Anda di halaman 1dari 7

Magnet

Kelas : Tahun 3M
Mata Pelajaran : Sains
Tarikh : 21/3/2011
Bilangan Murid : 31 orang
Masa : 1200-1300
Theme (Tema) : Investigating The Non-Living Things
Learning Area (Tajuk): 1.0 Magnet
Learning Objectives (Objektif) :
1.1 That magnet can attract or repel each other.
1.2 To handle magnets properly.
Learning Outcomes (Hasil Pembelajaran): Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat:
Hasil Pembelajaran:
1.1.1 Demonstrate that magnets can attract or repel each other.
1.1.2 State the magnets can attract or repel each other.
1.2.1 Demonstrate the proper way to handle magnets.
Alat Bantu Mengajar: Set magnet
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah mengetahui ciri-ciri magnet iaitu 6 rupa bentuk
magnet dan magnet akan saling menarik apabila diletakkan di dua kutub yang berlainan.
Set Induksi:
1. Murid diminta menyenaraikan rupa bentuk magnet yang diajar pada minggu lepas.

Bar Magnet

U-shape Magnet

circular magnet

Cylindrical Magnet

ring magnet

Horseshoe Magnet
Langkah 1:
1.

Setiap kumpulan diminta membincangkan cara-cara untuk memegang dan menjaga


magnet dengan baik berdasarkan buku teks.

memegang dengan kuat supaya tidak menjatuhkan magnet.

tidak mengetuk magnet

tidak membakar magnet

2. Murid mengudarakan perbincangan mereka dan mendemokrasikan cara untuk memegang


magnet dengan baik.
Langkah 2:
1. Setiap murid dibekalkan satu set magnet kecil.
2. Murid diminta mencari kutub utara dan kutub selatan pada set magnet tersebut
3. Murid diminta menyatakan warna yang mewakili kutub N (putih) dan warna yang
mewakili kutub S (merah).
4. Murid diberi masa untuk memerhatikan apa yang akan berlaku apabila dua kutub magnet
yang berlainan diletak bersama dan sebaliknya.
Langkah 3:
1. Guru membimbing murid untuk membentangkan pemerhatian mereka.
2. Murid diminta melukiskan pemerhatian mereka di dalam buku catatan PEKA.

Apabila dua kutub magnet yang berlainan saling mendekati, magnet akan menarik satu
antara lain.

Apabila dua kutub yang sama diletak bersama, magnet akan saling menolak.

Penutup:
1. Guru mengajar murid isyarat permainan iaitu membuka depa tangan yang mewakili
magnet akan saling menolak, mencantumkan dua gengaman tangan mewakili magnet
akan saling menarik.
2. Guru akan menyebut dua nama kutub iaitu S(Selatan) N(Udara), dan tangan murid adalah
magnet. Apabila guru menyebut kutub S dan Kutub N, maka murid dikehendaki
mencantumkan dua gengaman mereka sebagai jawapan mereka dan sebaliknya.
3. Guru memulakan permainan dengan perlahan-lahan kemudian mempercepatkannya.
Murid yang tidak dapat memberi isyarat tangan yang betul akan dikehendaki membantu
guru untuk menjadi pengadil dengan mencari murid yang memberi isyarat tangan yang
salah.

Reflksi
Kekuatan :
Set magnet yang dibekalkan cukup dan sesuai digunakan. Murid-murid dapat menunjukkan cara
memegang magnet dengan betul tanpa ingatan daripada guru. Murid-murid berasa seronok dan
berminat hati apabila diberi peluang untuk menggunakan set magnet untuk membuat eksperimen.
Hasil pembelajaran dapat dicapai dengan mudah kerana murid-murid sudah biasa dengan ciri-ciri
magnet.
Kelemahan:

Masa langkah 2 (menjalankan eksperimen) yang diberikan agak panjang, murid-murid


mula menggunakan magnet yang dibekalkan dengan membuat percubaan yang lain
seperti mendekati magnet dengan kotak pensil besi.

Catatan pemerhatian murid tidak dapat dipaparkan dengan jelas kerana mereka
merekodkan catatan pemerhatian dalam buku amali yang kecil dan susah dilihat dari
jauh.

Murid tahun 3 ini belum mengusai teknik perbentangan hasil pemerhatian mereka.
Mereka terasa cemas dan takut untuk berhadapan dengan kawan-kawan apabila
dipanggil.

Penambaikan:

Guru seharusnya menghadkan masa eksperimen langkah 2 dan terus memberi arahan
untuk membuat catatan pemerhatian (langkah 3) kepada murid sebelum menjalankan
langkah 2. Ini akan lebih menjimat masa.

Guru seharusnya membekalkan papan hitam kecil dan meminta murid merekodkan hasil
pemerhatian mereka di atas papan kecil. Papan kecil ini akan mempaparkan idea murid
dengan jelas dan mudah dilihat dari jauh.

Teknik pembentangan hasil pemerhatian murid seharusnya ditambahbaikan pada masa


akan datang. Murid akan diberi galakkan dan bimbingan semasa pembentangan
dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai