Anda di halaman 1dari 6

Usaha,ikhtiar, doa & tawakkal tangga kejayaan

Oleh
Norizan Binti Yusof
Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t..pujian yang setinggi-tingginya buat DIA yang
menciptakan seluruh makhluk, menciptakan hidup dan mati sebaagai ujian buat
hamba, memberi nikmat pendengaran dan penglihatan untuk menguji sejauh mana
sesorang hamba bersyukur, memberi nikmat akal menguji sejauh mana manusia
mengambil hikmah daripada setiap perkara yang berlaku. DIA memberi wahyu
sebagai pemandu kehidupan dunia agar hambanya mampu hidup berudarakan
dunia bernafaskan akhirat, DIA yang mengurniakan ujian sebagai tanda rahmat dan
kasih sayang serta mahu menguji sejauh mana hambaNYA kembali kepadaNYA
apabila dalam situasi menghadapi ujian hidup
Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek
Seringkali kita mendengar ungkapan di atas, ungkapan biasa bagi masyarakat kita.
Ungkapan ini mengandungi maksud yang benar-benar tersurat dan tersirat.Yang
jelas sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan dunia ini tidak berlaku dengan
mudah, tetapi ia perlu melalui satu proses iaitu USAHA.. Maka bila disebut usaha
sudah pasti ada juga ungkapan yang kerap kita dengan suatu masa dahulu iaitu
usaha tangga kejayaan. Benar!! Usaha adalah tangga kejayaan, tetapi kebiasaanya
dalam hidup, dalam berhadapan dengan ujian, dalam mengecap sebuah kejayaan
tidak cukup dengan usaha. Ianya ada apitan iaitu ikhtiar, doa dan tawakkal.
Entri kali ini saya berminat untuk mengupas isu proses Usaha dengan apitan ikhtiar,
doa dan tawakkal berkisarkan kisah sejarah Agung yang terkandung dalam qalamqalam cinta Allah.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila
ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka
itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah
orang yang mendapat petunjuk. - Surah al-Baqarah : 155-157
Kehidupan manusia adalah satu proses dan perjalanan yang tidak pernah berhenti.
Maka dalam melalui proses ini sudah pasti banyak persinggahan yang dilaui dalam
kehidupan. Fasa awal adalah apabila kita berada dalam dunia kanak-kanak. Pada
fasa ini, kita masih buntu memikirkan apa sebnarnya yang kita cari, maka kita
meniru peribadi dan perlakuan orang terdekat terutamnaya ibu bapa. Fasa
seterusnya bermulalah fasa genting dalam kehidupan, ketika ini kita mula mengenal
erti masalah, ujian , kejayaan, kekecewaan, kejatuhan, kegagalan, kehilangan dan
sebagainya. Tahap ini merupakan tahap yang terpenting membina keyakinan dalam
diri. Tahap ini bermula apabila remaja dan ia akan bersambung terus sehingga
dewasa. Semakin hari semakin sukar hari yang kita lalui. Akhirnya pengalaman
seharian akan membuatkan kita lali dan terbiasa dengan ujian. Saat itu bukan lagi
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita

ungkapan mengeluh atau mengadu sekadara oada makhluk yang kita lakukan,
tetapi pada saat itu kita meluahkan kepada tuhan, menahan dalam hati iaitu sabar
dan cuba menerima iaitu redha dengan ujian yang diberikan.
Setiap perkara yang kita lalui dalam hidup adalah takdir daripada Allah s.w.t, dan
takdir ini akan berlaku berdasarkan apa yang kita fikirkan, apa yang kita doakan dan
apa yang kitra usahakan. Timbal balik takdir ini cukup indah dan menarik. Mengapa
Allah jadikan begitu?? Kerana Allah mahu hamba-hambanya sentiasa berusaha
dalam masa yang sama optimis terhadap DIA.. Ingatkah kita tentang hadis Qudsi
yang berbunyi:
Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala
Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan
mengingatinya dalam diriKu.
Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di
depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu
mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu
mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya
dalam keadaan berlari(cepat). Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith
nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.
Beruntungnya kita andai kita memahami setiap yang berlaku punyai hikmah yang
tersendiri dan beruntungnya kita andai kita mampu memposisikan diri kita dalam
kalangan orang yang sentiasa berusaha dan berharap. Indahnya kehidupan kita
anda kita mampu berpaut pada ranting kepercayaan yang kukuh terhadap kalimah
la ila ha illallah dan beruntungnya kita andai kita mampu mendayung perahu
menuju destinasi akhirat dengan harapan dan keyakinan yang tidak pernah bertepi.
Untungnya andai kita mampu merasakan setiap titis keringat yang jatuh semasa
pelayaran itu sebenarnya detik bahagia kehidupan dan beruntungnya andai kita
mapu merasa setiap butir mutiara jernih yang mengalir itu satu pengharapan.
Usaha dengan kombinasi ikhtiar, doa dan tawakkal merupakan satu resepi yang
mengandungi intipati yang cukup unik. Adunannya memberi satu perasaan
kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Kombinasi ini juga perlulah dilihat dalam skop yang lebih komprehensif dalam
kehidupan semoga ianya menjadi satu landasan untuk kita sentiasa bergerak.
Konsep ini jelas dalam al-quran dan cerita cerita sejarah yang terkandung
dalamnya.Ketika seseorang ditimpakan dengan ujian dan musibah, bukan sahaja
senjata doa yang diperlukan ketika ituselagi dia tidak mampu untuk berusaha
untuk mengeluarkan diri daripada ujian tersebut, maka dia tidak akan mampu
mengatasi masalah yang dilalui.
Begitu juga ketika seorang yang diuji dengan isu jodoh dan pasangan hidup, jika
hanya dengan berdoa dan mengharap tanpa usaha umpama menunggu bulan jatuh
ke riba. Jika kita mengharap kejayaan mengapai cita-cita tetapi tiada usaha ianya
hanya sebuah mimipi indah dan angan-nagan mat jenin. Hakikatnya tidak ke manamana
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita

Allah takdirkan hidup ini perlu kepada kombinasi usaha iktiar doa dan tawakkal
adalah kerana kehidupan ini sebagai satu satu medan ujian yang tidak pernah
berakhir dan fitrahnya selagi mana kita berusaha, selagi itu Allah akan membantu
urusan kita.
Sejarah yang terpampang luas mengenai cerita Nabi Ayyub a.s yang di uji dengan
sakit. Allah berikan penderitaan demi penderitaan buat dirinya. Mengapa Allah
memberi ujian tersebut kepada seorang hamba pilihannya? Kerana Allah mahu
menguji sejauh mana dia berusaha. Sakit yang dilaluinya lebih kurang 100 tahun
menyebabkan pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan olehnya untuk berubat dan
akhirnya Allah memberi jalan penyelesaian keluar dari ujian bahkan ditambah lagi
kegembiraan atas kesabaran dan usah ayang dilakukan. Berikut merupakan kisah
Nabi ayyub.
DERITA NABI AYYUB A.S
Di dalam Al-Quran ada merakamkan kisah penderitaan penyakit yang terpaksa
ditanggung oleh Nabi Ayyub. Di dalam Kitab Duratun Nasihin, pada bab kisah
kesabaran Nabi Ayyub. Secara ringkasnya, Nabi Ayyub a.s merupakan seorang Nabi
Allah yang dikurniakan nikmat kekayaan, kesihatan serta anak pinak. Beliau tidak
pernah lupa untuk mensyukuri atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.
Dengan izin Allah, kesabaran Nabi Ayyub a.s. diuji apabila Iblis membakar rumah,
harta benda dan anak-anak Nabi Ayyub a.s. Iblis belum berpuas hati lantaran
melihat ketabahan dan kesabaran Nabi Allah Ayyub. Lalu sekali lagi Nabi Ayyub di uji
dengan jangkitan penyakit kulit yang kronik sehinggakan masyarakat di sekeliling
merasa jijik melihatnya. Isteri-isterinya meninggalkan beliau kerana tidak mampu lagi
menanggung malu dan kesengsaraan hidup. Yang tinggal hanyalah Nabi Ayyub
bersama Siti Rahmah salah seorang dari isterinya yang solehah menemaninya
walaupun keadan beliau yang serba dhaif. Selama 7 tahun Nabi Ayyub menderita,
namun tidak lekang dari mulutnya berzikir memuji Allah SWT. Siti Rahmah juga
akhirnya berjaya dihasut oleh iblis seterusnya meninggalkan Nabi Ayyub
keseorangan.
Dalam pada itu, bermunajat Nabi Ayub a.s merintih pada Allah SWT sebagaimana
firman-Nya :
"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan
Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". - Surah Al-Anbiya: 83
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Allah tidak membiarkan Nabi-Nya sepi
sendirian. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub. Allah menyuruhnya agar
menghentakkan kaki ke tanah, lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum,
dimandikan sebagai penawar. Firman Allah SWT :
Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit
yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita

gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi
peringatan bagi semua yang menyembah Allah. - Surah Al-Anbiya: 84
Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah kembali sihat seperti sedia kala, bahkan
Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda dari yang hilang dan Allah
juga mengembalikan kemewahan kepada Nabi Ayub a.s. sebagai tanda rahmat dan
kasih sayang Allah.
Cebisan kisah Nabi Ayyub a.s. ini memberi pengajaran kepada kita bahawa
musibah penyakit adalah ujian dari-Nya sebelum Allah mengurniakan rahmat kasih
sayang-Nya. Allah SWT ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita
kepada-Nya. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya yang soleh. Percayalah, akan tiba
masanya jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak akan terbit sinar kebahagiaan dan
rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi
ujian demi ujian.

Usaha mengumpulkan jerami sebagai galang ganti sumpah yang diemukakan ketika
beliau sedang sakit membuktikan itu sebahagian daripada jalan keluar yang
dilakukan. Dan ketika Allah menyuruh Nabi Ayyub menghentakkan kaki ke tanah, itu
juga usaha. Kelihatan ringkas tetapi punyai maksud mendalam bagi kita yang
mendalami sejarah. Dengan terpancarnya air dari tanah ia dijadikan air minuman
dan untuk mandi dengan air sejuk ini sebenarnya usaha yang Allah mahu hambanya
lakukan.
Begitu juga dengan kiah inspirasi Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s..ketika Allah beri
ujian yang bertalu-talu, bukan Allah tidak boleh hadirkan hidangan yang sedap untuk
mengembalikan tenaga Mariam setelah melahirkan, bahkan Allah meminta Mariam
menggongcangkan pohon kurma itu sebgai isyarat dan pengajaran buat hambanya
pada maa yang akan datang bahawa setiap sesuatu itu perlu ditempuh dengan
usaha..

Tetapi bukan sekadar usaha, ianya perlu juga dengan ikhtiar. Ikhtiar merupakan
pelbagai teknik,kaedah dan cara yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan
sesuatu. Sebagai contoh mahu Berjaya dalam peperiksaan, ikhtiarnya pastilah
pelbagai. Pertamnya membaca buku, kedua membuat nota ringkas, ketiga
berbincang dengan rakan, keempat bertanya dengan guru, kelima membuat latihan
tambahan. Kepelbagaian usaha untuk Berjaya ini dijadikan ikhtiar.
Konsep ikhtiar ini juga banyak diceritakan dalam kisah nabi-nabi sebagai contoh
kisah nabi Musa dan Harun yang ingin berdakwah kepada kaum bani israil, nabi
Musa yang menyedari kelemahan dirinya dalam bertutur meminta bantuan Nabi
Harun, selain itu ikhtiar yang lain adalah dengan menggunakan kepelbagaian teknik
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita

berdakwah atas bantuan dan pertyolongan Allah. Contohnya Apabila dikumpulkan


semua ahli-ahli sihir untuk berhadapaan dengan Musa, Allah memberi Ilham kepada
Nabi Musa untuk melemparkan tongkat yang berada di Tangannya. Perintah Allah ini
juga merupakan salah satu metod dalam berdakwah sehingga ramai dalam
kalangan ahli sihir yang sujud kepada Allah. Sebelum ini pelbagai kaedah yang
digunakan oleh Nabi Musa a.s dalam menyebarkan dakwah kepada kaum bani
israil..Inilah yang dikatakan sebagai ikhtiar
"Lemparkanlah ia, hai Musa!" (QS. Thaha: 19)
Doa merupakan senjata yang paling hebat dan satu bentuk pengharapan yang
paling tinggi kepada Allah. Ianya merupakan satu bentuk komunikasi jangka panjang
keran mengkin ia akan di makbulkan serta merta atu ditangguhkan seketika. Doa
merupakan harapan dan keyakinan, doa ini merupakan teknik pengzahiran rasa
cinta kepada khaliq. Dalam Al-quran banyak kisah-kisah yang dimasukkan dengan
doa. Sebagai contoh kisah nabi yunus dengan ikan Nun, Apabila dia dipilih untuk
berada dalam perut ikan nun, terus menerus dia berdia kepada Allah s.w.t supaya
dia dibebaskan sehingga akhirnya ikan nun tersebut memuntahkan kembali Nabi
yunus di tepi pantai. Paling banyak cerita doa yang diceritakan dalam al-quran
adalah doa Nabi Ibrahim. Mengapa Allah pilih Nabi Ibrahim berkaitan doa ini??
Kerana Allah hendak memaparkan satu cerita sejarah bagaimana seorang hamba
yang istemewa yang sanggup melakukan apa sahaja perintah Allah ini mempunyai
satu senjata yang utuh. Kerana doa ini juga merupakan mukjizat yang diberikan
kepada Nabi Ibrahim a.s. Allah mempersembahkan cerita tersebut bagi memberi
peringatan kepada hambanya berdolah kepada Allah seperti firmaNYA:
Berdoalah kepadaku, nescaya aku akan perkenankan permintaan mu
Akhir sekali adalah konsep tawakkal. Konsep ini adalah konsep yang tertinggi yang
mengkomunikasikan bahawa setiap kejayaan, kemenangan, kenaikan bahkan
kemampuan kita keluar daripada ujian itu bukanlah datang daro kemmapuan diri kita
sendiri. Ianya merupakan sesuatu yang diberi dan dilaksanakan oleh Allah. Seperti
firman Allah dalam surah al-mulk:
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada)
burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika)
burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang
menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.
Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Konsep tawakkal ini penting supaya manusia sentiasa bermuhasabah diri dan
kembali kepada pencipta diri dan alam buana ini. Konsep ini juga menunjukkan
kecilnya kita sebagai hamba yang sentiasa berharap, endahnya diri kita sebagai
hamba yang tidak mampu melakukan apa-apa melainkan dengan izinNYA
Akhir kata, konsep usaha ikhtiar doa dan tawakkal ini hanya dipandang remeh jika
kita melihat dari satu penjuru semata-mata, tetapi jika kita buka mata, minda , hati
dan akal untuk melihat konsep ini secara komprehensif, nescaya mapu terzahir
perasaan kekerdilan di hadapan tuhan pencipta alam. Hidup adalah proses
pembelajaran yang tak pernah berakhir

sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk
menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum
habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang
sebanding dengannya, sebagai bantuan". (surah kahfi ayat 109)

usaha

ikhtiar

doa

tawakkal

sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita

kejayaan,
kebahagia
an,
ketenanga
n,
pengharap
an

Anda mungkin juga menyukai