Anda di halaman 1dari 15

Ground

Penetratin
g Radar

Pengenalan
Alat GPR atau ground
penetrating radar (GPR)
adalah alat geofizik yang
menggunakan pulsa radar
untuk mendapatkan imej
bawah permukaan bumi.
Alat GPR biasanya
digunakan untuk mengesan
pepasangan utiliti yang
diperbuat daripada bahan
bukan logam seperti
asbestos dan plastik. Alat ini
boleh juga mengesan utiliti
logam.
Kaedah GPR bersifat noninvasive dan non-destructive

Komponen Alat GPR


MONIT
OR
PENGAWAL
RADAR

BEKALAN
KUASA
ANTEN
A

Komponen Alat GPR


Bateri
Membekalkan kuasa untuk alat GPR menjalankan
tugas dengan baik.

Monitor / PC Monitor atau PC


digunakan untuk menggambarkan maklumat yang
diterima oleh antena dalam masa hakiki dan untuk
menggunakan sistem.

Komponen Alat GPR


Unit Kawalan
Untuk menyelaraskan modulasi dan
frekuensi gelombang yang dipancar
oleh antena

Antena
menghantar isyarat radar dan
menerima gelombang terpancar

Prinsip Alat GPR

Alat GPR berfungsi dengan sistem pemantulan isyarat. Semua sistem GPR
mempunyai penghantar (transmitter), iaitu sistem antena yang disambungkan ke
unit kawalan, dan penerima (receiver), iaitu sistem antena yang bersambung ke unit
pemprosesan isyarat.

Penghantar akan menghasilkan isyarat elektrik dengan bentuk, PRF (pulse repetition
frequency), tenaga, dan tempoh tertentu. Isyarat ini akan dipancarkan oleh antena
ke dalam tanah. Isyarat ini akan mengalami proses pengecilan dan pengembangan
selama perambatannya di tanah. Jika tanah bersifat homogen, maka isyarat yang
dipantulkan akan sangat kecil. Jika isyarat melanggar suatu inhomogenitas di dalam
tanah, maka akan ada isyarat yang dipantulkan ke antena penerima. Isyarat ini
kemudian diproses oleh penerima.

Kedalaman objek dapat diketahui dengan mengira sela masa antara penghantaran
dan penerimaan isyarat. Dalam sela masa ini, isyarat akan ulang alik dari antena ke
objek dan kembali lagi ke antena.

Untuk mengetahui kedalaman objek yang dikesan, kelajuan perambatan dari


gelombang elektromagnetik haruslah diketahui. Kelajuan perambatan tersebut
bergantung kepada kelajuan cahaya di udara, pemalar dielektrik relatif medium
perambatan.

Penentuan kedalaman GPR


Bergantung kepada dua faktor:
1.Jenis tanah atau batuan di kawasan kajian
2.Frekuensi antena yang digunakan:
a)Bila menggunakan frekuensi rendah,
penembusannya lebih dalam tetapi data beresolusi
rendah
b)Bila menggunakan frekuensi tinggi,
penembusannya terhad tetapi data yang diperolehi
beresolusi tinggi

Penentuan kedalaman Alat


GPR

Penentuan sasaran dan


paparan skrin

PETA
RADAR

Paparan skrin

Contoh Radargram GPR diperolehi dengan frekuensi antena 1.5


GHz diimbas dan dikenal pasti lebih enam objek dikebumikan di
bawah tanah. D Pantulan objek bawah tanah ditunjukan dalam
bentuk hiperbola. Pantulan dari permukaan tanah muncul
sebagai jalur di bahagian atas rajah.

Paparan skrin

Kelebihan Alat GPR


KELEBIHAN
Sangat Tepat
Cepat
Tidak Perlu Menggali Kawasan

Non-intrusive
Boleh Menyimpan Data Digital
Mudah Dikendalikan
Selamat Digunakan

Aplikasi Alat GPR


Pemetaan Utiliti
Untuk mencari dan peta utiliti sebelum apa-apa penggalian bermula adalah satu
kebimbangan kepada semua yang terlibat.
Pengesanan Lompang
GPR digunakan untuk mengesan lompang bawah tanah, menghalang operasi
pembinaan, melemahkan asas-asas bangunan dan menjadi punca kemalangan.
Penyiasatan Penilaian terowong
Untuk menyiasat kemerosotan kualiti boleh dilakukan di dalam dan di atas terowong,
GPR telah terbukti menjadi alat yang berkesan.
Penilaian konkrit
GPR digunakan dalam penilaian konkrit untuk menentukan tahap konkrit,
ketebalan,lebar,ketinggian, dan jumlah penutup konkrit.
Penilaian Dek Jambatan
Teknologi GPR boleh digunakan tanpa perlu mengeluarkan lapisan tar jalan. Hasil data
kuantitatif akan dibandingkan dari satu tahun ke tahun seterusnya.

Rumusan
GPR telah berkembang menjadi satu
teknik canggih yang boleh memberikan
imej terperinci permukaan terdekat.
Berbanding dengan teknik penentuan
utiliti lain yang mampu mengesan hanya
logam dan utiliti konduktif, GPR boleh
menentukan ciri-ciri utiliti logam dan
bukan logam. Alat ini menggunakan
teknik non-invasive, tidak memusnahkan
dan selamat digunakan.

Anda mungkin juga menyukai