek nilai melalui aspresiasi seni
- Seni dlm kehidupan
- seni dlm komunikasi ( seni halus )
- R/bentuk rumah tradisional
- Perkembangan seni dlm budaya kebangsaan
- Hasil seni rakyat perlatan,tekat,tenunan,bangunan
- Perkembangan seni lukis moden Malaysia.
- Seni dlm budaya lain : kraf dan seni halus.
Bidang Kegiatan Menggambar
1. Asas-asas menggambar menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk
menghasilkan gambar mengikut ekspresi tersendiri (pengalaman langsung)
hingga dapat idea baru dari benda konkrit.
2. Alat dan Bahan pensel, cat minyak, krayon, cat air, pen dll
3. Teknik menggambar lukisan , catan ( mengecat) , kolaj (tampalan-bebas dan
bertindih) , montaj, cetakan, resis (gunakan
bahan yg x bercampur spt warna aii dan warna lilin ), gosokan,stensilan,
percikan, gurisan (guna krayon pd permukaan dan guris dgn benda tajam) ,
capan (guna bahan yg disapu dgn warna cth kulit siput , dll), mozek (tampalan 4
segi kertas warna keatas kertas.)
4. Persembahan hasil karya
a) Ekspresi diri .
b) Kem. Mengaplikasikan alat,bahan dan teknik.
c) Apresiasi dalam bidang menggambar
Bidang Rekaan dan Corak
1. Apa itu corak struktur susunan ulangan berdasarkan motif.
Seperti alam s/jadi, bahan buatan mns , geometri, abjad, brg kraf
2. Susunan corak Penuh, turun separa, berulang, orgee, batu bata, berpusat ,
sendeng, berombak, bertindih, jidar bertimbul, berjalur, cerminan
3. Teknik,alat dan bahan, proses dan hasil
a) Corak tak terancang pualaman (cat kilat dalam air), tiupan, titisan , ikatan &
celupan, renjisan & percikan.
b) Corak terancang lukisan , catan, cetakan, capan, lipatan& guntingan, resis,
kolaj, kaligrafi.

Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah.
Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang
dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan
keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni
seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang
tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira
aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga
mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika
yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun
masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan
sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974:
43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang
memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk
yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi
(1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentukbentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

Seni Visual
Seni Visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin
seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka
bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni
lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu
idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan
ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya
dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan
yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan
yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu
objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.
Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza
disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan
filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad

kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru
seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual
menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan,
dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).
Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni
visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh,
istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni
halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan
ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan,
arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni
gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni
grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni
reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.
Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi,
seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya
disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa
dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti
masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu
seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman
motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip
agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap
agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.
Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik,
bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya
dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkaraperkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual
adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia
menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.
Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual
Maksud Sejarah Seni Visual
Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni
Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan
cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada
persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apaapa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang
pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan,
makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinankemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.
Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai
pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam
konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktorfaktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai,
makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana
penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan
kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai
suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain.
Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang
menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989;
Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).
Tujuan Sejarah Seni Visual
Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa
masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan
memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni
visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni.

Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang
merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi
atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak
sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan
bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan
perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas
sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan
sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).
Kaedah Sejarah Seni Visual
Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau
sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni
menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh
dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang
dikaji ataupun dihayati.
Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia
dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia
satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba
disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang
menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah
pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?;
bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?;
berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya?
(Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali
serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini
yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami
karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita
dengannya.
Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:
"We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation
sees them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be
assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect
comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and
yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later
generation is the result of the whole range of previous interpretations." (Hauser,
1959 in Fernie, 2001: 205).
Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspekaspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya
penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap
bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu
karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.
(b) Konsep dan Kaedah Kritikan Seni Visual
(i) Pengertian Kritikan Seni Visual
Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam
bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada
pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi
aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting
dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan,
persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni,
pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh
dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni
pengkarya dan seni visual secara umumnya.
(ii) Tujuan Kritikan Seni Visual
Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik
bagi pengkarya mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, kritikan

boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi


penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta
maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, kritikan
seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap
seni visual secara umumnya.
Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual,
seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu
mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi
strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan
pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk
jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan
pengkarya dan khalayak.
Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi
aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya
melalui karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan,
kartun, komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Pengkritik
berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil
kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain,
pengkritik juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang
tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan
pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua
peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya, di
samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai yang disimbolkan
dalam sesebuah karya seni.
Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan
menilai karya seni visual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada
dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Dalam konteks ini,
kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah
perkembangan sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat
dan budaya yang terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya.
Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut, justeru memaklumkan
kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara
umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan
serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya.
Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk membimbing,
memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya
yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik
berupaya memperjelaskan ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan
kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada
konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun.
Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan
suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap
sesuatu produk seni yang dihasilkan. Menerusi maklum balas itu, pengkarya
boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan. Proses
penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal
benda, atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana
kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan
kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh pengkritik.
Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka
mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu
bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau promoter seni dengan pembeli
atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni
mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukispelukis sedia ada. Meskipun dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak

seharusnya secara langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun


promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk,
tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya.
Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya
yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia
diperkatakan serta dibicarakan secara meluas, justeru itu memungkinkan ia
dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh
mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya
mengesahkan atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni
terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. Bagi
muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang mengumpul
seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan
koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang
baru, baik dan berpotensi.
Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi
pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih
berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan
kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya.
Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan
sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak
memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan
melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis,
interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni
pada konteks ruang dan masanya.
Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka
meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam
peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain
daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumendokumen sejarah yang penting lagi berharga.
(iii) Kaedah Kritikan Seni Visual
Pendekatan Kritikan Seni
Secara umumnya, kritikan seni terbahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu
ilmiah, dan jurnalistik. Pendekatan ilmiah adalah bentuk penulisan yang
terperinci lagi sistematik dan lazimnya terbit dalam jurnal, majalah dan buku.
Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan
dan kajian lain yang menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan.
Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor,
kurator muzium, penyelidik, dan penulis. Pendekatan jurnalistik pula berbentuk
laporan, penerangan dan penulisan diskriptif yang terbit dalam surat khabar dan
majalah, atau disiarkan melalui radio dan televisyen untuk tatapan umum
Strategi Kritikan Seni
Kritikan seni amat berkait rapat dengan apresiasi seni yang terbentuk menerusi
kefahaman terhadap aspek-aspek asas karya seperti hal benda, komposisi dan
kandungan. Kebolehan menangani serta menghuraikan ketiga-tiga aspek ini
akan memberi laluan kepada penghasilan kritikan yang lebih bermakna lagi
berkesan. Dalam strategi pertama iaitu diskripsi, seseorang pengkritik perlu
mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan formal dan mengenal
pasti imejan. Dia perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual karya
dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium, dan tarikh: jelasnya,
menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu.
Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual,
contohnya dari sudut pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna,
permukaan, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik
serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya.

Menerusi strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya mengenal pasti


kepelbagaian hal benda dalam karya yang antara lain merangkumi figura, alam
semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan manusia. Keupayaan mengenal
pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca bentuk penampilan
imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni, baik yang
bersifat tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari. Pengetahuan ini
memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di antara
satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun satu gaya dengan gaya-gaya
yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan pertimbangan
kendiri oleh pengkritik.
Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik
sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan
memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta memahami kepelbagaian
bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh
abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna
karyanya. Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan
mempertajamkan kritikannya kerana dia berupaya menyelami kaedah-kaedah
pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam.
Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya
melakukan interpretasi iaitu
mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema,
makna, dan fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan
makna karya pada konteksnya. Rangkuman ketiga-tiga proses mengenal pasti
dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan pengkritik membuat
pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya.
Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai
aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang
pengkritik yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan
formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya
berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia
juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan
ekspresi. Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang pengkritik dalam
menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk "formalisme,
ekspresivisme, mahupun instrumentalisme" (Feldman, 1994). Pertimbangan dari
sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan
harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan
menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud
pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat,
contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.
Rujukan
Bender, J.W. and Blocker, H.G., 1993. Contemporary Philosophy of Art. New
Jersey: Prentice-Hall.
Gaitskell, C.D. dan Al Hurwitz, 1970. Children and Their Art. New York: Harcourt
Brace and World Inc.
Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History. New York: Alfred A. Knopf.
Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History

dalam Eric Fernie, 2001. Art History and Its Methods. New York: Phaidon Press
Limited.
Hornby, A.S., 1974. Oxford Advanced Learner's Dictionary of Current English.
Oxford University Press.
http://www.newcastle.edu.au/discipline/fine-art/theory/analysis/panofsky.htm
Lester, P. M., 2000. Visual Communication: Images with Messages. Wadsworth
Thomson Learning.
Martin, J., 1986. Longman Dictionary of Art. Longman.
Mbiyo Saleh, 1987. Estetika. Jakarta: Yayasan Umbi.
Muliyadi Mahamood, 1993. Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muliyadi Mahamood, 2000. Sejarah Seni: Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20.
Kuala Lumpur: Univision Press.
Muliyadi Mahamood, 2001. Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era
Pluralis. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Muliyadi Mahamood, 2004. The History of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993).
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Ocvirk, O. G., Stinson, R. E., Wigg, P. R., Bone, R. O., and Cayton, D. L., 1998. Art
Fundamentals: Theory and Practice. McGraw-Hill.
Osborne, H., 1979. The Oxford Companion to Art. Oxford University Press.
Pointon, M., 1994. History of Art. London and New York: Routledge.
Preble, D., Preble, S. and Frank, P., 1999. Art Forms. New York: Longman.
Read, H., 1959. The Meaning of Art. Penguin Books.
Rupa dan Jiwa. Katalog Pameran Rupa dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi Dalam
Seni Rupa Malaysia Sezaman. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 15 Jun-2
Julai, 1993.
S.H. Nasr, 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Terjemahan Baharudin
Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sidi Gazalba, 1977. Pandangan Islam tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka
Antara.
Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan
Pustaka.
Smagula, H., 1991. Re-Visions: New Perspectives of Art Criticism. New Jersey:
Prentice Hall.

Stern, A., 1973. "The Child's Language of Art" dalam In Child Art: The Beginnings
of Self-Affirmation. Edited by Milda Present Lewis. Berkeley: Diable Press Inc.
Tansey, R. G. dan Kleiner, F. S., 1996. Gardner's Art Through the Ages. New York:
Harcourt Brace College Publishers.
Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman: Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Karya Abdullah Ariff bertajuk Coconut Plantation - Dawn menggunakan


media cat air yang menggambarkan aktiviti di sebuah dusun kelapa.. Dalam
catan ini, kelihatan pokok-pokok kelapa , binatang peliharaan seperti kambing,
beruk, figura manusia, dan beberapa buah rumah Melayu. Secara analisisnya,
unsur seni yang ketara dapat dilihat dalam catan ini
ialah
garisan dan jalinan melalui lukisan pokok kelapa serta rumpun semaksamun.Selain daripada itu, bentuk ditonjolkan pada pokok kelapa , figura dan
rumah.Catan ini juga menekankan unsur ruang dan warna.

Ruang dalam catan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu ruang depan, ruang
tengah dan ruang belakang. Ruang Dalam juga diperjelaskan melalui aplikasi
perspektif warna di mana warna objek-objek di bahagian depan lebih jelas dan
terang; tetapi beransur kabur di bahagian belakang catan.
Aplikasi ruang dalam dan perspektif warna menimbulkan suasana
ketenangan dan hening dalam catan. Penggunaan unsur seni yang berulangulang dalam catan seperti bentuk , warna dan jalinan pokok kelapa
menimbulkan kesan harmoni dan kesatuan dalam catan.
Secara keseluruhannya, pelukis berjaya menyampaikan suasana tenang
dan mendamaikan di kampong
KRITIKAN SENI VISUAL
-DESKRIPSI
Karya bertajuk "Flora Keris Melayu Sakti" oleh Mohd Mustafa Mohd Ghazali
memaparkan imej keris dengan menggunakan media campuran.
-ANALISIS
Karya ini berbentuk arca timbulan dan menggunakan pelbagai media campuran
dalam penghasilan karya. Unsur-unsur seni yang di tonjolkan dalam karya adalah
rupa dan jalinan, manakala prinsip rekaan yang diaplikasikan memaparkan
harmoni, kesatuan, kepelbagaian, imbangan, dan penegasan.
-INTERPRETASI
Karya "Flora Keris Melayu Sakti" cuba mengangkat seni tradisi orang-orang
Melayu melalui senjata keris. Dalam seni tradisi, keris mempunyai fungsi yang
pelbagai termasuklah alat mempertahankan diri sebagai senjata peperangan,
taraf hidup dan pangkat serta digunakan dalam perubatan tradisional.
Kini, fungsi keris semakin diketepikan. Ia tidak lagi relevan dengan dunia
teknologi dan digital. Fungsinya sangat terhad dan kadang-kadang hanya
tersimpan di dalam peti buruk. Hanya mereka yang berilmu akan
menghargainya.
Mohd Mustafa Ghazali melalui karyanya, memaparkan imej keris dalam konteks
yang boleh diterima kini. Ia bukan lagi untuk digunakan sebagai senjata
peperangan atau alat mempertahankan diri, sebaliknya karya "Flora Keris Melayu
Sakti" mengupas isu-isu berkaitan jati diri seorang Melayu moden.
Karya ini menonjolkan motif-motif flora keris dalam bentuk berjalinan. Hulu keris
yang asalnya berbentuk 3 Dimensi diolah menjadi motif berupa 2 Dimensi serta
dihiasi dengan jalinan corak pada hulu keris dan keris itu sendiri.
Karya mengaplikasikan prinsip imbang tidak simetri, dan jalinan corak yang
berulang-ulang mewujudkan kesan harmoni dan kesatuan. Pengkarya mungkin
cuba mengupas isu jati diri dan penyatuan masyarakat Melayu yang dilihat
semakin berpecah belah.

Kepelbagaian media campuran dalam penghasilan karya ini memaparkan nilai


estetik yang tinggi melalui teknik-teknik penghasilan karya.
-PERTIMBANGAN
Karya "Flora Keris Melayu sakti" oleh Mohd Mustafa Ghazali Berjaya mengupas
isu-isu berkaitan jati diri orang-orang Melayu. Beliau juga mentransformasikan
seni tradisi Melayu lama menjadi sebuah karya arca timbulan seni pasca moden
yang sarat dengan falsafah kemelayuannya.

Anda mungkin juga menyukai