Anda di halaman 1dari 2

Soalan

(a)Terangkan

ciri-ciri yang terdapat pada candi Borobudur.

(8m)
Ciri-ciri yang terdapat pada candi Borodubur ialah candi ini mewakili
agama Buddha Mahayana. Selain itu, ajaran ini berkaitan dengan kehidupan,
kematian serta cara hidup yang harmoni dengan alam sekeliling. Seterusnya,
berasaskan kepada ajaran Jalan Mulia Berlapis Lapan. Dengan ini, nama
Borobudur berasal daripada Bhumisambarabhudara yang bermaksud Gunung
Timbunan Kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva. Oleh demikian, candi ini
menpunyai sembilan tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan
Buddha. Walau bagaimanapun, bahagian paling atas merupakan bahagian
tertinggi sebagai lambang kepada pencapaian tahap nirvana. akhir sekali, tiga
tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu kebijaksanaan, penumpuan
dan moral.

(b)Apakah peranan bahasa sangskrit dalam kerajaan awal di Asia


Tenggara. (8m)
Bahasa Sanskrit telah meningkatkan percapaian dalam bidang intelek
masyarakat.. Batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia
Tenggara mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan
undang-undang. Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.Batu
berrsurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan ajaran Buddha. Inskripsi di
palembang ditulis dalam bahasa melayu kuno yang berkaitan dengan
pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak
menderhaka kepada raja.. Sebahagian tulisan dipahat pada batu memerlukan
kemahiran yang tinggi dan asas yang kukuh dalam bahasa sanskrit.Bahasa dan
tulisan sanskrit yang ditemui pada batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi
arahan dan pemberitahuan kepada rakyat.Banyak perkataan bahasa sanskrit
mengalami penyesuaian dan berubah ke dalam bahasa melayu seperti, dosa,
duka, derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf.. Bahasa sanskrit
berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia
Tenggara.

(c)Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan pengaruh kesusasteraan


India terhadap kesusasteraan Asia Tenggara. (4m)

Kesusasteraan India khususnya epik Ramayana dan epik Mahabharata


menyumbang kepada perkembangan unsur metos dalam sastera di Asia
Tenggara. Pengaruh awal kesusasteraan terdapat dalam puisi dan prosa Jawa

seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna. Kemudian


dari itu masyarakat Asia Tenggara mula terdedah kepada cerita-cerita dalam epik
Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya, penceritaan lisan, dan
teater seperti wayang kulit. Daripada epik Mahabharata terbit pula naskahnaskah sastera yang diolah dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa
Lima, Hikayat Pendawa Jaya, dan Hikayat Sang Samba. Manakala epik Ramayana
pula melahirkan Hikayat Seri Rama.

Anda mungkin juga menyukai