Anda di halaman 1dari 3

Pembenihan Ikan Keli Afrika (emClarias gariepinus)

Bahan-bahan
i. Induk yang telah matang
ii. Hormon peransang (Ovatide dan Ovaprim)
iii. Tangki Induk
iv. Tangki pengeraman
v. Pengudaraan
vi. Substrat pelekatan telur
vii. Bulu ayam
viii. Mangkuk bersih
ix. Air suling
x. Kain kasa
xi. Kanular

Kaedah persenyawaan kering


Kaedah persenyawaan kering ini digunakan untuk menyelaraskan masa peneluran dan
penetasan yang dapat memudahkankan kerja pengurusan larva dilakukan.Kelemahan
teknik ini adalah harga hormon yang mahal akibat daripada penggunaan dos hormon
yang tinggi. Induk jantan juga terpaksa dibunuh dalam proses untuk mendapatkan
testisnya. Sebagai penyelesaian, penggunaan hormon peransang Ovatide digunakan
kerana harga yang lebih murah dan penggunaan dos yang lebih rendah.
3.1.2.1 Penyediaan dan cara kerja
Induk-induk yang matang dipilih di waktu petang daripada tangki induk. Induk akan
ditmbang dan diberi dos hormon secukupnya.(Ovaprim: 0.25mg/kg bagi induk
jantan,0.5mg/kg bagi induk betina. Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan, 0.2mg/kg
bagi induk betina) pada pukul 9.00 malam. Selepas 12 jam, induk betina akan dilirit
telurnya ke dalam mangkuk yang telah disediakan. Telur yang matang ialah telur yang
mempunyai warna coklat kehijauan dan saiz serta bentuk yang sekata. Induk jantan
akan dibedah dan dikeluarkan testisnya. Testis yang baik mempunyai saiz yang besar
serta berwarna putih. Testis akan dipotong halus dan air mani akan dibiarkan
bercampur dengan telur. Testis akan dipotong di atas kain kasa dan selepas selesai
dipotong kain kasa akan diperah dan air suling digunakan untuk mencuci sisa air mani
supaya mengalir ke dalam telur ikan dan tiada pembaziran berlaku.

Telur akan digaul bersama dengan menggunakan bulu ayam yang telah dicuci
mengikut satu arah pusingan supaya ia sekata dan tidak rosak. Telur-telur akan
ditabur ke dalam tangki pengeraman yang mempunyai substrat pelekatan telur atau
tidak dengan menggunakan bulu ayam. Telur-telur akan diberi pengudaraan dan
dibiarkan selama 24 jam. Selepas menetas, telur yang tidak menetas akan dialihkan
dan air akan ditukar sebanyak 50% untuk mengekalkan kualiti air dan mengelakkan
pembiakan penyakit. Larva akan diberi makan moina 3 hari selepas menetas dan
Daphnia selepas 2 minggu.

Kaedah persenyawaan secara semulajadiDalam kaedah ini,masa peneluran cuma


dapat dijangka dan tidak dapat dipastikan. Jika suhu air kurang dari 280C, induk akan
bertelur selepas 12 jam. Jika suhu air melebihi 280C, Induk akan bertelur selepas 10
jam. Dalam kaedah ini induk jantan tidak akan dibunuh dan hormon peransang
Ovatide disyorkan digunakan kerana keberkesanannya dan penggunaan dos yang
rendah berbanding Ovaprim.
Penyediaan dan cara kerja
Induk yang matang akan dipilih pada waktu petang. Induk akan ditimbang dan disuntik
dengan hormon secukupnya.(Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan,0.2mg/kg bagi
induk betina.) pada pukul 9 malam. Induk akan dibiarkan selama 12 jam maksimum
untuk menghasilkan telur. Telur yang telah disenyawa akan dikeluarkan dan
diletakkan dalam tangki pengeraman yang tidak mempunyai substrat pelekatan telur
kerana keadaan telur yang telah sedia melekit dan melekat antara satu sama lain.
Selepas 24 jam telur-telur akan menetas jika tiada gangguan persekitaran
terutamanya suhu dan pH. Larva akan diberi makan Moina 3 hari selepas menetas dan
Daphnia selepas 2 minggu.

Perbincangan
Penggunaan Ovatide dapat menjimatkan kos sebanyak 50% berbanding ovaprim kerana
dos yang digunakan adalah separuh dari dos Ovaprim. Harga kedua-dua bahan ini
adalah hampir sama dan langkah ini dapat mengurangkan kos hormon. Hormon
disuntik di waktu malam untuk mengurangkan stress kepada induk. Induk betina yang
matang mempunyai abdomen yang besar dan lembut. Genital papilae mestilah
panjang dan berwarna kemerah-merahan.

Kesimpulan
Kebanyakan pembenihan ini gagal kerana masalah tangki penetasan yang terdedah
kepada pengaruh cuaca. Jika hujan,kebanyakan pembenihan akan gagal dan tidak
menetas. Kekurangan teknik yang betul juga menyukarkan pembenihan pada pertama
kali, tetapi ia telah dapat diatasi untuk pembenihan yang berikutnya. Induk yang
benar-benar matang akan menghasilkan benih yang berkualiti dan tahan lasak.

Anda mungkin juga menyukai