Anda di halaman 1dari 9

JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR


TUGASAN KERJA KURSUS

SEMESTER: 5

TAHUN: 2015
PSV3103

SEJARAH DAN APRESIASI SENI


Kumpulan Akademik:

G5.7 (Sem. 5)

Program: PISMP Ambilan Januari 2013

DISEDIAKAN OLEH:

NO KAD PENGENALAN:

Nurul nadwah biti khalid

931017-08-6548

PENSYARAH:
Encik SHAHRIL BIN AWANG
PUAN AZLINA BINTI HJ. ABDUL RANI
TARIKH SERAHAN:

TARIKH DITERIMA:

APRESIASI KARYA 1

Pelukis : Camille Pissarro (18301903)


Tajuk : The Garden of Les Mathurins at Pontoise
Tahun : 1876
Media : cat minyak
Saiz : 113 165 cm (44.5 65 in)

Pelukis : Camille Pissarro

'Garden of Les Mathurins di Pontoise' adalah lukisan landskap teliti dicipta oleh artis
Camille Pissarro pada tahun 1876. Lukisan memantulkan pemandangan yang menakjubkan di
'Taman Les Mathurins di Pontoise', yang memaparkan kesuburan, pokok-pokok berdaun, langit
biru segar dilengkapi dengan awan putih. Rumah agam yang megah di sebelah kanan karya
diperincikan dalam gaya impressionisme yang jelas. Jalan, yang terdiri daripada sapuan berus
yang berwarna merah jambu, biru, putih, dan kuning, membawa orang yang menghayati karya
ini jauh ke dalam taman Les Mathurins. Bunga-bunga, tumbuh-tumbuhan, dan pintu gerbang
dedaunan yang memenuhi ruang laman rumah yang menghijau, menambahkan lagi keindahan
di dalam karya.
Falsafah Camille Pissarro "bekerja pada masa yang sama dengan langit, air, tanah, dan
segala-galanya berlaku secara serentak. Jangan takut menggunakan warna, warnalah tanpa
perasaan ragu-ragu, kerana ia adalah lebih baik agar tidak kehilangan kesan yang pertama". Itu
adalah diantara falsafah Pissaro dalam berkarya, pada pandangan saya beliau seolah-olah
berkerjasama dengan alam semulajadi dalam menghasilkan sebuah karya yang hebat, dan
untuk menjadi seorang pelukis yang baik sifat keyakinan perlu ada dalam diri dalam
menentukan warna dalam setiap sapuan berus.
Pandangan Pissarro terhadap lukisan."Lukisan, seni secara umum, memukau saya. Ia
adalah hidup saya. Adakah perkara lain? Apabila anda meletakkan seluruh jiwa anda ke dalam
kerja, semua perasaan dalam diri anda, anda tidak boleh gagal untuk mencari jiwa orang lain
yang memahami anda. Bukankah itu semua artis perlu harapkan". Begitulah semangat Pissarro
dalam bidang lukisan.
Pelukis menghasilkan karya ketika tahun 1876, aliran yang jelas terlihat dalam karya ini
adalah aliran impressionisme. Gambar didalam catan tersebut memperlihatkan tentang
suasana taman yang menghijau dan dihiasi dengan bunga-bunga hiasan yang pelbagai warna,
yang menceriakan kawasan laman di rumah tersebut.
Aliran ini mengutamakan kesan selintas dari suatu objek yang dilukiskan.Kesan ini
didapati dari bantuan sinar matahari yang merefleksi ke mata. Menurut Issac Newton
menjelaskan bahawa apa yang kita lihat adalah cuma kesan pembalikan cahaya terhadap
warna pada objek. Menurutnya lagi, pancaran cahaya mengandungi pelbagai warna yang
dibalikkan dan ada yang tidak, bergantung kepada sesuatu permukaan.
Warna-warna cerah ada pelukis impresionis yang mengharamkan warna hitam kerana
dianggap bukan sebahagian dari cahaya, komposisi terbuka kuatnya goresan berus penekanan
pada kualiti pengcahayaan. Subjek-subjek lukisan yang tidak terlalu menonjol. Sudut

pandangan yang tidak biasa. Faktor masa adalah sangat penting, maka sapuan berus
dilakukan secara spontan dan cepat
Dalam lukisan Pissaro ini, beliau menggunakan cat minyak. Teknik yang digunakan
ialah impasto iaitu teknik untuk menghasilkan kesan pokok-pokok dalam karya seperti dalam
karya yang diatas. Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objekobjek semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok serta bangunan, dan terdapat seorang figura
wanita yang memakai baju gaun putih. Setiap objek tersebut ditampilkan secara impressionism
dengan kadar suasana sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan perwarnaan. Perkarya
membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat tenang terhadap objek tersebut.
Saya suka karya ini kerana secara aspek formalistik iaitu unsur-unsur seni dan prinsip
rekaan. Dari segi warna, pengkarya memberi warna harmoni yang menimbulkan susunan
menarik dan gambaran tersebut. Sapuan berus yang bebas dengan warna yang diliputi dengan
siang hari dan hawa seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut.
Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sebagai
contoh menggunakan warna gelap dan warna putih untuk menimbulkan kesan ruang iaitu jarak
yang di hadapan atau di belakang.
Dalam karya yang bersudut kanan iaitu bangunan tersebut dapat menonjol dari warna
cerah, iaitu warna putih, warna putih boleh menonjolkan sinaran dari cahaya matahari. Selain
itu, menggunakan warna sejuk untuk memberi suasana yang tenang dan nyaman. Seterusnya,
unsur jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi dalam karya Pissaro ini. Sebagai
contoh, jalinan pada daun pokok telah menghasilkan karya lebih menarik dan secara tidak
berlangsung dapat menimbulkan kesan pergerakan.
Imbangan simentri seperti pokok yang dilukis dalam karya yang bersudut di kiri. Bagi
saya, karya ini dapat menimbulkan irama dan pergerakan. Sebagai contoh, pokok dan langit
dinampakkan sedang bergerak. Oleh yang demikian, pengkarya berjaya menunjukkan karya
yang bernyawa-nyawa dalam seni tampak 2 dimensi. Beliau juga menggunakan salah satu
prinsip rekaan dalam karya ini iaitu penegasan yang seperti figura manusia tersebut berwarna
putih tetapi tepi dan belakang mempunyai warna gelap sebagai menimbulkan kesan tersebut.
Sejajar dengan itu, karya ini juga mewujudkan kepelbagaian.
Dari segi warna dapat menwujudkan gabungan pelbagai warna seperti bunga-bungaan
dalam karya yang bersudut di hadapan, selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya juga
mempunyai kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang. Secara keseluruhan, mesej yang Camille
Pissaro mahu sampaikan ialah keindahan alam sekitar yang beliau menerokai di tempat
tersebut, suasana yang beliau berasa sangat tenang dan selesa serta kehijauan pokok-pokok

disitu. Dalam kesimpulannya, karya ini yang dilukis oleh Pissaro ini memang menarik melalui
kritikan di atas. Beliau memang seorang artis yang baik kerana dalam karya tersebut memberi
perasaan yang tenang dan selesa dalam keindahan suasana tersebut.

APRESIASI KARYA 2

Pelukis : Syed Ahmad Jamal


Tajuk : Langit dan Bumi 1
Tahun : 1998
Media : Akrilik
Saiz : 203sm x 274.5 sm

Pelukis : Syed Ahmad Jamal

Karya Langit dan Bumi 1 ini adalah dari aliran ekspesionisme. Aliran ini menolak
peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek, penggunaan warna yang dramatik dan tidak
ada imej yang jelas. Syed Ahmad Jamal menggunakan subjek alam tabii atau alam semulajadi
sebagai teras pengkaryaannya. Hasil karya Syed Ahmad Jamal ini jika dilihat pada format
kanvas dari bawah ke atas boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama
terdiri daripada lapisan bumi. Bahagian kedua terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukitbukau. Seterusnya pada bahagian ketiga terdiri daripada awan, jalur cahaya dan hujan.
Manakala pada bahagian keempat terdiri daripada langit dan bintang-bintang.
Syed Ahmad Jamal mengukuhkan struktur karya Langit dan Bumi I dengan kombinasi
unsur-unsur seni seperti garisan, rupa , bentuk dan jalinan. Sementara komposisi karyanya
diseimbangkan, dikontrakan, diulang-ulangkan, ditegangkan dan diharmonikan.Sapuan garisan
yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu penghasilan imej tumbuhtumbuhan. Jika diamati, tumbuhan seperti lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara
sapuan pantas dengan dominasi garisan condong. Garisan condong yang diulang secara
ketara dapat dilihat pada sebelah kiri karya. Walau bagaimanapun , garisan cembung curve

line dikontraskan terutamanya di bahagian antara langit dengan bumi iaitu pada bahagian
berwarna ungu gelap. Dalam pada itu, garisan cembung juga amat ketara digunakan pada
bahagian awan. Garisan melintang horizontal line pula dibentuk melalui tanah yang berlapislapis di bahagian pertama ataupun bahagian bawah karya. Garisan melintang juga agak jelas
pada bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut.
Karya Langit dan Bumi 1 memperlihatkan pelbagai unsur-unsur seni seperti garisan,
rupa, ruang dan warna. Pada karya tersebut terdapat berbagai jenis karektor garisan; ada
garisan perlahan, sederhana, pantas dan tegas. Gabungan daripada pelbagai jenis garisan
tersebut telah membentuk beberapa jenis jalinan texture yang sekaligus memperkayakan lagi
karya beliau. Penggunaan rupa agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah
karya iaitu rupa merah pada tanah yang berlapis-lapis. Dari aspek elemen ruang pula, Syed
Ahmad Jamal menggunakan ruang mendatar dan ruang cetek.
Secara keseluruhannya karya beliau mendominasikan ruang cetek. Dalam pada itu,
ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya pada bahagian bawah karya iaitu
lapisan tanah yang berwarna merah. Syed Ahmad Jamal dilihat menggunakan warna panas ke
warna sejuk dalam pengolahan karyanya ini. Warna panas seperti merah dan kuning memenuhi
sebahagian kawasan bumi. Manakala warna sejuk seperti biru muda diadaptasikan pada
bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan biru tua digunakan pada bahagian langit dan bintangbintang.
Dalam usaha membentuk keharmonian dari segi warna, Syed Ahmad Jamal
mengulang-ulangkan warna panas pada bahagian warna sejuk. Ini boleh dilihat terutamnya
pada bentuk awan dan dan juga bintang-bintang. Format kanvas empat segi tepat digunakan
dengan memberi penekanan kepada kesinambungan tidak sama ukur . Keseimbangan tidak
sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang tidak sekata. Malah warna merah yang
sedikit dikontraskan dengan warna biru yang dominan juga menimbulkan implikasi
keseimbangan tidak sama ukur. Dalam pengolahan karya ini, Syed Ahmad Jamal
menghimpunkan pelbagai situasi. Terdapat situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang
dan senja. Situasi yang berlainan ini disatukan lalu membentuk satu luahan idea, minda dan
cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dan kejadian di antara kedua-dua ruang.
Melihat karya Langit dan Bumi dari aspek format bawah ke atas, didapati penggunaan
tanah dengan cadangan berlapisan dapat menegaskan sifat geografik bumi yang berlapis-lapis.
Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil secara saripati, dipersembahkan secara abstrak

mengingatkan kita tentang tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan alam. Bentuk
seakan-akan awan yang dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikan jantung alam semesta
ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti jaluran kilat lalu membentuk
kesan hujan yang berlapis- lapis, menandakan rakaman alam dalaman yang menyanjungi
ciptaan Tuhan.
Penggunaan warna panas ke sejuk dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak
tentang kehebatan alam tabii ciptaan Tuhan. Warna merah seperti fenomena senja, kuning
seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam
mencerminkan ketelitian dan kehalusan Syed Ahmad Jamal membentuk format Langit dan
Bumi 1. Warna melalui komposisi catan dari atas ke bawah pula didapati warna gelap (malam)
mewakili warna waktu isyak, warna biru muda (fajar) mewakili waktu subuh, seterusnya warna
hijau (siang) mewakili waktu zohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar. Akhir sekali,
warna merah (senja) mewakili waktu maghrib. Kelima-lima masa dan waktu yang berperingkatperingkat ini selain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam, juga mencerminkan
pergerakan masa mengikut kosmologi ataupun sunatullah.
Karya Bumi dan Langit dilihat amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposisi dan
isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkan format kesenian Melayu-Islam
meletakkan karya beliau ke hadapan, malah merentasi masa. Beliau bukan seorang pengkarya
yang menghasilkan karya secara membuta tuli seperti sesetengah pelukis muda. Sebelum
menghasilkan sesuatu karya, beliau mengkaji dan membuat penyelidikan budaya terlebih
dahulu.
Oleh yang demikian, karya-karya yang digarapnya adalah segar dan tulen. Kekuatan
ilmu dan saripati budaya Melayu- Islam yang menjadi teras cara hidupnya amat terserlah
sehingga berjaya memantulkan keindahan dalaman melalui tanda visual pada karyanya. Syed
Ahmad Jamal bukan sahaja menggunakan tunjang budaya Melayu-Islam sebagai struktur
karyanya, bahkan mana-mana ilmu yang baik dan bersesuaian daripada tamadun Barat
mahupun Timur digarapnya menjadi wadah pemikirannya.

Rujukan

Rousliluddin Ambia. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. (2011) Selangor.


Meteor Doc.. Sdn. Bhd.
Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.
Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:Open
_________. (2012, Ogos 25). SENI SANA SINI. Retrieved Mac 5, 2015, from 4 BIDANG:
http://pismpf2010.blogspot.com/2010/08/4 kegiatan menggambar.html
__________. (2009, Januari 3). mrseni.blogspot.com. Retrieved Mac 3, 2015, from aliran senipsv: http://mrseni.blogspot.com/2013/03/aliran-seni.html
__________. (2011, Januari 23). kamibudakseni.blogspot. Retrieved Mac 2, 2015, from aliran
seni malaysia: http://itukamibudakseni.blogspot.com/2011/05/aliran seni lukis.html
fauzul. (2013, April 4). PENDIDIKAN SENI VISUAL. Retrieved Mac 12, 2015, from seni islam:
Fzul9990.blogspot.com.seni islam.html
Yusoff, S. H. (2011, Ogos 15). Laman Apresiasi Seni. Retrieved Mac 13, 2015, from Apresiasi
dalam seni visual: http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai