Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

EMPAYAR UTHMANIYYAH DAN ASIA BARAT MODEN


SEM DUA SESI 2014/2015
NAMA PENSYARAH: ENCIK SHAUKHI MD. RADZI
TUTORIAL: ISNIN/ 10-11 PM
KULIAH: ISNIN 4-6 PM
NAMA
NURUL AQILAH NABILAH BINTI IBRAHIM

Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah kerajaan


yang berjaya mempertahankan kekuasaan mereka selama
lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 sehingga
awal abad ke-19. Pada dasarnya, Empayar Turki Uthmaniyah
ini sebelum kejatuhannya telah diasaskan oleh seorang
yang bernama Uthman pada tahun 1299-1326.
Sistem politik yang diamalkan dalam kerajaan Turki
Utmaniyah adalah diwarisi dari kerajaan Turki Saljuk yang
pada mulanya mengalami saat
kegemilangannya dan
akhirnya mengalami kemerosotan sehingga membawa
kejatuhan Empayar Turki Utmaniyah selepas berlakunya
Perang Dunia Pertama.
Kekalahan Uthmaniyah ini jelas memperlihatkan kesan ke
atas umat Islam iaitu telah membuka laluan kepada British
menguasai Asia Barat yang kemudiannya membawa kepada
rampasan bumi Palestin oleh golongan pendatang Yahudi.
Kekalahan Uthmaniyah ke atas British pada tahun 1917
NO MATRIKsekaligus telah menyebabkan pengisytiharan Deklarasi
Balfour pada tahun yang sama yang telah menawarkan
BA13110378
Palestin sebagai a national home kepada bangsa Yahudi.

TAJUK SOALAN:
National Home of Jewish People. Bincangkan peranan
British dan Zionis bersabit penubuhannya.

1.1 PENGENALAN.

2.1 LATAR BELAKANG MASYARAKAT DAN AGAMA


YAHUDI.
Yahudi (Judaism) merupakan agama yang awalnya dibawa
oleh Nabi Musa as. Menurut pendapat yang paling popular,
nama agama ini diambil dari nama salah satu dari dua belas
anak Yakkub iaitu Judah.
Sebetulnya, keseluruhan keturunan Yakkub adalah mereka
yang disebut sebagai Bani Israel (yang bererti keturunan
Israel, sementara Israel adalah nama lain Yakkub), seluruh
keturunan Yakkuub terusir dari tempat tinggal mereka
kecuali anak keturunan Judah. Mereka inilah yang kemudian
disebut sebagai Umat Yahudi.

3.1 ORANG YAHUDI DI EROPAH.


Bangsa Yahudi yang tinggal di perantauan, terutamanya di
Eropah banyak dipergunakan untuk menjadi pekerja industri
bangunan bagi memajukan ekonomi barat. Ini telah
menyebabkan golongan Yahudi mereka menjadi golongan
kelas bawah dan hanya segelintir menjadi golongan
menengah di Eropah.
Sememangnya mereka ini telah menjadi orang asing di
Eropah setelah mereka dinafikan hak di Palestin. Ini
disebabkan mereka ditindas dan dihalau keluar oleh
pemerintah Rom Byzantine. Mereka dilarang dari menduduki
mahupun memasuki kawasan Aelia atau lebih masyhur di
kalangan masyarakat Islam sebagai Bayt al-Maqdis bermula
tahun 135M. Ini sepertimana yang dilaporkan oleh
Wilkinson: Hadrian who succeeded Trajan as Roman
Emperor had proceeded his plan to make Jerusalem city a
Roman colony, namely Aelia Capitolina. Wilkinson
meneruskan bahawa ada arahan yang jelas melarang
golongan Yahudi memasukinya, iaitu: no Jews should be
allowed within the district of Aelia Capitolina (tiada Yahudi
dibenarkan berada di dalam daerah Aelia).
Golongan Yahudi juga turut ditindas di Eropah Barat. Mereka
diusir oleh Inggeris pada tahun 1300M., pada tahun 1400M.
mereka diusir oleh Perancis dan tahun 1500M diusir oleh
Sepanyol. Pada abad inilah Yahudi bertebaran ke Eropah
Timur, Rusia dan Amerika Selatan.
Selama satu abad, 1600M. sehingga 1700M., kaum Yahudi
berusaha menguasai pasaran dan ekonomi Eropah malah
turut melibatkan diri di dalam menimba ilmu pengetahuan
moden. Walaupun mereka ditindas di negara- negara
tempat mereka tinggal, namun strategi untuk menguasai
pasaran telah membuatkan mereka berjaya menguasai

banyak institusi-institusi strategik di barat sehingga ke hari


ini.
Atas kesedaran penindasan yang berlaku, mereka mulai
mencari jalan untuk melangkah keluar dari keadaan
kehidupan yang dilalui. Para ilmuan mereka mulai berfikir
untuk
merumuskan
teori
dan
perancangan,
bagi
mempermudahkan jalan menubuhkan sebuah negara.
4.1 ZIONISME.
Istilah ini diperkenalkan oleh Nathan Birmbaum (1893).
Tetapi Theodor Herzl, dikenali sebagai pengasas Ideologi
Zionisme. Dan menjadikan Palestine negara tersebut.
Theodor Herzl dalam tahun 1896 menjadikan Zionisme satu
ideologi apabila dia menulis buku The Jewish State.
Matlamatnya adalah untuk mengembalikan bangsa Yahudi
ke Eretz Yisrael atau Zion ertinya Baitul Maqdis.
Nama Zionisme berasal dari sebuah bukit bernama Zion
dimana terletaknya Gereja Baitul-Maqdis.
5.1 PERTUBUHAN ZIONIS ANTARABANGSA (WZO)
Ditubuhkan semasa persidangan pertamanya di Basle,
Switzerland pada tahun 1897.
Menetapkan matlamat establishment of a national home
for the Jews in Palestine.
Pertubuhan ini telah memilih Theodor Herzl sebagai
Presidennya yang pertama.
Untuk mempopularkan tuntutan mereka terhadap palestin,
pihak Zionis berhujah dengan kandungan kitab Injil sebagai
bukti, terdapatnya janji Tuhan kepada Nabi Ibrahim bahawa
mereka akan dikurniakan tanah yang terletaka di anatara
Sungai Nil di Mesir sehingga ke Sungai Dajlah.
Zionis melihat bahawa wilayah Israel adalah terletak di
antara kawasan yang dijelaskan dalam Injil tersebut.

Pihak Pertubuhan Zionis mempunyai agenda tersendiri


untuk mewujudkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi di
Palestin yang disokong oleh undang-undang awam (public
law). Ini dapat dilihat melalui perancangan Zionis untuk
mencapai agenda utama ini dengan penumpuan kepada 4
perkara:
1. Melakukan promosi, mengikut kesesuaian, tentang
penjajahan Palestin melalui sistem pertanian Yahudi dan
pekerja industri.
2. Mewujudkan organisasi dan kerjasama dengan seluruh
jentera Yahudi dengan cara menguasai institusi, tempatan
atau antarabangsa dengan mengikut undang-undang setiap
negara.
3. Menguatkan dan meningkatkan kesedaran serta sentimen
kebangsaan Yahudi.
4. Melakukan persediaan untuk
mendapatkan pengiktirafan kerajaan, jika perlu, untuk
menjalankan tujuan serta agenda Zionis.

5.2 PERANAN ZIONIS DALAM NATIONAL HOME OF


JEWISH PEOPLE (NHOJP).
5.2.1 POLITIK
1. Pada tahun 1892, Sekumpulan Yahudi Rusia mengajukan
permohonan kepada Sultan Abdul Hamid II (1876-1909),
untuk mendapat keizinan untuk tinggal di Palestin.
Permohonan itu dijawab oleh sultan dengan ucapan
Pemerintahan Uthmaniyah memberitahu kepada setiap
kaum Yahudi yang ingin berhijrah ke Turki, bahawa mereka
tidak akan diizinkan menetap di Palestin, di mana jawapan
tersebut telah menimbulkan kemarahan kaum Yahudi.
2. Theodor Herzl, penulis Der Judenstaat (Negara Israel),
memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid II sambil
meminta izin mendirikan penempatan Yahudi di Palestin.
Permohonan itu dijawab sultan sesungguhnya empayar
Uthmani adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan
menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan

kalian itu dalam poket kalian sendiri. Melihat kepada


keteguhan sultan, mereka kemudian merumuskan strategi
baru menghancurkan Khalifah Uthmaniyah. Oleh kerana
kuatnya aktiviti dan desakan Zionis, akhirnya Sultan Abdul
Hamid II pada tahun 1900, mengeluarkan keputusan
melarang pendatang Yahudi di Palestin untuk tinggal lebih
dari tiga bulan. Pada tahun 1901, Sultan mengeluarkan
keputusan untuk melarang penjualan tanah kepada Yahudi
di Palestin.
3. Herzl yang memberanikan diri menghadap Sultan Abdul
Hamid II pada tahun 1902 untuk memujuk mendapatkan
tanah Palestin, telah mengemukakan tawaran kewangan
kepada baginda atau boleh juga dikelaskan sebagai rasuah.
Di antara rasuah yang ditawarkan Herzl kepada sultan
adalah:
150 juta (pound sterling British) khusus untuk Sultan.
Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyah yang
mencapai 33juta (pound sterling British).
Mendirikan kapal induk untuk menjaga pemerintah, dengan
biaya 3. 120 juta Frank.
Memberi pinjaman 5 juta (pound sterling British) tanpa
bunga.

Mendirikan Universiti Uthmaniyah di Palestin.


4. Semua tawaran tersebut ditolak oleh Sultan dan melalui
Tahsin Basya, iaitu Perdana Menterinya, baginda memesan
nasihat agar Herzl melupakan hasratnya mengenai masalah
tersebut. Sungguhpun kerajaan Uthmaniyyah amat
memerlukan dana kewangan yang kukuh ketika itu, namun
Sultan Abdul Hamid II menolak bulat-bulat permintaan
Yahudi. Baginda menjawab cadangan Herzl dengan katakatanya:
Jika suatu hari nanti negara Islam berpecah, kamu boleh
mengambil Palestin dengan percuma, tetapi selagi saya

masih hidup, saya lebih suka badan saya dipotong-potong


daripada memisahkan Palestin daripada tanah orang Islam.
5. Berbagai
taktik
kotor
dilancarkan
Zionis
untuk
menghancurkan dunia Islam khususnya Palestin. Mereka
bertindak dengan menghancurkan halangan utama iaitu
Khalifah Uthmaniyah agar mereka dapat menduduki Palestin
dengan mudah. Mereka juga turut melobi British, Perancis,
Rusia dan Amerika
untuk mendapatkan sokongan dan
simpati, dengan menjadikan peristiwa-peristiwa tertentu
seperti Holocaust bagi melunakkan barat supaya cenderung
dan menyokong mereka.

6.1 PERANAN DARI PIHAK BRITISH.


6.1.1 THE HUSSIEN- MCMAHON CORRESPONDENCE.
Pada tahun 1915 dalam pertukaran sepuluh surat antara Sir
Henry McMahon, pesuruhjaya tinggi Britain di Mesir, dan
Sharif Hussein.
Pada asasnya, Britain berjanji, dalam apa yang dikenali
sebagai The Hussien-McMahon Correspondence, untuk
menyokong kemerdekaan Arab jika pasukan Hussein
memberontak terhadap Turki.
6.1.2 PERSETUJUAN SYKES-PICOT
Perjanjian Sykes-Picot merupakan perjanjian sulit yang telah
ditandatangani antara Britain dan Perancis semasa perang
dunia pertama meletus.
Perjanjian ini menyatakan persetujuan antara kedua-dua
pihak tersebut untuk membahagikan wilayah Timur Tengah
kepada zon-zon yang akan diletakkan di bawah pengaruh
mereka.
Petikan di bawah merupakan antara isi kandungan yang
terdapat dalam Perjanjian Sykes-Picot:
That in the blue area France, and in the red area Great
Britain, shall be allowed to establish such direct or indirect

administration or control as their their desire and as they


think fit to arrange with the Arab State or confideration of
Arab State.

Petikan di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa


Britain dan Perancis mempunyai kuasa ke atas wilayah yang
pernah ditadbir oleh kerajaan Uthmaniyah.
Namun
demikian,
walaupun
kerajaan
Uthmaniyah
mengalami kekalahan dalam perang dunia pertama,
pemimpin Palestin serta penduduknya masih setia terhadap
kerajaan Uthamaniyah.Perjanjian itu jelas bercanggah
dengan janji-janji yang dibuat kepada Sharif Hussein dari
Mekah.

6.1.3 PENGISYTIHARAN BALFOUR.


Pada 2 November 1917, sepucuk surat dikemukakan oleh
Setiausaha Luar British, Arthur James Balfour kepada Lord
Rothschild.1

Surat ini ditulis dengan mendapat restu Perdana Menteri


George Lloyd dan diluluskan oleh kabinet.

Pengisytiharan Deklarasi Balfour menunjukkan komitmen


yang jelas daripada kerajaan British membantu Zionis untuk
mengasaskan negara Yahudi di bumi Palestin.

Menerusi deklarasi Balfour ini dilihat British berhasrat


merealisasikan cita-cita untuk menempatkan bangsa Yahudi
di palestin.

1 Sabaruddin Hussein, Konspirasi Yahudi: Peperangan dan


Penakhlukan, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, 2011,

hlm.30.

Pengisytiharan Balfour telah menyebabkan penghijrahan


beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin yang tidak mampu
disekat oleh bangsa Palestin sendiri.

Kebanjiran bangsa Yahudi membuat penduduk Palestin


merasa tertekan dan wilayah tersebut mua bergolak.
Mereka juga merasakan deklarasi Balfour sebagai salah
satu punca masalah, tekanan dan beban kepada mereka.

6.1.4 PERJANJIAN FEISAL WEIZMANN


Baginda Emir Faisal, mewakili dan bertindak bagi pihak
kerajaan Arab Hedjaz, dan Dr. Chaim Wiezmann, mewakili
dan bertindak bagi pihak Pertubuhan Zionis. menyedari
wujudnya hubungan yang sedia ada antara orang-orang
Arab dan orang-orang Yahudi, dan menyedari melalui
kerjasama paling dekat dalam membangunkan negeri Arab
dan Palestin, dan berkeinginan lagi untuk mengesahkan
persefahaman yang wujud antara mereka. Mereka telah
bersetuju atas perkara-perkara berikut;
Artikel I: Negeri Arab dan Palestin dalam semua hubungan
mereka dan hendaklah berusaha dikawal oleh hubungan
yang muhibah dan persefahaman dan untuk tujuan ini Arab
dan ejen-ejen Yahudi yang bertauliah hendaklah diwujudkan
dan disenggarakan di wilayah-wilayah masing-masing.
Artikel II: Dengan serta-merta berikutan selesainya
perbincangan persidangan keamanan, sempadan antara
negeri Arab dan Palestin pasti akan ditentukan oleh
Suruhanjaya untuk dipersetujui oleh pihak bersama.
Artikel VI : tempat-tempat suci Islam hendaklah di bawah
kawalan Islam.
Artikel IX: apa-apa percanggahan yang terjadi di antara
pihak-pihak berkontrak hendaklah dirujuk kepada Kerajaan
British untuk dipertimbangkan.

7.1 GERAKAN KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN


Sejak tahun 1917, bangsa Palestin lantang menyuarakan
ketidakpuasan hati mereka terhadap usaha zionis dan juga
pentadbiran British di wilayah tersebut. Serentak dengan
kemasukan pendatang Yahudi di palestin pada 1919,
masyarakat Arab tempatan yang terdiri daripada komuniti
Islam dan Kristian mengadakan First Palestinian Arab
Congress
pada
awal
1919
di
Jerusalem
bagi
membincangkan persoalan Zionisme dan masa depan
politik Palestin.
Pada Ogos 1921, kesatuan Muslim dan Kristian Arab,
termasuklah Dato Bandar Jerusalem, Musa al-Husayni
(1850-1934) membawa isu tersebut ke London. Wakil
kedua-dua pihak tersebut membantah usaha Israel dan
pemberontakan yang berlaku pada bulan Mei 1917
membawa dua langkah penting dalam pentadbiran di
Palestin, iaitu penubuhan Majlis perwakilan pada 24 Julai
1922 dan juga pengisytiharan kuasa mandat ke atas
Palestin oleh Pertubuhan Liga- Liga Bangsa.
Sesuatu yang menarik untuk dinilai semula di sini ialah
sistem mandat yang diperkenalkan selepas berakhirnya
Perang
Dunia
Pertama
ini
dilaksanakan
dengan
bersandarkan Artikel 22 Persetujuan oleh Pertubuhan Liga
Bangsa dalam Persidangan Paris 1919. Di bawah artikel ini
menjelaskan bahawa wilayah yang didiami oleh penduduk
yang tidak mampu untuk mengadakan pentadbiran sendiri
akan diberikan kepada bangsa yang maju sehingga sampai
satu tempoh mereka berupaya untuk menguruskan sendiri
urusan pentadbiran. Sebagaimana deklarasi Balfour, kuasa
mandat ini mengakui hubungan sejarah antara bangsa
Yahudi dan Palestin dan memastikan pengiktirafan national
home kepada bangsa Yahudi.
8.1 ANALISIS

Zionis dan British telah memainkan peranan mereka


masing-masing
dalam pengiktirafan national home of
jewish people. Herzl merupakan pencetus kepada
penubuhan Zionis Antarabangsa. Matlamat mereka adalah
establishment of a
national home for the Jews in
Palestine. Namun Demikian, cubaan Hertzl untuk
mengambil tanah Palestin melalui rundingan bersama
Sultan Abdul Hamid adalah gagal. Tetapi ianya tidak
mematahkan semangat Zionis untuk mencapai NHOJP. Ianya
telah disambung oleh Weizmann. Wheizmann telah
melakukan usaha melobi dengan kuat bagi mendapatkan
simpati untuk menubuhkan negara Israel di Palestin.
Seain itu, peranan British dalam NHOJP juga tidak dapat
dinafikan. Faktor yang jelas dapat kita lihat adalah melalui
Deklarasi
Balfour.
Deklarasi
Balfour
inilah
yang
menunjukkan kepada kita komitmen yang jelas pihak British
membantu Zionis dalam mengasaskan Negara Yahudi di
Bumi Palestin. Berikutan pengisytiharan ini, pertubuhan
Zionis mengeluarkan manifesto yang ditandatangani oleh
Sokolov, Tschlevoc, dan Chaim Weizmann yang menyatakan
bahawa aspirasi yang dibentuk semasa persidangan Zionis
di Basle berada di landasan yang betul dengan deklarasi
yang diisytiharkan secara rasmi oleh kerajaan British ini.
9.1 KESIMPULAN
Dari perbincangan di atas, jelas dapat difahami bahawa
kewujudan negara Israel adalah berkadar lansung dengan
usaha gigih golongan Zionis untuk membela kaum Yahudi.
Kewujudan pertubuhan World Zionist Organization di
ambang kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah telah
memberi kelebihan kepada mereka untuk mendapatkan
tanah Palestin sebagai tempat untuk ditubuhkan Negara
Israel. Kerajaan Turki Uthmaniyah, walaupun berada pada
tahap yang tidak stabil, tetapi mereka tidak pernah

bertindak
menggadai Palestin walaupun pujukan dan
rayuan termasuk usaha untuk merasuah pemimpin
mereka, tetapi usaha itu hanya sia-sia sahaja.

Kekuatan lobi Zionis ini berbekal dengan Deklarasi Balfour


yang telah memberi suntikan semangat untuk mereka
bekerja sedaya upaya menubuhkan Negara Israel di
Palestin. Pihak British secara terang menyokong usaha
tersebut sehingga dinyatakan dengan jelas dalam deklarasi
tersebut bahawa pihak British menyokong penubuhan
Negara Israel di Palestin. Deklarasi inilah yang merupakan
detik terpenting bagi sejarah Negara Israel dan detik hitam
dalam sejarah masyarakat Arab Palestin yang terdiri
daripada Muslim dan Kristian.

10.1 RUJUKAN
Perry M. Rogers. 2003. Aspect of World Civilization Volume II
Problems and sources in History.
USA: Pearson Education,
Inc.

Rochelle Rut. 2013. Sultan Abdul Hamid dan Cabarannya


Mengukuhkan
Kerajaan
Uthmaniyyah,
http://www.academia.edu/7351094/Sultan_Abdul_Ham
id_dan_Cabarannya_Mengukuhk
an_Kerajaan_Uthmaniyyah . Diakses pada 24 April
2015.
Dr Roslan. 2011. Konflik Palestin dan Harapan Masa Depan .
Eprints.um.edu.my. Diakses pada 24 April 2015.

Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Dalila Zakaria. 2011.


Perancangan Zionis ke arah pembentukan negara
Israel. Repository.um.edu.my. Diakses pada 24 April
2015.
Ermy Azziaty Rozali & Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011.
First World War, Balfour Declaration and Their Impacts on
Palestine . www.ukm.my/pdf/. Diakses pada 24
April 2015.

Anda mungkin juga menyukai