Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Saya telah memilih Tema 2 iaitu Prasarana : Kemudahan Asas untuk kerja kursus ini.
Kemudahan asas merupakan kemudahan dan perkhidmatan asas yang perlu bagi
pembangunan dan kemajuan seperti tandas, tempat duduk, tong sampah yang
disediakan dan sebagainya. Selain itu, kemudahan asas boleh memudahkan dan
memberikan keselesaan kepada pengunjung yang berkunjung ke destinasi mereka.
Lokasi kajian yang dipilih oleh saya ialah Taman Sahabat di Tabuan Height, Kuching,
Sarawak. Tujuan taman ini dibinakan adalah untuk memperingati ulang tahun ke-30
hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia dengan China. Kita boleh
menjumpai replika gergasi Laksamana Zheng He melambangkan persahabatan
Malaysia dengan China yang erat.
Selain itu, tempat duduk di Taman Sahabat juga dibina dengan bentuk orang utan
yang melambangkan identiti Malaysia dan panda gergasi yang melambangkan identiti
negara China. Secara keseluruhan, Taman Sahabat telah dibina mengikut kebudayaan
Malaysia dan China.
Di Taman Sahabat, Terdapat beberapa kemudahan untuk memudahkan pengunjung
yang datang ke Taman Sahabat seperti tandas, tempat duduk, laluan berjogging, laluan
refleksologi dan sebagainya. Selain itu, terdapat restoran untuk pengunjung
menikmati hidangan yang lazat sambil menikmati pemandangan Taman Sahabat di
tepi tasik. Pelbagai kemudahan asas yang lengkap telah menjadi Taman Sahabat
sebagai tempat rekreasi dan tempat bersenaman yang terkenal di Kuching.
Rasional kajian untuk kerja kursus ini adalah Taman Sahabat merupakan tempat yang
terkenal sebagai tempat pelancongan dan tempat rekreasi. Selain itu, ramai orang
tempatan juga suka untuk melakukan aktiviti bersenaman seperti berjogging, bermain
badminton dan sebagainya di Taman Sahabat. Oleh itu, kemudahan asas yang
dilengkapi di Taman Sahabat telah memainkan peranan yang penting untuk memenuhi
kepuasan pengunjung yang berkunjung ke Taman Sahabat. Adakah kemudahan asas di
Taman Sahabat dapat memenuhi kepuasan orang tempatan dan pelancong yang datang
ke Taman Sahabat?

Secara keseluruhan, Taman Sahabat menjadi pilihan utama saya untuk melakukan
kerja kursus yang bertemakan prasarana: kemudahan asas. Taman Sahabat telah
melambangkan persahabatan yang erat antara Malaysia dan China. Taman ini juga
menjadi pilihan untuk orang tempatan menjalankan aktiviti rekreasi dan senanam.
Oleh itu, saya berasa berbangga kerana dapat mengkaji dan mengenal pasti
kemudahan asas yang disediakan di Taman Sahabat.

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut :
1. Untuk mengenal pasti kemudahan asas yang disediakan di Taman Sahabat
Jalan Song.
2. Untuk mengkaji tahap kepuasan pengguna yang berkunjung di Taman Sahabat
Jalan Song.

Anda mungkin juga menyukai