Anda di halaman 1dari 12

Prinsip-Prinsip Tamadun Islam

Memelihara Akal & Fikiran


PISMP TESL Ambilan Jun 2015 Semester 2
Disediakan oleh,
Genevieve Anak Richard Sandak
Famelia Payong Anak Menjaya
Dibimbing oleh,
Hjh. Siti Fatimah binti Ahmad

Segi Wujud
Segi Adami

Definis
i
Memelihara
menjaga dgn baik; membela atau menternak
(binatang); merawat; melindungi (drpd bahaya
dsb)

Akal

Dipetik daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua

Sesuatu sifat yang boleh membezakan diantara manusia


dengan makhluk lain. Iman Ghazali
Fizikal: otak, Rohani: satu keupayaan untuk menggarapkan
ilmu pengetahuan tentang hakikat segala perkara.
(Ahmad Amri Zainal Adnan, 2009)

Fikiran

Idea, minda, pemikiran, cara berfikir, pendapat


Dipetik daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua

Akal yang sihat ialah anugerah Allah Yang


Maha Penyayang. Akal fikiran merupakan
faktor utama yang membezakan antara
manusia dengan makhluk-makhluk lain.
Melalui kekekuatan akal fikiran, manusia
dapat menyempurnakan amanatnya sebagai
khalifah di muka bumi ini. Kita wajib
menjaga akal fikiran sebaik mungkin kerana
jika tidak berfungsi dengan baik,
keseluruhan hidup seseorang tidak
bermakna lagi.
Semua tanggungjawabnya terhadap Allah
seperti ibadat, tanggungjawab terhadap diri
sendiri, keluarganya dan negara tidak dapat
dipenuhi.
Yang mengangkatkan manusia kepada darjat dekat kepada
Tuhan ialah menurut qadar akal mereka jua.
(Hadis riwayat Bukhari)

Segi Wujud
Kewajipan menuntut
ilmu

Setiap umat Islam diwajibkan


menuntut ilmu Allah tidak kira
ilmu dalam bidang apa
sekalipun. Ini kerana asas dan
sumber kepada setiap ilmu
adalah daripada Allah, dan wajib
bagi kita untuk menyandarkan
semua yang telah dipelajari
kepada-Nya dengan matlamat
untuk mencapai keredhaan Allah
di samping membantu manusia
lain.

Orang yang berilmu dan


memanfaatkan ilmu pada jalan
yang benar, serta membantu
manusia berdasarkan ilmu yang
diperolehi akan dikurniakan
nikmat dan ganjaran yang besar
dan berterusan daripada Pemilik
Segala Ilmu. Dalam al-Quran juga
banyak menyebut tentang orang
yang berilmu, orang yang
berakal, orang yang bertadabbur,
orang yang berfikir, dan
semuanya berkaitan dengan akal
manusia supaya digunakan untuk
berfikir berdasarkan ilmu.

Menyubur dan meningkatkan


ilmu pengetahuan
Kepentingan menghidupkan akal
dengan ilmu telah dibuktikan dengan
beberapa ayat al-Quran yang
menyatakan bahawa orang berilmu
akan diberi kebaikan kepada si
penuntut ilmu.
Hadith Nabi Muhammad s.a.w berbunyi : sesiapa yang Allah
inginkan kebaikan padanya, nescaya Allah menjadikannya faqih pada
agamanya.
Ini juga merupakan satu bentuk jaminan bahawa sesiapa yang menuntut
ilmu dan faqih terhadap apa yang dipelajari, maka akan mendapat
kebaikan di dunia dan akhirat dengan izin Allah. Akal yang sihat dan
waras akan sentiasa haus dengan ilmu yang pastinya tidak akan habis.
Jika kehidupan tidak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, maka umat
Islam akan terpedaya dengan kehendak dan tuntutan dunia dan
seterusnya merugi dan mensia-siakan nikmat akal yang telah Allah
kurniakan.

Segi Adami

Meminum
Islam menganjurkan
Manusia
melarang
digalakkan
sesuatu
melakukan
yang
untuk
peganutnya
memabukkan
menyelidik
sesuatu
sentiasa
atau
atau
dirinya
makan
berfikir,
kerosakan
sendiri,
atau
merenungi,
minum
bumi,
akal adalah
langit,
sesuatu
memerhat
haram
binata
yang

Tiadakah mereka memerhati burung di atas mereka terbang


mengembangkan sayapnya dan mengepitnya? Tiada siapa pun yang
menahannya selain dari Tuhan yang Pemurah. Sesungguhnya dia melihat
sesuatu.
(Al-Mulk:ayat 19)

Tidak meminum arak, dadah


dan seumpamanya
Arak diharamkan dalam Islam
kerana memudaratan kepada
manusia. Bermula dengan
khayal, kemudian tidak tahu
apa yang diucap, bertelingkah,
bergaduh, bunuh membunuh,
berzina dan menghina Islam!
Semuanya dalam keadaan
yang tidak terkawal.
Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya meminum arak, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib, adalah termasuk dalam
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu
beroleh kejayaan.
(Surah al-Maidah ayat 90)

Tidak memikirkan perkaraperkara yang lagha dan


maksiat

Orang yang selalu memikirkan dan berkhayal tentang sesuatu


perkara yang buruk (maksiat) boleh menyebabkan matinya
akal. Tidak kuat ingatan, sukar untuk menghafal sesuatu dan
sering gagal dalam kehidupan antara beberapa kesan jika
seseorang yang lalai terus dibuai mimpinya. Ilmu itu adalah
nur, dan nur tidak akan masuk ke dalam hati orang yang
bermaksiat. Justeru, akal akan mati, iman akan terkubur.

KESIMPULAN
Kehidupan manusia akan jadi seimbang, tenteram
dan aman jika dikuasai oleh akal yang
berorientasikan iman dan taqwa. Jauhi segala apa
yang diharamkan oleh Allah supaya tidak dikawal
oleh akal yang gila dan membuat kita terjebak ke
lembah kehancuran. Juga laksanakan segala
tuntutan Allah, dihiasi dengan kecantikan hajiyat dan
tahsiniyat dalam memelihara akal bagi mendapatkan
akal yang sihat dan cerdas.

Rujukan
Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd Nahi
Abdullah, Dr. Raudhah Ali. (2014) Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Selangor, Malaysia: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd
Adnan Amri Zainal Adnan. (2009). PSQ Rahsia Personaliti
Unggul.
Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbitan PTS Litera
Utama.
Azhar Hj. Mad. Aros (2007). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS) Kertas 1 dan Kertas 2. Selangor, Malaysia:
Oxford Fajar Sdn.
Bhd
Ghazali Darusalam. (2000). Kursus Tamadun Islam &
Pendidikan Moral.
Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan
Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
P.Sivarajan, Hamdan Bin Aziz. Md Zuki Bin Hashim. (2015).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor, Malaysia:
Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai