Anda di halaman 1dari 5

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA MELAYU (GUNAAN) KOMUNIKASI

PROFESIONAL
TUGASAN INDIVIDU

RESENSI DAN ULASAN KRITIS


PERLUASAN MAKNA ALIM: ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF

NAMA

: HASIF AFIQ BIN HASSAN

NO PELAJAR

: 2013350195

KOD KURSUS

: BMP 556

NAMA KURSUS

: SEMANTIK

KELAS

: LG241 4C

NAMA PENSYARAH

: CIK ROZAIMAH BT RASHIDIN

RESENSI DAN ULASAN KRITIS


Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin, dan Zaharani Ahmad dalam kajian Analisis Semantik
Kognitif yang memfokuskan pada perluasan makna alim pada tahun 2012.
Teknologi berkembang selari dengan arus perubahan bahasa yang dipertuturkan oleh
manusia. Kajian yang telah dilakukan ini meninjau peluasan makna dalam kosa kata serapan
bahasa Arab, alim. Beberapa faktor iaitu faktor sejarah, faktor keperluan dan kemegahan dalam
menangani perkembangan dunia baru, faktor prestij, faktor hijrah dan kurangnya istilah untuk
mengungkapkan konsep atau idea baru telah dikenalpasti mengenai kata serapan ini. Polisemi
sering dikaitkan dengan fenomena perluasan bahasan ini dalam disiplin linguistik.
Pengendalian polisemi ini diperoleh dengan bersandarkan data korpus menyebabkan
pelbagai persoalan muncul dalam menjalankan kajian ini. Satu persoalan yang didapati ialah
adakah dapatan polisemi yang terdapat dalam kamus itu bersifat tegar dan tidak berubah?
Perkembangan zaman akan menyebabkan pelbagai perubahan akan berlaku seperti konteks dunia
bahasa ekoran daripada perubahan masyarakat. Jadi perubahan yang berlaku di zaman ini telah
menjawap persoalan ini secara tidak lansung.
Konteks permasalahan kajian didapati kajian ini hanya terbatas kepada kata asli dalam
bahasa Melayu dan pendefinisian dalam kata serapan bahasa Arab kurang diterokai. Hal ini
kerana kata serapan ini sering diterima pakai dalam kosa kata Melayu. Kajian yang dilakukan
mempunyai objektif ataupun tujuan kajian iaitu untuk mengenal pasti sama ada perubahan kosa
kata serapan bahasa Arab ini mengalami perluasan atau penyempitan makna. Jadi penggunaan
kosa kata alim penyerapan dari bahasa Arab, dikaji untuk melihat perluasan atau penyempitan
penggunaannya dalam kosa kata bahasa Melayu.
Kajian terdahulu penting sebagai satu garis panduan dalam melakukan kajian.
Kebanyakkan kajian terdahulu meneliti isu perluasan makna dalam wadah polisemi ini.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan kajian polisemi ini berkembang kepada kajian yang
bersifat komtemporari iaitu kepada penyelidikan yang bersifat penyelesaian dengan
menggunakan pendekatan berteori. Kajian yang telah dilakukan oleh Abdullah Hassan (1980),
Noresah Baharom (1993) dan Ibrahim Ahmad (1994), yang merupakan kajian yang tidak

mempunyai teori tetapi dapat memberikan kefahaman awal tentang takrifan polisemi dan
permasalahan homonimi.
Selepas itu, muncul beberapa kajian yang telah mempunyai teori seperti kajian Imran Ho
Abdullah (2000), Norsimah Mat Awal (2007a), Norsimah Mat Awal (2007b), Nor Hashimah
Jalaluddin dan Hawiyah Baba (2007), Rusmadi Hj, Baharudin (2005), meneliti perluasan makna
secara lebih mendalam dengan menyentuh mengenai hal-hal kognitif pada kata asli bahasa
Melayu. Kajian Nor Hashimah Jalaluddin dan Rozaimah Rashidin (2008) pula menyentuh
mengenai kata serapan bahasa Arab, rasuah dan menyentuh mengenai hal-hal kognitif bagi kata
serapan tersebut. Kajian seterusnya, Nor Hashimah dan Ahmad Harith Syah (2009) dan kajian
Nor Hashimah Jalaluddin dan Nurul Huda Mohd Fuad (2010) telah menyentuh mengenai
penilitian makna kata imbuhan Pen- dan imbuhan ber- yang didapati memiliki makna yang
pelbagai.
Penghuraian mengikut khusus yang tersendiri bagi setiap hasil analisis dalam usaha
menjelaskan isu perluasan makna kota kata alim ini dan motivasi kognitif yang terlibat. Jadi,
data akan dikumpul dan dianalisis mengikut khusus yang tersendiri. Penggunaan kamus Dewan
Edisi ke-4 dan penggunaan data korpus DBP-UKM dan DPB bagi menganalisis kota kata
serapan ini. Kerangka teori yang digunakan ialah kerangka teori pendekatan semantik kognitif
iaitu melihat kognitif dan makna sesuatu kata. Lakof (1987) memerikan struktur konseptual
sebagai Idealized Cognitive Models (ICM) yang terdiri daripada lima konsep iaiti skema imej,
metafora, metonimi, proposisi, dan simbolik. Ia digunakan untuk memahami sesuatu makna
dengan menghubungkaitkan ICM antara satu ataupun kesemua ICM. Perluasan makna alim
akan dilihat melalui penggunaan teori ini.
Perluasan makna alim ini dilihat melalui makna teras dan makna pinggiran. makna teras
iaitu makna yang didapati daripada Kamus Dewan dan makna teras dalam korpus. Makna
pinggiran melihat daripada lima bahagian iaitu sifat, darjat, arif ilmu lain, kiasan dan firasat.
Makna pinggiran yang berdomainkan sifat merupakan domain yng melihat melalui cara
berpakaian, tingkah laku, ataupun tutur kata seseorang itu iaitu penampilan seseorang yang
kelihatan alim. Penggunakan domain ini melalui sosiobudaya sesuatu masyakat itu sendiri.
Makna pinggiran yang berdomainkan domain arif ilmu lain merupakan domain yang melihat
seseorang itu arif mengenai ilmu lain itu sendiri berbanding ilmu agama. Penggunaan alim itu

melihat dari segi kelebihan ilmu lain tetapi masih menggunakan kosa kata alim ini bagi
memberikan maksud seseraong yang arif mengenai sesuatu ilmu.
Makna penggiran berdomainkan kiasan pula merupakan domain yang melihat
penggunaan kosa kata alim ini bagi memerikan kiasan mengenai sesuatu perkara. Kebiasaanya
kiasan ini beralih kepada maksud negatif kota kata alim tersebut. Makna pinggiran yang
berdomainkan gelaran atau darjat merupakan domain yang melihat penggunaan kota kata alim
ini adalah pemberian darjat atau gelaran daripada masyarakat kepada seseorang melalui ciri-ciri
mulia yang ada dalam dirinya dan lihat oleh sisi masyarakat.
Makna pinggiran yang berdomainkan firasat pula merupakan penggunaan kota kata alim
kepada golongan orang-orang alim yang sentiasa dirujuk oleh seseorang untuk mendapatkan
pandangan mahupun nasihat mengenai sesuatu perkara iaitu mereka yang mempunyai mukjizat.
Walapau bagaimanapun domain-domain ini masih dikawal oleh tatatingkat dalam mengenal pasti
sesuatu itu. Pengkaji menunjukkan hubungan kognitif melalui skema imej iaitu yang dikawal
oleh skema imej tatatingkat.
Setiap hasil sesuatu penulisan pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan dalam
penulisan dan mempunyai gaya yang tersendiri untuk menyampaikan kepada pembaca.
Penulisan yang baik mampu memberi impak yang positif kepada pembaca, manakala penulisan
yang kurang kesannya terhadap pembaca membuatkan penulisan tersebut tidak dipedulikan.
Seperti teks yang dikaji iaitu Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik Kognitif mempunyai
kelebihan dalam menghasilkannya.
Kelebihan kajian yang telah dilakukan ini adalah kajian ini menggunakan Kamus Dewan
edisi ke-4 dan Data Korpus dan Data Korpus UKM, jadi hasilkan kajian ini amat sahih dan tidak
taksa atau kabur. Dalam kajian perluasan makna ini amat penting jika menggunakan pelbagai
sumber dalam menghasilkan sesuautu kajian agar menghasilkan satu kajian yang sahih. Selain
itu, kajian ini telah mengelasfikasikan mengikut domain-domain agar memudahkan kefahaman
berlaku. Domain-domain ini telah dikelaskan kepada lima bahagian melalui penggunaan kosa
kata alim dalam kalangan penutur bahasa Melayu ini.
Jika dilihat, penggunaan domain ini penting bagi kita memahami dengan lebih lanjut kota
kata alim ini digunakan mengikut domain didalam sesuautu konteks perbuatan ataupun

penulisan yang menggunakan kata serapan ini. Hubung kaitkan kata serapan ini dengan imej
tatatingkat juga penting dan ia merupakan satu kelebihan kajian ini. Hal ini demikian kerana
pembaca akan lebih memahami dengan lebih mudah teori yang digunakan yang mempunyai imej
tatatingkat dalam ICM. Jadi pembaca akan mudah memahami setiap ciri domain itu berdasarkan
kata serapaan bahasa Arab ini.
Penilaian bahan yang digunakan kan tidak mencukupi. Hal ini demikian kerana perlulah
menggunakan sekurang-kurangnya dua bahan iaitu dua kata serapaan ini bagi pembaca dapat
melihat melalui dua penggunaan. Walau bagaimanapun, tatacara menganalisis kajian dan metod
yang digunakan amat bagus. Secara khususnya pengkaji telah menghuraikan secara terperinci
mengenai sub-sub tajuk iaitu dengan menyatakan domain dan kaitkan dengan tatatingkat imej.
Penghuraian data yang bagus melalui kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji.
Kesimpulannya, kata serapan dapat dapat dilihat penggunaannya dalam konteks
kehidupan seharian masyarakat Melayu. Kata serapaan alim ini tidak mengalami proses
penyempitan makna. Hal ini demikian kerana konteks penggunaan makna alim ini amat
meluas. Walau bagaimanapun, kebanyakkan kata serapan bahasa Arab telah mengalami
penyempitan makna dalam bahasa Melayu. Jadi kajian seperti ini perlu diperbanyakkan agar
pengetahuan mengenai semantik kognitif ini dapat diperkembangkan dan dapat mengenali kata
serapan yang yang mengalami penyempitan makna dan perluasan makna.

RUJUKAN:
Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin, dan Zaharani Ahmad (2012). Perluasan Makna Alim:
Analisis Semantik Kognitif, Journal Of Language Studies, Volume12(2), 2012.

http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/621/582 capaian pada 14 Oktober 2015

Anda mungkin juga menyukai