Anda di halaman 1dari 35

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN


SEKOLAH MENENGAH 2015

TAJUK:
Zea mays TURBO 100
(MESIN MENGASINGKAN BIJI JAGUNG DARI TONGKOLNYA) inovasi
kearah masyarakat Malaysia memilih jagung sebagai sumber karbohidrat
utama negara.

DIHASILKAN OLEH:
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK 2015

KANDUNGAN
Bil.

Perkara

PENGENALAN PROJEK
1
2
3
4

Muka Surat

Tajuk
Latar Belakang
Objektif
Kos Projek

2
2-3
3
3

PERNYATAAN MASALAH
1
2
3
4
5

Permasalahan
Analisis permasalahan
Kaedah dan Teknik Pemilihan Masalah
Rasional Pemilihan Projek
Penyataan Masalah

4
4-5
5-6
6
7

PROSES PELAKSANAAN PROJEK


1
2
3
4
5

Jawatankuasa Pelaksanaan
Sumber Dana
Jalinan Kerjasama
Proses Kerja
Buku Log

8-10
11
11
12-18
Lampiran 1

PENILAIAN PROJEK(KEMENJADIAN PROJEK)


1
2
3
4
5

Tinjauan/Kajian Literature
Penambahbaikan Yang Dilakukan
Perubahan Yang Dilakukan Selepas Projek Inovasi
Nilai Komersial
Akuan dan Kesahan

20-26
26
26
26
27-31

KESIMPULAN PROJEK
1

a) Menyenaraikan Masalah dan Kekangan


b) Kaedah Penyelesaian
c) Tindakan Susulan
d) Rumusan Projek
e) Cadangan Penambahbaikan/Evolusi

32
32
32
32
32

A) PENGENALAN PROJEK
1. Tajuk
Zea mays Turbo 100 ialah nama yang diberikan kepada mesin pelerai biji jagung dari
tongkolnya yang dicipta oleh Persatuan Sains dan Matematik sempena pertandingan Projek
Inovasi Kelab dan Persatuan Sekolah- sekolah Menengah.
Maksud Zea mays Turbo 100 ialah Zea mays bermaksud nama saintifik yang diberikan
kepada jagung. Turbo pula melambangkan mesin dapat mempercepatkan kerja peleraian biji
jagung manakala 100, membawa maksud siri mesin yang boleh dievolusikan pada masa akan
datang kepada siri 200, 300 dan seterusnya.
2. Latar Belakang
Penyertaan kepada pertandingan inovasi adalah untuk memastikan generasi muda
Malaysia berdaya saing dalam era globalisasi melalui program inovasi kelab dan persatuan.
Melalui program ini juga diharapkan dapat melatih dan membentuk pemikiran aras tinggi
dikalangan pelajar.
Projek inovasi SMK Saujana Indah pada tahun 2015 memilih jagung sebagai simbol
utama penjana idea.Jagung memiliki nama latin Zea mays L. dari suku gramineae. Tanaman
ini berasal dari Amerika Latin.
Kenapa jagung dipilih?, pemilihan jagung dibuat kerana didapati masyarakat Malaysia
semakin ramai yang mengalami masalah kesihatan berkaitan tabiat pemakanan tidak sihat.
Penemuan yang dibuat oleh para penyelidik mendapati jagung kaya dengan khasiat
semulajadi yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan lebih sihat.
Zea mays Turbo 100 dicipta adalah sebagai inovasi kepada masyarakat untuk
memudahkan proses peleraian biji jagung yang diharapkan akan dapat menarik minat
masyarakat memilih jagung sebagai sumber utama karbohidrat negara jika ada teknologi yang
dapat membantu dan mempercepatkan proses peleraian biji jagung supaya proses
penyediaan makanan berasaskan jagung dapat dipermudahkan.
Adakah mesin pelerai biji jagung pernah dibina sebelum ini? Ya pernah dibina, tetapi
Zea mays Turbo 100 mempunyai keunikan yang tersendiri kerana dicipta berdasarkan
beberapa prinsip

Tidak membahayakan pengguna


Tahan lasak dan berkualiti
Sesuai digunakan oleh surirumah atau peniaga
Boleh terus diinovasi
Menggunakan bahan-bahan terpakai

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan borong soal selidik yang diedarkan kepada
pengguna yang dibuat pada hari kerja lapangan 27 Ogos 2015 dikalangan warga SMK
Saujana Indah mendapati 75% dari mereka telah bersedia untuk menjadikan jagung sebagai
sumber karbohidrat utama. Diharapkan penciptaan Zea mays Turbo 100 dapat membantu
kearah merialisasikan hasrat mereka.
3. Objektif
Antara objektif penghasilan Zea mays Turbo 100 ialah;
1
2
3
4
5

Membentuk budaya mencipta untuk kemajuan negara.


Melahirkan pelajar yang mempunyai kebolehan berfikir aras tinggi.
Melatih pelajar berkeupayaan mengolah untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Mempunyai sikap berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui penciptaan.
Mengelakkan risiko kecederaan dengan menggunakan hasil ciptaan yang berkualiti
dan menitik beratkan aspek keselamatan.
6 Menjimatkan masa dan tenaga
7 Amalan gaya hidup sihat
4. Kos projek
Bil.

Alatan

Unit

Kos/Harga

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

Motor berkuasa 200W


Kotak Kawalan
Pengapit Pelaras
Pelongsor Pisau
Rangka asas
Mata tembaga
Pisau
Dulang
Penghadang
Plug dan kabel
JUMLAH

1
1
1
1
1
2
1
1
1
1
11

RM 200
RM 10
RM 18
RM 30
RM 30
RM 30
RM10
RM 5
RM 10
RM 10
RM 353

B) PERNYATAAN MASALAH
1. Permasalahan
1 Kebanyakan jagung yang digunakan oleh pengusaha makanan berasaskan jagung dan
surirumah ialah jagung sejuk beku atau jagung di dalam tin. yang dikuatiri hilang zat-zat
akibat dari kaedah simpanan tersebut. Jadi adalah amat merugikan jika menyeru
masyarakat untuk mengambil jagung sebagai sumber karbohidrat utama tetapi tidak
mengandungi khasiat yang sepatutnya.
2 Masa yang diambil terlalu lama untuk mengasingkan biji jagung dari tongkolnya akan
menyebabkan masyarakat hilang minat untuk menyediakan makanan berasaskan
jagung segar.
3 Obesiti dalam kalangan yang mengambil beras sebagai sumber karbohidrat utama.
4 Kekurangan pilihan makanan yang lebih sihat untuk kesihatan awam/pelajar pada
waktu rehat.
2. Analisis permasalahan
1.

Bukan hanya kaya serat, jagung juga sumber karbohidrat kompleks, dan
sejumlah zat gizi lainnya seperti vitamin B, dan C, karoten, kalium, zat besi,
magnesium, fosforus, omega 6, dan lemak tak tepu yang dapat membantu
menurunkan kolesterol.
Beberapa khasiat jagung

Menjaga kesihatan mata


lutein dan zeaxanthin merupakan bahagian dari karotenoid yang membentuk pigmen
kuning di retina dan menyerap sinar biru, sinar berbahaya dari matahari, penyebab
katarak.

Menurunkan berat badan


Serat kasar pada jagung memberi rasa kenyang yang lebih lama sehingga sesuai
untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Serat kasar ini juga dapat
mencegah sembelit.

Melancarkan air kencing


Jagung kaya kalium yang bersifat diuretik sehingga dapat mengatasi iritasi saluran
kencing, menurunkan kadar sakit urat dan mencegah batu karang di ginjal.

Mencegah kanser
Dari penelitian yang dilakukan Louisiana State University, mereka yang rajin makan
jagung terbukti jarang terkena kanser usus besar, payudara, dan prostat. Besar
kemungkinan ini berpunca daripada kandungan betakaroten dan serat yang tinggi.
Jagung juga mengandung protease inhibitor yang dapat mencegah pembentukan sel
yang tidak normal.

Mencegah gigi berlubang


Penelitian yang dilakukan di 47 negara yang penduduknya rajin mengambil pati jagung,
gigi mereka ternyata jarang berlubang.
4


Jantung Koronari
Penelitian di Illionis State University menunjukkan, penduduk yang menjalani diet
rendah lemak, dan makanannya ditambah 20 g jagung setiap hari selama 6 minggu,
kadar trigliserida akan (salah satu jenis lemak penyebab penyakit jantung) turun hingga
13%. Sementara penelitian di University of Southern California menunjukkan, mereka
yang tinggi kadar lutein dalam darah dapat mencegah penambahan plak di arteri
jantung. Serat larutnya berkhasiat menurunkan kolesterol. Kandungan asam folatnya
menurunkan kadar homosistein (kadar homosistein yang tinggi dapat mengakibatkan
serangan jantung).

Diabetes Mellitus (Kencing Manis) Jagung yang memiliki indeks glikemik yang
rendah tidak serta merta menaikkan kadar gula darah terutamanya oleh penderita
diabetes mellitus. Kandungan Gizi dalam 100gram jagung: Energi 129 kal Protein 4,1 g
Lemak 1,3 g Karbohidrat 30,3 g Serat 2,9 g Kalsium 5 g Fosfor 108 mg Besi 1,1 mg
Vitamin A 117 IU Vitamin B1 0,18 mg Vitamin C 9 mg Air 63,5 g
2.

Secara kebiasaannya masyarakat menikmati jagung secara menggigit terus biji


Jagung dari tongkolnya, amalan ini dikhuatiri akan menyebabkan gigi mengalami keroskan
seperti patah dan sumbing. Jika menggunakan pisau masa yang diambil untuk
mengasingkan jagung lebih dari seminit dan amat bahaya kerana pisau yang digunakan
berkemungkinan akan melukakan jari jika cuai.

3.

Sumber karbohidrat utama di Malaysia sekarang adalah beras, jika ingin menukar
sumber ini jagung adalah paling sesuai kerana memiliki kelebihan untuk tumbuh subur
dikawasan beriklim seperti di Malaysia dan mengandungi khasiat semulajadi yang akan
dapat membantu manusia untuk hidup lebih sihat.

4.

Apabila tinjaun di kantin sekolah dijalankan sumber karbohidrat yang boleh dipilih
oleh pelajar samada nasi ataupun roti. Pelajar tidak mempunyai pilihan yang pelbagai
dalam pemilihan sumber karbohidrat mereka.

3. Kaedah dan Teknik Pemilihan Masalah


Pelbagai kaedah dijalankan untuk menghasilkan satu projek yang terbaik yang dapat
memberi satu inovasi dalam kehidupan harian kearah memilih jagung sebagai sumber
karbohidrat utama. Penyelidikan dijalankan melalui :
a)Buku
Buku-buku yang berkaitan digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan projek ini
dengan lebih terperinci dan lengkap untuk dijalankan. Buku berkaitan litar elektrik banyak
membantu bagi memastikan hasil rekaan dapat berfungsi.
b) Internet
Pencarian maklumat melalui laman sesawang dan carian di internet banyak membantu
projek ini untuk mendapatkan maklumat. Ini kerana, melalui media ini maklumatmaklumat
yang lebih meluas dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.
c)Perbincangan penyelia
Perbincangan dengan penyelia dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan
maklumat yang diperolehi menepati keperluan projek. Perkara yang tidak difahami dan
5

masalah yang dihadapi dapat dijelaskan oleh penyelia melalui perbincangan yang
diadakan. Perbincangan dengan penyelia ini juga perlu bagi melihat perjalanan kerja
yang
dilakukan sepanjang projek ini dijalankan.
d)Sesi temuramah
Sesi temuramah dengan mentor untuk projek kali ini, seorang pekerja Alno Industry Sdn.
Bhd. iaitu Encik Ahmad Tamizi bin Murad untuk mendapat maklumat berkenaan dengan
projek yang dijalankan serta proses-proses yang terlibat dengan lebih terperinci untuk
mereka projek tersebut.
e) Tinjauan dan kajian literatur
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat ramai surirumah dan pengusaha makanan
yang menggunakan pisau untuk memisahkan biji-biji jagung dengan cara yang sangat
merbahaya dan lambat. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam keselamatan mereka
untuk melakukan kerja tersebut. Sehubungan dengan itu, kami daripada pasukan inovasi
kelab Sains dan Matematik SMK Saujana Indah bercadang untuk menghasilkan projek
yang dapat memudahkan para penjual makanan yang berasaskan jagung untuk
memisahkan biji biji jagung daripada tongkolnya.
4.Rasional Pemilihan Projek
Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi beserta arus pemodenan dalam
bidang teknologi, kini sebuah mesin untuk memisahkan biji jagung daripada tongkolnya akan
diinovasikan bagi memudah dan menjimatkan masa yang untuk para penjual makanan yang
berasaskan jagung. Terdapat banyak kepentingan dan impak yang dapat diperoleh daripada
projek atau mesin yang akan diinovasikan oleh kami. Antaranya ialah:
a)
b)
c)
d)

Melahirkan pelajar yang mampu menghasilkan ciptaan bagi menyelesaikan masalah


dalam kehidupan.
Mempercepatkan proses untuk memisahkan biji jagung dari tongkolnya dengan risiko
kecederaan yang rendah semasa mengendalikan alat.
Membantu masyarakat memilih jagung sebagai sumberkarbohidrat utama negara.
Mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemilihan pemakanan yang tepat dan wajar.

5. Pernyataan Masalah
Penyataan masalah menggunakan konsep target,object, place dan purpose
digunakan.

TargetMenghasilkan mesin yang dapat mengasingkan jagung dari tongkolnya


ObjectMenggunakan bahan kitar semula atau terpakai
PlaceDapat digunakan oleh surirumah di rumah dalam proses penyediaan makanan
harian atau pengusaha makanan dapat menggunakannya dalam penyediaan bahan
untuk jualan.
Purpose
Ringan dan mudah di bawa ke mana mana serta selamat digunakan.

C) PROSES PELAKSANAAN PROJEK


1 Jawatankuasa Pelaksanaan
Jawatankuasa Induk Inovasi Kelab dan Persatuan SMK Saujana Indah
Pengerusi
Abdul Rahim bin Affandi
Pengetua SMK Saujana
Indah
Naib Pengerusi
Mohd Zaidi bin Mohd
Zain
Penolong Kanan
Kokurikulum SMK
Saujana Indah
Setiausaha
Nor Azian binti Ismail

AJK
Adura Hani binti Abdul Ghani
Nor Rahayu binti abdul Rahman
Noor Liza binti Mohd Ali
Siti Khalijah binti Abdul Ghani

Jawatankuasa Pasukan Inovasi Kelab dan Persatuan


Persatuan Sains dan Matematik
Pengerusi
Muhammad Hafiz bin Azman Suhaili

Naib Pengerusi
Noor Alisya Hazleen binti Noor Azazi

Setiausaha
Nurfarhana Yasmin binti Mokhtar

Bendahari
Nurul Aiman Syamimi binti Mokhtar

AJK
Nasyuha binti Moktharuddin
Tengku Saidatul Najihah binti Tg Mohd
Yaacob
Muhammad Yusuf bin Mohamad Razip
Muhammad Izzat Haris bin Abu Bakar
Abdul Hannan bin Abdul Rahman
Mohamad Nabil Qodri bin Sobri
Muhammad Azim Nazhan bin Mohd Nazir

Semua ahli Persatuan Sains dan


Matematik
9

Jawatankuasa pelaksanaan pasukan inovasi Persatuan Sains dan Matematik


Bil
1

Jawatan
Pengerusi

Peranan
Mengurus

Naib Pengerusi

Membantu Mengurus hal-hal


berkaitan
pendokumentasian

Setiausaha

Menyediakan Laporan
Projek

Bendahari

Menyediakan Belanjawan
dan Laporan Perbelanjaan

AJK

Fotografi
Pembantu Jualan

Ahli

Penjana idea awal

10

Perincian Peranan
Memastikan ahli-ahli lain
menjalankan tugas masingmasing mengikut peranan
yang telah ditetapkan
Membantu guru
menguruskan keperluan
pasukan
Melatih pasukan
pembentang bersama-sama
guru
Memastikan catatan
perkaitan perlaksanaan
projek di catatatkan di dalam
buku log
Memantau laporan projek
Menyediakan surat-surat
berkaitan

Menyediakan Laporan projek


mengikut spesifikasi yang
ditetapkan
Menyiapkan Laporan
sebelum tarikh yang
ditetapkan
Memastikan perbelanjaan
tidak melebihi budget yang
telah ditetapkan
Menyediakan Laporan pada
setiap kali perjumpaan
Merekod setiap perbelanjaan
yang dibuat
Bergilir-gilir merkamkan foto
pada setiap kali perjumpaan
dan perlaksanaan projek
Membantu pada hari jualan
kerja lapangan
Membersihkan kawasan
Menyimpan segala peralatan
yang telah digunakan
Setiap ahli perlu mengemukakan
idea awal dalam proses mencari
projek yang sesuai untuk
dilaksanakan.

2. Sumber Dana
Pendapatan
Bil
.
1

Pinjaman Koperasi

RM400.00

Jumlah

RM400.00

1. Pihak Sekolah membenarkan penggunaan peralatan dari Bengkel Kemahiran Hidup.


2. Fazi Jaya Enterprise, pengusaha kantin SMK Saujana Indah menyediakan peralatan dan
tempat secara percuma semasa hari kerja lapangan.
3. Koperasi SMK Saujana Indah menyumbang sebuah buku kulit keras untuk dijadikan
buku Log dan Pinjaman RM400.
4. Sumbangan Ibu bapa Pelajar dalam pembelian plastik keras untuk proses
Pengubahsuaian.
5. Sumbangan bahan mengimpal dan pinjaman peralatan oleh Mentor En.Ahmad Tamizi
bin Murad pekerja Syarikat ALNO INDUSTRY SDN.BHD.

3. Jalinan Kerjasama
Pihak terlibat

catatan

Bil
1

Ahli Kelab

Komuniti Sekolah

PIBG- Sarana ibu bapa

Komuniti Luar- kantin


Sekolah
Fazi Jaya Enterprise

Dikehendaki memikirkan satu projek untuk


setiap orang
12 yang terbaik akan dipilih sebagai ahli
pasukan inovasi untuk mewakili persatuan Sains
dan Matematik .
Pinjaman kemudahan bengkel kemahiran
hidup untuk melaksanakan projek
En. Mohamad Razip iaitu ayah kepada
ajk Muhammad Yusuf bin Mohamad
Razip menyumbang sekeping plastik
tebal bernilai Rm80 untuk proses
pengubahsuaian.
Menyediakan kelengkapan lengkap
seperti gas memasak, dapur dan
peralatan lain semasa hari kerja
lapangan
11

Mentor-Pekerja Kilang
ALNO INDUSTRY SDN
BHD

Menjadi Mentor dalam proses menjana


idea dan membaiki hasil ciptaan
Menyumbang kelengkapan mengimpal
dan pinjaman peralatan membentuk dan
memotong besi.

4. Proses Kerja

Proses kerja menghasilkan Zea Mays Turbo 100


1. Melakar idea awal
2. Mencari mentor untuk membantu dalam memberi khidmat nasihat
3. Lakaran idea awal dibaiki supaya dapat dilaksanakan dengan bantuan nasihat dan
kepakaran mentor
4. Membeli barang-barang yang diperlukan dengan menekankan penjimatan dan kitar
semula.
5. Membina mesin dan mendapatkan bantuan mentor sekiranya mnghadapi kesukaran
dalam proses membina.
6. Menyiapkan mesin.
7. Menguji kualiti mesin dilapangan.
8. Menyediakan Laporan

12

Proses menghasilkan Zea mays Turbo 100

Pembelian bahagian-bahagian mesin dari kedai barangan lusuh, Mooi See Sdn Bhd, Lot
868, Jalan Juru Mukim 13,Juru,14100 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Proses memotong dan membentuk kepingan besi tahan karat untuk menghasilan
rangka komponen dan rangka asas. Bantuan mentor diperlukan untuk menggunakan
13

peralatan dan penghasilan bahagian-bahagian yang memerlukan kemahiran tinggi dan


berbahaya.

Proses mengimpal rangka komponen dan rangka asas dilakukan sejurus selesai
proses memotong. Mentor membimbing dan membantu dalam proses mengimpal
kerana proses ini memerlukan kemahiran yang tinggi.

14

Rangka asas yang dihasilkan dengan bimbingan mentor, diletakkan bolt dan nuts
untuk dipasang bahagian-bahagian mesin yang lain.

Pengepit pelaras yang dibeli tersedia dari kedai barangan lusuh dipasang pada rangka
komponen.

15


Pengepit pelaras bersama rangka komponennya tadi di lekatkan pada rangka asas

Kotak kawalan kelajuan dan suiz dipasangkan dengan pendawaian untuk disambung pada
motor

Motor dilekatkan pada rangka komponen untuk menstabilkan kedudukan. Mata tembaga
berongga dilekatkan pada motor.
16

Motor dilekatkan pada kerangka asas.

Rangka komponen dilekatkan dengan pelongsor pisau dan seterusnya kepada rangka asas
17

Besi tahan karat dipotong, dibentuk dan diasah sedikit dihujung seterusnya sambungkan
pemegang yang dibuat daripada plastik.

Akhirnya pasangkan pisau pada besi gelongsor dan mesin siap sedia untuk
digunakan. Bahagian tambahan pada mesin seperti dulang pengumpul dan
penghadang jagung turut disediakan berasingan dari mesin utama sebagai
eksosori.
18

Carta alir pengoperasian Zea mays Turbo 100

Mula

Letakkan tongkol
jagung yang ingin
diasingkan pada
pelaras
ON motor

Laraskan pisau

Tamat

5. Buku log
Rujuk Lampiran 1

19

D) PENILAIAN PROJEK
1. Tinjauan/ kajian literature

Pelaporan Kerja Lapangan Zea mays Turbo 100


Tarikh:27 Ogos 2015

Dalam menjalankan kajian untuk menguji kecenderungan masyarakat dalam memilih


jagung sebagai sumber karbohidrat utama satu borang soal selidik disediakan dan satu jualan
jagung dibuat dikantin sekolah melalui persetujuan pihak kantin. Di sini kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada Fazi Jaya Enterprise pengusaha kantin sekolah kerana
membenarkan penggunaan ruang di kantin .
Borang soal selidik diedarkan kepada pelanggan. Sebanyak 97 keping borang telah
disediakan bersamaan jumlah cawan jagung yang akan dijual. Dapatan soal selidik di
huraikan dalam bahagian seterusnya.
Dua guni jagung di beli dari pembekal dengan harga Rm90 seguni. Tujuan pembelian 2
guni jagung bagi menguji ketahanan mesin memproses jagung secara berterusan tanpa henti
atau mengalami kerosakan.
Jagung dibuang kulit terlebih dahulu dan dileraikan bijinya dengan menggunakan Zea
Mays Turbo 100. Setelah itu jagung dimasak dengan menggunakan teknik kukus.Untuk
menarik minat pembeli ditambahkan sedikit garam, susu pekat, planta dan mayonis untuk
menambahkan lagi kesedapan jagung.
Respon dari pembeli diluar jangkaan, jualan tidak mampu memenuhi pemintaan.Dua
guni jagung berjaya terjual dalam masa 40 minit rehat pertama dan kedua. Potensi jagung
sebagai sumber karbohidrat utama tidak dapat disangkal lagi kerana jagung mempunyai daya
tarikannya yang tersendiri. Pelanggan mengisi borang soal selidik yang disediakan untuk
mengetahui kecenderungan mereka dalam memilih jagung sebagai sumber karbohidrat utama
negara.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang kerja lapangan dijalankan.

20

Dua guni jagung dibeli dari pembekal

Pasukan Inovasi mengasingkan kulit jagung

Sebahagian dari jagung yang telah sedia untuk

Zea Mays Turbo 100 menjalankan fungsinya

dileraikan biji dari tongkolnya

dengan cemerlang.

21

Biji jagung yang telah diasingkan dikukus

Resepi difikirkan bersama untuk menyerlahkan


Lagi keenakan jagung asli.

Wajah-wajah pelanggan yang berpuas hati

22

Laporan soal selidik


Tujuan: Untuk mengetahui pendapat masyarakat mengenai kecenderungan untuk memilih jagung
sebagai sumber karbohidrat utama.

Cara soal selidik dijalankan: menggunakan borang soal selidik dan diedarkan kepada pelanggan
yang membeli jagung kukus semasa kerja lapangan Zea mays turbo 100.

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK YANG DIGUNAKAN


BAHAGIAN A : Maklumat Demografi
Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.
1

Jantina

i.Lelaki

ii. Perempuan

Umur

Tahun

Bangsa

i.Melayu
iii.Cina

Matapelajaran Yang diminati

5.

Tinggi

Berat

Kg

Tempat Tinggal

i.Kampung
iii.Flat
v.Quaters

ii.Perumahan/Taman
iv.Rumah Kedai

Jawatan di sekolah

i.Pengawas
iii.Ketua Tingkatan
v.Pelajar Biasa

ii.Pengawas Pusat Sumber


iv.Penolong Ketua Kelas

ii.India
iv.Lain-Lain

cm
BMi

Bahagian B : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden


Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.
1) Adakah anda tahu maksud karbohidrat

YA

2) Makanan manakah yang mengandungi karbohidrat

AYAM

3) Apakah sumber karbohidrat yang biasa dimakan

NASI
MEE

23

TIDAK
TELOR

JAGUNG

ROTI
KEKACANG
JAGUNG
4) Adakah anda telah rasa jagung kukus tadi

YA

TIDAK

5) Adakah rasanya lazat

YA

TIDAK

6) Jika diberi pilihan mahukah anda menukar sumber karbohidrat utama kepada jagung (berikan sebab)
YA kerana
TIDAK kerana

*******************************TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJAWAB **********************************

Dapatan dari soal selidik tersebut adalah seperti berikut.

Jumlah Responden: 97 responden

Kajian yang dibuat kepada responden:


1.Adakah anda tahu maksud karbohidrat?
Ya : 92 responden
Tidak: 5 responden

2. Makanan manakah yang mengandungi karbohidrat


Ayam: 3 responden
Telor : 1 responden
Jagung: 91 responden
Jagung dan Telor: 1 responden
Tiada jawapan:1 responden

3. Apakah sumber karbohidrat yang biasa dimakan?


( terdapat responden yang memilih dari satu jawapan)
Nasi: 25 responden
Roti: 2 responden
24

Mee: 1 responden
Jagung: 7 responden
Nasi dan Roti: 23 responden
Roti dan kekacang: 1 responden
Kekacang dan jagung: 1 responden
Nasi dan jagung: 3 responden
Roti, kekacang dan jagung: 1 responden
Nasi, mee dan roti:7 responden
Nasi, mee dan jagung: 1 responden
Nasi, roti dan jagung: 12 responden
Nasi, roti dan kekacang: 1 responden
Nasi, roti, kekacang dan jagung: 2 responden
Nasi, mee, roti dan jagung: 8 responden
Nasi, mee, roti dan kekacang: 1 responden
Nasi, mee, roti dan kekacang dan jagung: 1 responden

4.Adakah anda telah rasa jagung yang dikukus tadi?


Ya: 97 responden
Tidak: 0 responden

5.Adakah rasanya lazat


Ya: 97 responden
Tidak: 0 responden

6.Jika diberi pilihan mahukah anda menukar sumber karbohidrat utama kepada jagung(berikan
sebab)
Ya: 73 responden
Tidak:23 responden
Ya dan tidak: 1 responden

25

Kesimpulan dari soal selidik


Dapat dibuat kesimpulan 95% responden mengetahui maksud karbohidrat dan mengenali makanan
yang mengandungi karbohidrat. 100% responden juga mengakui rasa jagung adalah lazat.Daripada
jumlah keseluruhan responden 75%peratus bersedia menukar sumber karbohidrat utama kepada
jagung menggantikan nasi(87% dari responden yang menjalani soal selidik ada mengambil nasi
sebagai sumber karbohidrat harian) kerana mengetahui jagung mempunyai kebaikan dari segi
kesihatan disamping rasanya yang lazat.

2. Penambahbaikan yang dilakukan


Masalah setelah Zea mays Turbo 100 disiapkan
1. Dulang untuk mengumpul jagung yang telah diasingkan sukar untuk dikeluarkan dari
kedudukannya.
Tindakan: Membina dulang baru yang mempunyai pintu yang boleh dibuka tutup.
Uji: Dulang baru yang mempunyai pintu yang boleh dibuka tutup lebih mudah untuk digunakan
dan dulang tidak perlu dialih dari kedudukannya kecuali semasa proses untuk mencuci.
2. Semasa proses mengasingkan jagung, terdapat jagung yang berselerak dan terpercik keluar dari
dulang.
Tindakan: Meletakkan penutup pisau
Uji: Proses menguji membuktikan jumlah jagung yang berselerak berjaya dikurangkan.

3. Perubahan yang Dilakukan Selepas Projek Inovasi


Pengusaha kantin sekolah iaitu syarikat Fazi Jaya Enterprise menyediakan menu tambahan di
kantin sekolah iaitu jagung rebus untuk mempelbagaikan sumber karbohidrat di sekolah. Rata-rata
pelajar gembira dengan perubahan ini.

4. Nilai Komersial
i-Terlibat dengan peringkat kelab dan persatuan sekolah
Projek ini berjaya melibatkan ahli kelab Sains dan Matematik untuk mencari idea reka bentuk
yang menepati objektif projek ini.
ii- Terlibat dengan peringkat sekolah
Kerja lapangan Zea mays Turbo 100 berjaya meninggalkan kesan dikalangan warga sekolah
untuk menambah pilihan karbohidrat masing-masing kepada jagung kerana mereka mengetahui
khasiat yang terdapat pada jagung melalui kempen yang dilakukan semasa aktiviti tersebut
dijalankan.
26

iii- Rancangan masa depan


Mengkomersialkan hasil ciptaan kepada masyarakat luar.
5. Akuan dan Kesahan
Manual Pengguna
LUKISAN MEKANIKAL -Zea mays TURBO 100

27

28

29

Bahagian-bahagian pada mesin


30

1;Motor berkuasa 200W (sec)


-Fungsi:
untuk mengerakkan bahan kerja

2.Kotak Kawalan
Fungsi:
1.Suiz dengan fungsi on dan off, on untuk menghidupkan motor dan off bagi
memberhentikan motor
2. Kawalan kelajuan untuk memilih kelajuan yang sesuai dengan kehendak
pengguna

3.Pengapit Pelaras
Fungsi:
Jagung yang tidak sama size memerlukan pengapit pelaras yang dapat digunakan
dengan size jagung yang berbeza

4.Pelongsor Pisau
Fungsi:
Dapat menetapkan kedudukan pisau sambil dapat menggerakkannya supaya size
biji jagung dapat diseragamkan

5.Rangka asas
Fungsi:
Memegang kesemua komponen sebagai satu unit.

6.Mata tembaga
Fungsi:
Mengetatkan jagung pada kedudukan

7.Pisau
Fungsi:
Memotong biji jagung.
31

8.Dulang
Fungsi:
Mengumpul kesemua jagung yang telah dileraikan.

9.Penghadang
Fungsi:
Jagung yang sedang dileraikan dihadang oleh penghadang dari berselerakan.

10.Plug dan kabel


Fungsi:
Menyambungkan bekalan kuasa dari punca bekalan kuasa ke mesin.

32

E)KESIMPULAN PROJEK
i. Masalah yang dihadapi ketika proses kerja
1- Tiada dana khas yang diperuntukkan untuk projek inovasi
2- Kekangan masa untuk peserta berkumpul dan menjalankan projek
ii. Kaedah Penyelesaian Masalah
1- Membuat pinjaman daripada koperasi sekolah melalui surat permohonan kepada pihak
Koperasi dan pinjaman telah diluluskan sebanyak Rm400. Pinjaman dipulangkan semula
melalui pendapatan hasil jualan semasa kerja lapangan.
2. Menubuhkan group Whatapps- perbincangan dijalankan melalui group ini oleh itu
jumlah perjumpaan dapat dikurangkan.
iii. Tindakan Susulan
Perbincangan dengan pihak kantin untuk membekalkan seunit Zea mays turbo 100
kepada mereka supaya kantin sekolah dapat menyediakan menu makanan
berasaskan jagung segar
iv. Cadangan penambahbaikan /evolusi
Zea mays Turbo 100 boleh dievolusikan pada masa akan datang dengan
menjadikannya mesin pengupas kulit serbaguna seperti lobak, timun dan nanas.
Saiznya juga perlu dikecilkan lagi supaya mudah disimpan dalam kawasan ruang
penyimpanan yang terhad seperti di dalam kabinet dapur.
v. Rumusan Projek
Projek menghasilkan Zea mays TURBO 100 iaitu mesin pelerai biji jagung berjaya
dijalankan dengan jayanya. Diharapkan dengan penghasilan mesin ini berjaya menarik
minat masyarakat untuk memilih jagung sebagai sumber karbohidrat utama negara kerana
proses peleraian biji jagung dapat dijalankan dengan mudah, cepat, tahan lasak dan
selamat.

33

34

Anda mungkin juga menyukai