Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENGHASILAN BAHAN 2D DAN 3D

(MC HARREL, FATIN SYUHADA)


SEBELUM PENGHASILAN BAHAN :
Sebelum penghasilan bahan 3D ini, kami telah membuat perbincangan
bersama pensyarah pembimbing iaitu En Kok mengenai pemilihan jenis bahan yang
perlu dihasilkan dalam bentuk 3D serta pemilihan tajuk. Kami telah memilih mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 di bawah topik Kenali
Budaya Malaysia di dalam sub topik tarian. Jenis bahan yang kami pilih untuk
hasilkan pula ialah diorama. Kami telah menspesifikasikan topic kami kepada jenisjenis baju tarian tradisi beberapa kaum yang terdapat di Malaysia.
SEMASA PENGHASILAN BAHAN :
Bahan 3D iaitu diorama kami ini mengambil masa 2 hari untuk disiapkan.
Pembahagian tugas dijalankan di dalam kumpulan seperti jadual di bawah :
Nama
Mc Harrel

Tugasan

Mencari gambar-gambar jenis baju di internet

Memprint

gambar

tersebut

menggunakan

kertas gambar.

Menggunting gambar tersebut hingga terbentuk


menjadi replica bagi diorama.

Fatin Syuhada

Menghias dinding kotak diorama

Membuat label jenis-jenis pakaian

Membuat kotak diorama

Mencucuk replica orang-orang memakai baju


tradisional di atas kotak diorama.

Menghias kotak diorama

Membeli bahan-bahan keperluan diorama

SELEPAS BAHAN DIHASILKAN :


Setelah bahan siap dihasilkan, kami bersama-sama membuat pembentangan
mengenai diorama yang telah dihasilkan. Semasa pembentangan, kekuatan dan
kebaiakn diorama yang kami hasilkan dikongsi bersama rakan sekelas. Selain itu,
pemberitahuan kos dan masa yang diambil untuk menyaipkan diorama ini juga
diambil kira.
KOS BAHAN DIORAMA :
Kos keseluruhan diorama yang kami hasilkan Cuma memerlukan kos RM10
sahaja. Hal ini kerana kebanyakan bahan-bahan yang kami gunakan adalah bahanbahan terpakai. Kami Cuma membeli tikar kecil untuk diorama, bunga-bunga hiasan,
polistren dan juga sugar paper (black).
KEKUATAN DIORAMA YANG DIHASILKAN :

Mudah dibawa ke dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran


kerana ia ringan.

Kosnya murah.

Masa membuat yang singkat

Menarik minat murid kerana replikanya berwarna warni dan cantik.

Boleh digunakan dalam set induksi dan sepanjang pengajaran.

Tahan lama

KELEMAHAN DIORAMA YANG DIHASILKAN ;

Mudah koyak jika tidak terjaga

Kurang sesuai digunakan di dalam kelas yang besar kerana saiznya


sederhana besar.

Anda mungkin juga menyukai