Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) ETIKA MEJA MAKAN

PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2013

NAMA: NOOR SHAHIRA BINTI MOHD ROZI


KAD PENGENALAN: 930202-02-5320

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya,
kami kumpulan PISMP Pendidikan Khas dan Bahasa Inggeris Semester Tiga telah
berjaya mengadakan Seminar Etika Meja Makan yang bertempat di Dewan Srikandi IPG
Kampus Perempuan Melayu Melaka
Tujuan utama seminar ini dijalankan adalah untuk melatih dan mendedahkan
kepada siswi guru mengenai adab dan etika makan semasa menghadiri majlis rasmi.
Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan
umum dalam usaha kami untuk menjayakan usaha ini. Pengalaman dan pengetahuan
yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi
iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi.
Kami memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam IPG sendiri
adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah
mengajar saya supaya kita lebih menghargai IPG kita sendiri.
Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan
dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan siswi
guru dan pensyarah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap
kumpulan mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, kami tetap membantu
kumpulan yang lain untuk menyiapkan tugasan mereka. Saya bersyukur kerana kami
dapat melaksanakan semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan.

Sepanjang seminar ini berlangsung, banyak ilmu berguna yang telah saya
perolehi dan pastinya dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya.
Antaranya adalah
1. Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu.
Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara gelojoh boleh
membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan dengan itu, kita mesti
mengetahui asas etika di meja makan.
2. Penggunaan kutleri yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak dalam
situasi yang kekok apabila berada di meja makan. Kutleri bagi sajian barat adalah
pelbagai dan mempunyai fungsi tertentu. Kutleri bagi sajian Cina ataupun Melayu adalah
berbeza. Ianya bergantung terhadap pihak penganjur yang menyediakan jenis menu
yang dihidangkan di dalam suatu majlis jamuan rasmi.
3. Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting. Secara asasnya, kita
memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri sekiranya sajian makanan
Melayu dihidangkan. Memegang pisau disebelah kanan dan garpu disebelah kiri untuk
sajian makanan Barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian makanan Cina. Tidak
mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.
4. Mengetahui gelas minuman yang betul juga boleh menyelamatkan keadaan. Gelas
minuman kita adalah di sebelah kanan kita. Jangan sampai tersalah gelas, kerana akan
menyebabkan salah seorang daripada tetamu yang duduk semeja bersama tidak dapat
minum.
Kesimpulannya, seminar ini telah berjaya memberi ilmu tambahan kepada siswi
guru di samping memupuk nilai-nilai murni sepanjang mengendalikan seminar ini.

Disediakan oleh,
................................................
(NOOR SHAHIRA BINTI MOHD ROZI)

Anda mungkin juga menyukai