TEORI PSIKOANALISA Pengkid
TEORI PSIKOANALISA Pengkid
________________________________________________________
BIL.
TAJUK
HALAMAN
1.0
PENDAHULUAN
m/s 1
2.0
m/s 2-3
3.0
TEORI PSIKOANALISA/PSIKOSEKSUAL
m/s 4-8
m/s 9-10
5.0
m/s 11-16
6.0
m/s 18-29
6.1 DEFINISI
6.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
6.3 KESAN
6.4 LANGKAH
7.0
KESIMPULAN
8.0
BIBLIOGRAFI
m/s 30
Senarai rajah
Rajah 2.1 : Foto 1 menunjukkan gambar tokoh Sigmund Freud, manakala Foto 2 diambil
pada tahun 1909 di hadapan Universiti Clark.
Rajah 4.1 : Tahap- tahap dalam Teori Sigmund Frued
Rajah 5.1 : Tahap perkembangan peribadi
1.0 PENGENALAN
1
Personaliti selalu disebut untuk menyatakan tingkah laku seseorang. Ada yang merujuk
personaliti sebagai paras rupa dan tidak kurang menyatakan personality merupakan gaya
seseorang apabila berada dalam sesuatu suasana. Menurut Santrock (2007) berminat
menyatakan personality sebagai penerangan kepada kepelbagaian individu yang membezakan
dengan jelas kognisi dalam kalangan individu.
Mengikut Fiest dan Fiest (2002), personaliti merujuk kepada perbezaan berfkir, emosi
dan perlakuan seseorang terhadap persekitaran dunia luar. Atan Long (1976) dalam Suppiah,
Aziz dan Ramlah (2008), menjelaskan bahawa personality berasal daripada perkataan Latin
Pesona, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka,iaitu merujuk kepada
penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personality merangkumi
pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi,
kebiasaan dan sebagainya. Allport pula menyatakan bahawa konsep personality sebagai
organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menetukan tingkah laku dan
pemikiran.
Personaliti dilihat berdasarkan pelbagai perspektif. Personaliti merupakan aspek
penting dalam membicarakan tingkah laku seseorang. Ahli psikologi perkembangan
mengesahkan bahawa personaliti seseorang berkembang bermula dari awal kelahiran hingga
ke akhir hayat. Peringkat remaja dianggap oleh Sintrock (2003) sebagai peringkat konflik
personaliti yang serius.
Personaliti individu ini terutamanya remaja banyak dibincangkan dalam pelbagai
teori. Antaranya ialah Teori Trait Personaliti, Teori Tiga Faktor, Teori Penjenisan Tubuh
Badan, Teori Psikoanalisa dan Teori Psikososial. Bagi Teori Psikoalisa, teori ini
membincangkan bahawa setiap individu mempunyai personaliti berbeza. Teori ini telah
diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud ini
menyatakan bahawa perilaku dan proses mental manusia dimotivasi oleh kekuatan-kekuatan
dan konflik-konflik dari dalam manusia sendiri iaitu manusia memiliki sedikit kesedaran dan
penguasaan atas kekuatan.
Rajah 2.1 Foto 1 menunjukkan gambar tokoh Sigmund Freud, manakala Foto 2 diambil
pada tahun 1909 di hadapan Universiti Clark. Barisan hadapan : Sigmund Freud, Granville
Stanley Hall, Carl Jung. Baris belakang dari kiri: Abraham A. Brill, Ernest Jones, Sandor
Ferenczi.
Sigmund Schlomo Freud dilahirkan pada tanggal 6 Mei 1856 dan meninggal di London pada
tanggal 23 September 1939 dalam sebuah keluarga Yahudi di Freiberg (Pribor), Moravia,
dalam Empayar Austria (kini dimiliki oleh Republik Czech). Pada tahun 1877, ketika
berumur 21 tahun, beliau menyingkatkan namanya menjadi "Sigmund. Walaupun Sigmund
merupakan anak sulung dan mempunyai tiga orang adik lelaki dan lima orang adik
perempuan, beliau mempunyai abang-abang tiri yang lebih tua hasil daripada perkahwinan
ayahnya yang pertama. Keluarganya mempunyai kewangan yang terhad dan tinggal disebuah
rumah pangsa yang penuh sesak.
Walaupun demikian, ibu bapanya berusaha untuk mennyediakan pendidikan yang
sempurna bagi Sigmund kerana sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan kecerdikan yang
ketara, Sigmund juga lebih disayangi oleh kedua ibu bapanya berbanding adik-beradiknya
yang lain. Sigmund mendapat tempat pertama dalam kelasnya selama enam tahun daripada
lapan tahun persekolahannya, dan kemudian beliau menyertai Universiti Vienna ketika
berumur 17 tahun, dari 1873 hingga 1881.
Pada keseluruhannya, tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Freud
kerana beliau telah memusnahkan dokumen-dokumen peribadinya sekurang-kurangnya dua
kali, iaitu sekali pada tahun 1885, dan sekali lagi pada tahun 1907. Selain itu, dokumendokumen milik beliau kemudiannya dikawal dengan ketat dalam Arkib Sigmund Freud dan
hanya diberikan kepada pewaris rasminya iaitu Ernest Jones, dan beberapa ahli golongan
dalaman psikoanalisis.
Pada tahun 1886, Freud pulang ke Vienna dan telah membuka klinik yang
mengkhusus dalam gangguan saraf dan otak. Kemudian beliau telah melangsungkan
perkahwinannya. Beliau menguji kaji dengan hipnotisme pada pesakit-pesakit histeria dan
neurosis yang paling teruk, tetapi kemudian menutup kliniknya. Semasa membuat uji kaji,
Freud mendapati bahawa jika beliau membaringkan pesakit-pesakitnya di atas katil, beliau
dapat menggalakkan mereka untuk bercakap tentang apa-apa sahaja yang difikirkan (suatu
praktik yang diistilahkan sebagai kaitan bebas).
Dalam tempoh umur empat puluhan, Sigmund menghidapi pelbagai jenis kecelaruan
psikosomatik serta ketakutan berlebih-lebihan terhadap kematian diri sendiri dan fobia-fobia
yang lain (Corey, 2001, m.s. 67). Pada masa itu, Sigmund terlibat dalam mengkaji mimpimimpi sendiri, serta dinamik perkembangan personaliti. Dalam analisis diri ini, beliau
mendapati terdapat perasaan pemusuhan terhadap ayahnya (Jacob Freud) dan beliau teringat
perasaan nafsu berahi pada masa kanak-kanak terhadap ibunya yang merupakan seorang
wanita yang menarik, mesra, dan bersifat melindungi (Corey, 2001, m.s. 67). Di dalam Teori
Psikoanalisa beliau juga mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada ibu
berbanding ayah dan kadang kala mempunyai sifat cemburu sekiranya ayah rapat dengan ibu.
Selepas menerbitkan beberapa buku laris mengenai fikiran bawah sedar pada tahun
1900 dan 1901, Sigmund dilantik sebagai profesor di Universiti Vienna di mana beliau
memperoleh banyak pengikut yang setia. Pada tahun 1930, Sigmund telah dianugerahkan
dengan Hadiah Goethe oleh bandar raya Frankfurt sebagai penghormatan kepada sumbangansumbangannya dalam bidang psikologi. Ibunya meninggal dunia pada tahun yang sama
ketika berumur sembilan puluh lima tahun. Pada tahun 1933, ketika Adolf Hitler dan Nazi
merampas kuasa di Jerman, buku-buku Sigmund telah dibakar oleh S. A. di khalayak ramai.
Sigmund gemar menghisap cerut sepanjang hayatnya, termasuk juga selepas
rahangnya dibuang melalui pembedahan, akibat barah, sehingga kematiannya pada 23
September 1939. Beliau menghisap sekotak cerut setiap hari. Selepas menghidapi barah
mulut pada tahun 1923 ketika berumur 67 tahun, beliau menjalani lebih 30 pembedahan
untuk merawat penyakitnya dan selama beberapa tahun, beliau terpaksa memakai prostesis
yang amat menyakitkan untuk memisahkan mulut daripada rongga hidungnya. Akhirnya,
Sigmund tidak tahan dengan kesakitan yang dikaitkan dengan barahnya, dan kemudian
4
Sigmund Freud adalah tokoh yang tidak asing lagi dalam psikologi terutamanya psikologi
personaliti. Teori yang dikemukakan oleh beliau menjadi bahan perbahasan dan penyelidikan
di peringkat antarabangsa. Hasil-hasil perbincangan dan penyelidikan beliau diterbitkan
dalam pelbagai jenis jurnal. Beliau berjaya mengupas dengan mendalam aspek-aspek
dalaman manusia khususnya peranan libido dalam kehidupan manusia. Selepas teori
personaliti Freud diperkenalkan, ramai ahli-ahli teori personaliti lain muncul.
Teori-teori personaliti yang muncul selepas teori personaliti Freud sebenarnya bertitik
tolak daripada teori personaliti Freud itu sendiri. Mereka sebenarnya berhutang dengan Freud
tidak kira sama ada teori mereka menentang ataupun menyokong teori beliau.Adalah sukar
untuk menghasilkan teori personaliti yang baru tanpa memahami terlebih dahulu teori
personaliti yang dikemukakan oleh Freud. Sistem personaliti yang diperkenalkan oleh Freud
perlu didalami bukan sahaja kerana aspek sejarahnya tetapi juga pengaruhnya yang masih
digunakan sehingga ke hari ini (Engler, 1979).
Di dalam Teori Personaliti Psikoanalisa atau Psikoseksual, Freud mendapati bahawa
personaliti seseorang itu menjadi unik disebabkan oleh hubungan anak dengan ibu bapa.
Freud juga menegaskan bahawa personaliti individu telah dibentuk dan menjadi kukuh pada
umur 5 tahun. Menurut Freud, setiap individu akan melalui kelima-lima peringkat iaitu tahap
oral, anal, falik, latensi dan genital. Adakalanya seseorang itu tidak dapat pergi ke tahap lain
kerana ada konflik yang belum diselesaikan. Menurut Freud, personaliti individu sebagai
seorang dewasa iaitu bagaimana mereka bertingkah laku, berfikir dan berasa akan ditentukan
oleh konflik yang dilalui semasa zaman kanak-kanak.
Freud juga menjelaskan bahawa setiap remaja mempunyai tahap komponen
personaliti yang berbeza. Komponen yang dimaksudkan ialah Id, Ego dan Superego. Id
membawa sifat kebinatangan, manakala ego terbentuk daripada pengalaman dan superego
terbentuk daripada baka serta persekitaran. Sekiranya seseorang remaja lebih menonjolkan
Idnya, maka remaja ini akan mengutamakan keperluannya sahaja tanpa mengira keperluan
orang lain. Manakala remaja yang mengutamakan egonya lebih daripada Id, remaja ini akan
5
Fahaman ini
berpendapat manusia merupakan individu yang tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan
desakan yang merosakkan diri sendiri serta tidak dapat membawa kebaikan kepada nasib
haluannya (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002).
Tingkah laku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic
instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan
kepuasan nafsu diri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seseorang sama ada
lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap dalam asas naluri dan desakan yang
jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman
dalam masyarakat termasuklah juga institusi kekeluargaan. Dengan demikian, wujud ciriciri sosialisasi. Sekiranya sosialisasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan
dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam sesebuah masyarakat itu
sendiri.
semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia mempunyai sebab tertentu. Pada lazimnya
berkait rapat antara hubungan sesama insan. Dalam erti kata lain, wujud perkaitan antara
tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau
gerakkan emosi yang serta merta.
Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (2002) lagi, fahaman tenaga psiko dalam diri
individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep Libido. Konsep libido
menyerupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau Eros (tenaga kehidupan).
Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang
luas dan tidak tertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk segala aspek
kepuasan dalam diri.
Desakan yang kedua dalam tenaga psiko adalah desakan aggresi atau Thanatos
(kehendak mati). Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi yang
wujud semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuan psiko ini berkait rapat dengan
kenyataan bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib
haluannya. Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkah laku manusia.
Dalam kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah memberi
fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam
fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji
latar belakang dan sejarah pengalaman kliennya.
identifikasinya dengan orang lain termasuklah objek yang berada sekelilingnya. Ego
berfungsi sebagai alat memperkukuhkan diri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi
yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti seseorang individu. Ia juga
bertanggungjawab dan mengawal dorongan dan desakan primitif id agar mengikut kehendak
persekitaran iaitu kehendak moral dan piawai etika masyarakat.
Identifikasi merupakan satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan
peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psiko daripada id kepada ego.
Antara fungsi ego adalah dapat bertindak terhadap perbuatan yang mendatangkan kecemasan,
biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara
untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan. Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta
kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak
terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi.
Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan
memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran.
mengambilalih tingkah laku, keadaan ini ternyata sebagai mekanisma bela diri ego. Antara
mekanisma bela diri adalah pendaman, rosotan, sublimasi.
Superego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku
psikoanalisis. Superego lebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu.
Superego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang
dipelajari dan dikenal pasti daripada ibu bapa, mahupun masyarakat. Moral yang demikian
dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil dan berkembang
dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya. Merupakan sumber asal suara
hati(conscience) iaitu kebolehan membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Muncul
apabila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan ibu bapa untuk
menginterpretasi jangkaan masyarakat.
Superego mengawal ego dan id. Superego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa
seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran,
emosi, perasaan, sikap, tingkah laku dan sebagainya. Di sebalik superego, sentiasa wujud
imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Melayu, apabila hendak
keluar dari rumah, secara otomatis terlintas bagi memakai kasut. Keadaan menanggalkan
kasut sebelum masuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang Melayu.
Kanak-kanak yang dibesarkan secara melampau mempunyai superego tidak
fleksibel sehingga mencegah diri daripada menikmati keseronokan normal yang sepatutnya.
Kanak-kanak superego punitif yang meningkat remaja akan menghadapi masalah dlm
memenuhi permintaan superego. Contohnya menghadapi kesukaran mengawal permintaan
seksual yg meningkat pada usia baligh. Freud juga percaya kerisauan(anxiety) dan
kemurungan datang bersama kehendak superego yang melampau. Id, ego dan superego
mempunyi matlamat dan kaedah yg berbeza. Konflik dalaman wujud bila id dan superego
menguasai ego. Menurut Teori Freud, konflik antara id, ego dan superego
membawa kpd
kecelaruan mental.
4.0 TAHAP KESEDARAN
Tahap Bawah Sedar atau juga dikenali sebagai tahap tidak sedar merupakan
peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar ini
memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku seseorang itu selain daripada desakan
naluri yang semulajadi seperti tenaga psiko. Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran
perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara sendiri. Antaranya seperti
pengalaman yang memalukan dan keinginan untuk melakukan sesuatu yang kurang matang.
Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan
bantuan daripada kaunselor. Pada biasanya perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui
proses repressi yang disekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu
biasanya beranggapan atau pun tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu
persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.
Dalam psikoanalisis, bahan-bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini
meliputi kata-kata tersasul, mimpi, fantasi atau khayalan seseorang individu. Semua ini
merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar
individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di
antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih menumpukan kepada
tingkah laku semasa yang dapat dicerap (Mahmood Nazar Mohamed, 1992).
Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk
bertindak kepada tahap kesedaran kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian
klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat daripada
kenyataan secara mekanisma bela diri repressi. Secara repressi, individu itu telah dapat
menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai' tetapi kaunselor juga
dikehendaki membantu kliennya bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat
diselesaikan. Kaedah yang boleh digunakan ialah pendedahan, peneroka dan pentafsiran
Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar, kaunseling secara
psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan. Apa yang
dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akan membantu kliennya dengan mendedahkan sebab
sebenar masalah yang dihadapinya. Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab
asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri
klien. Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan.
Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang
sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan
elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat
11
membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahap bawah
sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa.
Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep di sebalik kaedah pendekatan
psikoanalisis. Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat.
Tahap
Objek fokus
Tingkah laku
Lahir-18
bulan
Oral
Mulut, Bibir
Menghisap jari,
mengigit, mengunyah
Ketagih alkohol,merokok,
menggigit kuku,
tidakmatang dan agresif.
12
18 bln 3 Anal
tahun
Dubur
3-6 tahun
Phalik
Zakar
Sumbang mahram
6-11 tahun
Latensi
Pendaman
Mengembangkan
kecekapan sosial dan
intelek, bina hubungan
rapat dengan jantina
yang sama
12-18
tahun
Genital
Remaja
Dewasa
&
Membina hubungan
dengan lawan jantina
seksual ini dikenali sebagai eros dan tenaga yang datang daripadanya dipanggil tenaga libido.
Libido berada di tempat tertentu di tubuh badan mengikut tahap mana seseorang itu berada.
Amnya, Freud adalah teoritis pertama yang memusatkan perhatiannya kepada
keperibadian, dan menekankan pentingnya peranan masa awal bayi dalam pembetukan
karakter seseorang. Freud yakin dasar kepribadian sudah terbentuk pada usia 5 tahun, dan
perkembangan kepribadian selepas usia 5 tahun sebagian besarnya hanya merupakan
perkembangan dari struktur dasar tadi. Teknik psikoanalisis mengeksplorasi jiwa manusia
antara lain dengan mengembalikan mereka ke pengalaman masa kanak-kanak. Menurut
Freud, pengalaman awal mempengaruhi perkembangan kepribadian berikutnya. Motivasi
yang tidak disedari secara tidak langsung akan mempengaruhi perilaku proses mental
manusia. Oleh itu, menurut Freud 5 tahap dalam perkembangan psikoseksual itu adalah :
1. Tahap Oral
Tahap oral bermula dari selepas lahir hingga 18 bulan. Objek fokus pada tahap ini adalah
disekitar mulut dan bibir. Antara tingkah laku yang menonjol pada tahap ini adalah aktiviti
seperti menghisap jari. Mengulum, menggigit dan mengunyah. Kita sedia maklum, bahawa
selepas bayi dilahirkan, aktiviti mulut adalah merupakan pusat utama bagi keseronokan bayi.
Pada tahap ini, kanak-kanak akan memperolehi kelazatan daripada menghisap dan mengulum
barangan (peringkat menghisap) dan kemudiannya akan menggigit objek yang keras
(peringkat menggigit). Aktiviti-aktiviti ini amat berkaitan dengan isu-isu seperti kepuasan zon
mulut, kepercayaan, kebergantungan dan kebebasan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002).
Freud berpendapat bahawa, ketidakpuasan atau terlalu puas dengan keperluan ini akan
membawa kepada lekatan. Lekatan berlaku apabila seseorang individu leka dengan satu-satu
aspek perkembangan psikoseksual yang mengakibatkan dan mengganggu individu tersebut
pada tahap selanjutnya. Antara masalah yang terhasil apabila kurang mendapat perhatian atau
tidak mendapat kepuasan zon mulut semasa kecil adalah mereka akan menjadi agresif
terutamanya dari segi pertuturan dan mempunyai sikap oral yang tidak digemari masyarakat
seperti mengumpat, suka memaki, menengking dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak yang
tidak dipuaskan keinginannya seperti lambat diberi makan juga, apabila meningkat remaja
akan terlibat dengan gejala merokok, ketagih alkohol, suka menggigit kuku dan tidak matang.
Tindakan atau aktiviti ini dilakukan bagi menunjukkan tanda protesnya terhadap kekurangan
perhatian daripada kedua ibu bapanya sewaktu kecil. Manakala, jikalau terlalu dipuaskan
14
pula mereka akan menjadi individu yang terlalu bergantung dan mudah mempercayai orang
lain serta mudah berasa tidak selamat. Namun, bagi mereka yang berjaya pada tahap ini pula
akan mempunyai cirri-ciri mempercayai orang lain tapi tidak terlalu bergantung pada orang.
2. Tahap Anal
Seterusnya, berdasarkan rajah 5.1 tahap anal bermula dari umur 18 bulan hingga 4 tahun.
Objek fokus pada peringkat ini adalah pada bahagian dubur yang mana aktiviti yang
difokuskan adalah membuang air besar dan air kecil. Hal ini menyebabkan tumpuan
diberikan pada tenaga libido iaitu pada otot yang mengawal proses pembuangan. Pada tahap
ini, pertama kalinya kanak-kanak akan mendapati kepuasan impuls idnya dikawal oleh
ibubapa dari segi masa dan tempat pembuangan (toilet training).
Menurut Hairunnaja Najmuddin (2003), konflik ditahap ini berlaku apabila kanakkanak mempunyai senjata samaada untuk mematuhi atau tidak patuh pada kehendak ibu
bapa. Dua kesan jika tahap ini tidak berjalan dengan lancar adalah :
i.
Membuang ditempat dan masa yang tidak sesuai dan hal ini kemudiannya akan
dimarahi oleh ibu bapanya. Jika kanak-kanak mendapat kepuasan dengan cara ini
mungkin pembentukan ciri positif di dalam dirinya semakin berkurang. Misalnya,
ibubapa yang kurang memberikan perhatian terhadap cara pembuangan najis anaknya
akan menghasilkan individu yang panas baran, agresif, suka bermusuhan dan suka
melepaskan perasaan sehingga usia dewasa dengan melakukan pelbagai kegiatan
jenayah. Menurut Freud lagi, kes-kes jenayah yang dilakukan individu adalah
berpunca dari pembawaan zaman kanak-kanak lagi.
ii.
Tahap Phallic pula bermula pada umur 4 hingga 5 tahun. Objek fokus pada tahap ini adalah
pada bahagian zakar. Antara tingkah laku yang menonjol pada tahap ini adalah kanak-kanak
mula tertarik pada jantina yang berbeza. Tumpuan diberikan pada kepuasan libido iaitu alat
kelamin, konflik antara impuls id dan kehendak masyrakat. Pada tahap ini, kanak-kanak mula
timbul rasa ingin tahu perbezaan diantara alat kelamin lelaki dengan perempuan serta proses
kelahiran. Zaman akhir kanak-kanak ini, merupakan konflik yang paling sukar untuk
diselesaikan kerana berlakunya kompleks oedipus dan kompleks elektra iaitu keinginan tidak
sedar kepada ibu bapa berlainan jantina.
i.
Kompleks oedipus adalah kanak-kanak lelaki bersaing dengan bapa untuk dapatkan
kasih sayang ibu, rasa cemburu dan bermusuhan terhadap bapa. Misalnya, apabila
sibapa bermesra dengan siibu, sianak ini akan melakukan sesuatu untuk menarik
perhatian ibunya. Kasih sayang yang diberikan ibunya kepada bapanya haruslah tidak
melebihi dari kasih sayang ibunya kepadanya. Untuk mengawal tingkah laku ini
ii.
pembentukan superego dikalangan wanita tidak sempurna. Konflik ditahap ini dan
penyelesaiannya akan menentukan perhubungan dan sikap dewasa terhadap jantina berlainan.
Jikalau tidak berkesan, ia akan menghasilkan personaliti narsistik yang inginkan perhatian,
pujian, sombong dan menunjuk-nunjuk. Masing-masing lelaki dan wanita tampilkan
kelelakian dan kewanitaan uutuk memanipulasi dan tawan mereka daripada lain jantina.
Selain itu, masalah yang akan timbul pada tahap ini jika tidak dibendung adalah masalah
sumbang mahram. Hal ini terjadi kerana, mereka yang pada mulanya hanya mempunyai
perasaan berahi kepada ibu atau bapa mereka, namun atas paksaan atau sukarela mereka
terpaksa beridentifikasi dengan ibubapa. Perasaan ini dipendam dan akan dibawa ke tahap
dewasa dan akan mengakibatkan berlakunya hubungan abnormal.
4. Tahap latency
Tahap latency ialah pada umur 6 hingga 11 tahun. Objek fokus tahap ini adalah pada
pendaman. Naluri seksual dipendamkan ditahap prasedar. Pada tahap ini individu cuba
menyeimbangkan kecekapan sosial dan inteleknya. Selain itu, individu mula membina
16
hubungan rapat dengan rakan sejantinanya. Menurut Freud, pada tahap ini naluri seksual
dipendamkan ditahap prasedar kerana kebanyakan
tahap sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan
struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada tahap ini juga individu
mula membina hubungan denagn lawan jantina. Tahap ini juga menekankan peranan
sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok, penarikan interaksi seksual dan persediaan
perkahwinan serta berkeluarga.
Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan
kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara
pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan
sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan
persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak
ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan. Jika tidak berlaku sebarang lekatan
pada mana-mana tahap perkembangan, individu akan membesar dengan normal dan
hubungan antara jantina juga memuaskan.
Jika tiada berlaku lekatan pada mana-mana tahap berkembang sempurna sebagai
individu normal dan hubungan antara jantina memuaskan. Psikoanalisis menekankan kesan
peristiwa silam terhadap kanak-kanak apabila meningkat dewasa. Freud juga percaya kanakkanak melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yang ditetapkan. Pada setiap
peringkat ada bahagian badan yg membekalkan kepuasan dorongan seksual. Kanak-kanak yg
melalui tahap oral, anal, falik, latensi dan genital dgn memuaskan akan menjadi orang dewasa
yg normal. Kekecewaan atau kelebihan pada mana-mana tahap menyebabkan fixation pada
tahap tersebut dan ini akan mempengaruhi kehidupan dewasanya. Misalnya, orang yang
makan terlalu banyak di tahap oral mungkin mempunyai fixation di tahap ini dan menjadi
gemuk atau penagih dadah bila dewasa. Pembinaan Kerjaya yang Mantap dan Pembinaan
Institusi Kekeluargaan, diimana apabila mengecapi tahap kematangan, maka individu akan
mengejar matlamat hidup mereka bagi memperolehi kehidupan yang lebih bahagia dan
berjaya serta stabil. Dimana mereka akan membina suatu pekerjaan yang tetap dan mencari
pasangan hidup bagi membentuk keluarga (Hairunnaja Najmuddin, 2003).
6.0 ISU UTAMA PENGKID
Dalam perkembangan seksual, beberapa masalah sering dikeluhkan oleh ibu bapa kerana
perkembangan ke arah seksual yang normal tidak dilihat. Biasanya tingkah laku yang awal
diamati adalah dari segi tingkah laku yang tidak mencerminkan jantina mereka. Dari segi
fizikal dan alat kelamin, mereka menunjukkan jantina yang jelas tetapi dari segi peranan dan
18
pengenalan jantina tidak berlaku perkembangan yang boleh mengukuhkan jantina mereka
yang sebenar.
Sebagai remaja yang sedang berkembang dan melalui alam persekolahan, mereka
biasanya mementingkan sosialisasi dan pergaulan dengan remaja yang lain. Jika mereka
mempunyai masalah dari segi perkembangan psikoseksual ini, biasanya ibu bapa akan
melihat kelakuan dan tingkah laku yang tidak sesuai dengan jantina. Banyak ibu bapa berasa
risau apabila melihat anak-anak mereka tidak mahu memakai pakaian tertentu yang dibeli.
Remaja perempuan lebih suka memakai pakaian lelaki dan membenci pakaian perempuan.
Mereka juga lebih selesa dan gembira untuk berkawan dan bergaul dengan remaja lelaki.
Aktiviti lasak lelaki seperti memanjat dan permainan lelaki sangat digemari dan mudah pula
dilaksanakan. Walaupun mereka berlagak seperti lelaki, mereka memahami bahawa jantina
mereka perempuan. Sifat ala lelaki (tomboi) seperti ini tidak menjadi masalah yang besar
selagi pengenalan jantina wujud dan tidak celaru atau berubah.
Pada sesetengah remaja, pengenalan jantina juga berubah. Mereka tidak mahu
mengaku jantina yang ada pada mereka tetapi mengaku sebaliknya. Oleh itu, mereka mula
berkelakuan menunjukkan tingkah laku jantina yang dianuti itu. Misalnya, remaja perempuan
bukan sahaja mahu memakai pakaian lelaki malah menunjukkan sifat lelaki yang ditiru secara
berlebihan. Kebiasaannya menerusi perkembangan seksual Sigmund Freud, fenomena
pengkid berlaku pada tahap latensi. Pada umur enam hingga dua belas tahun. Pada peringkat
latensi, objek fokus adalah pendaman. Oleh hal yang demikian, remaja akan melakukan
mengembangkan kecekapan sosial dan intelek, bina hubungan rapat dengan jantina yang
sama. Justeru berlaku tingkah laku homoseksual, pengkid dan lesbian.
Fenomena pengkid (tomboi) ini hanya terdapat dalam kalangan remaja perempuan
terutama di sekolah-sekolah yang menampung para pelajar perempuan sahaja. Remaja
perempuan yang menonjolkan diri mereka sebagai lelaki dengan gaya dan tingkah laku
seperti remaja lelaki dikenali sebagai pengkid. Mereka megah dipanggil pengkid tetapi tidak
suka dipanggil tomboi. Sesetengah daripada mereka tidak kelihatan seperti tomboi tetapi
mereka membina imej sebagai lelaki. Rambut dipotong pendek dan mereka sentiasa memakai
seluar atau berpakaian seperti lelaki. Di sekolah dan di rumah, mereka terpaksa memakai
pakaian perempuan kerana peraturan dan takut dimarahi ibu bapa. Tetapi sebaik-baik sahaja
keluar dari sekolah dan rumah, mereka akan memakai pakaian lelaki. Ada yang menghisap
rokok, minum arak dan melakukan aktiviti seperti lelaki. Malah ada yang berani bergaduh
19
dan bertumbuk dengan remaja lelaki untuk membuktikan sifat mereka. Pada hari-hari
tertentu, mereka berkumpul di pusat membeli-belah untuk bergaul. Golongan pengkid ini
akan mencari teman perempuan atau makwe. Dalam pergaulan sesama rakan perempuan
ini, mereka suka dikenali sebagai pakwe malah nama pun kadang-kadang ditukar kepada
nama lelaki. Ada yang mengaku bahawa melakukan kegiatan seksual dengan teman
perempuan mereka seperti bercium dan sesama merangsang.
Bagi remaja, mengaku diri mereka sebagai pengkid bukanlah suatu masalah.
Tetapi ibu bapa dan guru amat berasa risau terhadap tingkah laku yang digayakan itu. Bagi
orang dewasa, tingkah laku yang ditunjukkan itu memang tidak manis sekali. Mereka
sebenarnya seorang perempuan dan mengalami haid pada setiap bulan. Mereka memahami,
sedar dan mengetahui yang mereka itu perempuan tetapi gemar dan minat untuk berlagak dan
bertingkah laku seperti lelaki. Masalah yang susah hendak difahami oleh ibu bapa adalah
apabila mereka mempunyai anak yang secara fizikal memang jelas jantinanya tetapi dari
peringkat awal-awal lagi sudah menunjukkan ciri-ciri atau sifat jantina sebaliknya. Sifat yang
ada itu, kadang-kadang begitu semulajadi dan dirasakan susah untuk diubah.
Daripada pengamatan yang dibuat terhadap pengkid ini, kebanyakan mereka tidak
meneruskan tingkah laku ini setelah mereka dewasa atau setelah tamat sekolah menengah.
Malah ada yang berubah dan menggayakan semula sifat kewanitaan mereka dan tidak lagi
menjadi kasar seperti lelaki. Remaja pengkid ini ada yang berubah selepas dibawa untuk
kaunseling atau terapi. Kesedaran nilai moral dan agama yang diterapkan kepada mereka
sewaktu kaunseling akan menggalakkan mereka berfikir dengan lebih lanjut tentang tingkah
laku mereka. Banyak orang mengatakan bahawa fenomena ini adalah berbentuk sementara
dan tidak kekal. Remaja pengkid ini akan berubah setelah mereka matang dan dewasa. Hal ini
demikian kerana, menerusi perkembangan teori psikoseksual pada tahap genital mereka mula
melakukan tingkah laku membina hubungan dengan lawan jantina.
6.1 FAKTOR-FAKTOR PENGKID
KELUARGA
Keluarga memainkan peranan dalam mendidik anak remaja. Antara faktor berlakunya gejala
pengkid adalah disebabkan daripada keluarga. Hal ini demikian kerana, cara didikan yang
diberi oleh ibu bapa akan mempengaruhi perkembangan anak-anak. Misalnya fenomena
pengkid berlaku apabila dalam keluarganya, terdapat adik beradik lelaki yang ramai. Gejala
20
pengkid akan mudah berlaku apabila hanya dia seorang sahaja anak perempuan manakala
adik beradiknya yang lain adalah lelaki. Keadaan ini mendorongnya untuk menjadi pengkid.
Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan yang kasar dan bertingkah laku seperti anak
lelaki, biasanya tidak gembira jika anak mereka dipanggil tomboi mahupun pengkid. Jika
mereka sedar dari awal lagi tentang arah perkembangan psikoseksual anak mereka ke arah
ini, mereka perlu menyekat kecenderungan ini dan menggalakkan kecenderungan serta
tingkah laku jantina yang sebenarnya.
Gejala pengkid seperti ini kadang-kadang secara tidak sedar disokong pula dengan
pendekatan ibu bapa yang turut mengukuhkan lagi tingkah laku yang ditunjukkan.
Sesetengah ibu bapa tidak sedar yang pendekatan mereka salah kerana mereka sendiri
mempunyai konflik tertentu terutama dari segi kelahiran anak dengan jantina yang
diidamkan. Ibu bapa sepatutnya menggalakkan tingkah laku yang sesuai dengan jantina yang
ada pada anaknya. Ibu bapa juga turut mendidik cara yang sama dengan adik beradik lelaki.
Keadaan ini menyebabkan anak perempuan cenderung untuk menjadi pengkid.
BUDAYA
Di samping itu, budaya juga antara faktor masalah pengkid. Budaya yang mempengaruhi
tingkah laku tidak baik adalah amalan masyarakat yang tidak konsisten dan bertentangan
dengan amalan dan kehendak budaya sejagat. Budaya yang ada di Barat lambat laun akan
sampai ke negara kita. Kenyataan ini sudah dapat dilihat sekarang. Contohnya ialah kegilaan
remaja dengan budaya pengkid. Budaya pengkid sudah pun kelihatan dalam kalangan remaja
kita. Jika dulu budaya pengkid hanya terdapat pada anak-anak muda di negara Barat tetapi
sekarang ia telah menular kepada anak-anak muda kita.
Pakar psikologi dan psikiatri mengatakan bahawa anak-anak muda biasanya
memerlukan suatu saluran untuk menyalurkan kekeliruan dalam jiwa mereka jika mereka
melalui dan mengalami perkembangan psikologi yang kurang mantap. Kebanyakan golongan
ini pula kurang panduan dan bimbingan dari individu yang seharusnya memberi panduan dan
tunjuk ajar serta mengawasi. Sesetengah anak muda seperti ini enggan menjadi belia yang
baik dan mereka juga enggan berusaha untuk menjadi anak muda yang baik dengan
mengamalkan nilai social yang dapat diterima oleh masyarakat. Mereka berasa lebih selesa
dan megah dengan cara hidup pilihan mereka sendiri yang menyeronokkan. Oleh sebab itulah
mereka meniru sesuatu yang dirasakan dapat memberi kepuasan dan kelainan.
21
kejahatan adalah minimum. Hal ini demikian kerana, seseorang itu akan dapat membezakan
antara kebaikan dan keburukan.
SIKAP INGIN MENCUBA
Pada setiap hari, remaja didedahkan dengan berbagai-bagai tarikan yang dapat
mempengaruhi mental mereka. Kadang-kadang tarikan ini sungguh kuat sehingga mereka
sanggup melakukan apa sahaja untuk meniru dan bermegah-megah dengan perbuatan
mereka. Sungguhpun mereka tahu perbuatan seperti ini tidak diterima oleh ibu bapa, tetapi
mereka akan cuba mempengaruhi ibu bapa untuk mengikut kehendak dan kemahuan mereka.
Misalnya masalah pengkid, remaja tahu akan kesan perbuatan tersebut terhadap diri masingmasing. Namun sikap ingin mencuba yang mendalam terhadap diri mereka sehinggakan
remaja tidak peduli akan kesan mahupun akibatnya kelak.
ditinggalkan sebaliknya diganti dengan perwatakan seorang lelaki. Budi bahasa dan tutur kata
yang sopan melambangkan akhlak yang terpuji bagi seorang gadis, tingkah laku yang lemah
lembut dan bersopan santun merupakan ciri yang patut ada bagi seorang gadis. Bagi individu
yang terlibat dalam gejala ini mereka akan menukarkan perwatakkan mereka seperti seorang
lelaki sehingga sanggup memakai bengkung untuk menutup ciri fizikal mereka. Rambut akan
dipotong menjadi seperti lelaki dan perwatakkan mereka menjadi kasar seperti seorang lelaki.
Perasaan yang wujud hanya untuk kaum sesama jenis mennyebabkan mereka selesa
berperwatakan seperti lelaki. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan golongan ini
adalah perbuatan bagi orang yang tidak berakhlak dan bermoral.
Gejala pengkid ini juga akan merosakkan akidah. Hal ini demikian kerana Islam
mengharamkan hubungan seks sesama jenis atau jantina, malah agama lain juga tidak
membenarkan perbuatan ini. Bagi individu yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini
jelaslah mereka telah membelakangi hukum hukum agama sehingga sanggup mengubah
perwatakan menjadi lelaki. Golongan ini telah berada di landasan yang salah kerana telah
mengubah fitrah kejadian manusia. Kitab Al Quran yang diturunkan sebagai pegangan ada
menyebut tentang golongan ini di dalam surah Al Shuara ayat 26 160. Dalam ayat ini ada
disebut tentang kisah kaum Nabi Lut yang telah mengamalkan cara hidup songsang iaitu
homoseks. Kaum yang engkar dengan ayat-ayat Allah s.w.t. ini diberikan hukuman bencana
iaitu diterbalikkan tanah tempat tinggal mereka ke dalam perut bumi hanya setelah mereka
menafikan maksiat homoseksual selepas berkali-kali dinasihatkan oleh Nabi Lut supaya
bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah s.w.t. yang benar. Kejadian yang diceritakan
dalam Al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan hubungan seks
sesama jenis ini melanggar hukum Allah dan merosakkan Akidah individu tersebut.
Pengamalan gaya hidup songsang ini akan menyebabkan individu tersebut mengalami
kesan fizikal yang tidak sihat. Golongan ini terdedah kepada penyakit mental, merasa tidak
gembira (unhappy) dan tidak puas (unfullfield). Kesan fizikal yang dapat dilihat ialah mereka
selalunya
mengalami kemurungan dan kelihatan pucat. Hal ini demikian kerana kesan
daripada hubungan seks yang mereka lakukan dengan pasangan masing masing. Hubungan
seks yang kerap dilakukan dengan pasangan menyebabkan mereka kelihatan tidak bermaya,
pucat dan kelihatan murung. Kesan fizikal ini akan menyebabkan golongan ini tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajaran sehingga menyebabkan prestasi pelajaran mereka
menurun. Golongan ini juga terdedah kepada penyakit mental. Sesetengah daripada golongan
pengkid, merupakan seorang yang setia kepada cinta dan sesetengah daripadanya lebih suka
24
bertukar pasangan untuk memuaskan nafsu songsangnya. Bagi golongan pengkid yang setia
kepada cinta dan sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangan mereka, golongan ini akan
menghadapi tekanan perasaan yang teruk sehingga membawa kepada penyakit mental
sekiranya pasangan mereka beralih arah kepada pengkid lain. Selain itu, golongan ini juga
mudah mendapat penyakit mental kerana mereka menganggap diri mereka tidak normal
seperti individu lain dan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat.
Kesan negatif dari pengamalan gejala songsang ini juga ialah individu yang terlibat
akan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti penyakit kelamin yang serius dan HIV
Positif. Penyakit kelamin yang berpunca daripada hubungan seks sesama jenis yang
dilakukan bertujuan untuk memuaskan nafsu sendiri dan pasangan dengan memasukkan
sesuatu ke dalam kemaluan masing masing seperti jari atau sayur sayuran seperti lobak
merah, terung timun
kemaluan. Jangkitan kuman dan bakteria pada kemaluan juga akan menyebabkan individu
terdedah kepada penyakit kelamin yang serius. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh wakil
kuantitatif Gaunteng mendapati bahawa 9 peratus wanita kulit hitam dan 5 peratus wanita
kulit putih
Positif. Pengamalan gejala seks songsang ini meninggalkan kesan negatif bukan sahaja dari
segi fizikal dan kesihatan sehingga boleh membawa kepada kematian malah mereka juga
akan mengalami tekanan mental dan emosi.
Kesan kepada keluarga.
Gejala pengkid ini bukan sahaja mendatangkan kesan negatif kepada individu malah ia juga
akan memberi impak negatif kepada institusi keluarga.
Keruntuhan institusi perkahwinan akan berlaku. Sekiranya gejala ini tidak dibendung
sejak di awal penglibatan mereka iaitu di usia remaja, tidak mustahil sekiranya mereka
meningkat dewasa dan berkahwin atau dipaksa berkahwin ini akan memberi kesan kepada
rumah tangga individu tersebut. Hal ini demikian kerana golongan ini sanggup bertindak di
luar batasan seperti meninggalkan suami dan anak semata mata untuk hidup bersama
pasangan pengkid mereka. Beberapa tahun dahulu media massa dan elektronik pernah
memaparkan tindakan seorang suri rumah yang telah berkahwin selama 7 tahun telah lari
meninggalkan suami dan 2 orang anaknya untuk meneruskan gaya hidup songsangnya
bersama kekasih pengkidnya. Tindakan mereka ini dianggap sebagai tindakan yang tidak
25
bermoral kerana meruntuhkan institusi perkahwinan yang merupakan sebuah ikatan yang suci
dan memilih jalan hidup yang songsang dan haram di sisi agama.
Perbuatan golongan ini juga menjatuhkan maruah keluarga mereka sendiri. Ahli
keluarga semestinya merasa malu sekiranya ada diantara ahli keluarga mereka yang terlibat
dengan gejala seks songsang ini. Jiran jiran dan masyarakat sekeliling tentunya akan
memandang serong kepada mereka disebabkan tindakan salah seorang dari ahli keluarga
tersebut. Tindakan golongan ini yang tidak memikirkan perasaan dan maruah keluarga akan
menyebabkan hubungan kekeluargaan akan terjejas.
Gejala pengkid yang semakin berleluasa ini jika tidak dikawal akan menyebabkan
manusia lari dari sistem perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan yang suci terpatri
diantara dua hati yang berlainan jantina. Bagi golongan pengkid yang bernafsu kepada
golongan wanita mereka tidak akan berkahwin. Hal ini demikian kerana perkahwinan
merupakan salah satu hukum untuk menghalalkan hubungan di antara lelaki dan wanita, bagi
golongan pengkid mereka boleh memuaskan nafsu masing masing tanpa perlu berkahwin
kerana naluri dan keinginan nafsu seks mereka adalah pada kaum wanita. Golongan ini akan
tinggal sebumbung bersama pasangan masing masing tanpa perlu merasa takut kerana
mereka mempunyai jantina yang sama dan tidak perlu berkahwin seperti pasangan normal
yang lain. Jelaslah menunjukkan bahawa golongan ini akan lari dari sistem perkahwinan yang
sah. Tindakan golongan ini yang lari dari sistem perkahwinan akan menyebabkan terputusnya
nasab keturunan mereka. Perhubungan sesama jenis tidak dapat menghasilkan zuriat. Oleh
yang demikian mereka tidak dapat memperkembangkan keturunan mereka dan nasab
keturunan mereka akan terputus disebabkan tindakan mereka yang memilih jalan hidup yang
songsang ini.
Kesan kepada Masyarakat
Selain itu gejala pengkid juga akan mendatangkan kesan kepada masyarakat. Memusnahkan
kekuatan moral masyarakat iaitu masyarakat Islam dikenali dengan masyarakat yang
mengamalkan adat ketimuran dan mempunyai moral yang baik. Wujudnya gejala pengkid ini
akan menyebabkan pandangan masyarakat lain kepada masyarakat Islam berubah dan
sekaligus menjatuhkan maruah masyarakat. Tindakan segelintir anggota masyarakat
menyebabkan seluruh institusi masyarakat mendapat kesan. Gejala pengkid ini juga
mencerminkan kemunduran masyarakat. Hal ini demikian kerana gejala ini juga diharamkan
26
di negara negara lain kecuali negara negara maju seperti Amerika, Singapura dan
sebagainya. Wujudnya gejala seperti ini di Malaysia mencerminkan kemunduran masyarakat
di kalangan masyarakat negara lain yang juga mengharamkan seks sesama jenis yang jelas
terpesong ini.
didikan agama yang kuat perlu diterapkan dalam diri mereka, supaya mereka tahu perkara
yang haram dan halal dalam agama masing masing. Keperibadian dan sahsiah anak - anak
haruslah dibentuk berlandaskan pegangan agama supaya mereka tidak bertindak di luar
landasan agama. Ibu bapa juga harus dekati dan selami perasaan anak anak dan harus
mengambil kira perasaan mereka dalam membuat keputusan di usia remaja.
Dalam membuat keputusan ibu bapa harus mengamalkan cara asuhan autoritatif di
mana mereka membentuk tingkah laku anak anak mengikut kebolehan diri mereka dan
pada masa yang sama menyatakan harapan atau tingkah laku yang mereka harapkan dicapai
oleh anak - anak. Ibu bapa juga harus menggunakan pendekatan psikologi sekiranya ada di
antara anak mereka yang cenderung mempunyai perwatakan seperti tomboy sebelum mereka
terjebak dalam gejala pengkid. Khidmat kaunseling dari pakar pakar psikologi dapat
membantu anak ini supaya tidak mengalami kecelaruan gender dan perlu mendekatkan
dirinya dengan didikan agama. Selain itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang terjebak
dalam gejala ini di peringkat awal perlulah memisahkan mereka daripada kawan kawan
seamalannya. Pindahkan mereka ke tempat lain yang mempunyai persekitaran yang selamat
supaya mereka tidak berpeluang mengulangi perbuatan yang sama lagi. Pergerakan mereka
juga harus dipantau dari semasa ke semasa. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang telah
terlibat dalam gejala yang tidak bermoral ini secara serius mereka haruslah mendekati dan
membimbing anak mereka kembali ke pangkal jalan. Tindakan ibu bapa yang menyisihkan
atau menghalau anak mereka dari rumah akan memburukkan lagi keadaan.
Peranan Guru dan Pihak Sekolah
Selain daripada ibu bapa, guru dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang
penting dalam mengatasi masalah ini. Gejala pengkid yang kebiasaannya bermula di
peringkat sekolah menengah seperti di sekolah berasrama dan sekolah perempuan
memerlukan pemerhatian guru yang serius untuk mengatasi gejala songsang ini. Guru perlu
bersikap terbuka dan fleksibal dalam membicarakan isu berkenaan pendidikan seks di
sekolah. Kebiasaannya, guru tidak suka membicarakan hal hal berkaitan pendidikan seks ini
mungkin kerana faktor malu. Bagi mengatasi masalah ini guru perlu bersikap terbuka dengan
pelajar dalam membicarakan hal hal yang berkaitan. Pembelajaran mengenai seks, hanya
terdapat dalam silibus mata pelajaran sains dan biologi sahaja dan pelajar hanya didedahkan
ketika sesi pembelajaran ini sahaja. Untuk mengatasi masalah ini guru mata pelajaran lain
juga perlu bersikap terbuka dalam membicarakan isu seperti ini dengan pelajar. Hal ini
28
demikian kerana sekiranya guru sentiasa memberi pendedahan tentang isu ini, pelajar akan
dapat mengetahui baik dan buruk gejala tersebut, mereka juga berpeluang untuk menyatakan
pendapat dan bertanya kepada guru tentang sesuatu perkara yang mereka ingin ketahui. Guru
juga harus mendekati dan cuba selami tingkah laku pelajar mereka, supaya mereka dapat
mengesan sekiranya ada di antara pelajar mereka yang terjebak dalam gejala gejala yang
tidak sihat. Sekiranya guru dapat mengesan pelajarnya terjebak dalam gejala ini pendekatan
psikologi boleh digunakan iaitu dengan membawa pelajarnya berjumpa kaunselor di sekolah
dan perlulah sentiasa memantau tingkah laku pelajar ini.
Seterusnya pihak sekolah juga harus memainkan peranan yang penting dalam
menangani masalah di kalangan pelajar ini. Pihak sekolah boleh menganjurkan program
program berbentuk keagamaan seperti kem motivasi dan sebagainya. Dalam program ini
pihak sekolah bolehlah memasukkan modul modul berkaitan keagamaan dan ceramah
motivasi yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar pelajar tentang gejala gejala yang
tidak sihat.
Peranan Kerajaan
Pada 23 0ktober 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan telah mngeluarkan fatwa yang
mengharamkan hubungan seks sesama jenis bagi wanita iaitu pengkid. Namun begitu
Maklum balas yang diterima dari masyarakat dan golongan pengkid amat mengecewakan.
Badan bukan kerajaan iaitu pihak NGO dan segelintir masyarakat memberi kritikan pedas ke
atas fatwa yang di keluarkan oleh MFK itu. Tindakan segelintir golongan ini memberi
gambaran seolah olah tindakan golongan pengkid ini tidak salah dan di sokong oleh
sesetengah pihak.
Untuk mengatasi masalah ini kerajaan perlu mengambil pendekatan undang undang.
Undang undang khusus untuk sabitkan kesalahan ke atas wanita yang mengubah dirinya
menjadi seperti lelaki mengikut undang undang syariah perlu diwujudkan. Jika pendekatan
undang undang tidak diambil, usaha untuk mengatasi masalah ini agak sukar kerana
golongan ini boleh bertindak sesuka hati kerana tiada undang undang yang dapat
mendakwa segala tindakan mereka. Undang undang syariah bagi golongan mak nyah dan
gay telah diwujudkan, jadi untuk memerangi golongan pengkid ini undang undang syariah
perlu diwujudkan.
29
7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Teori Psikoanalisa atau Teori Psikoseksual ini adalah suatu
teori yang membincangkan personaliti remaja berbeza pada setiap tahap. Terdapat beberapa
komponen iaitu id, ego dan superego yang mana ketiga-tiga ini mempunyai sifat yang
berlainan disetiap tahap. Seperti yang diterangkan id ialah sifat yang paling tersorok didalam
tahap tidak sedar individu, ego ialah sifat separuh sedar manakala superego pula ialah sifat
yang terbaik di dalam diri manusia yang sentiasa ingin ditunjukkan oleh individu.
30
Manakala lima tahap yang telah dibincangkan ialah tahap oral (0-18 bulan), anal (2-4
tahun), falik (3-7 tahun), latensi (6-11 tahun) dan genital (12 tahun keatas). Di dalam
perbincangan, isu pengkid telah dikupas, di mana fenomena ini sering berlaku pada tahap
latensi. Pada tahap ini, naluri seks adalah dominan. Kanak-kanak meluang lebih masa dalam
aktiviti sekolah, hobi baru dan aktiviti sukan serta bergaul atau membina hubungan rapat
dengan rakan daripada jantina yang sama. Pada tahap inilah permulaan bagi gejala yang tidak
bermoral akan berkembang sekiranya pihak-pihak tertentu terutamanya ibu bapa dan keluarga
tidak bertindak segera mengekang naluri tersebut daripada terus berkembang. Antaara gejalagejala lain yang turut berkembang pada tahap ini ialah homoseksual, lesbian, bohsia,
transeksual.
Oleh yang demikian, teori Psikoanalisa atau teori Psikoseksual oleh Sigmund Freud
ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengenali perkembangan kanak-kanak sehingga
mereka dewasa. Dalam teori ini, banyak pengetahuan yang boleh dipelajari dalam menangani
isu-isu gejala yang tidak sihat agar dapat ditangani dan dibanteras dengan segera terutamanya
ibu bapa dan keluarga.
8.0 BIBLIOGRAFI
Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fiest and Fiest. (2002). Cognitive Development in Adulthood Personaliti : A Fifth Science
View Reading, MA : Aidilson-Wesley.
H. Jalaluddin. (2005). Psikologi Agama.Jakarta : PT RajaGrafindo Persada.
Hairunnaja Najmuddin. (2003). Memahami dan Bimbingan Remaja Nakal. Pahang : PTS
publication & Distributors Sdn. Bhd.
Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-kanak & Remaja. Kuala Lumpur : Dewan
31
Sumber Internet
Diambil pada : 17 Ogos 2009
Hil4ry.Wordpress.com//teori_psikoseksual_dari_Sigmund_Freud/.
Diambil pada : 17 Ogos 2009
Psikologi_freud_fies.blogspot.com
Diambil dari : 18 Ogos 2009
Images.irwanuryana.multiply.com
32