Anda di halaman 1dari 33

TUMBUHAN HIASAN

Tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan kegunaan, jenis
batang, kitaran hidup dan adaptasi kepada persekitaran. Secara am berdasarkan kegunaan
tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada dua kegunaan utama.
1) Tumbuhan dalam Bangunan
Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau di persekitaran bangunan adalah
terhad jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam di persekitaran luar
Kebanyakkan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan adalah tumbuhan yang tidak
tahan kepada cahaya matahari yang terik dan sesuai hidup di persekitaran tertutup.
Tumbuhan dalam bangunan biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti
bunga setawar, tumbuhan kaktus dan juga tumbuhan bonsi atau mempunyai daun yang
berwarna-warni seperti bunga ati-ati. Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya di
tanam di dalam pasu.
2) Tumbuhan Luar Bangunan
Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan adalah lebih banyak dari segi pilihan jika
dibandingkan dengan tumbuhan hiasan untuk dalam bangunan. Tumbuhan ini terdiri dari
pelbagai jenis antaranya dari tumbuhan menjalar sehinggalah pokok yang besar. Antara
contoh tumbuhan ini adalah Arachis Pintoi, ros Jepun, rumput-rumput, pakupakis,
tumbuhan bebawang, tumbuhan herba dan juga pokok dewasa seperti pokok sena dan
pokok hujan-hujan. Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan ini mempunyai nilai
keindahan (estetik) tersendiri dari segi rupa bentuk, warna dan tabiat pertumbuhan.
JENIS-JENIS TUMBUHAN HIASAN
1. Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi
Tumbuhan hiasan yang biasa digunakan sebagai penutup bumi antaranya termasuklah
rumput turf seperti rumput bermuda, rumput tikar dan rumput zoysia, tumbuhan menjalar
seperti kekacang pinto dan ros Jepun Tumbuhan penutup bumi selain daripada memberi
keindahan ia juga boleh mencegah hakisan tanah dari berlaku.

Contoh Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi


i) Rumput Bermuda (Cynodon dactylon)

Nama Saintifik

: Cynodon dactylon

Nama Biasa

: Rumput Bermuda

Family

: Poaceae

Asal

: Turkey dan Pakistan

Pembiakan

: Aseks(rizom)

ii) Rumput Tikar (Axonopus compressus)

Nama Saintifik

: Axonopus compressus

Nama Biasa

: Rumput Tikar

Family

: Poaceae

Asal

: Amerika Utara

Pembiakan

: Aseks

iii) Rumput Zoysia (Zoysia Matrella)

Nama Saintifik

: Zoysia Matrella

Nama Biasa

: Rumput Zoysia

Family

: Poaceae

Asal

: Kepulauan Filipina

Pembiakan

: Aseks

iv) Kekacang Pinto (Arachis Pintoi)

Nama Saintifik

: Arachis Pintoi

Nama Biasa

: Kekacang Pinto

Family

: Fabaceae

Asal

: Amerika Selatan

Pembiakan

: Aseks

v) Ros Jepun (Portulaca Grandisflora)

Nama Saintifik

: Portulaca Grandisflora

Nama Biasa

: Ros Jepun

Family

: Portulacaceae

Asal

: Brazil

Pembiakan

: Seks

2. Tumbuhan Hiasan Renek


Tumbuhan hiasan renek adalah tumbuhan yang hidup rendah di permukaan bumi dan
mempunyai batang yang kecil dan banyak cabang. Tumbuhan ini biasanya ditanam
berhampiran bangunan, di sekeliling pokok-pokok kecil atau di pinggiran jalan. Mengikut
ketinggian tumbuhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, tumbuhan renek yang
rendah, iaitu kurang dari satu meter, renek sederhana tinggi, iaitu ketinggian dari satu-tiga
meter, dan renek jenis tinggi, iaitu ketinggian antara dua-empat meter. Tumbuhan renek
ada pelbagai jenis ada yang mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti Alamanda
kuning dan biru, Janda kaya ,Bunga raya, Bunga kertas dan Misai kucing. Manakala
tumbuhan lain mempunyai daun yang berwarna warni dan menarik antaranya adalah
Pokok puding, Dracaena, tumbuhan Acalypha, tumbuhan keluarga Araceae, Marantaceae
dan Agavaceae . Tumbuhan renek juga ada yang sesuai dijadikan pokok pagaran sebagai

contohnya pokok jenjarum dan pokok Eugenia (Syzygium campanulatum). Pokok


Eugenia juga boleh dibentuk kepada bentuk tertentu seperti bentuk kon dan empat segi.

Contoh Tumbuhan Hiasan Renek


i) Tunera Putih (Portulaca Grandisflora)

Nama Saintifik

: Portulaca Grandisflora

Nama Biasa

: Tunera Putih

Family

: Turneraceae

Asal

:?

Pembiakan

: Seks

ii) Dwarf Jamaican (Heliconia stricta)

Nama Saintifik

: Portulaca Grandisflora

Nama Biasa

: Dwarf Jamaican

Family

: Heliconiaceae

Asal

: Amerika Latin

Pembiakan

: Seks

iii) Klrorofitum (Chlorophytum comosum)

Nama Saintifik

: Chlorophytum comosum

Nama Biasa

: Klrorofitum

Family

: Liliaceae

Asal

: Afrika Selatan

Pembiakan

: Aseks

iv) Puding (Codiaeum variegatum)

Nama Saintifik

: Codiaeum variegatum

Nama Biasa

: Puding

Family

: Euphorbiaceae
6

Asal

: Afrika Selatan

Pembiakan

: Aseks

v) Janda Kaya (Mussaenda erythrophylla)

Nama Saintifik

: Mussaenda erythrophylla

Nama Biasa

: Janda Kaya

Family

: Rubiaceae

Asal

: Eastern and Central Africa,


Tanzania, Congo

3. Tumbuhan Memanjat
Tumbuhan memanjat (Jadual 1.5) biasanya akan memanjat pada kayu-kayu sokongan
yang dibina dalam bentuk para. Tumbuhan- tumbuhan ini boleh memberi teduhan dan
baik digunakan untuk menghias kawasan loronglorong berjalan kaki. Tidak kurang juga
tumbuhan memanjat ini yang mengeluarkan bunga yang menarik (Rajah 1.9 hingga 1.11).
Contoh Tumbuhan Memanjat
i) Tapak Kuda (Bauhinia lunarioides)
7

Nama Saintifik

: Bauhinia lunarioides

Nama Biasa

: Tapak Kuda

Family

: Fabaceae

Asal

: Chihuahuan desert

Pembiakan

: Aseks

ii) Velvet mesquite

(Prosopis velutina )

Nama Saintifik

: Prosopis velutina

Nama Biasa

: Velvet mesquite

Family

: Fabaceae

Asal

: southwest US and Mexico

Pembiakan

: Aseks

iii) Southern magnolia (Magnolia grandiflora )

Nama Saintifik

: Magnolia grandiflora

Nama Biasa

: Southern magnolia

Family

: Magnoliaceae
8

Asal

: North Carolina

Pembiakan

: Aseks

iv) Kembang Pagi

(Gloria Superba) )

Nama Saintifik

: Gloria Superba

Nama Biasa

: Kembang Pagi

Family

: Fabaceae

Asal

: India

Pembiakan

: Aseks

4. Tumbuhan Pinggiran Jalan dan Pembahagi Jalan


Tumbuhan-tumbuhan yang biasa ditanam di pinggiran jalan atau pembahagi jalan adalah
terdiri daripada pokok-pokok besar yang boleh memberi teduhan dan akar-akarnya tidak
merosakkan jalan, serta daundaunnya atau bunganya tidak mengotorkan jalan. Antara
pokok yang biasa digunakan untuk tujuan teduhan adalah pokok pukul lima atau juga
dikenali sebagai hujan-hujan. Pokok-pokok jenis palma juga banyak ditanam di pinggiran
9

jalan dan juga sebagai pembahagi jalan .Pokok palma sesuai ditanam sebagai pembahagi
jalan di mana ia mempunyai batang yang tegak dan tidak bercabang.

Contoh Tumbuhan Pinggiran Jalan dan Pembahagi Jalan


i) Cengkih (Syzygium aromaticum)

Nama Saintifik

: Syzygium aromaticum

Nama Biasa

: Cengkih

Family

: Myrtaceae

Asal

: Indonesia

Pembiakan

: Aseks

ii) Cempaka Kuning (Michelia Chempaca)

10

Nama Saintifik

: Michelia Chempaca

Nama Biasa

: Cempaka Kuning

Family

: Magnoliaceae

Asal

: Southeast Asia

Pembiakan

: Aseks

iii) Mexican fan palm (Washingtonia robusta )

Nama Saintifik

: Washingtonia robusta

Nama Biasa

: Mexican fan palm

Family

: Palmae

Asal

: northwest Mexico

Pembiakan

: Seks

iv) Queen palm (Syagrus romanzoffianum)

11

Nama Saintifik

: Syagrus romanzoffianum

Nama Biasa

: Queen palm

Family

: Palmae

Asal

: Brazil

Pembiakan

: Seks

v) Hurricane Palm (Dictyosperma album)

Nama Saintifik

: Dictyosperma album

Nama Biasa

: Hurricane Palm

Family

: Palmae

Asal

: Island of Mauritius

Pembiakan

: Seks

12

PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN


1. PEMBIAKAN SECARA SEKSUAL
Pembiakan secara seksual merujuk kepada pengeluaran anak benih menggunakan biji
benih yang bernas yang dihasilkan oleh sesuatu tumbuhan melalui sistem reproduktifnya.
Ini adalah kaedah utama tumbuhan membiak secara semula jadi. Kebanyakan tanaman
hiasan semusim dan dua musim dibiakkan dengan mudah menggunakan biji benih.
Rumput halaman juga biasanya dibiakkan melalui biji benih. Pembiakan menggunakan
biji benih biasanya murah dan mudah bagi menghasilkan anak pokok dalam jumlah yang
banyak. Penjagaan tumbuhan yang berasal daripada biji benih juga tidak begitu rumit.
Pembiakan secara seksual melibatkan pertukaran bahan genetik di antara dua induk untuk
menghasilkan satu generasi baru. Maka umumnya, anak pokok yang dihasilkan jarang
mempunyai sifat yang sama dengan pokok induk. Variasi genetik perlu jika tujuan
pembiakan adalah untuk mendapatkan baka baru yang mempunyai ciri yang berbeza atau
lebih elok daripada induknya. Walau bagaimanapun kaedah ini kurang sesuai jika tujuan
utama pembiakan ialah untuk mendapatkan tanaman yang sekata berdasarkan kepada ciri
yang terpilih. Biji benih adalah permulaan fizikal bagi pembiakan secara seksual. Ovul
yang terdapat di dalam ovari tidak akan menjadi biji benih, kecuali setelah sel gamet
betina yang terdapat di dalamnya bersatu dengan sel gamet jantan daripada debunga. Dua
proses penting iaitu pendebungaan dan persenyawaan perlu berlaku sebelum biji benih
terbentuk.
13

Kelebihan:

Murah dan menghasilkan banyak pokok


Menyediakan pokok penanti
Menghasilkan baka-baka baru
Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cergas berbanding pokok induk

Keburukan:

Tidak menurunkan baka yang tulin


Terdapat masa rehat (dormancy)
Masa yang panjang untuk matang
Bermusim

PANDUAN CARA MEMILIH BIJI BENIH

Bagi pokok semusim, pilih biji benih daripada pokok yang sihat, tidak terlalu
besar atau terlalu kecil

Buah yang dipetik hendaklah cukup masak

Bebas dari penyakit dan perosak

Biji benih perlu dikeringkan/disimpan di tempat yang sesuai

Bernas

MENYEMAI BIJI BENIH


Medium Penyemaian

Sabut terproses

Vermiculite

Perlite

pasir

Campuan bahan di atas

Langkah Penyemaian

Sediakan medium pasir sungai ke dalam bekas


Siram supaya medium lembap
14

Biji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3 bhg. pasir)
Tabur biji benih di atas permukaan medium
Biji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan siram semula
Bekas ditutup dengan plastik hingga benih bercambah

Cara Menyemai Dan Mengubah Biji Benih Halus

15

Menyemai Biji Benih Besar

Biji benih disemai ke dalam medium percambahan


sedalam 2 kali ganda garis pusat biji benih

Rawatan Percambahan Biji Benih

16

Pelelasan
Biji benih dirawat supaya telap air.
Merendam dalam air panas, asid
Stratifikasi
Proses melembutkan testa
Letak biji benih dalam timbunan pasir yang basah pada suhu turun naik
Vernalisasi
Satu proses yang menyebabkan biji benih mengeluarkan hormon untuk
percambahan
(letak pada suhu rendah)
Pemeraman
Merendam biji benih ke dalam air / menyimpan dalam beg plastik dengan
tujuan menanggalkan selaput biji benih
PENJAGAAN ANAK BENIH DI NURSERI
Selepas cambah, anak benih masih kecil dan lemah maka perlu di beri perhatian dan
penjagaan rapi agar anak benih terus membesar. Kelalaian boleh menyebabkan anak
benih mati. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah perlindungan, serta bekalan
air dan nutrien yang mencukupi kepada anak benih.
a) Perlindungan
Di peringkat awal tumbesaran, anak benih masih perlukan perlindungan di bawah tempat
yang teduh. Kemudian barulah dibiasakan kepada sinaran matahari secara beransur ansur.
Caranya ialah dengan meletakkan anak benih di luar untuk beberapa jam sehari untuk
tempoh beberapa hari. Cahaya penting, jika tidak anak benih akan tumbuh memanjang,
kurus dan lemah. Pergerakan udara di luar juga membantu menguatkan anak benih.
Apabila anak benih semakin besar perlu dibuat penjarangan, dengan membuang anak
benih yang lemah, supaya anak benih yang tinggal mempunyai ruang yang cukup untuk
membesar. Setelah cukup besar dan senang dikerjakan, anak semaian boleh dipindahkan
ke dalam polibeg atau pasu yang lebih besar.
b) Air dan Siraman
Anak benih perlu disiram apabila medium penyemaian mula kering. Yang pentingnya
ialah jangan terlebih atau terkurang air. Jika terlebih air, ruang udara di dalam medium
akan dipenuhi air. Jika berterusan demikian maka tiada ruang udara untuk merangsang
17

tumbesaran akar. Medium yang terlalu lembab juga boleh merangsang penyakit layu anak
benih (dampingoff) yang disebabkan kulat. Umumnya, jika medium penyemaian yang
digunakan sesuai dan kelembapan cukup hanya perlu siram setiap tiga ke lima hari sekali.
c) Pembajaan
Anak benih tidak memerlukan baja sehingga mula mengeluarkan daun pertama. Setelah
keluar daun pertama, bolehlah dimulakan memberi baja dalam bentuk larutan yang agak
cair (1/4 daripada kekuatan biasa). Lebih elok membaja dengan lebih kerap tetapi dalam
jumlah yang sedikit semasa anak benih masih kecil. Program pembajaan yang sesuai
ialah memberi baja dalam bentuk larutan cair (1/4 daripada kekuatan biasa) setiap
minggu selama sebulan. Selepas itu bolehlah diberi baja cecair pada kepekatan biasa
setiap dua minggu sekali.
PEMBIAKAN SECARA ASEKS
Pembiakan secara aseksual bermaksud pengeluaran anak pokok baru dari bahagian pokok
selain daripada biji benih. Kaedah ini menggunakan bahagian vegetatif pokok untuk
menghasilkan anak pokok yang serupa dari segi genetiknya seperti pokok induk atau
dengan kata lain menghasilkan klon. Keupayaan menghasilkan anak pokok yang lengkap
berasaskan dua sifat yang ada pada sel tumbuhan. Pertama sifat totipotensi iaitu setiap sel
tumbuhan yang hidup mengandungi maklumat genetik yang perlu untuk melengkap
bahagian tumbuhan sehingga membentuk anak pokok baru. Kedua, penyahbezaan iaitu
keupayaan sel yang telah membeza atau matang untuk kembali ke keadaan meristematik
atau muda untuk memulakanpertumbuhan baru. Kaedah pembiakan aseksual termasuk
menggunakan keratin ranting, daun dan batang, belahan rumpun, dan kaedah cantuman
seperti cantuman mata tunas, cantuman baji dan sandingan.
a) Keratan Batang atau Ranting, Daun dan Akar
Melalui kaedah keratan, bahagian vegetatif pokok seperti batang atau ranting, daun dan
akar dikerat dan diaruhkan pembentukan akar (pada keratan batang atau ranting) dan
kedua dua akar dan tunas (pada keratin daun dan akar) sehingga menghasilkan anak
pokok. Biasanya, sesuatutumbuhan itu boleh di biakkan dengan beberapa kaedah

18

menggunakan keratan. Kaedah yang dipilih bergantung kepada keadaan, biasanya, pilih
kaedah yang paling murah dan mudah. Untuk memulakan pembiakan, pokok induk perlu
pada tahap yang paling sihat dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki untuk diturunkan
kepada anak pokok. Kaedah keratin sesuai untuk kebanyakan tanaman hiasan dan buahbuahan.
Kebaikan:
Boleh mendapat pokok yang seragam
Menyerupai induk yang dipanggil klon
Cepat berbunga/berbuah
Boleh dibiak sepanjang tahun
Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa
Dapat membiak , tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji
Keburukan

Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virus


Tidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini

KAEDAH PEMBIAKAN
1. Secara semulajadi
RAYAPAN
BELAHAN
UMBISI
BEBAWANG
RIZOM
TUBER
2. Secara buatan
KERATAN
TUT
CANTUMAN

19

Rayapan & Tuber

Batang yang menjalar


di atas tanah
Episcia cuperata
Belahan & Rizom

20

Batang membesar
dalam tanah, ada mata
Caladium, kentang

Rumpun pokok dipisah


dari ibu
-Sanseveria

Batang yang tumbuh mendatar


dalam tanah
-Canna

Belahan
Dilakukan pada pokok yang berumpun

Pokok Induk

Tunas yang
dipisahkan

Umbisi (solid stem) & Bebawang (leaf scale)

21

Akar yang membesar


dalam tanah
Dahlia, Begonia

Lily, Amaryllis

Keratan
Pisahkan bahan tanaman daripada pokok induk, seterusnya tanam di atas medium
penyemaian seperti pasir, tanah gambut atau campuran bahan-bahan tersebut.
Keratan dahan atau batang
Keratan daun
Keratan akar

Menyemai Keratan Sederhana Keras

22

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Cantuman Tampal

23

Langkah 4

Cantuman (Dekatan dan Belahan)

24

Cantuman Baji Bunga Kertas

25

Langkah 1

Langkah 2

Lagkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Lagkah 6

Langkah 7

Langkah 8

Siap

Tut

26

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Selamat Mencuba
PENJAGAAN TANAMAN HIASAN

27

Kebanyakan tanaman hiasan dalam landskap perlukan penjagaan untuk terus hidup sihat
dan menarik seperti di Rajah 6.6. Penyiraman, pembajaan, pemangkasan, sungkupan dan
kawalan perosak serta penyakit yang teratur adalah perkara penting dalam program
pengurusan landskap yang bagus. Sesetengah tumbuhan seperti tanaman hiasan semusim
dan pokok bunga ros perlukan perhatian yang lebih, dengan bekalan air dan nutrien yang
mencukupi, dipangkas dan dibentuk selalu dan dikawal daripada perosak dan penyakit
agar berbunga lebat. Walau bagaimanapun, tumbuhan seperti rumput hiasan, jika ditanam
di lokasi yang sesuai dan setelah tumbuh secara merata tidak memerlukan penjagaan
yang begitu rapi. Pengurusan tanaman hiasan menjadi bertambah rumit jika lokasi untuk
sesuatu tanaman itu tidak begitu sesuai, umpamanya kurang saliran air atau kurang
cahaya, ataupun pokok tidak ditanam dengan betul, sama ada terlalu dalam atau terlalu
cetek. Penanaman landskap dengan pengurusan yang minima (kurang baja, kurang air
dan kurang racun perosak) tanpa mengorbankan kualiti dan kecantikan yang diidamkan
adalah konsep yang paling popular masa kini. Cara ini bukan sahaja menjamin
persekitaran yang bersih dan sihat bahkan menjimatkan masa dan wang ringgit.

Penyiraman dan Sungkupan


a) Penyiraman
Tanaman hiasan memerlukan bekalan air yang mencukupi di peringkat awal
pertumbuhan. Apabila telah tumbuh dengan sempurna, kebanyakan tanaman hiasan boleh
hidup untuk beberapa hari malah sesetengahnya hingga berminggu, tanpa siraman atau
pengairan. Penyiraman yang berlebihan terutama bagi tanaman hiasan yang tahan pada
kekeringan boleh memudaratkan pokok tersebut. Petunjuk yang bagus untuk menentukan
28

sama ada penyiraman diperlukan atau tidak adalah tanaman itu sendiri. Apabila daun
kelihatan mula layu ataupun warna hijaunya semakin pudar itu tandanya perlukan
siraman. Pokok jenis semusim dan saka herba perlukan siraman yang lebih kerap maka
tumpukan pada pokok-pokok tersebut dan kurangkan siraman pada yang lain. Cara ini
menjimatkan air, masa, kos dan tenaga. Untuk mengelakkan pembaziran air, siram secara
perlahan pada pangkal pokok sehingga tanah basah menggunakan hos ataupun sistem
pengairan titik ataupun sistem microsprinkler. Masa yang paling sesuai untuk menyiram
tanaman adalah di waktu petang atau di awal pagi. Adalah merugikan jika menyiram di
waktu tengah hari kerana sehingga 30% air akan hilang melalui penyejatan. Selain
daripada tanaman itu sendiri, keperluan air juga bergantung kepada jenis tanah,
kandungan lembapan yang sedia ada di dalam tanah dan keadaan ketika itu sama ada
musim kering atau hujan. Penyiraman perlu dilakukan sekurang kurangnya dua ke tiga
kali seminggu pada musim kurang hujan ataupun di tempat-tempat yang terlindung
daripada hujan.
b) Sungkupan
Sungkupan ialah penutupan permukaan tanah di sekeliling pangkal pokok dengan bahanbahan seperti rumput kering, lalang kering, jerami padi dan plastik hitam (Rajah 6.7).
Sungkupan yang paling bagus adalah yang berasaskan bahan organik, bertekstur
sederhana halus dan tidak memadat. Letakkan sungkupan setebal 5 ke 8 cm di sekeliling
pangkal pokok, luasnya melebihi sedikit dari kawasan kanopi pokok. Sungkupan penting
kerana membantu mengurangkan kehilangan air dalam tanah dan dengan itu pokok tidak
perlu disiram selalu, menghalang pertumbuhan rumpai, mengelakkan penyakit bawaan
tanah tertentu terutama pada daun dan menstabilkan suhu tanah agar akar terlindung
daripada suhu yang ekstrim. Di samping itu, bahan organik pada tanah akan bertambah
jika bahan organik digunakan sebagai sungkupan. Sungkupan juga dapat mengasingkan
rumput turf daripada pokok hiasanlain, serta menghalang mesin rumput daripada
mencederakan batang pokok hiasan.

29

Sungkupan
Membaja dan Memangkas
a) Membaja
Pembajaan penting dalam pengurusan landskap, terutama di kawasan bandar kerana
tanah permukaan yang kaya dengan nutrien telah terhapus semasa proses pembangunan.
Pembajaan membekalkan unsur-unsur nitrogen, fosforus, kalium dan sebagainya kepada
tanaman. Terdapat pelbagai produk baja di pasaran dan dalam pelbagai bentuk sama ada
bentuk debu, cecair, bebutir, kapsul, pellet dan sebagainya. Tidak kira dalam bentuk apa
pun, yang pentingnya pokok memerlukan nutrien. Walau bagaimanapun, baja berbeza
dari segi kandungan dan kadar pelepasan nutriennya. Jenis baja yang dipilih bukan sahaja
berdasarkan kos malah perhatian perlu diberi terhadap jenis pokok yang hendak dibaja,
kandungan nutrien yang sedia ada di dalam tanah dan bentuk pertumbuhan yang
diinginkan. Baja cecair atau baja larut-air, umpamanya sesuai dibekalkan kepada tanaman
semusim atau tanaman saka herba sejurus selepas dipindahkan ke taman kerana
nutriennya mudah diserap dengan cepat oleh pokok. Sementara tanaman hiasan berkayu
menyimpan nutrien yang mencukupi di dalam akarnya maka sesuai dibekalkan dengan
slow-release fertilizer. Baja organik seperti tahi ayam, tahi lembu dan kompos sesuai juga
digunakan.
b) Cara Melakukan Pembajaan
(i) Menabur
Tabur baja di bawah sudut pokok.
Gembur tanah supaya baja mudah bergaul dengan tanah dan siram.
30

Menggembur dan menyiram dapat mengelakkan baja dibawa oleh air ketika hujan
lebat.
Sesuai untuk baja berbutir atau debu.
(ii) Alur
Letakkan baja di dalam alur kecil yang digali di bawah hujung kanopi di
sekeliling pokok.
Kambus semula alur dan siram.
Sesuai untuk baja jenis berbutir atau debu.
(iii) Poket
Gali lubang-lubang kecil di bawah kanopi di sekeliling pokok, jarak di antara 4560 cm dan kedalaman lubang lebih kurang 15 cm.
Letak baja di dalam setiap lubang, kambus semula dan siram.
Sesuai untuk baja berbutir, debu dan kapsul.
(iv) Suntikan atau tebukan batang
Untuk keadaan tertentu seperti akar pokok telah rosak dan tidak dapat mengambil
baja dengan baik.
Lubang boleh ditebuk pada batang dan masukkan baja kapsul ke dalam lubang.
Baja cecair boleh disuntik dengan alat khas ke dalam batang.
c) Memangkas
Memangkas bermaksud memotong bahagian-bahagian tertentu tumbuhan.
Tanaman hiasan dipangkas untuk beberapa tujuan:

Untuk mendapatkan sesuatu bentuk atau saiz yang diingini.


Untuk membuang dahan atau ranting yang mati, rosak atauberpenyakit.
Untuk menggalakkan pertumbuhan baru yang cergas, pembungaandan

pengeluaran buah.
Untuk mengawal pertumbuhan pokok yang semakin besar sehingga menutupi

pokok lain atau melindungi pemandangan .


Untuk mengurangkan kadar transpirasi terutama apabila hendak memindahkan
pokok besar.

31

Perlindungan Tanaman
a) Kawalan Rumpai
Rumpai di taman hiasan landskap boleh dikawal secara mekanikal menggunakan tangan,
sungkupan (termasuk penggunaan plastik hitam atau fabrik landskap) atau secara kimia
menggunakan racun rumpai. Racun rumpai pracambah digunakan untuk mengawal
rumpai di peringkat awal sebelum percambahan biji benih rumpai. Racun rumpai pasca
cambah adalah untuk menghapuskan rumpai yang telah established.
b) Kawalan Perosak dan Penyakit
Tanaman landskap mudah diserang pelbagai serangga perosak dan penyakit. Serangga
merosakkan tanaman dengan memakan bahagianbahagian tumbuhan atau menghisap
cecair sel tumbuhan, di samping membantu penyebaran penyakit. Penyakit pokok
biasanya disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus. Antara kawalan yang berkesan ialah
dengan menggunakan semburan racun makhluk perosak seperti racun serangga dan racun
kulat (fungicides).Walau bagaimanapun, kaedah yang lebih selamat ialah melalui
kawalan biologi. Antara panduan yang boleh diikut dalam mengawal serangga perosak
dan penyakit:
Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang serangga perosak atau
penyakit.
Ikuti program pengurusan yang betul untuk menjamin kesihatan tanaman
Awasi tanaman secara berkala untuk sebarang masalah perosak dan penyakit.
Pengesanan awal dapat menyelamatkan pokok.
Mencari kaedah diagnosis yang betul berdasarkan simptom serangan serangga
atau penyakit yang dilihat pada pokok.

RUJUKAN
Acquaah, George (2004). Horticulture principles and practices,. Upper Saddle
River, New Jersey 07458: Pearson Prentice Hall.
Mustafa Kamal Mohd. Shariff (2002). Hortikultur hiasan dan landskap. Kuala
32

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Hill W. F. (1995). Landscape handbook for the tropics. United Kingdom: Garden
Art Press.
Agriquest, Malaysian Agricultural Directory and Index (2006). Kuala Lumpur:
Aagriquest Sdn Bhd, Petaling Jaya,.
http://floridaturf.com/bermuda/origins.htm
http://www2.ctahr.hawaii.edu/sustainag/CoverCrops/bermuda_grass.asp
http://www.hort.purdue.edu/newcrop/duke_energy/Cynodon_dactylon.html
http://www.fao.org/ag/aga/agap/frg/afris/Data/60.HTM
http://www.fao.org/ag/AGP/AGPC/doc/Gbase/data/pf000208.htm
http://www.intlseed.com/documents/info_bermudagrass.htm
http://edis.ifas.ufl.edu/AA221
http://www.cpes.peachnet.edu/fat/bermudagrass.htm
http://www.forages.css.orst.edu/Topics/Species/Grasses/Bermudagrass/Cultivars.ht
ml
http://www.fao.org/ag/AGP/AGPC/doc/GBASE/data/Pf000180.HTM
http://www.fao.org/ag/AGA/AGAP/FRG/AFRIS/Data/33.HTM
http://www.aciar.gov.au/web.nsf/doc/JFRN-5J476S
http://www1.unne.edu.ar/cyt/agrarias/a-009.pdf
http://www.ub.es/botanica/cromopar/cro-out.pdf

33

Anda mungkin juga menyukai