Anda di halaman 1dari 2

SET 1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SEMANGAT KEJIRANAN

Bantuan
kecemasan

Keselamatan tempat
tinggal

KEPENTINGAN
SEMANGAT
KEJIRANAN

Memupuk semangat
perpaduan

SET 1

Bahagian B
[ 100 markah ]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Generasi muda didapati kurang menghayati erti kemerdekaan. Pelbagai usaha pemupukan
semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah
telah dijalankan oleh kerajaan .
Sebagai pelajar kemukakan pendapat anda tentang usaha-usaha tersebut.

2. Malaysia ketandusan atlet yang berbakat dalam bidang sukan. Semua pihak termasuk keluarga
berperanan penting dalam mencungkil bakat anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.

3. Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar.


Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan
dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

4. Malaysia sentiasa mengadakan hubungan antarabangsa dengan negara-negara luar dalam pelbagai
bidang. Usaha ini sememangnya mendatangkan impak yang baik ke arah pembangunan negara.
Huraikan faedah yang diperoleh negara-negara di dunia melalui kerjasama ekonomi serantau.

5. Peribahasa Melayu ada menyebut seperti melukut di tepi gantang. Peribahasa ini memberi
gambaran bahawa keadaan hidup seseorang yang tidak dipedulikan.
Huraikan persediaan yang perlu dilakukan agar anda dihargai oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai