Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM 10 MINIT LEARN EASY SCIENCE (KPS)

1. Pengenalan
Idea ini wujud apabila dapatan analisis pepeperiksaan awam (UPSR) dan
peperiksaan dalaman sekolah matapelajaran sains yang lepas masih
berada dalam tahap penguasaan yang rendah di kalangan murid. Dapatan
analisis mendapati murid kurang memahami dan mudah lupa dengan tips
menjawab soalan kemahiran proses sains walaupun sudah diajar dalam
pembelajaran kelas. Jesteru itu guru sains telah bersetuju sebulat suara
untuk membuat satu program khas tentang cara untuk mengingat tips
menjawab soalan kemahiran proses sains ini supaya ia menjadi kekal
dalam ingatan melalui kaedah menyanyi lagu yang berlirikan tips
menjawab soalan KPS dalam Program 10 minit learn easy science.
2. Objektif (Selepas program ini murid dapat :)
Menambahkan minat murid belajar sains dengan pelbagai kaedah
pengajaran yang menyeronokkan.
Meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan murid dalam
mempelajari kemahiran proses sains.
Mengingat tips menjawab soalan kemahiran proses sains secara kekal
melalui kaedah nyanyian.
Mengaplikasikan tips menjawab soalan kemahiran proses sains semasa
belajar sains dan peperiksaan secara berterusan.
3. Matlamat
Menguasai 100% tips menjawab soalan kemahiran proses sains secara
kekal dan berterusan.
4. Tema
Learning Science is EASY
5. Tarikh, Masa dan Tempat Perlaksanaan
3-6 MAC 2015 / 6.50-7.00pagi / Dewan Mini SK. Apin-Apin
6. Kumpulan Sasaran
Semua murid Tahun 1 hingga 6
7. AJK Pelaksanaan
Pengerusi : En. John@Haris Ibrahim (GB)
Timb. Pengerusi : En halim Mahadi (PK1)
Ketua panitia : En Paul Breitner Ak Charley
Setiausaha : Cik Noritah Mujamah
AJK : Semua Guru Sains.
8. Sumber Tenaga Pengajar
Semua Guru Sains
9. Aktiviti Program (10 minit)
Menyanyi lagu Easy Science (KPS)
Ada apa dalam lagu. (Penerangan lirik lagu berkaitan formula menjawab
soalan KPS)
10.
Penutup
Dengan adanya program ini, harapan dari kami semua guru sains agar
murid di sekolah ini dapat menguasai tips menjawab soalan kemahiran
sains dan seterusnya dapat semakin meningkat peratus pencapaian sains
dalam peperiksaan. Pihak kami juga berharap agar pihak sekolah memberi
sokongan padu dalam program ini supaya program ini dapat dijalankan
dengan lancar.
Disediakan Oleh :
_________________________________
En. Paul Breitner Ak Charley

Disahkan oleh :
_________________________________
En. John@Haris Ibrahim

Ketua Panitia Sains

Guru Besar SK. Apin-Apin

Anda mungkin juga menyukai