Anda di halaman 1dari 26

Garis Panduan Permohonan

Penentuan Formula Unit Syer

BAHAGIAN HAKMILIK STRATA


PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

BIL
1.

PERKARA

MUKASURAT

PENGENALAN

1.1 TUJUAN

1.2 OBJEKTIF

1.3 PEMAKAIAN

1.4 RUJUKAN

4-6

1.5 SINGKATAN

2.

UNIT SYER

3.

JENIS PEMBANGUNAN YANG PERLU MEMBUAT

8-9

PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER


4.

ALIRAN KERJA PENGELUARAN HAKMILIK STRATA DAN

10

KAITAN PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA UNIT


SYER
5.

PIHAK YANG LAYAK MEMOHON

11

6.

BILA PERMOHONAN DIKEMUKAKAN

11

7.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA

11-12

MEMBUAT PERMOHONAN
8.

PIAGAM PELANGGAN

13

9.

PANDUAN PENGISIAN BORANG PERMOHONAN

14

PENENTUAN FORMULA UNIT SYER


10.

CONTOH SIJIL PENGESAHAN PENENTUAN FORMULA

UNIT SYER
11.

PENUTUP

12.

LAMPIRAN

15
16-24

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

PENGENALAN
1.1 TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bagi memudahkan pemilik tanah membuat perkiraan dalam
permohonan penentuan formula unit syer bangunan skim strata ke Pejabat Pengarah
Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

1.2 OBJEKTIF

Menjalin langkah proaktif dan kerjasama antara pihak DBKL dan PTGWPKL bagi
memastikan proses permohonan serta pengeluaran hakmilik strata dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Memperkemaskan lagi proses permohonan dan pengeluaran hakmilik strata


berpandukan peruntukan undang-undang sedia ada.

1.3 PEMAKAIAN

Garis panduan ini hanyalah meliputi pembangunan skim strata di dalam kawasan
pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
sahaja.

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

1.4 RUJUKAN BERKAITAN

1.4.1

Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)

Kanun Tanah Negara 1965 merupakan undang-undang utama yang


digunapakai dalam melaksanakan segala tugas berkaitan pentadbiran dan
pembangunan tanah. KTN juga merupakan undang-undang tanah yang
utama yang memperincikan tentang prosidur pemilikan tanah, pendaftaran
hakmilik tanah, urusniaga dan bukan urusniaga (dealing dan none dealings)
mengenai tanah, pungutan cukai tanah dan segala bentuk pengurusan dan
pentadbiran tanah.

Justeru, segala akta-akta lain yang turut berkaitan dengan tanah tidak boleh
bercanggah atau berlawanan dengan akta utama ini. Pembangunan skim
strata juga hendaklah mematuhi peruntukan KTN seperti syarat nyata tanah,
sekatan kepentingan, sempadan lot dan lain-lain urusan yang melibatkan
hakmilik tanah.

1.4.2

Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)

Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) merupakan undang-undang yang


menerangkan secara terperinci mengenai tatacara permohonan, pendaftaran
hakmilik strata, pecahan dan penyatuan petak dan pentadbiran skim strata
oleh perbadanan pengurusan dan peringkat penamatan skim strata.

Akta ini juga merupakan satu akta yang amat penting yang mesyaratkan
kesaksamaan unit syer yang menjadi asas kepada pengurusan bangunan
yang melibatkan caruman dana pengurusan, akaun khas, insurans cukai
tanah dan lain-lain lagi dapat dilaksanakan dengan lancar apabila sesuatu
skim strata itu sempurna dibina dan diduduki.

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Akta ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan selaras dengan peruntukan KTN
seolah-olah ianya merupakan sebahagian daripada Kanun tersebut.

1.4.3

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

Akta Wilayah Persekutuan 1982 ini adalah hanya terpakai bagi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Sebelum ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
menggunapakai Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta
107) sehinggalah tahun 1982, Akta 107 dimansuhkan dan diganti dengan
Akta 267. Penggantian Akta 267 terhadap Akta 107 adalah disebabkan untuk
pertama kalinya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan memperkenalkan
dan menggunakan sistem pelan struktur untuk kawasannya sekaligus ianya
akan menggantikan pelan pembangunan komprehensif yang digunapakai
sebelum ini.

Disebabkan taraf pentadbiran dan kedudukan Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur unik dan tidak dapat disamakan dengan pihak berkuasa tempatan
yang lain maka adalah tidak mungkin baginya untuk menggunapakai
sepenuhnya

Akta Perancangan bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Oleh

sebab itu, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 digubal khusus dan
diterimapakai untuk kawasan Wilayah Persekutuan ini pada tahun 1982.

1.4.4 Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan


Pengurusan) 2007 (Akta 663)

Akta ini digubal bagi memastikan keseragaman undang-undang berkenaan


dengan Kerajaan Tempatan yang berhubungan dengan penyelenggaraan dan
pengurusan bangunan dan harta bersama. Formula unit syer merupakan
elemen penting yang digunapakai dalam pengurusan bangunan dan harta
bersama.

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

1.4.5 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)

Akta ini digubal sebagai panduan bagaimana mentadbir dan menguruskan


kawalan

dan

perlesenan

dalam

urusan

pemajuan

perumahan

di

Semenanjung Malaysia bagi memastikan perlindungan kepentingan pembelipembeli rumah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya terjaga.

1.5 SINGKATAN

AHS

- Akta Hakmilik Strata 1985

CFO

- Sijil Layak Menduduki Bangunan

CCC

- Certificate of Completetion dan Compliance (Perakuan


Siap dan Pematuhan

FT

- Hakmilik Tetap/ Muktamad

KTN

- Kanun Tanah Negara 1965

PPT

- Penolong Pegawai Tanah

PT

- Pembantu Tadbir

DBKL

- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

PP

- Penolong Pengarah

KPP

- Ketua Penolong Pengarah

LJT

- Lembaga Jurukur Tanah

PTG

- Pengarah Tanah dan Galian

COB

- Commisioner of Building (Pesuruhjaya Bangunan)

MC

- Management Corporation (Perbadanan Pengurusan)

PBN

- Pihak Berkuasa Negeri

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

2.

UNIT SYER

Unit-unit syer berkenaan dengan suatu petak bermaksud unit syer yang ditetapkan bagi
petak itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual unit-unit syer.
Bagi memastikan unit syer yang diuntukkan kepada petak adalah saksama, maka
formula unit syer yang bersesuaian hendaklah diwujudkan oleh pemilik tanah pada
peringkat perancangan sesuatu skim strata. Formula yang digunakan dalam
menentukan kesaksamaan unit syer biasanya berbeza-beza mengikut jenis sesuatu
pembangunan. Sebagai contoh, formula unit syer kegunaan sejenis seperti bagi tujuan
kediaman sahaja dalam satu lot tanah dan kegunaan bercampur seperti kediaman,
perniagaan dan pejabat yang dibina dalam satu lot tanah memerlukan formula unit syer
yang berbeza.
Formula unit syer yang dicadangkan dalam suatu skim strata hendaklah mematuhi
peruntukan Seksyen 9(1)(g) dan Seksyen 36 Akta Hakmilik Strata 1985. Peruntukan
Seksyen 9(1)(g) menerangkan bahawa unit syer yang dicadang diperuntukkan kepada
petak-petak itu oleh pemilik lot dalam permohonannya dalam Borang 1 mestilah
saksama.
Seksyen 36 Akta Hakmilik Strata 1985 menerangkan hak-hak unit syer dimana unit syer
bagi sesuatu petak atau unit-unit syer sementara dalam hal suatu petak sementara
sebagaimana yang dinyatakan dalam hakmilik strata atau dalam hakmilik strata
sementara mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menentukan :
a) Hak mengundi bagi pemilik-pemilik
b) Kuantumnya syer yang belum dipecah bahagi bagi setiap pemilik dalam harta
bersama; dan
c) Kadarnya yang kena dibayar oleh setiap pemilik akan sumbangan yang dilevikan
oleh perbadanan pengurusan menurut Seksyen 45, 63 atau 66 Akta yang sama.
Contoh formula unit syer yang boleh dan biasa digunakan dalam permohonan hakmilik
strata antaranya adalah sepertimana yang berikut :
a) Keluasan lantai petak + keluasan petak aksesori = unit syer.
b) Keluasan lantai petak x Faktor 1 = unit syer (kediaman).
Keluasan lantai petak x Faktor 1.5 = unit syer (perdagangan).
c) Keluasan lantai petak + Keluasan Petak aksesori dan dibahagi dengan angka 10
serta jika terdapat titik perpuluhan akan digenapkan kepada angka bulat yang
hampir = unit syer.
d) Berdasarkan harga jualan.

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Formula unit syer yang telah diperakukan oleh PTG hendaklah digunapakai dalam terma
perjanjian jual beli semasa permohonan memecah bahagi bangunan atau tanah melalui
borang 1 Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985 setelah memperolehi CCC. Formula unit
syer ini juga hendaklah difailkan kepada Pesuruhjaya Bangunan mengikut Seksyen 12
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007.

3. JENIS PEMBANGUNAN YANG PERLU


MEMBUAT PERMOHONAN PENENTUAN
FORMULA UNIT SYER

Skim strata terbahagi kepada beberapa kategori seperti:


a) Kediaman: rumah pangsa, kondominium, town house dan petak-petak tanah.
b) Perniagaan: pusat/kompleks membeli-belah.
c) Pejabat: bangunan yang dioperasikan sebagai pejabat.
d) Industri: Industri sederhana dan Industri berat.

Jenis pembangunan yang perlu membuat permohonan penentuan formula unit syer
adalah permohonan yang layak dipecah bahagi berdasarkan Seksyen 6 Akta Hakmilik
Strata 1985. Seksyen 6 Akta tersebut menyatakan tentang bangunan atau tanah yang
boleh dipecah bahagi kepada petak-petak dalam keadaan :

1) Mana-mana bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih di atas tanah beri
hakmilik yang dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap (sama ada
hakmilik Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah) bolehlah dipecahbahagikan
kepada petak-petak; dan mana-mana tanah atas lot yang sama bolehlah juga
dipecahbahagikan kepada petak-petak yang setiap satunya dipegang di bawah
suatu hakmilik strata atau suatu petak aksesori.
(1A) Mana-mana tanah beri hakmilik yang mempunyai dua bangunan atau lebih yang
dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap (sama ada hakmilik Pejabat

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Pendaftaran atau Pejabat Tanah) bolehlah dipecahbahagikan kepada petak-petak


tanah yang setiap satu dipegang di bawah suatu hakmilik strata atau sebagai
suatu petak aksesori.
2) Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui kaedahkaedah yang disiarkan dalam Warta, melarang pecah bahagian bangunan-bangunan
atau tanah dari mana-mana kelas atau perihal sebagaimana yang dinyatakan dalam
kaedah-kaedah tersebut.

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

4.
ALIRAN
KERJA
PENGELUARAN
HAKMILIK
STRATA
DAN
KAITAN
PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA
UNIT SYER

Kelulusan Perancangan

Kelulusan Pelan Bangunan

Pengesahan Penentuan
Formula Unit Syer

Perjanjian Jual Beli atau


Jadual H atau Jadual J (Akta
Pemajuan Perumahan)

Permohonan Kebenaran
Mendirikan Bangunan di
Tapak (Borang B)

Kelulusan dan Pendaftaran


Hakmilik Strata

Pembinaan

CCC

Pemohon Mengemukakan
Permohonan Hakmilik Strata

Dengan formula unit syer yang


telah disahkan.

10

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

5.

PIHAK YANG LAYAK MEMOHON

Pihak yang layak mengemukakan permohonan penentuan formula unit syer ialah pemilik
tanah berdaftar atas hakmilik tanah bagi pembangunan strata.

6. BILA PERMOHONAN DIKEMUKAKAN

Pemohon boleh membuat permohonan ini dalam sesuatu tempoh iaitu selepas
memperolehi Perintah Pembangunan (Development Order) daripada Jabatan Perancang
Bandar DBKL sehingga sebelum membuat perjanjian jual beli dengan bakal pembeli
petak. Perkara ini amat penting kerana formula unit syer mestilah dinyatakan di dalam
perjanjian jual beli dengan jelas.

Selain daripada itu, kelulusan untuk mendirikan bangunan ditapak juga tidak
akan diluluskan sekiranya pemohon tidak mengemukakan Sijil Pengesahan Penentuan
Formula Unit Syer yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

7. DOKUMEN-DOKUMEN PERMOHONAN
PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

Permohonan Penentuan Formula Unit Syer mestilah disertakan bersama Borang


Permohonan Penentuan Formula Unit Syer di Lampiran A berserta dokumen berikut :
a) Resit Bayaran Upah Ukur (Strata) yang telah didepositkan ke Lembaga Jurukur
Tanah (Lampiran C)

11

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

b) Salinan Perintah Pembangunan yang diperolehi dari DBKL (Lampiran D dan


Lampiran E)
c) Carian Rasmi Hakmilik Tanah (Lampiran F)
d) Salinan Pelan Bangunan Yang Diluluskan Oleh DBKL (Lampiran G).
Selain daripada dokumen-dokumen tersebut, pemohon juga perlu melengkapkan borang
senarai semak permohonan penentuan formula unit syer beserta penerangan pemilihan
formula tersebut (contoh Lampiran J) yang disediakan oleh Bahagian Hakmilik Strata,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Borang senarai
semak permohonan adalah sepertimana mukasurat yang berikut :

12

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENGESAHAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER


BIL
1.

DOKUMEN
3 Salinan Borang Permohonan Untuk Pengesahan
Penentuan Formula Unit Syer

PEMOHON

2.

1 Salinan Perintah Pembangunan

3.

1 Resit Bayaran Upah Ukur Strata yang telah didepositkan ke


Lembaga Jurukur Tanah (LJT)

4.

1 Carian Rasmi Hakmilik Tanah

5.

1 Salinan Pelan Bangunan Yang Diluluskan Oleh DBKL

6.

1 Jadual Maklumat Formula Unit Syer dan justifkasi


pemilihan formula tersebut

7.

1 Salinan Resit Bayaran Cukai Tanah tahun semasa

8.

4 keping Gambar Tapak dan Kawasan Sekitar

9.

3 Salinan Borang G
(Permohonan Meminta Sesuatu Bangunan Dikelaskan
Sebagai Bangunan Kos Rendah beserta bayaran RM10
jika berkaitan.)

10.

Nama Jurukur Tanah Berlesen : _________________


No. Lesen : ____________________________
Nama Syarikat : _________________________
No. Pendaftaran Syarikat : ______________________

11.

Nama Arkitek : _______________________________


No. Lesen : ____________________________
Nama Syarikat : ________________________
No. Pendaftaran Syarikat : _______________________

.
(Tandatangan Pemohon)

..
PPTn / Pegawai

Email : ______________________
No. H/p : _____________________
Email Pemilik Tanah : _____________________
No. H/p Pemilik Tanah : ____________________

* Pemohon Hendaklah Memastikan Senarai Semak Ini Dipatuhi Sebelum Mengemukakan Permohonan Kepada
PTGWPKL
* Permohonan Yang Tidak Lengkap Tidak Akan Diterima Di Kaunter.

13

PTG

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

8.
PIAGAM PELANGGAN DAN
CARTA ALIR KERJA PERMOHONAN
PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

PROSES
1

TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB

Menerima permohonan daripada


pemilik tanah
Pemohon/Penolong Pegawai
Tanah (PPTn)

Buka fail permohonan


Menyemak dokumen permohonan
dan kemukakan fail permohonan
penentuan unit syer kepada PKP(D)S
2

BILANGAN
HARI

Semakan dan tindakan PKP(D)S dan


kemukakan fail ke KPP/PP untuk
pengesahan

Penolong Pegawai Tanah


Kanan/Penolong Pengarah
(PKP(D)S)/PP(D)S)

Pengesahan KPP/PP dan kemuka


untuk pertimbangan PTG

Ketua Penolong
Pengarah/Penolong Pengarah
(KPP(D)S/PP(D)S)

Permohonan disahkan dan sijil


ditandatangani

Pengarah Tanah dan


Galian/Timbalan Pengarah
Tanah dan Galian
(PTG/TPTG)

Kemukakan sijil kepada pemilik tanah

Penolong Pegawai Tanah


(PPTn)

JUMLAH

2
10

14

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

9.

PANDUAN PENGISIAN BORANG


PERMOHONAN PENENTUAN
FORMULA UNIT SYER

Pengisian borang perlulah lengkap iaitu mengisi menggunakan pen dakwat hitam,
terang dan jelas serta mematuhi senarai semak permohonan yang disertakan.
Tiap tiap permohonan :
a) Hendaklah ditandatangani oleh pemohon atau pemohon-pemohon dalam hal
suatu permohonan yang dibuat oleh pemilik bersama berdaftar yang terakhir
atau seorang waris kadim yang dilantik.
b) Dalam hal suatu syarikat berdaftar atau badan yang diperbadankan, hendaklah
ditandatangani oleh orang atau yang diberikuasa untuk menandatangani bagi
pihak syarikat atau perbadanan itu.
Contoh pengisian borang adalah di Lampiran B

10.

SIJIL PENGESAHAN PENENTUAN

FORMULA UNIT SYER

Sepertimana yang dijelaskan di dalam perintah pembangunan dan syarat bagi


memulakan kerja-kerja pembinaan di tapak oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, pemohon
perlu mendapatkan sijil pengesahan penentuan formula unit syer yang dikeluarkan oleh
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sijil ini merupakan satu keperluan sebelum pemohon diberikan kebenaran memulakan
kerja pembangunan atau pembinaan di tapak. Bagi permohonan yang telah disahkan
oleh

Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, surat iringan

berserta sijil pengesahan akan dikeluarkan kepada pemohon. Contoh sijil dan surat
iringan tersebut adalah sepertimana di Lampiran H dan Lampiran I.

15

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

11. PENUTUP

Permohonan penentuan formula unit syer ini hendaklah dilaksanakan oleh pemilik tanah
bagi melancarkan serta memudahkan pembangunan dan pengurusan bangunan strata
serta secara tidak langsung memantapkan pembangunan negara.

16

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran A
BORANG PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

Kepada Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,


Saya, .........
Beralamat ...........
Pemilik Tanah yang berikut : *Bandar/Pekan/Mukim ..No Lot ............
Perihal dan No Hakmilik.Luas.
Tarikh cadangan mula bina projek ..Tarikh Jangkaan Projek Siap ..
2.
a)
b)
c)
d)
e)

f)
g)

h)

Bersama-sama ini saya sertakan dokumen berikut :Salinan Perintah Pembangunan


Salinan Resit Deposit Bayaran Upah Ukur Strata Yang Di Bayar Ke Lembaga Juruukur Tanah
Carian Rasmi Hakmilik Tanah
Salinan Pelan Bangunan Yang Telah Diluluskan
Jadual Maklumat Formula Unit Syer dan justifikasi pemilihan formula tersebut

1 Salinan Resit Bayaran Cukai Tanah tahun semasa


4 keping Gambar Tapak dan Kawasan Sekitar
3 Salinan Borang G (jika berkaitan)

No Lot/ Plot /
PT

Nama Skim

Jenis Kegunaan
Petak

Bilangan Petak

Formula Unit
Syer

Jenis
Kemudahan
Bersama

(hendaklah dilampirkan seberapa banyak helaian yang perlu )


*potong mana-mana yang tidak berkenaan.
3.

Saya mengaku bahawa apa yang dikemukakan adalah benar.

Bertarikh .haribulan.20.
.........................................................
Tandatangan Pemilik Tanah
Cop Mohor (jika syarikat)
______________________________________________________________________________________________
Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja
A. Kepada Pengarah Tanah dan Galian
Permohonan didapati teratur/ tidak teratur

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
B. Keputusan
Permohonan diperakukan/ tidak diperakukan
Bertarikh .haribulan..20

..
Pengarah Tanah dan Galian
Wiilayah Persekutuan Kuala Lumpur

17

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran B
BORANG PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

Kepada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Lumpur


Saya/kami, : Emerging Development Sdn. Bhd
Beralamat : Wisma Kencana, Jalan Loke Yew, 50500 Kuala Lumpur
Pemilik Tanah yang berikut : *Bandar/Pekan/Mukim : Kuala Lumpur
No Lot : 4328
Perihal dan No Hakmilik : PN 11423
Luas : 230 Meter Persegi
Tarikh cadangan mula bina projek : 3 Disember 2010 Tarikh Jangkaan Projek Siap : 4 Oktober 2012
2.

Bersama-sama ini saya sertakan dokumen berikut :i)


j)
k)
l)
m)

Salinan Perintah Pembangunan


Salinan Resit Deposit Bayaran Upah Ukur Strata Yang Di Bayar Ke Lembaga Juruukur Tanah
Carian Rasmi Hakmilik Tanah
Salinan Pelan Bangunan Yang Telah Diluluskan
Jadual Maklumat Formula Unit Syer

No Lot/ Plot /
PT
4328

Nama Skim

Pangsapuri Indah
Permai

Jenis Kegunaan
Petak

Bilangan Petak

1)
2)

1) 240 (Kediaman) 1) Luas lantai petak +


petak aksesori)
2) 10 (kedai)
2) Luas lantai petak x
1.5

Kediaman
Kedai

Formula Unit Syer

Jenis
Kemudahan
Bersama
1) Surau
2) Rumah kelab
3) Lif

(hendaklah dilampirkan seberapa banyak helaian yang perlu )


*potong mana-mana yang tidak berkenaan.
3.
Saya mengaku bahawa apa yang dikemukakan adalah benar.
Bertarikh 3.haribulanOgos 2010
EDSB

Ikandar
.........................................................
Tandatangan Pemilik Tanah

Cop Mohor (jika syarikat)


______________________________________________________________________________________________
Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja
A. Kepada Pengarah Tanah dan Galian
Permohonan didapati teratur/ tidak teratur
Tarikh : 12 Ogos 2010
Latif/ Izwan Nuzaihan

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian/ Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hakmilik Strata
B. Keputusan
Permohonan diperakukan/ tidak diperakukan
Bertarikh 13.haribulan Ogos 2010

Hashim
..
Pengarah Tanah dan Galian
Wiilayah Persekutuan Kuala Lumpur

18

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran C

19

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran D

20

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran E

21

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran F

22

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran G

23

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran H

24

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran I

25

Garis Panduan Permohonan


Penentuan Formula Unit Syer

Lampiran J

26

Anda mungkin juga menyukai