Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti badminton

Aktiviti latihan badminton dijalankan pada setiap hari rabu pada pukul 2.00 petang hingga 3.00
petang bertempat di Gelanggang Badminton Golden Hawk, Kota Samarahan. Murid-murid telah
diberikan taklimat tentang peraturan-peraturan yang harus dipatuhi dan dua orang guru pengiring akan
bersama dengan murid setiap kali latihan dijalankan.
Jurulatih badminton memberi penerangan dan latihan sambil dibantu oleh guru pengiring.
Murid sentiasa diingati untuk mematuhi peraturan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini
daripada berlaku.
Murid-murid belajar kemahiran asas seperti gerak kaki, memegang raket, servis, teknik
pukulan dan peraturan permainan. Jurulatih memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang betul kepada
murid. Latihan ini juga untuk memilih wakil untuk pertandingan karnival sukan sekolah-sekolah khas
di Johor.

Suasana latihan

Anda mungkin juga menyukai