Anda di halaman 1dari 3

Tips Dan Cara Mengatasi Serta Menghilangkan Bau Badan | TANPA berselindung, ramai daripada

kita perlu mengakui kebenaran di sebalik bau badan yang mengganggu 'ketenteraman' orang yang
berada berhampiran kita. Dengan cuaca yang tidak menentu dan tekanan kerja yang menimbun, ada
dalam kalangan kita yang lebih tertekan kerana menghadapi masalah bau badan yang teruk.
Adakalanya masalah peribadi itu menggugat keyakinan diri individu yang terlibat terutama jika kerjaya
memerlukan mereka kerap bertemu dengan orang ramai. Hubungan sosial juga sedikit sebanyak
terjejas sekali gus memberi kesan buruk pada persembahan kerja.
Tidak lama dahulu, masalah bau badan pernah dikatakan menjadi punca keretakan hubungan suami
isteri dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Berikutan itu, ramai yang mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah itu dengan membeli dan
memakai deodaran. Tidak kira jenama, harga dan bahan yang digunakan, asalkan bau badan dapat
dihilangkan dalam sekelip mata, ia sudah memadai.
Namun begitu, tidakkah anda sedar bahawa itu bukan jawapannya dalam jangka masa panjang. Anda
sebenarnya hanya mengawal atau menutup masalah itu untuk seketika sahaja sebelum bau badan
yang teruk itu muncul semula dalam masa beberapa jam atau keesokan hari. Tabiat mandi setiap tiga
jam sekali pun tidak banyak membantu dan tidak praktikal untuk diamalkan bagi mengatasi masalah
tersebut.
Sebaliknya, anda perlu memahami sebab mengapa ia berlaku dan apakah cara untuk menanganinya
tanpa perlu berbelanja besar.
Bau badan terutama dari bahagian ketiak dan tapak kaki berlaku disebabkan proses metabolisme
bakteria iaitu corynebacteria atau micrococci. Dalam proses tersebut, bakteria itu akan memecahkan
bahan-bahan organik yang terkandung di dalam kulit. Hasilnya, ada yang bertukar menjadi peluh dan
terlekat pada baju atau kasut.
Biasanya, bakteria itu akan merebak dengan cepat di kawasan yang lembap. Ini sekali lagi menjawab
kemusykilan mengapa ia kerap hadir di bahagian bawah tangan, tapak tangan, lipatan di bahagian
belakang lutut dan tapak kaki.
Jika bertanya tentang puncanya pula, ada pelbagai teori dan tanggapan yang dikemukakan.
Semuanya mungkin sahih cuma sama ada ia menjadi penyumbang utama atau sekunder.
Sekiranya anda mengalami sebarang penyakit yang berbahaya atau berlanjutan untuk tempoh masa
yang lama seperti sembelit, faktor itu boleh menggalakkan pengeluaran bau badan yang kurang
menyenangkan.
Di samping itu, sesetengah makanan dan minuman juga mungkin tidak bersesuaian dengan diet kita.
Sukar dikatakan yang mana satu tepat kerana ia berbalik semula kepada latar belakang kesihatan
keluarga, tahap imunisasi badan, alergi dan lain-lain.

Sekali lagi, seperti yang disebutkan tadi, tekanan kerja di rumah, pejabat dan di mana-mana sahaja
turut boleh menyumbang kepada masalah ini. Golongan wanita juga mula merasai masalah itu
semasa melalui proses menopaus.
Sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia untuk mengatasinya, apa kata kita mencuba
beberapa langkah semudah 1,2,3 yang boleh diamalkan di rumah. Tip ini bergantung kepada bahanbahan semula jadi agar tidak merosakkan sistem badan dan pada masa yang sama, selamat tanpa
kesan sampingan.
TANGANI masalah bau badan dengan segera kerana ia turut mengganggu ketenteraman individu
berhampiran.
1-Makan 500 miligram rumput gandum dalam keadaan perut kosong dengan segelas air. Kandungan
bahan klorofil membantu mengurangkan bau badan sekali gus bertindak sebagai rawatan semula jadi.
2-Sapukan sodium bikarbonat di bahagian ketiak dan tapak kaki kerana ia turut mempunyai
keberkesanan tertentu.
3 -Gunakan alkohol (bagi individu yang bukan beragama Islam) atau cuka putih untuk mencuci
bahagian ketiak.
4- Masukkan beberapa titisan air mawar ke dalam bekas air mandi. Anda tidak perlu menggunakan
deodoran selepas mandi.
5-Kisar buah tomato segar dengan daun teh sage. Sapukan dan biarkan bahan itu di bahagian ketiak
selama 10 minit sebelum mandi.
6- Perahkan dua dozen jus lobak putih yang dicampur dengan sudu gliserin. Masukkan cecair itu ke
dalam botol penyembur untuk dijadikan deodoran harian. Jus lobak itu boleh menghilangkan bau
badan sehingga 10 jam.
7- Campurkan sedikit sodium bikarbonat dengan jus lemon dan sapukan terus di bahagian bawah
tangan atau ketiak.
8- Minyak pohon teh adalah bahan antibakteria yang sangat berkesan. Campurkan dua titisan minyak
esen itu ke dalam 0.02 liter air.
9- Dalam bekas berisi 30 milimeter air, masukkan 10 titisan minyak esen. Ia kemudian boleh disapu di
bahagian ketiak.
10- Basahkan kapas dengan cuka putih dan lap ketiak. Ia boleh menghilangkan bau badan terutama
di bahagian ketiak dalam masa beberapa minit.
11- Minum segelas teh sage setiap hari dan ia akan mengurangkan aktiviti pengeluaran peluh yang
berlebihan daripada semua bahagian badan.

12- Salah satu cadangan lain yang mungkin boleh diamalkan ialah mandi dengan kerap iaitu
sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari.

Anda mungkin juga menyukai