Anda di halaman 1dari 1

Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang tidakberdaftar disisi

undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram


bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini, menjadikan perniagaan
dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran dan penjualan cakera
padat cetak rompak sebagai aktiviti utama. Kegiatan-kegiatan ini sudah pastinya
akan memberikan impak yang buruk kepada negara Malaysia yang sedang
membangun dngan pesat. Dalam isu kongsi gelap pula, kita tidak menafikan ada
elemen gangster ataupun kumpulan yang melibatkan kaum tertentu sehingga
mencetuskan pelbagai kes jenayah berat dan keadaan yang menimbulkan
kebimbangan terhadap tahap keselamatan rakyat di negara ini. Namun demikian,
secara strategisnya, ia harus dikaji secara serius dan mendalam punca, kesan dan
kaedah menanganinya yang saling berkait antara satu sama lain. Faktor sejarah,
budaya dan pertalian antara kes dengan kaum juga wajar diberi perhatian agar tidak
tersalah langkah sehingga ke tahap mengubat kencing manis kaki pula perlu
dipotong. Kerana secara umumnya, gangsterisme ataupun samseng berkumpulan
ini membiak dalam semua kaum bergantung kepada keperluan kelompok tersebut.
Oleh sebab kongsi gelap ini akan meluas dalam kalangan masyarakat, ia
akan mempengaruhi genarasi yang sedang membangun. Terutamanya, ia akan
mempengaruhi pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana pelajaran remaja akan
terabai. Minat mereka untuk belajar sudah tiada dalam diri mereka. Mereka lebih
berminat melibatkan diri dalam aktiviti gengsterisme berbanding mengulang kaji
pelajaran. Bagi mereka, membaca buku amat membosankan. Dengan ini, mereka
lebih suka bergaduh berbanding membaca buku. Keadaan ini menyebabkan
pelajaran mereka terjejas. Apabila pelajaran mereka terjejas, mereka mungkin akan
menghadapi kegagalan dalam peperiksaan dan turut menjejaskan masa hadapan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai