Anda di halaman 1dari 11

11 PERKONGSIAN PENGALAMAN MENYUDAHKAN PENULISAN TESIS PhD DALAM

MASA 3 BULAN 9 HARI:

1) IMPROVE OUR LANGUAGE/ENGLISH DAN BUAT NOTA BAHASA SEIRING DENGAN


NOTA TOPIK PhD

Menulis memerlukan penguasaan bahasa. Pada awal permulaan PhD, pastikan kita
sudah kenalpasti bahasa apa yang perlu diasah sedari awal untuk memudahkan
penulisan di kemudian hari. Pada saya, Bahasa Inggeris. Secara peribadi, jika kita
berusaha menguasai English sejak dari bangku persekolahan akan memudahkan
banyak perkara. Namun, jangan takut untuk bermula walaupun kita rasa kita sudah
terlewat. Membaca review articles, journals, newspapers, books dan pelbagai lagi
dalam tahun-tahun PhD sangat membantu untuk menguasai bahasa.

Namun, perlu diingat. Kita bukan mahu menguasai English sebab kita mahu jadi
English lecturers atau seumpamanya. SIMPLY BE CLEAR BAHAWA KITA NAK KUASAI
ENGLISH UNTUK PASS PhD. Jadi, one way to improve and master the language is to
read and understand the English language used in OUR FIELD. Don't worry about
anything more than that.

Saya sangat yakin para calon PhD akan membaca artikel dan buat nota, kan? Ada
jenis orang yang buat nota scribbles dan terlalu pendek. Jadi. Saya cadangkan kita
ubahsuai sedikit iaitu selain nota ringkas tentang topik PhD, kita baca, ingat dan
buat nota bagaimana lenggok bahasa dan pengolahan yang ditulis dalam artikelartikel penerbitan dalam bidang kita.

Contoh penulisan saintifik perubatan menggunakan bahasa yang lebih direct dan
straight-forward. Simple dan tidak meleret. Vocabulary yang tinggi tetapi bukan
bombastic. Kenalpasti dan buat nota BEBERAPA TERMA DAN PERKATAAN YANG
SELALU DIGUNAKAN dan di mana digunakan. Sekaligus apabila kita faham tentang
penggunaan bahasa sebegini, kita dapat mengelakkan plagiarism and repetition.

2) PILIH FORMAT TESIS

Kita berhak memilih sama ada ingin menulis tesis dalam bentuk conventional atau
publication. Saya memulakan PhD dengan meminjam beberapa naskhah tesis yang
telah disiapkan oleh para pelajar terdahulu untuk mengenalpasti cara penulisan
mereka. Melalui tesis-tesis ini, kita boleh melihat sejauh mana format itu sesuai
dengan kita atau tidak. Contohnya, seorang yang descriptive akan sukakan
conventional thesis. Seorang yang nak cepat siap seperti saya lebih sukakan
publication format. Bergantung kepada setiap individu. Sama ada conventional atau
publication, kedua-duanya mempunyai kesenangan dan kesukaran tersendiri. Saya
berpendapat, tiada yang lebih baik daripada yang satu lagi. Kedua-duanya sama.
Perbezaannya adalah cara tesis ditulis dan dipersembahkan sahaja.

Selain bacaan sendiri, banyakkan perbincangan dan tanya pendapat orang lain
yang berpengalaman. Contohnya, bincangkan dengan supervisor(s) tentang format
mana yang paling sesuai dengan gaya kita. Contoh praktikal lain adalah
perbincangan di media sosial seperti dalam Doctorate Support Group di Facebook.

Saya telah memilih publication format. Salah satu sebabnya adalah format ini lebih
menjimatkan masa yang diambil untuk menulis dan hampir tiada risiko kegagalan
tesis apabila saya merujuk tesis-tesis para pelajar terdahulu. Saya pun jenis nak
cepat siap jadinya publication format is better, in my opinion.

Sebaik sahaja kita membuat pilihan, bincangkan dengan supervisor(s) tentang


projek penyelidikan kita. Ada orang buat perbincangan tentang research projects
terlebih dahulu. Either way tidak mendatangkan masalah as long as kita faham
format mana yang terbaik dan paling sesuai dengan kita. Pilihlah format yang kita
selesa dan yakin.

3) RANCANG MASA, SET OUR MILESTONE AND VERY IMPORTANT WHEN TO FINISH

Sebagai seorang penerima biasiswa kerajaan Malaysia, saya menanam impian


untuk menjadi pelajar yang menyudahkan PhD dalam masa 3 tahun cukup supaya
saya tidak perlu fikirkan lagi tentang memohon lanjutan biasiswa dan sebagainya.
Semangat saya berkobar-kobar. Namun, semangat sahaja tidak cukup. Semangat ini
perlu diiring dengan perancangan yang rapi dan teliti, dan paling penting adalah
ACHIEVABLE PLAN.

Saya kongsikan bagaimana saya membuat perancangan milestone peribadi. Saya


menangguhkan tarikh memulakan PhD kerana kelahiran cahaya mata pertama.
Selepas si anak berusia dua bulan, saya memulakan PhD. Tahun pertama PhD di
Australia memerlukan saya focus kepada kefahaman literature yang tinggi, adaptasi
kepada suasana di tempat penyelidikan, menulis proposal, oral presentations yang
banyak dan sebagainya. Jadi, FOKUS. Selepas tahun pertama selesai, saya dan isteri
merancang kelahiran cahaya mata kedua kami. Tarikh kelahiran disasarkan selepas
saya selesai seminars, conferences, reports dan lain-lain agar tidak menjejaskan
PhD progress. Maka lahirlah si anak pada tahun kedua pengajian PhD. Nak sangat
baby kedua lahir di Australia, kan? Heheh..

Oleh kerana saya telah merancang untuk menyempurnakan PhD pada tahun ketiga,
maka tahun ketiga adalah tahun untuk fokus menyiapkan penyelidikan dan menulis
tesis. Hidup merantau di tempat orang tidak menghalang kami untuk pulang ke
Malaysia menziarahi keluarga. Kami rancangkan masa pulang ke Malaysia sesuai
dengan masa rehat PhD, contohnya pada musim panas (summer break). Saya
mahu ingatkan, make sure apabila bercuti kita bercuti betul-betul. Jangan bawa
balik kerja ke masa cuti. Nanti isteri membebel (alamak!).

Pada perancangan akademik, pastikan kita follow betul-betul apa yang dirancang.
Ini tidak bermaksud kita menjadi terlalu rigid pada jadual. Tetapi ini bertindak
sebagai guideline utama agar kita tidak bertindak sambil lewa tanpa susunan jadual
yang serius. Saya mengambil inisiatif membincangkan perancangan akademik ini
dengan supervisor(s) pada masa yang sama memastikan perancangan itu sesuai
dan seiring dengan perancangan peribadi dan keluarga saya.

4) BINA HUBUNGAN BAIK DENGAN SUPERVISOR(S)/PENYELIA; TO UNDERSTAND AND


AGREE

Ini SANGAT PENTING dan berkait rapat dengan Poin (3) di atas. Hubungan yang baik
dengan supervisor(s) bakal menentukan sama ada kita boleh menyudahkan PhD
dengan gembira atau sebaliknya. Saya mencadangkan supaya kita mengambil
langkah berkongsi perancangan peribadi dan keluarga kepada supervisor(s) agar
mereka faham komitmen kita kepada keluarga kita. Secara jujur, saya memberitahu
mereka tentang aktiviti-aktiviti saya dengan badan tarbiyyah/dakwah, persatuan
pelajar dan sebagainya saya mengkategorikan ini sebagai leisure time saya untuk
mengelakkan stress dan menenangkan fikiran. Jadi, mereka tidak membantah.

Perancangan akademik perlu selari sekaligus tidak mengabaikan keperluan


peribadi, keluarga dan selayaknya.

Namun, tidak cukup sekadar berkongsi dan merancang. Kita sebaiknya memastikan
supervisor(s) memahami dan bersetuju dengan perancangan itu tanpa prejudis. Ya,
key points adalah FAHAM dan SETUJU. Kita harus memastikan supervisor(s) faham
perancangan itu secara keseluruhan dan bersetuju dengannya. Jangan main
angguk-angguk. Jika dirasakan perlu, siapkan/tuliskan minit mesyuarat kita bersama
supervisor(s) dan sediakan ruangan untuk ditandatangan oleh supervisor(s).

Jika tidak keterlaluan, budayakan sikap sosial yang positif bersama supervisor(s)
dan rakan-rakan di pejabat/makmal/research team kita. Sebagai contoh, sekalisekala keluar lunch bersama. Saya pernah secara santai memberikan coklat (beli
semasa sales ada harga diskaun supaya jimat. Heheh) dan hadiah sebagai tanda
terima kasih kerana mereka membenarkan saya pulang ke Malaysia menziarahi
keluarga.
Hadiah: https://www.facebook.com/photo.php?
fbid=10151244331680736&set=a.10150299969115736.328477.714725735&type=
3&permPage=1

Kita boleh budayakan sikap bertanya khabar tentang keluarga selain isu akademik.
Jika diundang ke majlis-majlis, sertailah selagi mana tidak keterlaluan. Contohnya,
majlis makan-makan dan engagement/wedding parties.
Majlis BBQ: https://www.facebook.com/photo.php?
fbid=10151883314115736&set=a.10150299969115736.328477.714725735&type=
3&permPage=1.
Kita juga boleh berkongsi sebarang achievement atau kejayaan peribadi yang
dicapai agar mereka tahu we are doing well with our academics.
Salah satu awards yang diterima: https://www.facebook.com/photo.php?
fbid=10151944685400736&set=a.10150299969115736.328477.714725735&type=
3&permPage=1.
Sedikit sebanyak semua ini merapatkan hubungan kami dan menghilangkan jurang.
Kita boleh merasakan keberhasilannya apabila supervisor(s) turut sama
memberikan keakraban yang baik seperti memberikan hadiah untuk anak-anak kita.

Hadiah daripada supervisors: https://www.facebook.com/photo.php?


fbid=10151561024025736&set=a.10150299969115736.328477.714725735&type=
3&permPage=1.
Juga kita boleh melihat kesan yang baik apabila supervisor(s) mempercayai
kebolehan kita. Sebagai contoh, saya diberi kepercayaan dan peluang untuk
mengajar di universiti. https://www.facebook.com/photo.php?
fbid=10151618133155736&set=a.10151389630850736.1073741861.714725735&t
ype=3&permPage=1

Cuma saya juga ingin mengingatkan supaya kita mengambil sikap berhati-hati dan
tidak bertindak berlebihan. In-syaa-Allah semuanya OK sahaja. Apabila hubungan
yang baik terbina, banyak urusan akan menjadi mudah. Sebagai contoh apabila kita
memohon cuti dan sebagainya. Saya telah memohon cuti bagi menjaga isteri
pantang bersalin dan menjaga anak yang tidak sihat selama berminggu-minggu.
Cuti diluluskan tanpa banyak soal asalkan kita menyiapkan kerja-kerja kita mengikut
perancangan milestone yang telah dipersetujui.

Apabila saya meminta agar mereka memberi komitmen untuk saya menyudahkan
penulisan tesis, mereka dengan senang hati membuat perancangan yang sama
pada jadual mereka sendiri agar dapat memenuhi tuntutan kita. Bak kata orang,
apabila hati mereka senang, kerja kita pun menjadi senang.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah orang yang tidak


membenarkan kita mempunyai hubungan sentimental dengan supervisor(s).
Boleh. Hubungan kekeluargaan atau hubungan yang baik-baik dalam batasan
agama adalah dibenarkan. Jadikan mereka sebagai sahabat baik. Mereka bantu kita
mendapatkan PhD, kita membantu mereka menghasilkan seorang graduan PhD
(kitalah tu!). Tiada apa yang salah jika mengikut landasan yang betul. In-syaa-Allah.

5) PENGETAHUAN TENTANG MICROSOFT WORDS DAN ENDNOTE

Menulis tesis adalah satu komitmen yang sangat tinggi. Cubalah bayangkan kita
perlu menulis sekurang-kurangnya 200 muka surat kertas A4 dalam MICROSOFT
WORD. It is a long document. Big and heavy too. Jadi kemahiran dan pengetahuan
tentang Word amatlah penting. Selain dapat menaip dengan baik, pastikan kita tahu
menggunakan Writing Styles seperti Heading 1, Heading 2, memastikan page

layout adalah betul mengikut requirement pihak universiti, menggunakan


References untuk memasukkan Table of Content secara automatik, dan pelbagai
lagi. Jika pihak university ada menyediakan kursus seperti ini, hadirilah. Jika tiada,
carilah. Walaupun terpaksa mengeluarkan wang, ilmu ini amat bernilai dan sangat
membantu proses penulisan kita.

Secara peribadi, saya menggunakan Document Map semasa menulis tesis untuk
memudahkan saya melihat dan menyemak apa yang saya belum dan telah siapkan.

Kenalpasti cara atau FORMAT REFERENCING DAN CITATION yang perlu kita gunakan.
Adakah sekadar perlu menggunakan Footnote atau perlu menggunakan aplikasi
lain? Saya menggunakan EndNote untuk tujuan referencing. Sebagaimana
pentingnya Word, begitulah pentingnya EndNote. Be ready with a great computer
yang boleh handle big files. EndNote akan melambatkan computer sekiranya
banyak references yang dimasukkan ke library kita. Masuklah ke bengkel EndNote
berbayar sekalipun jika pihak university tidak menganjurkan kursus sebegini. Insyaa-Allah tidak rugi.

6) KERANGKA AWAL YANG AGREEABLE, DAN SUSUN PROSES MENULIS

Apabila kita mempunyai determination yang tinggi untuk menulis tesis, sudah pasti
semangat kita berkobar-kobar. Saya telah mempunyai himpunan key points dalam
note book saya tentang apa yang saya ingin tuliskan. Namun, sebelum kita
melompat, ada baiknya kita melihat ke arah tempat mana kita akan mendarat nanti
terlebih dahulu. Maksud saya, mulakan penulisan dengan menulis kerangka
penulisan.

Dalam bahasa mudahnya, KERANGKA PENULISAN boleh dibuat dalam bentuk Table
of Content. Rancangkan topik dan subtopik apa yang kita mahu tuliskan. Jika boleh,
tambahkan juga key points (dalam bentuk point form) tentang perkara-perkara
utama yang kita ingin bincangkan dalam topik/subtopik tersebut.

Tidak perlu menunggu lama atau kerangka sempurna, saya terus


menghantarkannya kepada pihak supervisor(s) untuk semakan. Di sinilah kita dapat
tahu sama ada idea penulisan kita adalah bertaraf PhD atau sekadar hangat-hangat
tahi ayam. Beri ruang kepada supervisor(s) untuk nyatakan komen dan

pendapatnya. Dengar dengan berhati-hati. Nyatakan kefahaman dan persetujuan


kita. Jika terdapat perkara yang kita tidak faham atau tidak setuju, ajukan dan
utarakan kepada mereka.

Akhir sekali, pastikan kerangka ini dipersetujui bersama. Saya memastikan semua
pihak berpuas hati.

Dalam pada masa kita mendapatkan feedback tentang kerangka penulisan, saya
telah menyusun proses penulisan saya. Kita perlu merancang apa yang kita mahu
tulis terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain. Saya secara peribadi telah
memilih untuk bermula dengan menulis perkara yang PALING SENANG disusuli
dengan bab yang lebih sukar:
i. METHOD Pada saya, methodology telah pun siap kerana penyelidikan sudah
siap. Kalau tak siap, masakan boleh mengambil keputusan untuk menulis tesis?
Pastikan ini. Ada orang yang menulis methodology ini sejak awal mereka
menjalankan research. Ini adalah sikap terbaik dan terbagus! Jika anda tidak seperti
ini, jangan risau kerana anda sama macam saya. Apabila memulakan penulisan
tesis, inilah perkara pertama yang saya tulis.
ii. RESULTS Saya memastikan saya menulis results dan cuba memahami dengan
lebih mendalam tentang apa yang sedang saya tuliskan. Kadang-kadang, semasa
menulis inilah, muncul idea-idea baru tentang penulisan kita. Subhanallah! Lebih
menarik lagi, muncul juga idea-idea untuk penyelidikan seterusnya. Namun, kita
letak tepi semua ini terlebih dahulu. Sekarang adalah masa untuk menulis tesis.
iii. INTRODUCTION Selepas menulis result, menulis literature review atau
Introduction ini membantu saya memahami dengan tepat sumbangan penyelidikan
saya kepada dunia. We are filling up the gap in the knowledge. Tulis dengan berhatihati dan jangan terkejar dengan masa. Bab ini paling panjang, jadi perancangan
masa perlu dibuat dengan baik. Buat timeline yang achievable dan follow plan
sebaik mungkin.
iv. DISCUSSION Bab ini amat penting. Di sinilah iman kita terhadap penyelidikan
kita teruji. Di sinilah orang akan dapat lihat sama ada kita memahami research kita.
Tulislah dengan kritis dan BIJAKSANA. Sedikit sebanyak inilah ruang dan masa untuk
kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi viva nanti.
v. CONCLUSION dan ABSTRACT Apabila menyelesaikan semua bab yang lain,
penulisan dua bab ini akan menjadi sangat ringkas. In-syaa-Allah.
Maafkan saya kerana tidak berkongsi tentang bagaimana menulis satu per satu
bab-bab ini. Saya berpendapat setiap bidang mempunyai cara penulisan tersendiri.

Jadi, mengulas penulisan dalam bidang saya akan menimbulkan bias. Namun, saya
boleh kongsikan nanti apabila berkesempatan. Sila tinggalkan komen jika anda
mahu saya kongsikan.

7) TERUSKAN MENULIS WALAUPUN TIADA IDEA

Semasa saya menulis tesis saya, saya sangat determined (sebenarnya, terpaksa)
untuk menyiapkan tesis dalam masa 3 bulan kerana saya perlu pulang ke Malaysia
pada hujung Disember 2014 atas komitmen keluarga di Malaysia. Saya tidak mahu
kembali semula ke Australia selepas itu kerana masalah kewangan dan kesihatan
yang sangat meruncing. Jadi by hook or by crook, saya akan menyiapkan tesis ini.
Jadi saya menulis setiap masa, days and nights, sekalipun saya tiada idea. Masa
menulis, kita sudah tiada lab works dan seumpamanya. Jadi buangkan rasa malasmalas. Hilangkan segala distraction yang mengganggu. Fokus. Tuliskan tesis
walaupun hanya sekadar key points. Jika masih malas, kita juga boleh mengambil
inisiatif untuk menyemak semula bab-bab yang telah kita tulis.

The point is not to waste your time. The clock is ticking for you to submit your
thesis, remember?

8) BERANSUR-ANSUR DAN BERPERINGKAT

Seperti yang kita fahami, al-Quran telah diturunkan kepada manusia secara
beransur-ansur. Sediki sebanyak mengambil ibrah daripada ini, saya telah
mengambil keputusan untuk menghantarkan draf tesis saya secara beransur dan
berperingkat-peringkat kepada pihak supervisor(s). Setelah menyiapkan setiap bab,
saya hantarkan terus kepada mereka untuk check. Sedikit demi sedikit. Perlu
diingat bahawa kita perlu memberi masa dan ruang untuk mereka menyemak dan
membaca penulisan kita.

Jangan tunggu siap semuanya barulah nak submit ke supervisor(s). Ini akan
merumitkan kerja kita. Bahkan, akan merumitkan kerja mereka juga. Ditambah pula
jika banyak corrections yang perlu dibuat, haru-birulah jika perlu menyemak seluruh
manuskrip tesis yang panjang berjela dan melebih 200 muka surat itu. Nangis!

Saya telah mengambil inisiatif untuk memberikan cadangan kepada pihak


supervisor(s):
i. Saya hantarkan Bab 1 yang siap kepada supervisor A.
ii. Supervisor A akan menyemak Bab 1 sehingga selesai lalu menghantarnya kepada
supervisors B dan C.
iii. Saya pula akan menghantarkan Bab 2 kepada supervisor A untuk semakan.
iv. Apabila supervisors B dan C menyelesaikan Bab 1 dan memulangkannya kepada
saya, mereka menerima pula Bab 2 daripada supervisor A.
v. Saya pula akan menghantarkan Bab 3 kepada supervisor A.
vi. Bergantung kepada keadaan, saya akan menyiapkan Bab 4 atau saya akan
melihat feedback daripada ketiga-tiga supervisors dalam Bab 1 yang telah direview
oleh mereka.
vii. Dan cycle ini berterusan sehingga siap seluruh bab dalam tesis. Supervisor(s)
setuju, alhamdulillah. Mudah kerja.

9) PROAKTIF DAN RESPONSIF

Saya menyibukkan diri saya dengan sikap proaktif dan responsif yang positif.

Kita perlu PROAKTIF bertanyakan soalan, menyiapkan tugasan mengikut


perancangan yang telah dipersetujui dan menghantarkan draf kepada supervisor(s)
kita. Kalau boleh, siapkan tugasan dua tiga hari lebih awal daripada due date. Saya
pernah dipuji kerana menyiapkan tugasan 23 hari lebih awal daripada tarikh saya
sepatutnya menghantar keputusan data analysis.

Kita juga perlu RESPONSIF terhadap setiap perkara. Sebagai contoh, jangan
menangguh membalas emel daripada supervisor(s). Susun ayat kita dengan baik
dan responlah.

Dengan dua sikap ini, in-syaa-Allah sedikit sebanyak kita mampu membuatkan
supervisor(s) teruja dengan sikap dan kesungguhan kita. Make them impressed with

your determination. Tunjuk effort dan kesungguhan. Jangan beri ruang supaya
mereka fikir kita main-main.

10) SHARING IS CARING

To be honest, and to be frank, doing PhD is crazily painful. It is hard and tough. It is
annoying and troublesome. But hey, IT IS VERY FUN TOO!

Pada pandangan saya, saya memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat


PhD kerana tanggungjawab. Anda juga mempunyai pelbagai sebab dan alasan
tersendiri kenapa anda memilih jalan ini. Bahkan jika anda tidak merancang tetapi
secara tiba-tiba terjebak dengan pengajian PhD, anda masih tetap mempunyai
sebab kenapa anda melakukan PhD, terjebak it is. Jadi, ingatlah pada matlamat
dan niat asal kita. In-syaa-Allah.

Saya mengambil inisiatif berkongsi dengan keluarga terutamanya isteri saya dan
rakan-rakan baik saya tentang perjalanan PhD saya. Ada masanya saya memilih
untuk berkongsikannya di media sosial seperti Facebook tentang achievement and
juga masalah-masalah yang saya alami. You will be surprised how much that helps
you to go through the obstacles. Ramai rakan yang sangat supportive dan
memberikan kata-kata positif yang menaikkan semangat kita untuk terus berjaya.
Adapun terdapat kata-kata negatif, haters gonna hate. Biarkan tikus-tikus ini
dengan labu-labu mereka. Maafkan mereka kerana mereka tidak tahu kita sedang
berjuang dan berjihad dengan penyelidikan dan mata pena kita.

Ini adalah contoh satu luahan perkongsian saya apabila berjaya menyiapkan lebih
20 ribu perkataan dalam masa seminggu.
24882 WORDS DONE IN 9 DAYS: https://www.facebook.com/photo.php?
fbid=10152376520795736&set=a.10150299969115736.328477.714725735&type=
3&permPage=1

Apabila kawan-kawan berikan kata-kata semangat, jujurnya sangat membantu saya


menulis dan terus berjuang. As simple as that. You dont need people to come and
watch you writing. But their words are valuable to encourage you. Sekalipun tiada

sokongan daripada kawan-kawan, jangan khuatir. It doesnt hurt not to be listened.


It is OK. Just say it and keep writing (^_^)

PhD journey is memorable, you know it! Sesuatu yang menggamit kenangan
sebegini perlu digazetkan dalam diari. Jadi, Facebook can be your diary. But yes, a
shared diary la. Heheh.

Secara peribadi selain isteri yang terbaik Pn Rahimah Ab.Rahman, saya mempunyai
sahabat terbaik yang menjadi tulang belakang kejayaan saya. He knows who he is.
Pada pandangan saya, buat PhD is not about intelligence but how much your family
and friends supporting you in your undertakings. Which is so valuable. So, share
your story.

11) JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT

Jika ditanyakan kepada saya apakah rahsia terbesar kekuatan saya untuk
menyiapkan tanggungjawab ini, jawapan pasti yang saya akan utarakan adalah doa
kepada Allah swt. Mintalah kepadaNya. Minta bersungguh-sungguh.

BERDOA BIAR KELUAR AIR MATA, BARU POWER!!!

Anda mungkin juga menyukai