Anda di halaman 1dari 26

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN

OBJEKTIF
AM

UNI
T

Memahami

dan

mengetahui

amalan

keselamatan yang diamalkan di kilang dan di


bengkel.

OBJEKTIF
KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Menerangkan kepentingan keselamatan diri di
kawasan kilang dan bengkel.
Menyatakan apakah faktor penyumbang kepada
kemalangan dan bagaimanakah cara untuk
menghindarinya.
Menghuraikan bagaimana amalan keselamatan
dapat dipraktikkan secara efektif dalam pengendalian
alat dan mesin di kilang dan di bengkel.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

INPUT
1.0

PENGENALAN

UTAMAKAN KESELAMATAN
Seperti mana yang anda lihat di mana-mana kilang, bengkel, tapak bina, tapak
ujian dan di pelbagai premis yang memerlukan kesedaran keselamatan yang tinggi
dikalangan pengguna dan pengunjungnya. Kenyataan tersebut dibuat dalam bentuk
papan tanda yang besar atau dilukis dengan jelas dan terang di dinding-dinding
premis tersebut.
Secara tidak langsung, kenyataan tersebut menggambarkan satu bentuk peringatan
yang keras dan jelas berhubung pentingnya aspek keselamatan diutamakan di
premis-premis tersebut. Apa yang membuatkan keselamatan diberikan penekanan
yang lebih adalah kerana persekitaran dan keadaan premis tersebut biarpun dalam
keadaan tenang tetapi jika tidak diuruskan dan dioperasikan dengan berhati-hati, ia
dengan mudah mengundang bencana besar kepada penggunaannya.

1.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN.


Kecuaian : Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh kecuaian, oleh itu
tumpuan terhadap kerja amat penting untuk menghindarkan daripada
berlakunya kemalangan.
Kejahilan : Pekerja-pekerja harus memahami cara penggunaan dan
pengendalian fungsi-fungsi mesin dan alatan yang digunakan.
Pemakaian : Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau baju berbulu, tali
leher, tidak seharusnya dipakai. Pemakaian pakaian keselamatan perlu

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

sentiasa dititik beratkan merangkumi beberapa peralatan keselamatan


seperti goggles, apron, sarung tangan, kasut getah dan sebagainya.
Kebersihan : keadaan persekitaran di bengkel perlu sentiasa bersih dan
kemas. Sesetengah besi bulat seperti batang paip, jika terpijak akan
tergelincir dan terjatuh. Lantai bengkel mestilah bebas daripada minyak
dan gris. Gunakan bahan buangan yang bersih, bahan buangan yang lama
kemungkinan mengandungi besi-besi potongan dan sebagainya.
Peralatan Tangan : Pemegang penukul yang telah longgar atau kasar
permukaannya tidak seharusnya digunakan lagi. Pemegang files mestilah
dipasang dengan ketat, sekiranya tidak, selumbar (tang) akan masuk
kedalam tangan. Alatan tangan yang tidak dipasang dengan rapi akan
terlucut atau longgar. Apabila menggerudi, adalah perlu untuk memegang
benda kerja dengan kemas dan selamat dengan cara mengepitnya dengan
ragum. Apabila mencanai (grinding) selalulah memakai topeng mata
(goggles).
Peralatan Jentera : semua alat dan peralatan berjentera perlu berada
dalam keadaan baik dan tiada skru yang longgar atau terkeluar. Pastikan
juga roda alat pengasah (abrasive Wheels) dalam keadaan baik dan dan
perjalanannya dalam arah dan kelajuan yang betul. Jangan buang atau
alihkan bahan-bahan buangan berhampiran bahagian alat jentera yang
bergerak. Sebarang pembetulan, pengubahan atau penetapan semula
(reset) alat mestilah dalam keadaan alat tersebut tidak berfungsi dan tiada
arus elektrik yang mengalir ketika itu.

PERINGATAN :
Kaji dengan mendalam konsep asas fungsi dan konsep kerja bagi sesuatu
jentera, ia termasuklah bagaimana mematikan alat jentera tersebut dalam
waktu kecemasan. Jauhkan diri anda dari bahagian yang bergerak. Jangan
sesekali membetulkan sebarang alat semasa jentera sedang bergerak dan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

berfungsi. Biarkan alat jentera yang berpusing atau bergerak berhenti


dengan sendirinya jika anda mematikan suis. Hentikan alat jentera
sebelum mengukur semula benda kerja. Jangan biarkan orang lain
mengawal suis untuk anda (strating switch) ; SATU ORANGSATU
JENTERA.
Elektrik : Jangan gunakan logam lembut yang rosak. Gunakan alat
pekakas yang bertebat dan dibumikan dimana sahaja yang mungkin.
Dalam hal apa sahaja sekalipun berhati-hati dengan wayar hidup.
Mengangkat : jangan sekali-kali mengangkat gearrs atau sesuatu kerja
melainkan benda tersebut tidak terlalu berat. Berhati-hati dengan
penggunaan takal pengangkat yang digunakan. Semua rantai, takal,
cangkuk yang digunakan mestilah tidak melebihi muatan maksimum
peralatan tersebut.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

AKTIVITI
UNIT 1
1

Bagaimanakah faktor pakaian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan?

Jelaskan faktor kemalangan yang diakibatkan oleh peralatan tangan dan


jentera.

Senaraikan secara ringkas 8 faktor penting yang menyebabkan kemalangan


di bengkel.

Apakah kemungkinan buruk yang akan berlaku sekiranya anda membiarkan


orang lain mengawal suis jentera yang anda sedang kendalikan?

Fahamkan dengan
jelas maksud soalan
sebelum menjawab.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

MAKLUMBALAS
UNIT 1 (A)
1.

Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau baju berbulu, tali leher, tidak
seharusnya dipakai. Sebagai contoh, tali leher yang dipakai mungkin tersepit
pada mesin semasa membongkok.

2.

Peralatan tangan : komponen alat tangan yang tidak ketat dan longgar seperti
besi tukul yang longgar atau pemasangan skru yang longgar menyebabkan alat
tangan hilang berubah sifat dan mendatangkan bahaya.
Peralatan jentera : bahagaian yang bergerak jika tidak dipasang dengan betul
akan mendatangkan bahaya. Contohnya piring gergaji pada Radial Arm Saw,
jika ikatan skrunya longgar piring yang berputar pada halaju tinggi mungkin
akan terkeluar yang sangat merbahaya jika terkena tubuh.

3.

kecuaian

b. kejahilan
c. pemakaian
d. kebersihan
e. peralatan tangan
f. peralatan jentera
g. elektrik
h. mengangkat
4.

Kemungkinan berlakunya salah faham yang menyebabkan rakan mengaktifkan


mesin pada masa anda tidak bersedia dan sedang melakukan kerja pada mesin
tersebut. Kecederaan mungkin berlaku.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

INPUT
1.2

MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA


BERADA DIDALAM BENGKEL
Terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu diambil kira. Aspek-aspek ini
merangkumi beberapa perkara utama :
1.2.1

SIKAP :

Terdapat beberapa cara yang dapat membina sikap positif terhadap


keselamatan. Antaranya adalah seperti dibawah :
Menunjukkan teladan yang baik semasa berada didalam bengkel
pensyarah

ataupun

pengajar

perlu

menitikberatkan

aspek

keteladanan yang memainkan peranan penting dalam membentuk


sikap dan sahsiah para pelajarnya.
Contoh : Pensyarah memperlihatkan imej yang baik dari segi
pemakaian dan tatacara penggunaan alat mengikut prosedur agar
dapat dicontohi oleh pelajar.
Mengadakan taklimat atau ceramah keselamatan menganjurkan
ceramah/taklimat berhubung dengan keselamatan di bengkel dari
masa ke semasa sebagai satu usaha berterusan menyedarkan para
pelajar tentang amalan keselamatan yang baik. Ceramah dan
taklimat

ini

boleh

disertakan

bersama

kempen-kempen

keselamatan atau Minggu Keselamatan . hal ini dapat menarik


minat pelajar seterusnya kesedaran berterusan akan terus dapat
dipupuk.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

Sifat cermat,
bertanggungjawab dan
timbang rasa bergantung
kepada pembentukan sikap
dan perasaan yang rasional.

1.2.2

ORGANISASI :
Dalam usaha membentuk disiplin yang tinggi dikalangan pelajar
dalam menjalankan kerja di bengkel, adalah penting diwujudkan
satu organisasi pentadbiran dikalangan pelajar bagi tujuan
penyelarasan serta memastikan kerja-kerja dijalankan dalam
keadaan teratur, berdisiplin dan penuh tanggungjawab.
Contoh Organisasi paling asas adalah terdiri daripada Foreman,
Penolong Foreman dan Pelajar-pelajar. Foremans sebagai ketua
bengkel bertanggungjawab memastikan disiplin terkawal selain
bertindak sebagai penyelia terhadap kerja pelajar-pelajar dalam
menentukan cara kerja yang teratur dan sistematik. Foreman juga
bertindak melantik petugas-petugas yang berfungsi dalam hal-hal
kebersihan, keselamatan alat dan disiplin. Secara tidak langsung ia
dapat

membantu

pensyarah

mengawal

kelas

seterusnya

menguatkuasakan peraturan dan meningkatkan keselamatan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1.2.3

7102

PERATURAN AM KERJA-KERJA PERABOT


Dalam melaksanakan kerja-kerja pembuatan perabot, terdapat
beberapa peraturan am yang perlu diambil kira :
Anda

dimestikan

memakai

pakaian

yang

sesuai

semasa

menjalankan kerja-kerja amali didalam bengkel.


Menjaga alat-alat yang telah dipinjam dari stor seterusnya
memulangkan alatan yang telah diambil kembali ke tempat
asalnya.
Paku-paku,

habuk-habuk, potongan-potongan kayu

perlulah

dipastikan tidak berada diatas meja kerja. Kebersihan diatas meja


kerja adalah sangat penting.
Pastikan sebelum anda meninggalkan bengkel, anda sudah
mengemas segala alat dan pekakas pertukangan tidak tertinggal
diatas meja atau dimana-mana kawasan bengkel. Demikian juga
dengan alatan jentera, pastikan suis-suis setiap jentera dimatikan.
Jika pensyarah/juruteknik tiada didalam bengkel, anda dilarang
sama sekali melakukan sebarang kerja atau menggunakan mesin
tanpa diawasi oleh pensyarah/ juruteknik.
1.2.4

ALATAN DAN PAKAIAN KESELAMATAN


Merangkumi aksesori yang dipakai semasa menjalankan kerjakerja seperti ;
a) Topi Keselamatan dipakai bagi melindungi bahagian
kepala.
b) Goggles sebagai pelindung mata dari habuk atau
bendasing.
c) Sarung tangan getah dipakai semasa mengandalikan
cat-cat, bahan kimia pelarut, mengangkat kepingan
kayu dan sebagainya.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

10

d) Kasut getah dipakai untuk mengelakkan kecederaan


kaki selain bertindak mengelakkan tegelincir aripada
minyak atau gris.
e) Apron sebagai

pelindung

dada dan pakaian

terutamanya emasa kerja-kerja mengecat dan kemasan


akhir dilakukan.
f) Penutup hidung melindungi pernafasan dari habukhabuk kayu dan semburan kimia.
g) Penutup telinga melindungi telinga daripada bunyi
bising yang melampau semasa kerja-kerja pemesinan
kayu dijalankan.

Gambar menunjukan satu contoh pemakaian


keselamatan yang baik semasa kerja dibengkel.

PAKAILAH PAKAIAN
KESELAMATAN YANG
SESUAI SEMASA KERJA
TIRU MACAM
SAYA!

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

11

AKTIVITI
UNIT 1
1

Jelaskan 2 cara yang dapat membina sikap positif terhadap keselamatan.

Nyatakan fungsi-fungsi alat keselamatan berikut :


a) Topi Keselamatan
b) Goggles
c) Kasut Getah
d) Penutup Telinga

Dalam

melaksanakan

kerja-kerja

pembuatan

perabot,

terdapat

peraturan am yang perlu diambil perhatian, nyatakan 3 daripadanya.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

12

MAKLUMBALAS
UNIT 1 (B)
1

a)

Menunjukan teladan yang baik semasa berada didalam bengkel pensyarah

ataupun pengajar perlu menitikberatkan aspek keteladanan yang memainkan


peranan penting dalam membentuk sikap dan sahsiah para pelajarnya.
b)

Mengadakan

taklimat

atau

ceramah

keselamatan

menganjurkan

ceramah/taklimat berhubung dengan keselamatan di bengkel dari masa ke semasa


sebagai satu usaha berterusan menyedarkan para pelajar tentang amalan
keselamatan yang baik.
2

a) Topi Keselamatan dipakai bagi melindungi bahagian kepala.


b) Goggles sebagai pelindung mata dari habuk atau bendasing.
c)

Kasut getah dipakai untuk mengelakkan kecederaan kaki selain bertindak

mengelakkan tegelincir aripada minyak atau gris.


d)

Penutup telinga melindungi telinga daripada bunyi bising yang melampau

semasa kerja-kerja pemesinan kayu dijalankan.


3

Anda dimestikan memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan kerja-kerja


amali didalam bengkel.

Menjaga alat-alat yang telah dipinjam dari stor seterusnya memulangkan alatan
yang telah diambil kembali ke tempat asalnya.

Paku-paku, habuk-habuk, potongan-potongan kayu perlulah dipastikan tidak


berada diatas meja kerja. Kebersihan diatas meja kerja adalah sangat penting.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

13

INPUT
Kita telah pun mengetahui jenis-jenis dan pakaian keselamatan yang sesuai ditempat
kerja. Namun demikian, satu lagi perkara yang mungkin berlaku ialah risiko kebakaran.
1.2.5

BAHAYA KEBAKARAN.
Punca Bahaya. - kebakaran boleh berlaku disebakan pelbagai punca,

umpamanya :
a) kebakaran disebabkan terbakarnya kayu, kain, minyak,
kertas, dan sampah sarap. Tempat-tempat yang terdedah
kepada bahaya ini ialah persekitaran tempat kerja.
b) Kebakaran adalah disebabkan oleh cecair yang mudah
terbakar seperti, petrol, minyak gris, cat, alcohol, asid,
silinder gas dan sebagainya.
c) Kebakaran boleh disebabkan oleh arus elektrik. Ini
kebanyakkannya disebabkan oleh pendawaian yang
rosak dan salah. Pemeriksaan hendaklah dilakukan
setelah menggunakan alat atau mesin.
1.2.6

LANGKAH_LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN


Untuk mecegah kebakaran, langkah-langkah berikut haruslah
dilakukan :
a) bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di
tempat yang selamat
b) alat pemadam kebakaran dari jenis yang baik hendaklah
diletakkan di tempat yang mudah mengendalikannya.
c) Pemadam api hendaklah diletakkan di dinding dengan
ketinggian yang sesuai

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

14

d) Pastikan kelengkapan pemadam api tidak terlindung


dari penglihatan.
e) Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai
ketahanan haba jika bekerja di tempat yang mudah
terbakar.
f) Lakukan latihan mecegah kebakaran jika berlakunya
kebakaran. Biasakan diri dengan bunyi loceng amalan
kebakaran dan pastikan tempat letak pintu kecemasan.
1.2.7

ALAT-ALAT PENCEGAH KEBAKARAN


Alat pencegah kebakaran ataupun alat pemadam api
terbahagi kepada lima jenis bergantung kepada jenis bahan yang
digunakan :
a) Jenis Katrij Air
b) Jenis Buih
c) Jenis Karbon Dioksida
d) Jenis Serbuk kering
e) Jenis Pasir
Cara penggunaan alat pemadam api ini berbeza mengikut
jenis alat terbut. Dan juga jenis kebakaran yang berlaku seperti di
muka sebelah :

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Cara penggunaan alat pemadam api :

7102

15

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

16

Pemadam-pemadam api ini perlu dilakukan pemeriksaan


yang berjadual oleh Jabatan Bomba seperti yang tertera di label
alat tersebut bagi memastikan alat pemadam api tersebut dapat
berfungsi dengan baik pada bila-bila masa yang diperlukan.
Kaedah penggunaan alat pemadam api ini terkandung
dalam manual penggunaan yang tertera pada alat tersebut.
NOTA PENTING :
Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap bengkel mempunyai
pelan

laluan kecemasan jika berlakunya kebakaran. Pelan

kecemasan ini bertindak sebagai panduan kepada pengguna premis


untuk memudahkan meraka keluar daripada premis tersebut
dengan cepat, teratur dan selamat. Rajah dibawah adalah satu
contoh pelan keluar di sebuah bengkel jika berlakunya kebakaran :

Rajah menunjukan susunatur bengkel dan pelan keluar jika


berlakunya kecemasan.
1.2.8

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

17

Satu alat yang sangat penting sekiranya berlakunya kecemasan


yang melibatkan kecederaan. Kotak pertolongan cemas ini dapat
membantu mengubati bagi kecederaan ringan seperti luka kecil, terseliuh,
dan sebagainya. Kit pertolongan cemas ini juga amat berguna sebagai
bantuan awal jika berlakunya kecederaan berat seperti kepatahan, luka
besar dan sebagainya.
Ubatan yang terkandung dan kelengkapan perubatan yang ada
perlu diperiksa dan dikemaskinikan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
bagi memastikan ubat-ubatan dalam keadaan baik dan peralatan
mencukupi.
Berikut

adalah

senarai

ubatan

dan

alatan

serta

cara

menggunakannya bagi setiap kotak kecemasan :


Ubatan Dan Alatan
Selvon

Kegunaan Dan Rawatan


Untuk merawat luka dan kudis

Gentian Biru (Blue Lotion)

Untuk merawat luka atau kudis

Larutan Iodin

Untuk Merawat Luka

Ubat Cium (Smelling Salt)

Untuk

menyedarkan

mangsa

yang pengsan
Kapas

Untuk

menyapu

luka,

menyapukan ubat pada luka dan


sebagai penutup luka.
Kain Pembalut

Untuk

mebalut

luka

atau

anggota yang terseliuh


Krim Antiseptik

Untuk

Merawat

kudis

yang

besar dan bernanah.


Radian Massage

Untuk merawat sakit otot, untuk


mengurut

dan

memanaskan

badan.
Krim Anti-Lecur

Untuk

merawat

kulit

yang

terbakar dan melecur/ melepuh.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Pil

Penahan

sakit

(Pain Untuk

meredakan

7102

18

sakit

dan

Killer)

pening kepala.

Minyak Urut

Untuk disapukan pada anggota


yang terseliuh, koma atau patah.

Merawat kecederaan ringan.


Sekiranya terdapat pelajar yang mengalami kecederaan
walaupun kecederaan ringan, pastikan, ia diberi rawatan
segera disamping memaklumkan kepada guru ataupun
orang

yang

bertanggungjawab.

Pelajar

seharusnya

mengetahui cara merawat kecederaan ringan seperti luka


dan melecur. Luka-luka kecil boleh dirawat dengan
membasuh luka tersebut, sapukan ubat luka pada luka dan
balut. Bagi kecederaan yang lebih teruk, hendaklah dirujuk
kepada guru untuk merawatnya ataupun dibawa ke hospital
Merawat Mangsa renjatan Elektrik.
Renjatan elektrik boleh menyebabkan mangsa pengsan atau
menemui maut dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu,
bantuan segera hendaklah diberikan :
a) berhentikan bekalan elektrik dengan cara
mematikan suis litar atau suis utama .
b) jika suis bekalan tidak

dapat dimatikan,

pindahkan mangsa supaya tidak tersentuh


dengan punca bekalan. Gunakan bahan penebat
seperti sarung getah atau kain tebal.
INGAT! JANGAN SENTUH
MANGSA TANPA ALAT
PENEBAT!
c) Jauhkan bahan-bahan yang basah atau lembab
atau pengalir haba seperti besi, zink, dan
sebagainya dari kawasan yang terlibat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

19

d) Periksa pernafasan mangsa. Beri bantuan


pemulihan pernafasan dengan kaedah berikut :

Holger Nelson

Cara Mulut Ke Mulut

Cara Mulut Ke Hidung

Cara Schafer

Cara Pemulihan Jantung Dari Luar


(CPR)

e) laporkan kepada pasukan pertolongan cemas


untuk mendapatkan rawatan lanjut.
f)

Rawat mangsa jika ia mengalami kecederaan.

g) Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni


mangsa. Selimutkan mangsa supaya dapat
memanaskan badannya.
h) Dapatkan rawatan doctor seberapa segera.

SILA BUAT PEMBACAAN SEMULA UNTUK


PEMAHAMAN YANG LEBIH JELAS

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

20

AKTIVITI
UNIT 1 (C)
1

Kebiasaannya terdapat 3 punca yang menyebabkan kebakaran. Jelaskan


dengan terperinci ketiga-tiga punca tersebut beserta contoh-contohnya.

Terdapat 5 jenis alat pemadam api yang tersembunyi dalam teka


silangkata dibawah. Anda dikehendaki mencari kesemuanya.

C
K
K
A
S
S
F
T
P
S
S
Q
B

E
D
A
F
S
G
U
P
I
M
K
U
R

M
G
R
T
E
R
B
U
T
N
I
W
P

N
U
B
A
R
L
I
J
U
H
R
P
T

I
K
O
E
B
I
L
K
E
U
T
U
D

A
E
N
D
U
K
J
N
D
K
R
R
M

D
A
D
S
K
H
S
A
S
T
I
I
N

X
E
I
K
K
L
E
A
I
R
U
P
I

C
T
O
R
E
H
I
A
B
R
F
A
R

N
M
K
J
R
U
K
A
M
B
S
S
P

B
B
S
L
I
A
L
E
A
N
E
I
F

Y
C
I
P
N
T
P
C
D
T
R
R
T

U
K
D
Q
G
M
O
B
C
F
B
U
V

Isikan tempat kosong dibawah mengikut kesesuaian ubatan tertentu.


UBATAN DAN ALATAN
Gentian Biru

KEGUNAAN DAN RAWATAN

P
O
A
D
C
B
U
N
S
K
U
J
X

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

21

Untuk merawat kudis yang bernanah


Untuk merawat luka dan kudis
Krim Anti-Lecur
Untuk meredakan tasik dan
Minyak Urut

pening kepala
Untuk disapu pada anggota
yang terseliuh

Ubat Cium
Radian Massage

4 Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil jika seseorang itu terkena


renjatan elektrik.
5 Terdapat lima kaedah untuk bantuan pemulihan pernafasan, senaraikan 4
daripadanya.

MAKLUMBALAS
UNIT 1 (C)

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

22

1.
a)

kebakaran disebakan terbakarnya kayu, kain, minyak, kertas, dan sampah


sarap. Tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya ini ialah persekitaran
tempat kerja.

b)

Kebakaran adalah disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar


contohnya,

petrol, minyak gris, cat, alcohol, asid, silinder gas dan

sebagainya.
c) Kebakaran boleh disebabkan oleh arus elektrik. Contohnya pendawaian yang
salah.
2
K
K

R
T
E

B
I

J
A
I
H

I
U

B
3
UBATAN DAN ALATAN
Gentian Biru

KEGUNAAN DAN RAWATAN


Untuk merawat luka atau kudis

Krim Antiseptik

Untuk merawat kudis yang bernanah

Selvon

Untuk merawat luka dan kudis

Krim Anti-Lecur

Untuk merawat kulit yang


terbakar/melepuh

Pil Penahan Sakit (Pain-Killer)

Untuk meredakan sakit dan

Minyak Urut

pening kepala
Untuk disapu pada anggota

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

23

Ubat Cium

yang terseliuh
Untuk menyedarkan mangsa

Radian Massage

yang pengsan
Untuk merawat sakit otot, mengurut
dan memanaskan badan.

4
a)

berhentikan bekalan elektrik dengan cara mematikan suis litar atau suis
utama .

b)

jika susis bekalan tidak dapat dimatikan, pindahkan mangsa supaya tidak
tersentuh dengan punca bekalan. Gunakan bahan penebat seperti sarung
getah atau kain tebal. Jauhkan bahan-bahan yang basah atau lembab atau
pengalir haba seperti besei, zink, dan sebagainya dari kawasan tang
terlibat.

c)

Periksa pernafasan mangsa. Beri bantuan pemulihan pernafasan dengan


kaedah berikut :

d)

laporkan kepada pasukan pertolongan cemas untuk mendapatkan rawatan


lanjut.

e)

Rawat mangsa jika ia mengalami kecederaan.

f) Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni mangsa. Selimutkan mangsa


supaya dapat memanaskan badannya.
g) Dapatkan rawatan doctor seberapa segera.
5
a) Holger Nelson
b) Cara Mulut Ke Mulut
c) Cara Mulut Ke Hidung
d) Cara Schafer
e) Cara Pemulihan Jantung Dari Luar (CPR)

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

24

PENILAIAN
KENDIRI 1
1

Mengapakah peraturan keselamatan dan undang-uandang di bengkel


itu penting dan perlu dipatuhi setiap masa?

Terangkah langkah-langkah penggunaan bagi pemadam api Jenis


Katrij Air dan Jenis Buih

Pada situasi apakah penggunaan Goggles amat perlu digunakan?

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

25

Pada hemat anda apakah lokasi yang sesuai untuk menempatkan


kotak pertolongan cemas di bengkel dan kenapakah lokasi itu dipilih?

Mengapakah sesuatu organisasi perlu diadakan di setiap bengkel.

Bagaimana mudah bukan?


Hanya jika and.a memahami dengan jelas
input dalam unit yang diberikan. Anda juga
adalah digalakkan untuk mendapatkan lebih
banyak panduan keselamatan dari pelbagai
sumber alternatif seperti Internet, rujukan
tambahan di Perpustakaan dan sebagainya..

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI 1
1. Dengan mematuhi peraturan keselamatan, sebarang risiko yang melibatkan
kemalangan jiwa @ pancaindera serta kerosakan terhadap alat dan mesin akan
dapat dihindari.
2.

a) Katrij Air
-

cabut pin penutup

halakan muncung ke pangkal api

hampiri kebakaran

tekan tuil

b) Jenis Buih

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
-

goncangkan tabung

tarik tuil dan pusingkan ke kanan

terbalikkan tabung

halakan muncung ke pangkal api

hampiri kebakaran

tekan tuil

7102

26

3. Penggunaan goggles amat perlu digunapakai semasa kerja-kerja pemotongan


kayu yang menggunakan mesin. Hal ini disebabkan oleh habuk-habuk kayu
semasa kerja pemotongan akan mudah masuk kedalam mata sekiranya tidak
menggunakan goggles.
4. Kotak pertolongan cemas sesuai diletakkan di dalam bilik penyarah agar ia
mudah diambil dan tidak disalahgunakan oleh para pelajar.
5. organisasi memainkan peranan yang penting kerana struktur organisasi yang baik
akan melancarkan perjalanan kerja dan secara langsung kerja tersebut akan lebih
tersusun dan teratur.

Bagaimana? Bersedia
melangkah ke unit
berikutnya?

Anda mungkin juga menyukai