Anda di halaman 1dari 22

Tajuk 2

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


KANAK-KANAK

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak, prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, faktorfaktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, peringkat
perkembangan manusia berdasarkan perspektif teori dan implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Mengetahui dengan jelas tentang konsep pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak dari aspek prinsip dan faktor pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan peringkat-peringkat perkembangan
manusia berdasarkan perspektif teori.
3. Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman pertumbuhan dan
perkambangan kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Konsep
Pertumbuhan dan
Perkembangan

Implikasi
Pertumbuhan
Perkembangan
dalam P & P

PERTUMBUHAN
DAN
PERKEMBANGAN

Peringkat
Perkembangan
Manusia dari
Perspektif Teori

2.1

Prinsip
pertumbuhan dan
Perkembangan

Faktor yang
Mempengaruhi
Pertumbuhan
Perkembangan

Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak

Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan manusia adalah fokus


kajian bidang psikologi perkembangan.

Ahli psikologi perkembangan mengkaji

aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya


dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Mereka
sering cuba menentukan secara empirikal sama ada baka atau persekitaran yang
lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia. Perdebatan ini
masih berterusan hingga ke hari ini.

10

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting kepada


individu. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma
biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu
keturunan.

2.1.1

Pertumbuhan
Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai atau diukur
diukur secara kuantitatif dari satu peringkat kepada satu peringkat yang
lain. . Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan
pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan,
tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya, pertambahan berat
badan kanak-kanak dari 10 kilogram semasa berumur 3 tahun menjadi
12 kilogram semasa berumur 4 tahun. Pertumbuhan juga merupakan
proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri
seseorang individu contohnya tulang-tulang rangka badan bertambah
jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan
panjang

tulang-tulang

dari

satu

peringkat

ke

satu

peringkat

perkembangan yang lain. Pertambahan panjang ini akan berhenti bila


pertumbuhan seseorang mencapai kematangan fizikal iaitu ketika dia
remaja. Aspek-aspek pertumbuhan seseorang akan mencapai had
tertinggi atau maksima bila seseorang mencapai kematangan. Misalnya
had ketinggian seseorang lelaki akan terhenti bila dia berada di sekitar
umur 20 tahun. Perubahan progresif dari segi berat, besar dan tinggi
badan seseorang dianggap sebagai suatu proses pertumbuhan struktur
dan fisiologi seseorang individu dalam proses menuju kematangan.
Dalam kehidupan seseorang, terdapat perubahan progresif pada
struktur tulang, otot, saraf dan kelenjar.

2.1.2

Perkembangan
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat
perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal, contohnya, perubahan pada rambut manusia
daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir
dewasa. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu
yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tapi jelas kelihatan berubah melalui
peredaran masa. Contohnya, semasa berumur 4 tahun. Fatin belum boleh
11

melukis seekor kucing tetapi pada usia 7 tahun, dia dapat membuat perkara
tersebut. Pembelajaran boleh berlaku sebab Fatin telah mengalami
perkembangan dari segi kognitif (mencapai peringkat kesediaan yang sesuai)
Perbincangan
Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, antara
baka dengan persekitaran, yang manakah paling
mempengaruhi kehidupan manusia. bincangkan
bersama teman anda.
dan terdapat kesediaan otot tangan (perkembangan psikomotor).

2.2

Ciri-ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak

2.2.1

Ciri-ciri Pertumbuhan
Pertumbuhan manusia dapat dilihat serta diukur melalui edaran masa dan
bersifat kuantitatif. Contohnya berat seorang bayi ketika lahir ialah 2.7 kg.
setahun kemudian, beratnya bertambah menjadi 4 kg. dan dia semakin tinggi
serta tubuhnya menjadi lebih berat.
Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza antara seorang individu dengan
seorang individu yang lain. Contohnya kita lihat pertumbuhan gigi dua orang
budak iaitu Ali dan Fatin, Ali lebih cepat tumbuh gigi iaitu ketika berumur 7
bulan dan Fatin pula tumbuh gigi ketika berumur 9 bulan.
Kadar pertumbuhan berbeza di antara lelaki dan perempuan. Biasanya
kanak-kanak perempuan akan mengalami pertumbuhan yang lebih cepat dua
tahun daripada kanak-kanak lelaki yang sama umur dengannya sebelum akil
baligh ( Conger, J.J & Galambos N.L., 1997 ms 57 ). Selepas akil baligh pula
kanak-kanak lelaki akan mengalami perubahan fisiologi yang pesat dan akan
mencapai aras pertumbuhan yang hampir sama dengan rakan perempuan
12

yang sama umur. Selepas mencapai kematangan fizikal, pertumbuhan


keduanya dari segi fizikal akan terhenti.
Anggota yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berbeza.
Misalnya pada peringkat tian (fetus), tangan yang merupakan puntung yang
bulat terbentuk lebih dahulu. Kemudian ia akan bertumbuh menjadi lebih
panjang dan akhirnya jari-jari pula terbentuk. Selepas lahir, organ di bahagian
kepala akan lebih dahulu bertumbuh, diikuti oleh bahagian tengah badan dan
seterusnya kaki.
Corak pertumbuhan adalah unik antara seorang individu dengan individu
yang lain tetapi pada asasnya adalah sama. Setiap individu pada asasnya
akan mengalami tumbuh gigi atau mula bercakap. Tetapi masa yang dicapai
untuk tumbuh gigi atau mula bercakap bila berumur 15 bulan dan Ah Kow
pula mula bercakap bila berumur 18 bulan.
Pertumbuhan merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam
berbagai-bagai sifat seperti saiz, tinggi dan struktur. Contohnya individu akan
mengalami pertambahan tinggi yang mendadak bila saja memasuki alam
remaja.

Perkembangan

yang

cepat

ini

dikenali

sebagai

lonjakan

pertumbuhan (growth spurt).


Dalam kalangan lelaki dan wanita, lonjakan pertumbuhan ini mengambil masa
dalam 4 tahun. Biasanya di kalangan remaja perempuan lonjakan tinggi
bermula sejak umur 11 tahun dan lelaki sejak 13 tahun. Lonjakan
pertumbuhan ini akan berakhir bila individu berumur di antara 15 hingga 17
tahun. Dari segi saiz pula, lilitan dada remaja lelaki akan menjadi lebih besar
daripada lilitan pinggulnya. Sementara di kalangan remaja wanita pula ukuran
lilitan pinggul akan menjadi lebih besar daripada lilitan dadanya .
Pertumbuhan individu akan berlaku dengan pesat bila dia mencapai peringkat
akil baligh di mana perempuan akan mengalami kedatangan haid dan lelaki
pula mengalami pemancaran air mani pertama melalui mimpi atau akibat
keghairahan. Selepas peristiwa tersebut di atas pertumbuhan tinggi dan
berat badan remaja akan melonjak dengan cepat.

13

Pertumbuhan adalah terbatas bergantung pada kematangan.

Aspek

pertumbuhan seseorang akan berhenti bila mencapai kematangan. Ini


terutamanya yang melibatkan pertumbuhan fizikal seperti tinggi, berat,
tumbesaran otak, sistem saraf dan system endokrina.
Proses pertumbuhan sesuatu organisma itu sudah sedia terancang
dalam gen-gen yang diwarisi.

Walaupun potensi pertumbuhan

ditetapkan

boleh

oleh

baka

tetapi

juga

dipengaruhi

oleh

persekitaraan.
2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan
Proses perkembangan berlaku secara berterusan daripada peringkat
percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Seseorang boleh

menambah ilmunya atau mengalami proses belajar mengenai benda dan


perkara baru sepanjang hayatnya. Contohnya seorang datuk yang berumur
70 tahun belajar menggunakan tongkat untuk berjalan disebabkan kakinya
telah lemah.

Perkembangan akan berterusan walaupun telah

mencapai peringkat kematangan


Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan
menerusi peringkat-peringkat perkembangan tertentu. Individu akan belajar
tingkah laku yang sesuai dengan peringkat umurnya daripada orang-orang
yang signifikan dalam hidupnya. Contohnya bila seseorang telah menjadi ibu,
dia akan mempelajari cara untuk menjaga bayi daripada emaknya. Tingkah
laku yang dipelajari termasuklah cara memandikan bayi, cara memberi susu
badan atau menyuap makanan pejal, menukar lampin dan sebagainya.
Perkembangan adalah perubahan dari segi kemahiran atau kebolehan.
Misalnya kemahiran menggunakan anggota badan, kanak-kanak 2 tahun
belum boleh menggunakan kakinya untuk mengayuh basikal sendiri. Oleh itu
dia perlukan basikal yang disokong oleh dua roda kecil di kiri dan kanan tetapi
kemahiran mengayuh dan mengimbang badan ini akan diperolehinya bila
berumur 3 tahun. Contoh lain, kemahiran menggunakan bahasa atau sistem,
kebolehan mengawal emosi dan kebolehan menyesuaikan diri dengan kawan
akan berkembang apabila umur seseorang meningkat.

14

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan


had

perkembangan

manakala

persekitaran

akan

membantu

individu

mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Contohnya sekiranya


seseorang kanak-kanak itu bapanya jurutera dan ibunya doktor, tentulah dia
mewarisi kecerdasan ibu bapanya. Tetapi entah bagaimana dia telah hilang
sejak kecil dan dijumpai serta dipelihara oleh orang asli dan telah tidak
bersekolah. Oleh itu apabila dia remaja dan bertemu semula dengan ibu
bapanya yang sebenar, dia mungkin terus buta huruf oleh sebab bakanya
tidak dapat berkembang dalam persekitaran yang sesuai.
Perkembangan adalah bersifat kumulatif terutama perkembangan ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Kehidupan kita sekarang dipengaruhi oleh apa
yang kita lalui. Contohnya kanak-kanak yang tidak kenal nombor atau
memahami konsep nombor, tidak boleh diajar operasi tambah dan tolak.

Rajah 2.2: Semua bayi yang baru lahir mempunyai ciri fizikal yang hampir sama
2.3

Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

2.3.1 Pertumbuhan dan perkembangan manusia sama ada pralahir atau selepas
lahir mengikut arah tertentu

Cephalocaudal - daripada kepala ke kaki

Proximodistal - daripada tengah ke tepi

Pertumbuhan manusia sama ada pralahir atau selepas lahir bermula daripada
kepala ke kaki (cephalocaudal), contohnya apabila sel anak terbentuk,
bahagian kepala akan mula terbentuk diikuti badan dan kaki. Selepas lahir
pula, bila kanak-kanak mula meniarap dia akan cuba mengangkat kepalanya
terlebih dahulu, selepas itu dia akan menggerakkan tangan ke hadapan
mengheret badan dan kakinya.

15

Pertumbuhan bermula daripada tengah ke tepi (proximodistal) bermaksud


bahagian dada lebih dahulu bertumbuh daripada kedua tangan atau bahagian
abdomen akan dahulu bertumbuh daripada kedua kaki.

Pertumbuhan

bermula daripada umum kepada khusus bermaksud anggota dan otot badan
kanak-kanak pada mulanya menggunakan otot kasar, kemudian otot
halusnya. Kesannya kepada kebolehan psikomotor kanak-kanak yang boleh
menggenggam sesuatu sebelum boleh menggunakan jari-jarinya untuk
memicit dan mencungkil patung itik mainannya.
2.3.2 Corak dan susunan perkembangan yang hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza mengikut individu. Sebagai contoh,
sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada
yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Begitu juga kadar menguasai
kemahiran seperti membaca atau bermain bola berbeza dari individu ke
individu lain walaupun diajar oleh guru dalam kelas yang sama.
2.3.4 Perkembangan anggota-anggota badan berkaitan saling mempengaruhi
antara satu sama lain. Di dalam permainan badminton, untuk melakukan
servis dengan betul, seseorang pemain, otot-otot kasar dan halus sudah
cukup matang, koodinasi mata dan tangan yang baik, disamping mencapai
tahap perkembangan kemahiran tersebut.

2.4
Faktor-Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan
KanakKanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terdiri daripada dua, iaitu
baka (nature) dan persekitaran (nuture). Baka atau persekitaran, manakah faktor
yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan
ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya. Pada masa sekarang tidak
ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.

Alasannya ialah bergantung

kepada beberapa aspek.


2.4.1

Pengaruh baka
Baka merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan yang diwarisi
daripada sifat-sifat genetik keluarga ibu dan ayah.
mempunyai sifat-sifat ibu dan ayahnya.
16

Maka, individu akan

Contohnya warna mata anda

dipengaruhi oleh keturunan (gen dominan dan gen resesif). Tahap kesihatan
kanak-kanak juga dipengaruhi oleh status kesihatan ibu bapa, seperti
penyakit bawaan keturunan seperti diabetis, darah tinggi atau kekerdilan.
Temperamen atau emosi seseorang juga boleh diperkaitkan dengan
pengaruh baka. Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya
dipengaruhi oleh keturunan berbanding dengan faktor persekitaran.
Walaupun baka mengehadkan pertumbuhan dan perkembangan,
persekitaraan boleh memaksimakan potensi pertumbuhan dan
perkembangan

seseorang.

Contohnya,

ketinggian

juga

boleh

dipengaruhi oleh pemakanan dan intervensi persekitaran seperti latihan fizikal


yang intensif.
2.4.2

Pengaruh persekitaran
Faktor persekitaran merupakan faktor yang datang dari luar diri individu
seperti pranatal dan posnatal, pemakanan, keluarga, persekitaran sekolah
dan pengaruh rakan sebaya.
Persekitaran di mana seseorang individu membesar dan berkembang adalah
memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku
seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun,
persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan
peranan

penting

dalam

perkembangan

awal

kanak-kanak

termasuk

pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang


dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran.
Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan
kepada perkembangan. (Morrison , 2001) menyatakan faktor semula jadi dan
pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan perkembangan
yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan
manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison, m.s 193 195).

BAKA
gen
- kecerdasan
- temperamen
ciri-ciri fizikal yang diwarisi
pembawaan
- penyakit
waktu kritikal

PERSEKITARAN
Prenatal dan postnatal
Pemakanan
Keluarga
17 Sekolah
Rakan sebaya

Rajah 2.4: Pengaruh-pengaruh Pertumbuhan dan Perkembangan KanakKanak

TUGASAN TERARAH
Berpandukan faktor-faktor baka dan persekitaran yang telah
bincangkan, faktor manakah pada pendapat anda, mempunyai
pengaruh yang lebih kuat ke atas perkembangan anda?
Sediakan satu laporan berdasaran arahan tugasan di atas.

Pemakanan
Tempat tinggal

sekolah

Sebaran Am

Keluarga

Pusat Ibadat

Rakan sebaya
Persekitaran dunia

Media
Eletronik

Rajah 2.4.2: Faktor persekitaran terhadap pertumbuhan dan perkembangan


kanak-kanak.

18

2.5

Peringkat Perkembangan Manusia Berdasarkan Perspektif Teori

Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada empat dimensi utama iaitu,


perkembangan

kognitif,

perkembangan sosial.

perkembangan

emosi,

perkembangan

moral

dan

Perubahan perkembangan berlaku secara peringkat demi

peringkat. Tokoh-tokoh terkemuka yang mengkaji psikologi perkembangan kanakkanak terdiri daripada
Jean Piaget (kognitif), Arnold Gesell (psikomotor), Erik Erikson (psikososial),
Lawrence Kohlberg (moral) dan Sigmund Freud (psikodinamik).
Peringkat-Peringkat Perkembangan Manusia
Jangka masa hidup
1. Pralahir
2. Bayi (Infancy)
3. Awal kanak-kanak (toddlehood)
4. Pra sekolah (awal persekolahan)
5. Kanak-kanak pertengahan
6. Remaja awal
7. Remaja pertengahan dan akhir
8. Dewasa awal
9. Dewasa pertengahan
10. Dewasa akhir
11. Tua

Umur/masa
Mengandung hingga lahir
2 tahun pertama
2 3 tahun
4 6 tahun
6 11 tahun
12 14 tahun
15 22 tahun
22 34 tahun
34 59 tahun
60 75 tahun
75 tahun ke atas

2.5.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Jean Piaget (1896-1980)


Teori perkembangan kognitif Piaget mencadangkan empat peringkat perkembangan
kognitif bagi kanak-kanak. Piaget berpendapat setiap peringkat berbeza dari segi
kuantiti informasi, kualiti pengetahuan dan kefahaman. Piaget juga berpendapat

19

perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak


akan mencapai peringkat kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak
telah terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan.
Empat peringkat perkembangan kognitif tersebut ialah :
1. Peringkat sensorimotor ( dari lahir hingga 2 tahun)
2. Peringkat praoperasi (2-7 tahun)
3. Peringkat operasi konkrit ( 7-12 tahun)
4. Peringkat operasi formal ( 12 tahun hingga dewasa)
Jadual 2.5.1: Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Peringkat
Sensori
Motor

Umur
0-2
Tahun

Ciri-ciri
-

Boleh meniru dan mengingati benda-benda


Mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud
walaupun ianya disembunyikan
Bersifat egosentrik

Pra
Operasi

27
Tahun

Mula mengguna bahasa secara sedikit demi sedikit


Boleh mula berfikir menggunakan bentuk-bentu
simbol

Operasi
Konkrit

7 11
Tahun

Boleh menyelesaikan masalah yang konkrit


Boleh memahami konsep pemuliharaan
Boleh membuat pengkelasan

Operasi
Formal

11 atau
12
Tahun
Ke atas

Boleh enyelesaikan masalah yang abstrak


Menjadi lebih bersaintifik dalam cara pemikiran
Merasa bimbang tentang isu sosial
dipersekitarannya

2.5.2

Teori Perkembangan Psikomotor Arnold Gesell

Arnold Gesell (1880-1961) merupakan seorang ahli psikologi yang mementingkan


baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Beliau
mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama menentukan
proses pembelajaran. Kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-kanak
sampai ke titik dan peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat semua
perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu perkembangan
tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Misalnya semasa berumur 4 bulan, Ali
telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya ialah duduk dan mula belajar berdiri.

20

Gesell telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku


(perkembangan motor). Dua buah buku Gesell yang penting ialah An Atlas of Infant
Behavior dan Infant and Child in Culture of Today. Buku-buku lain, The First Five
Years, Children from 5-10 Years Old dan Adolescents.
Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza di antara seorang individu dengan
individu lain. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap individu.
Menurut beliau, kanak-kanak sebelum berumur 2 tahun, tidak berkebolehan melukis
bulatan dan garisan melintang. Tetapi semasa berumur 2 hingga 4 tahun mereka
boleh melakukannya dengan mudah. Semasa berumur tahun, kanak-kanak belum
berkebolehan menyalin rajah berlian. Setiap kali sesorang kanak-kanak memasuki
satu peringkat perkembangan baru (awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak
dan sebagainya), dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia
perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperamen, intelektual dan sikap.
Beliau juga menegaskan lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan
tingkah laku dan aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya.
Jadual 2.5.2: Peringkat-Peringkat Perkembangan Motor Gesell
Peringkat

Ciri-ciri Perkembangan Tingkah laku

Peringkat pertama
(0 1tahun)

- 1 bulan menghasilkan tangisan berbeza untuk menyatakan


kehendak berlainan seperti tangisan lapar adalah berlainan
daripada tangisan ketika lampinnya basah.
- 4 bulan mata bayi boleh mengikuti objek yang bergerak.
- 6 bulan bayi boleh menggenggam objek.
- 7 bulan boleh duduk dan merangkak 12 bulan berdiri
dengan
berpaut pada kerusi.

Peringkat kedua
(1 2 tahun)

- Mula jalan bertatih atau dibantu oleh pengasuhnya


- mula memahami makna jamham
- 2 tahun boleh berjalan

Peringkat ketiga
(2 3 tahun)

- boleh makan sendiri


- bercakap menggunakan ayat mudah , boleh berlari.

Peringkat
keempat
(3 4 tahun)

- boleh menunggang basikal beroda tiga


- boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa.

Peringkat kelima
(4 5 tahun)

- mula bersosialisasi
- mengemukakan soalan berperingkat-peringkat
- bersedia untuk ke kelas pra sekolah

21

2.5.3

Teori Tugas Perkembangan Havighurst

Robert J. Havighurst telah di lahrkan pada 5 Jun, 1900. beliau menerima ijazah
Ph.D. dalam bidang Kimia pada tahun 1924 daripada Universiti Ohio. Dia telah
mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses
pendidikan setelah menjadi guru Sains di Sekolah Tinggi dan Maktab. Pada tahun
1974, dia telah diberi gelaran Professor Emiritus in Development and Education,
iaitu paad tahun dia bersara di sebabkan oleh sumbangannya yang banyak dalam
pendidikan. Beliau telah menghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya
Human Development and Education yang diterbitkan pada tahun 1953.
Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang
tingkahlaku yang sepatutnya di kuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur
tertentu (Atan Long, 1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas
perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh
individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.
Havighurst telah menyenaraikan 42 tugas perkembangan dalam kehidupan
seseorang individu seperti dalam rajah 2.2 (di ubahsuai dari Newman & Newman,
1997). Robert Havighurst

menekankan bahawa perkembangan sesorang kanak-

kanak amat di pengaruhi alam sekitarnya.


Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, harus
memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh
masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal. Jika seseorang individu
dapat mencapai tugas-tugas perkembangan, dia akan berasa berjaya dan gembira.
Sebaliknya jika dia gagal mencapai tugas perkembangan, dia akan berasa kecewa
dan menerima pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang signifikan
dalam hidupnya.
Walau bagaimanapun tugas asas pada zaman ini berlainan daripada yang telah
dikenal pasti oleh Havighurst. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang
22

dikuasai dari aspek fizikal, kognitif social dan emosional. Contohnya pada tahap
sekolah rendah lagi kanak-kanak perlu menguasai kemahiran memanipulasi
computer untuk termasuk di kalangan murid cerdas. Konsep murid cerdas dewasa ini
termasuk murid yang cerdas komputer.
2.5.4

Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Erik Erikson pengikut psikoanalisis telah mengemukakan lima prinsip perkembangan


psikososial manusia:
(1) Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
(2) Perkembangan bergantung tindak balas kepada keperluan asas.
(3) Perkembangan mengikut tahap tertentu
(4) Setiap tahap ada konflik, mesti diatasi untuk ke tahap berikutnya.
(5) Jika gagal atasi konflik akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.
Menurut Erikson, terdapat lapan peringkat perkembangan sosioemosi manusia
daripada zaman bayi kepada peringkat tua. Setiap peringkat timbul tingkah laku
positif dan negatif yang membawa masalah penyesuaian psikologikal kerana konflik
emosi.
Jadual 2.5.4: Lapan Peringkat Perkembangan Sosioemosi Erikson
Peringkat
Umur
kepercayaan iawan 0 1.5 tahun
ketidak- percayaan (bayi)

Autonomi
malu/ragu

Ciri-ciri

Rasa kepercayaan dibina dalam tahun


pertama

Bina rasa kepercayaan secara peringkat

Bina rasa ketidakpercayaan jika


keperluannya tidak dapat dipenuhi

Ketidakpercayaan akan terbentuk tingkah


laku negatif

lwn 1.5 3 tahun

(awal
kanak
kanak)

Inisiatif lawan serba 3 6 tahun


salah
(Awal kanakkanak tadika

Ingin milik kuasa


Ingin buat sesuatu dengan daya usaha
sendiri

Rasa malu jika tidak diberi kuasa

Rasa malu di depan orang

Rasa takut melakukan kesalahan

Belajar cepat

Bergerak cepat

23

Kerajinan
lawan 6 11 tahun
kompleks rendah
(kanak-kanak)

Identiti lawan
kekeliruan identiti

12 20 tahun
(Remaja)

Keahlakan
lawan 20 - 40 tahun
pengasingan diri
(Dewasa)

Peka kepada yang betul dan salah

Rasa serba salah jika diketawa

Bina sikap negatif jika rasa serba salah

Ingin kuasai sesuatu

Ingin berjaya

Kuasai kemahiran asas fizikal dan sosial

Perlukan peneguhan positif/ penghargaan


terhadap tugas yang disempurnakan

Rasa kompleks rendah diri jika dikritik

Cuba fahami diri

Hadapi krisis identiti

Sensitif kepada perubahan badan dan imej


kendiri

Bentuk konsep kendiri positif dan negatif

Perkembangan emosi berlandaskan emosi


dari peringkat-peringkat dahulu

Kebolehan untuk membina rasa sayang,


harapan dan penerimaan kepada orang lain.
Berkebolehan untuk bina hubungan dgn
individu lain bila ada rasa keyakinan dan
fahami diri sendiri.
Rasa murung, menyendiri bila tidak dapat
bina hubungan dengan individu lain

Generativiti lawan 40 - 60 tahun


pemusatan kendiri
(Akhir dewasa)

Kesepaduan lawan 60 tahun ke


putus asa
atas
(Tua)

2.5.5

Kebolehan untuk beri sumbangan kpd


masyarakat dan diri sendiri. Sumbangan
dalam bentuk produktiviti dan dapat
pengiktirafan drp masyarakat.
Gagal beri sumbangan individu rasa bosan,
self-indugen
Individu yang ada intergriti rasa aman, puas
hati dengan apa yang telah dicapai dalam
hidupnya. Kebolehan untuk berinteraksi
dengan pelbagai golongan masyarakat.
Individu yang tidak capai matlamat hidup,
gagal buat keputusan yang terbaik, hidup
kucar-kacir akan rasa putus asa.

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

24

Kohlberg(1927 1987) membesar di Bronxville, New York dan mendapat pendidikan


di Akademi Andover di Massachusetts, iaitu sebuah sekolah tinggi persendirian yang
mementingkan akademik, Dia tidak terus pergi ke kolej, sebaliknya dia pergi
menolong orang-orang

Israel dengan berkhidmat sebagai jurutera kedua dalam

sebuah kapal yang mengangkut pelarian Eropah melalui kepungan British ke Israel.
Selepas itu, dalam tahun 1948, Kohlberg mendaftar di University Chicago tempat dia
mendapat markah yang sangat tinggi dalam ujian kelayakan. Ini membolehkan beliau
mengambil jumlah kursus yang sedikit untuk mendapatkan ijazah sarjananya yang
dilakukannya dalam masa setahun. Beliau terus menetap di Chicago untuk
melakukan kerja selepas ijazah dalam bidang psikologi kerana beliau bercadang
untuk menjadi ahli psikologi klinikal pada masa itu, Namun demikian, tidak lama
kemudian timbul minat beliau terhadap Piaget dan beliau mula menemu ramah
kanak-kanak dan remaja menganai isu-isu moral. Ini seterusnya menjadi disertasi
kedoktoran beliau, iaitu persembahan pertama peringkat teori barunya. Kohlberg
mengajar di University Chicago dan tahun 1962 hingga 1968, dan seterusnya di
University Harvard dari 1968 sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1987.
Kohlberg memfokuskan kajiannya kepada perkembangan moral dan menyediakan
suatu teori peringkat penaakulan moral yang terdiri daripada tiga aras dan enam
peringkat. Pada setiap tahap penaakulan moral terdapat pertimbanganpertimbangan moral yang berbeza:

Tahap 1: Penaakulan Moral Pra-konvensional


Pertimbangan berdasarkan keperluan individu dan peraturan orang lain

Tahap 2: Penaakulan Moral Konvensional


Pertimbangan adalah berdasarkan persetujuan orang lain, harapan

keluarga, nilai tradisional, undang-undang masyarakat, dan kesetiaan kepada


Negara.

Tahap 3 : Penaakulan Moral Pos-Konvensional


Pertimbangan adalah berdasarkan Perjanjian Sosial dan Prinsip Etika
Universal

25

Jadual 2.5.5: Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Aras

Peringkat

1. Moraliti
Prakonventional

2. Moraliti
Konvensional

3. Moraliti
Poskonventional

Keterangan

1. Pelbagai moraliti.

Buat apa yang patut untuk


mengelakkan hukuman.

2. Tujuan individu menjadi


alat dan pertukaran

Buat apa yang betul sebab


ianya adil.

3. Saling berhubungan
kehendak interpersonal
dan pengesahan

Buat apa yang betul kerana


ianya dikehendaki oleh ibu
bapa, guru dan masyarakat.

4. Kesedaran dalaman dan


sistem sosial

Buat apa yang betul kerana


tugas atau mematuhi undangundang.

5. Kemudahan atau kontrak


sosial dan hak individu

Buat apa yang betul sebab


kebajikan dan perlindungan
awam

6. Prinsip sejagat dan etika

Buat apa yang ebtul sebab


prinsip etika pilihan sendiri.

TUGASAN TERARAH
Mengikut teori Piaget pada peringkat praoperasi, kanak-kanak
sudah mula menguasai kemahiran berbahasa dan berupaya berfikir
dalam bentuk simbol.
Cadangkan 5 langkah yang boleh diambil oleh guru untuk
membantu perkembangan kognitif di peringkat ini.

2.6

Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru

Terdapat beberapa implikasi berkaitan dengan perbezaan perkembangan individu


dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara cara-cara guru membantu
murid-murid mencapai perkembangan yang optimum adalah seperti berikut:
2.6.1 Strategi dan Pendekatan
Guru-guru mesti menggunakan strategi-strategi dan pendekatan-pendekatan
yang sesuai dalam proses pertumbuhan dan perkembangan murid-muridnya.
Mereka pasti mengambil kira aspek perbezaan individu dan gaya
26

pembelajaran mereka. Guru-guru juga mesti memberikan murid-murid


tugasan-tugasan yang sesuai dengan peringkat-peringkat perkembangan dari
segi mental, sosial, emosi dan psikomotor.
2.6.2 Aktiviti-aktiviti Berkumpulan
Guru-guru boleh merancang aktiviti-aktiviti berkumpulan untuk membantu
perkembangan sosioemosi murid-murid yang berbeza. Guru-guru juga mesti
sensitif kepada perbezaan individu yang wujud di antara murid-murid di dalam
sesuatu bilik darjah.

Aktiviti-aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif

dapat membantu murid-murid yang mempunyai kadar pertumbuhan dan


perkembangan yang berlainan.
2.6.3 Fleksibiliti
Guru-guru hendaklah fleksibel dalam membimbing dan

mengawal murid-

murid mereka dengan mengambil kira faktor-faktor umur, jantina, latar


belakang keluarga dan budaya yang mempengaruhi
murid-murid.

gaya pembelajaran

Contohnya, merancang pemberian peneguhan yang sesuai

dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.


2.6.4 Persekitaran Pintar
Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang dapat merangsang sifat ingin
tahu dan sifat semulajadi untuk meneroka dunia nyata ini. Alat-alat bantuan
mengajar mesti digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dan lainlain alat teknologi pengajaran pembelajaran hendaklah disediakan untuk
kegunaan murid-murid.
2.5.5 Kemahiran Penyoalan
Guru-guru mesti mempunyai kemahiran menyoal yang bermutu untuk
menggalakkan perkembangan murid-murid yang optima. Guru-guru mesti
memastikan soalan-soalan mereka adalah berbentuk terbuka, menjana
pemikiran aras tinggi seperti sintesis, analisis dan yang sentiasa meminta
pendapat murid-murid. Satu persekitaran yang penyayang dan mendidik
hendaklah diadakan supaya murid-murid berasa selamat dan terjamin untuk
berinteraksi dengan guru semasa sesi soal jawab di sekolah.

27

2.5.6

Kemahiran sosial
Guru-guru perlu membantu murid-muridnya membina kemahiran-kemahiran
sosial yang penting seperti berkongsi, menerima tanggungjawab semasa
melibatkan diri di dalam dan luar bilik darjah. Murid-murid hendaklah diberi
peluang untuk menanggung tanggungjawab dan menjalankan pelbagai tugas
dalam acara-acara sukan seperti mengendalikan peralatan dan memupuk
sifat kepimpinan dengan mengawas murid-murid lain.

2.5.7

Memahami personaliti pelajar


Pengetahuan tentang teori perkembangan membolehkan guru memahami
mengapa pelajar bertingkah laku dalam cara tertentu.

Perkembangan

personaliti murid-murid secara keseluruhan akan terjamin jika guru-guru


prihatin

dan

sabar

dalam

membimbing

mereka.

Guru-guru

yang

menggalakkan setiap murid ke arah perkembangan optima juga dapat


memperkembangkan personaliti masing-masing. Mereka akan lebih peka
dalam mengenal pasti masalah-masalah perkembangan potensi dan akan
mengendalikannya dari peringkat awal persekolahan lagi.
Justeru, peranan guru-guru adalah amat penting sekali dalam tumbesaran dan
perkembangan kanak-kanak terutama sekali diperingkat awal di sekolah rendah.
Adalah tanggungjawab setiap guru untuk mengoptimumkan potensi insan dan
membina murid-murid untuk menjadi individu-individu yang akan menyumbang
kepada modal insan masyarakat dan negara.

28

Hayatilah pertumbuhan anak dalam kandungan, serta fikirkan kebesaran


Penciptanya.
Bulan Pertama

Bulan Kedua

Bulan keempat

Bulan kelima

Bulan Ketujuh

Bulan Ketiga

Bulan keenam

Bulan kelapan

Umur sebulan

29

Bulan kesembilan

RUJUKAN

Coole, P. & Steven, R. (1990). Whole Language : A New Zealand Approach.


Christchurch : Chrischurch College of Education.
Haliza, H., Joy. N. S., & Rafidah, K. (2008): Perkembangan kanak-kanak
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Morrison, G. S. (1995). Early Childhood Education Today. Prentice Hall Inc.
Bergstrom, J. M., Margosian, R.K. & Olson, F. A. (1976). Enhancement Of
Growth and For Young Children. Colombus, O.H : Merill Publishing.
Tamat
Tajuk Early
2: semoga
berjaya
Secfeldt, C & Barbour,
N. (1990).
Childhood
Education : An Intriduction.
Columbus : Merill Publishing.
Beaty, J.J. (1988). Skills for Preschool Teachers. Columbus, OH : Merill
Publishing.

30

Anda mungkin juga menyukai