Anda di halaman 1dari 5

Aku Adalah Kota Ilmu Sedangkan ‘Ali Adalah Pintunya

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Mukaddimah

Ada suatu golongan manusia (yang sikapnya berlebihan terhadap Ahlul


Bait, terutama ‘Ali r.a.) mendakwa, dengan berdalil dengan ‘hadis’
ini , bahawa pendapat mereka adalah benar; iaitu bahawa ‘Ali adalah
pintu ilmu, oleh itu sesiapa yang ingin memasuki rumah, maka wajiblah
melalui pintunya dan –kata mereka- satu-satunya pintu itu adalah ‘Ali,
sehingga sekiranya tidak melalui pintu tersebut, maka tidak sah.

Kalau pun hadis ini sahih (padahal hakikatnya tidaklah demikian), maka
tidaklah bermakna ianya (iaitu Ali) adalah satu-satunya pintu itu,
tetapi menurut para ulama, hanya merupakan salah satu dari pintu-pintu
ilmu.

Memang tidak diragukan bahawa ‘Ali merupakan seorang yang


berpengetahuan tinggi di kalangan para shahabat dan memiliki banyak
keutamaan. Tetapi keutamaan itu tidaklah sepatutnya dilebih-lebihkan
sebegitu rupa sehingga diangkat sebagai Tuhan , (sebagaimana yang
dilakukan oleh golongan Ghulaat )

Teks Hadis

َ
ّ ِ ‫ة ْالعِل ْم ِ وَعَل‬
‫ي َباب َُها‬ ُ َ ‫مدِي ْن‬
َ ‫أَنا‬

“Aku (Rasulullah) adalah kota ilmu dan ‘Ali adalah pintunya.”

Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmizy dari hadis ‘Ali dan katanya ,
“Hadis Munkar.” Hadis ini juga ditolak oleh al-Bukhary. Di samping itu,
hadis ini diriwayatkan juga oleh al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak
dari hadis Ibn ‘Abbas. Ia berkatai, “Hadis Sahih.” Walaupun begitu Imam
az-Zahaby berkata, “Sebaliknya, ianya hadis Maudu’ (Palsu).”
Ad-Daruquthni berkata, “Tidak sah.”

Ibn Daqiq al-Ied berkata, “Mereka (ulama hadis) tidak menilainya


sebagai sah.” Bahkan Ibn al-Jauzi memasukkannya di dalam kitabnya al-
Mawdhuu’aat (kitab yang khusus mengumpulkan hadits-hadits Maudhu’).

Al-Hafizh Abu Sa’id al-‘Alaa`iy berkata, “Yang benar, bahwa ia hadis


Hasan bila dilihat dari jalur-jalurnya, tidak sahih dan juga tidak
Dha’if apalagi dikatakan Maudhu’ (palsu).”
Menurut Imam as-Suyuthi ( pengarang buku rujukan dalam kajian kita
ini): “Memang demikian yang dikatakan Syaikhul Islam Ibn Hajar (al-
Haitsamy-penyunting) dalam fatwanya. Ucapan al-‘Alaa`iy dan Ibn Hajar
tersebut telah beliau paparkan dengan panjang lebar di dalam kitabnya
at-Ta’aqqubaat yang menyanggah kenyataan yang terdapat di dalam kitab
al-Mawdhuu’aat tersebut.

Pendapat Syaikh Muhammad Luthfi Ash-Shabbaagh, Penahqiq (Peneliti) Buku:

Hadis ini MAUDHU’ (PALSU), untuk keterangan lanjut sila rujuk :

 al-Maqaashid al-Hasanah karya as-Sakhawi, h.97

 TamyÎz ath-Thayyib Min al-Khabiits… karya Ibn ad-Dubai’, h.33

 Kasyf al-Khafaa` karya al-‘Ajluni, Jld.I, h.203

 Al-Mawdluu’aat karya Ibn al-Jawzi, Jld.I, h.439

 Al-La`aali, Jld.I, h.329

 Tanziih asy-Syari’ah, Jld.I, h.377

 Ahaadiits al-Qushshaash, h.15

 Al-Fawaa`id karya al-Karmi, h.57

 Al-Fawaa`id karya asy-Syawkani, h.348-354

 Al-Asraar, h.71

 Tadzkirah al-Mawdluaa’aat, h.95

 Al-Fataawa al-Hadiitsiyyah, h.126


 Miizaan al-I’tidaal, Jld.II, h.251

 Asna al-Mathaalib, h.72

 Tuhfah al-Ahwadzi, Jld.IV, h.329

 Al-Mustadrak, Jld.III, h.126 (telah dinilai sahih oleh al-Hakim


namun kemudian diteliti jalur periwayatannya oleh Imam az-Zahabi
yang berkata, “Ianya hadis Maudhu’. Ia (al-Haakim) mengatakan,
“Abu ash-Shalt [salah seorang perawi hadis] adalah seorang yang
Tsiqah, Ma`mun. Menurutku (az-Zzahaby), “Demi Allah, ia bukan
Tsiqah dan bukan pula Ma`mun.”)

 Dla’if al-Jami’ ash-Shaghiir karya Syaikh al-Albani, no.1322

 Al-Kaamil karya Ibn ‘Ady, Jld.I, h.193

 Adl-Dlu’afaa` karya al-‘Uqaily, Jld.III, h.150

 Majma’ az-Zawaa`id, Jld.IX, h.114


(SUMBER: ad-Durar al-Muntatsiarah Fi al-Ahaadiits al-Masyhuurah karya
Imam as-Suyuthi, tahqiq, Syaikh Muhammad Luthfy ash-Shhabbaagh, h.70,
hadis no.38)

Tambahan Dari Penyunting

Dalam teks yang kami dapati di dalam sunan at-Tirmizi tertulis:

ِ ‫داُر ْال‬ َ
‫ي َباب َُها‬ َ ْ ‫حك‬
ّ ِ ‫مةِ وَعَل‬ َ ‫أَنا‬

“Aku (Rasulullah) adalah Daar (gedung) ilmu dan ‘Ali adalah pintunya.”

Jadi, bukan seperti teks hadis dalam buku rujukan kita di atas,
barangkali ada teks berbeza di dalam kitab selain sembilan kitab hadis
induk (al-Kutub at-Tis’ah).

Mengenai teks ini, at-Tirmizi mengatakan, “Hadits Gharib Munkar.”


Ath-Thibi mengatakan, “Orang-orang Syi’ah nampaknya berpegang pada
perumpamaan ini iaitu bahawa, mengambil ilmu dan hikmah dari beliau
s.aw. adalah khusus buat ‘Ali, tidak seorang pun boleh melakukannya
kecuali melalui perantaraannya kerana memasuki rumah hanya boleh dari
pintunya di mana Allah berfirman, ‘Dan masukilah rumah-rumah tersebut
dari pintu-pintunya.’ Padahal sebenarnya itu sama sekali tidak dapat
menjadi hujjah bagi mereka kerana Daar al-Jannah (Rumah surga) sendiri
tidak seluas Daar (rumah) hikmah, Dalam keadaan itu pun , ia ( Darul
al-Jannah) memiliki 8 pintu.” (Maksudnya, dari arah mana saja dari
kelapan-lapan pintu itu boleh dimasuki, tidak semestinya satu pintu
sebagaimana dakwaan Syi’ah tersebut-Penyunting ).

Al-Qaari mengatakan, “Ali adalah salah satu dari pintu-pintunya (pintu


hikmah). Akan tetapi adanya pengkhususan itu mengisyaratkan
penghormatan kepadanya di mana beliau r.a. memang mempunyai kedudukan
yang tinggi bila dibanding dengan sebahagian sahabat dari sisi
keagungan dan ilmu. Di antara hal yang menunjukkan bahawa kedudukan
para sahabat semuanya sebagai pintu-pintu adalah hadis Nabi s.a.w,
‘Para sahabatku adalah seperti bintang-gemintang; siapa pun yang kalian
ikuti, pasti kalian mendapat petunjuk.’ Iaitu sebagai isyarat perbezaan
tingkatan cahayanya di dalam mendapatkan petunjuk itu. Sebagai bukti,
para Tabi’in juga mengambil ilmu-ilmu syari’at seperti bacaan, tafsir,
hadis, fiqih dari para sahabat lain selain ‘Ali. Dengan itu, dapat
diketahui bahawa pintu itu tidak khusus milik Ali r.a. sahaja, kecuali
dalam satu pintu, iaitu masalah qadha’ sebab memang ada hadis mengenai
dirinya dalam hal itu, yang berbunyi, ‘Ia (‘Ali) adalah orang yang
paling mengerti mengenai qada' di antara kamu.’ Sama seperti yang
dikatakan kepada Ubay bahawa dia adalah ‘orang yang paling bagus
bacaannya di antara kamu' , Zaid bin Tsabit sebagai yang ‘paling
mengerti masalah fara’idh di antara kamu’ dan Mu’adz bin Jabal sebagai
yang ‘paling mengerti masalah halal dan haram di antara kamu.’ ”

Sebenarnya, dengan berdalil dengan hadis “Para sahabatku adalah seperti


bintang-gemintang…” juga tidak tepat, sebab menurut pensyarah sunan at-
Tirmizi, al-Mubarakfuri yang menukil dari Ibn Hajar bahwa hadis tentang
‘para sahabatku adalah seperti bintang-gemintang…’ itu tidak shahih,
sangat lemah bahkan Ibn Hazm menilainya sebagai hadits Maudhu’. Al-
Baihaqi mengemukakan hadis Dha’if lain yang senada dengan itu lalu
mengatakan bahwa boleh jadi dijadikan perumpamaan dalam hal mereka itu
(para shahabat) adalah seperti bintang tetapi tidak dalam memberi
petunjuk. Dan hal ini sesuai dengan makna hadis sahih yang diriwayatkan
Muslim, isinya, ‘Bintang-gemintang adalah amanah langit, bila bintang-
gemintang itu hilang maka akan datanglah apa yang dijanjikan kepada
ahli langit.’ Pendapat al-Baihaqi ini didukung oleh Ibn Hajar sekali
pun beliau menegaskan bahawa makna zahir hadis yang ada di dalam Sahih
Muslim itu (hanya) berbicara tentang fitnah yang akan terjadi setelah
berakhirnya masa sahabat, iaitu dengan munculnya berbagai bid’ah dan
perbuatan-perbuatan keji di seluruh muka bumi.” (aiitu tidak berkait
dengan makna kedua hadits lemah di atas- Penyunting.)

(Lihat, Tuhfah al-Ahwadzi Syarh Sunan at-Turmudzy karya al-


Mubaarakfuri, berkaitan dengan syarah hadis di atas)

Kesimpulan:

a) Hadis tersebut adalah MAUDHU’ sebagaimana yang dianalisa oleh Syaikh


Muhammad Luthfi ash-Shabbaagh.

b) ‘Ali r.a. memang memiliki kedudukan lebih dari sebahagian sahabat


dari sisi keagungan dan ilmu, tetapi tidak boleh dikatakan bahawa oleh
sebab itu, beliaulah satu-satunya pintu ilmu, apalagi dengan dakwaan
hal itu telah dikhususkan oleh Nabi s.a.w kepadanya. Tambahan pula,
hujjahnya bersandarkan kepada hadis Maudhu di atas, Wallahu a’lam.

*Disaring dari artikel asal dari www.alsofwah.or.id

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=424

Anda mungkin juga menyukai