Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN 2

MENULIS ARTIKEL

( BMK 3043 )
SENI MENGARANG

DISEDIAKAN OLEH :
AHMAD LUTFI BIN ISHAK ( D20111049896 )

KUMPULAN UPSI 01(A131PJJ)


SEMESTER

PENSYARAH :
DR. SITI SANIAH BINTI ABU BAKAR

Semarak Memertabatkan Bahasa Melayu.

Sudah lima puluh enam tahun Malaysia merdeka. Isu bahasa Melayu masih lagi belum
selesai. Isu bahasa Melayu sering diperkatakan di mana-mana sahaja, tidak kira di kedai kopi,
di media masa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Sepatutnya dalam jangka
masa yang panjang ini, bahasa Melayu telahpun dimertabatkan. Untuk ini semua pihak
mestilah bertanggung jawab dalam penggunaaan bahasa Melayu itu sendiri. Semua pihak
mestilah memainkan peranan masing-masing. Berdasarkan bukti sejarah, bahasa Melayu
telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak
zaman-berzaman. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan
Persekutuan( Perkara 152 ), sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa pengantar ilmu
pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996.

Kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling Am No. 12, tahun 1967 kepada semua
jabatan-jabatan kerajaan untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu secara
rasminya. Melalui pekeliling ini, bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan - tujuan rasmi
dalam pentadbiran harian, bahasa pengantar di sekolah, surat-menyurat rasmi kerajaan yang
meliputi semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri. Dalam hal ini semua pihak perlu
menjalankan peranan masing-masing, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, pihak kerajaan dan
pihak swasta.

Namun beberapa tahun yang lampau Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh
masyarakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.Bahasa ini teruji apabila
sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini diajarkan dalam bahasa melayu
ditukarkan format ke dalam bahasa inggeris atau bahsa penjajah.Pertukaran ini menjatuhkan
maruah bahasa melayu. Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu,
bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri
yang menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti
bahasa yang perlu digunakan sedangkan mahir dalam bahasa ynag digunakan. Disini dapat
dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Namun kini
1

pihak kerajaan telahpun sedar, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains telahpun
diajar semula dalam bahasa Melayu.

Peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam pelaksanaan dan
penguatkuasaannya. Meminda atau memperluas Akta DBP dalam hal pemberian kuasa untuk
mengambil tindakan kepada pihak yang menggunakan bahasa Melayu yang salah di jabatan
kerajaan, kerana tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi dan bahasa ilmu. Mana-mana pengecualian yang tidak munasabah tidak harus wujud
lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan atau akta-akta lain, misalnya pengecualian penggunaan
bahasa Melayu dalam system kehakiman. Demikian juga, kedudukan bahasa Melayu dalam
bidang ekonomi (termasuk perdagangan). Beberapa undang-undang yang berkaitan dengan
bidang perdagangan yang selama ini menyekat penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu
disebabkan akta yang berkaitan telah luput tarikh (sebilangannya diaktakan sebelum atau
pada awal kemerdekaan) hendaklah segera dipinda dan dimasukkan unsur penguatkuasaan
penggunaan bahasa Melayu ke dalam akta pindaan itu. Cara terbaik meningkatkan
penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam adalah mengadakan audit bahasa dari semasa
ke semasa. Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala
urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau
seminar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju
dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya
sebagai bahasa ilmu. "Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan
berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan
Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM).

Menubuhkan sebuah jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa


Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
Ketua-ketua jabatan hendaklah mewujudkan mekanisme di organisasi masing-masing untuk
menjayakan dan memantau pelaksanaan surat pekeliling ini serta mengambil tindakantindakan seeperti :
i)

Memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan bahasa


kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara
2

tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan
pelanggan.
ii)

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dari segi ejaan,
sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat,
arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, penarnaan
di tempat awam , kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain.

iii)

Menjalankan kursus, latihan dan menganjurkan aktiviti bahasa secara berterusan


yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam bahasa kebangsaan di kalangan
pegawai dan kakitangan.

Bertepatan dengan langkah kerajaan mengembalikan pengajaran dan pembelajaran


Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu adalah bersesuaian dengan Perkara 152(1) & 6
Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, adalah wajib bagi
semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu. Walaupun
sekolah terdiri dari berbagai aliran, iaitu SJK(Tamil), SJK(Cina) dan Sekolah Kebangsaan,
tetapi Bahasa Melayu dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.
Bagi mengiktirafkan kebolehkepercayaan tarhadap kualiti pendidikan maka pihak kerajaan
telah mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama tanpa mengira jenis atau kategori
sekolah. Sukatan yang diselaras ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap
kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib
diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta
Pendidikan (1996):
Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Kebangsaan

yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua

sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.


Bahasa Melayu juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar
dalam peperiksaan awam serta syarat untuk mendapatkan sijil mereka mesti lulus dalam mata
pelajaran bahasa Melayu. Begitu juga dengan pelajar di intitiusi pengajian tinggi. Setiap
pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu
syarat untuk mendapat pengijazahan.

Prihatinnya pihak kerajaan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan
pelbagai program demi untuk memertabatkan bahasa Melayu.
3

Keluhan dan rungutan

terutamanya ahli-ahli bahasa yang tidak berpuas hati dengan penggunaan bahas Melayu oleh
penduduk Malaysia terutamanya para pemimpin. Kita sering melihat di kaca televisyen, yang
mana para pemimpin politik yang tidak menampakkan minat menggunakan bahasa Melayu
ketika ditemuramah ataupun ketika menyampaikan ucapan kepada umum. Tambah
menyedihkan lagi pemimpin tersebut dari kaum Melayu. Adakah usaha memertabatkan
bahasa kebangsaan itu cuma dimainkan oleh segelintir rakyat yang masih rasa cinta terhadap
bahasa kebangsaan, tidak pemimpin negara itu sendiri? Inilah keruntuhan jati diri yang
sedang berlaku kepada pemimpin negara kita Malaysia. Seolah-olah mereka sengaja
membutakan mata dan hati dan tidak mahu belajar daripada kehebatan jati diri pemimpin di
beberapa negara yang megah dengan bahasa mereka sendiri, misalnya mantan Presiden
Indonesia, Megawati Sukarna semasa menghadiri dialog Culture Diversity anad Peaceful
Integration in Asia yang disiarkan oleh stesen televisyen CCTV(News), Beijing pada 12
Oktober 2010, cuba mengangkat status bahasa Melayu Indonesia ketika diwawancara.
Walaupun semua pertanyaan dikemukakan dalam bahasa Inggeris.

Sepatutnya semua kementerian mewujudkan Bahagian Pembudayaan Bahasa supaya


dapat

memberikan dampak yang besar terhadap usaha memertabatkan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu bahasa temadun dalam semua bidang.
Semua kementerian sewajarnya tidak terlepas tangan dan turut menyokong usha
membudayakan bahasa dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan akan menjadi lemah jika pemimpin tertinggi tidak melaksanakan
peranannya sebagai pencinta bahasa yang terulung sebagai contoh terhadap orang yang
dipinpinnya. Oleh yang demikian semarak bahasa Melayu adalah untuk memperkukuhkan
jati diri rakyat bagi sebuah negara bangsa dan meningkatkan kecintaan rakyat terhadap
bahasa kebangsaan Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti menaruh keyakinan,
bahawa bahasa Melayu mampu menjadi wahana pengungkap fikiran dalam segala bidang
baik politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan hubungan antara bangsa.

Program Bulan Bahasa Kebangsaan

Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun,
pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Bulan
Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa
Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama
pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di
Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan
negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian
bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik. Tujuan utama
penganjuran program ini adalah:
1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa
Malaysia.
2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara
bangsa.
Selaras dengan usaha untuk memertabatkan bahasa kebangsaan, maka bertepatanlah program
bulan bahasa kebangsaan yang dijalankan setiap tahun. Bulan Bahasa Kebangsaan yang kita
raikan saban tahun bukan sekadar satu acara tahunan. Mengimbau kembali semangat
sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan sebenarnya lahir daripada perjuangan para pejuang
bangsa kita terdahulu. Menjadi komitmen setiap warga Malaysia untuk memastikan bahasa
Melayu dimartabatkan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dalam
pentadbiran kerajaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Kesedaran dan tanggungjawab ini
perlu terus ditanam di dalam jiwa generasi kini dan akan datang untuk terus menghidupkan
obor daripada jiwa pahlawan pejuang bahasa dahulu, agar bahasa kebangsaan terus abadi dan
dipelihara sesuai dengan kedudukannya dalam Perlembagaan negara.

Setiap negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan yang menjadi teras
dalam kehidupan bernegara. Elemen bahasa menjadi salah satu faktor penting dalam
membentuk negara bangsa. Oleh sebab itulah faktor bahasa tidak boleh dipandang remeh.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyemai dan seterusnya memperkukuh rasa
megah bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam negara yang didukung oleh
masyarakat majmuk seperti di negara kita ini, maka tugas ini perlu diletakkan pada
keutamaan yang tinggi. Bahasa kebangsaan mestilah diutamakan.

Dalam hal ini, kita sewajarnya mengambil contoh daripada negara China, Jepun dan
Korea. Mereka maju dalam segenap bidang, namun kedudukan bahasa kebangsaan di negaranegara tersebut sedikit pun tidak terjejas, malah semakin kukuh oleh wujudnya semangat jati
diri warganya. Berpeganglah pada kata-kata Maju bangsa majulah negara. Dengan
berpegang kepada falsafah ini semua pihak akan berasa bertanggungjawab bersama-sama
memelihara bahasa kebangsaan negara.

Hubungan antara bahasa dengan sesuatu bangsa memang perkara yang penting mesti
difahami dengan mendalam agar kewujudan bahasa itu tidak dinilai sekadar sebagai alat
komunikasi semata-mata. Apabila bahasa dinilai daripada sudut yang sempit, iaitu sebagai
alat komunikasi semata-mata, maka peranan bahasa sebagai roh atau jiwa sesuatu bangsa
tidak difahami atau tidak dianggap penting, sehingga tidak menilai pentingnya bahasa milik
bangsanya sebagai asas jati diri. Mereka tidak mempunyai rasa bangga dan tidak merasakan
perlunya memperjuangkan bahasa milik bangsanya dalam pembangunan. Mereka bersikap
terlalu liberal dan pragmatis sehingga mindanya mudah tertawan oleh sesuatu unsur dari luar,
yang dipercayainya agung dan membawa kemajuan bangsa dan negara. Mana-mana bahasa
yang dianggapnya menjadi asas pembangunan dan kemajuan, maka baginya tidak ada dosa
memilih bahasa asing itu sebagai alat pembangunan dan kemajuan bangsa dan negaranya.
Justeru bahasa tersebut menjadi tercemar dan martabat bahasa tersebut tidak lagi dihiraukan.
Ibu segala masalah yang kita hadapi dalam pelaksanaan dasar bahasa yang berkaitan erat
dengan proses pembinaan negara itu ialah ketidak tekalan sikap, pendirian dan pelaksanaan,
yang sebahagiannya disebabkan oleh faktor tidak atau kurang memahami peranan bahasa
sebagai salah satu asas pembangunan.
Sebilangan orang Melayu yang baru agak celik dalam bidang ekonomi tiba-tiba
menjadi orang yang angkuh dan memandang hina pula akan bahasa dan budayanya. Kadang
kala para pemimpin sendiri yang mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa
6

Inggeris apabila berucap. Ini menyebabkan bahasa Melayu tercemar. Oleh yang demikian
program pengauditan bahasa yang dibuat oleh DBP adalah bertepatan dengan lengkah untuk
memertabatkan bahasa Melayu.

Pemantauan bersemuka dari waktu ke waktu seperti majlis-majlis rasmi, sama ada
dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi atau sebaliknya. Demikian juga aspek mutu bahasa yang digunakan. Kesalahan bahasa
dari segi ejaan, penggunaan perkataan, istilah dan struktur ayat dapat diperbetulkan. Dengan
ini peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan mutunya dapat ditingkatkan. Kakitangan
awam perlu berasa bangga dan lebih mengutamakan bahasa Melayu apabila berhubung atau
berkomunikasi sesama mereka atau arang awam. Terdapat kemajuan yang nyata tentang
darjah keluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi jentera pentadbiran
kerajaan dan juga tentang mutu bahasa yang digunakan tetapi masih perlu terus ditingkatkan
usaha pemantapannya. Setiap jabatan kerajaan tidak sewenang-wenangnya menggunakan
bahasa rojak, istilah yang salah dalam menulis surat, minit mesyuarat dan dalam majlis-majlis
rasmi.
Usaha mendaulatkan Bahasa Melayu di segenap lapangan, merupakan tindakan murni
yang bukan sahaja menepati semangat undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembangan
Persekutuan yang memperuntukan kedudukan istimewa Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di dalam perkara 152. Usaha ini harus dilihat sebagai satu jihad untuk menguat
dan mengekalkan identiti serta jati diri bangsa dan negara Malaysia. Langkah pihak kerajaan
untuk menukarkan nama-nama tempat, jalan dan sebagainya daripada menggunakan bahasa
asing kepada bahasa Melayu merupakan satu langkah yang tepat untuk mendaulatkan
penggunaan bahasa Melayu di Negara kita. Sebagai sebuah negara berdaulat dan mengiktiraf
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita tentu hairan apabila istilah-istilah
asing digunakan secara meluas di negara kita.
Kita patut berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan untuk menggunakan nama-nama pemimpin nasional, bunga dan
peristiwa perjuangan negara merupakan satu langkah bijak yang harus dilaksanakan dan
dicontohi bagi mendidik serta menanam jati diri bangsa. Kita harus sedar bahasa Melayu
merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan menjadi antara bahasa berpengaruh yang
berperanan di dalam penyebaran agama Islam, selain bahasa Arab, Parsi, dan Urdu. Sejarah
7

telah membuktikan bahawa, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di
kepulauan Melayu disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, dan tidak terikat kepada susun
lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah difahami berbanding bahasa lain.
Perkara 152 (Seksyen 8 AktaBahasa Kebangsaan) Perlembagaan Persekutuan dan
Perkara 110 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994. Ini bermakna Bahasa kebangsaan
mesti digunakan bukan sahaja semasa prosiding tetapi juga dalam memfailkan dokumendokumen mahkamah. Usaha-usaha memartabat dan melestarikan Bahasa Melayu didalam
bidang perundangan dan kehakiman sudah lama bermula sejak awal tahun enam puluhan.
Walau bagaimanapun peningkatan trend penggunaan Bahasa Melayu dikalangan peguam
hanya nampak ketara sejak lima tahun kebelakangan ini. Para peguam masih lagi menghadapi
sedikit kesukaran dari segi penggunaan istilah, tatabahasa dan terjemahan seperti mana yang
pernah dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam Malaysia
Muhammad Hasif Hassan tidak beberapa lama dulu.
Majlis PeguamMalaysia akan terus bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) untuk mengadakankursus Bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran dan memberi
ruang kepada peguam mempelajari istilah, tatabahasa dan laras bahasa dengan betul supaya
penghujahan

kes

dimahkamah

dapat

berjalan

dengan

lebih

fasih

dan

lancar.

MahkamahRayuan memutuskan bahawa para peguam perlu terikat dengan ketetapan


menggunakan BahasaKebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam prosiding mahkamah.
Menurut Hakim Abdul Malik Ishak,"keutamaan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa
Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan lagi. Perkara 152, Perlembagaan
Persekutuan,dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua
prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah mesti dalam
Bahasa Kebangsaan. Kaedah101, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 menetapkan
dokumen-dokumen perlu dalam Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, kegagalan dipihak perayu
untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Malaysia menyebabkan rekod rayuan
yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan"
Berbagai lagi usaha telah dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat
Bahasa Melayu Mahkamah Agong bagi memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu
termasuk mengadakan kelas Bahasa Melayu serta memperkenalkan dan memperbaiki lagi
8

istilah-istilah Bahasa Melayu yang lazim digunakan di mahkamah. Dengan ini


menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia
sehingga boleh diterima atau diguna pakai dalam persidangan antarabangsa.

Bahasa Membentuk Perpaduan


Bahasa Jiwa Bangsadengan jelas menunjukkan kepentingan

bahasa dalam mempuk

perpaduan antara kaum. Negara kita Malaysia, yang penduduknya terdiri daripada pelbagai
kaum. Kaum yang terbesarnya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain lagi.
Bahasa Melayu memaikan peranan penting bukan sahaja dalam memanuhi keperluan
manusia tetapi juga untuk meningkat perpaduan antara kaum.Sememangnya tidak dapat
dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah
negara yang aman dan sejahtera.

Perpaduan dapat didefinasikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan
seluruh masyarakat dan negara supaya anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalamlingkungan satu kelompok manusia yang
berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini telah
memainkan peranan penting dalam merialisasikan aspirasi negara ke arah mewujudkan
perpaduan kaum. Penyata Razak tahun 1957, telah mewajibkan semua jenis sekolah
menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah, khususnya untuk membanti perpaduan kebangsaan dan menjadi
wahana yang berkesan untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat
pelbagai dialek atau bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa
Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.
James T Collins dalam bukunya Bahasa Melayu Bahasa Dunia, terjemahan Alma
Evita Almanar, 2005, antara lain menulis bahawa Reid (1988) menyimpulkan kedudukan
bahasa Melayu pada abad Perdagangan sebagai bahasa yang menjadi alat perhubungan
9

kerana masyarakatnya berbual menggunakan bahasa Melayu, walaupun mereka berasal dari
pelbagai negara termasuk Filipina, Cina, India dan sebagainya. Mereka menjalankan urusan
perniagaan dalam bahasa Melayu di pelabuhan.

Yang kurik kendi, yang merah saga, yang baik budi, yang indah bahasa.
Pelbagai cara telahpun dibuat oleh DBP mahupun pihak kerajaan. Namun slogan Cintai
Bahasa Kebangsaan Kita belum boleh dibanggakan kerana masih lagi terdapat segelintir
daripada pemimpin-pemimpin di negara ini yang membanggakan bahasa penjajah. Tetapi
lebih malang, pihak kerajaan sendiri yang menganjurkan kempen ini seolah-olah tidak
mematuhi atau tidak mengendahkan kempen anjuran mereka sendiri.
Contohnya, cuba kita perhatikan ucapan-ucapan para Menteri dan wakil kerajaan dalam
program-program yang dihadiri oleh rakyat tempatan masih terdapat ucapan menteri-menteri
tersebut tidak menggunakan bahasa Kebangsaan. Mereka lebih selesa berucap dalam bahasa
asing seperti bahasa Inggeris. Padahal majlis tersebut kebanyakannya dihadiri oleh rakyat
tempatan.

Hal ini memperlihatkan keupayaan dan kejayaan bahasa Melayu sebagai wahana
tamadun moden bagi bangsa dan negara, khususnya dalam konteks pencapaian kemajuan
dengan berasaskan acuan sendiri. Bukanlah semua kejayaan itu sudah cukup memuaskan dan
bukan pula tiada kekurangan dan masalahnya. Namun segala kekurangan yang masih ada
menjadi tanggungan kita mengatasinya dan dengan kepercayaan bahawa ikhtiar mesti
dijalankan terus, yakinlah kita bahawa kekurangan di sana sini itu tidak boleh sama sekali
dijadikan alasan untuk mengurangkan, apatah lagi meminggirkan peranan bahasa Melayu
dalam proses pembinaan negara. Proses pembinaan negara dengan berasaskan dasar-dasar
negara seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,di samping
Dasar Ekonomi Baharu, Dasar Kebudayan Kebangsaan, Dasar Perkongsian Kuasa Politik dan
yang lainnya sejak kemerdekaan ternyata telah berjaya meletakkan negara pada tahap yang
cukup membanggakan. Dasar-dasar tersebut, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan akan tetap relevan dan ampuh untuk kelangsungan tamadun bangsa
dan negara ini selanjutnya dan menjadi kesilapan besar apa-apa percubaan untuk
melemahkan apatah lagi merobohkannya. Kita barangkali memerlukan waktu puluhan tahun,
malah mungkin lebih, untuk membina semula kekuatan bangsa dan negara yang telah utuh itu
andai kata dasar-dasar kenegaraan yang terbukti berkesan itu diabaikan. Untuk
10

mengembalikan kegemilangan dan martabat bahasa Malaysia, kesedaran tinggi amat penting
bagi setiap warga negara terutamanya masyarakat Melayu sama ada di peringkat rendah,
pertengahan dan atasan bagi memastikan bahasa kita berada di tahap sewajarnya.

Rujukan
Abdullah Hassan (Ed).( 1999). Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar.( 1993). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada
Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (1995). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arbaie Sujud.(2011). Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

11

Anda mungkin juga menyukai