Anda di halaman 1dari 19

MICROSOFT

EXCEL
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU

OBJEKTIF
Diakhir sesi ini pelajar dapat:
1) Memahami penggunaan asas
Excel
2) Memformat sel, lembaran dan
buku kerja
3) Menggunakan formula asas
untuk membuat analisa

APA ITU MICROSOFT EXCEL

Microsoft Excel merupakan program aplikasi


Spreadsheet (Lembar kerja elektronik) yang
mengandungi baris dan lajur

FUNGSI MICROSOFT EXCEL

Sebagai satu hamparan elektronik yang


dijalankan di sesebuah komputer yang
membolehkan anda mengelolakan data kepada
baris-baris dan lajur-lajur yang disediakan

Boleh digunakan untuk menjalankan pengiraan


matematik dengan cepat

Boleh mencipta jadual yang besar disamping


menghasilkan carta atau graf

APA YANG BOLEH DIBUAT


DALAM EXCEL
1.

Mencipta jadual berangka

2.

Melaksanakan pengiraan yang mudah dan


kompleks

3.

Mencipta carta dan graf dalam pelbagai bentuk


seperti bentuk pai, graf, garisan, radar dan
lain-lain lagi

4.

Memasukkan objek dan gambar pada dokumen

5.

Menyimpan data-data di dalam berbilang


lembaran kerja di dalam satu fail

6.

Hasil dari carta ataupun graf yang dibina,


analisa terhadap sesuatu data boleh dilakukan

7.

Merakam langkah-langkah yang biasa dilakukan


oleh pengguna dengan mencipta satu makro

8.

Mencipta aturcara sendiri bagi memenuhi


kehendak pengguna

9.

Mengendalikan pangkalan data

LANGKAH-LANGKAH
MEMULAKAN MICROSOFT EXCEL
1.
2.
3.
4.

Aktifkan komputer terlebih dahulu


Klik tombol Start pada taskbar
Pilih menu All Program, Pilih Microsoft
Office
Kemudian klik Microsoft Excel

FUNGSI BUTANG PADA


MICROSOFT EXCEL
Bil

Butang

Fungsi

Microsoft Office

Memaparkan menu yang membolehkan


anda mewujudkan fail baru, membuka
fail sedia ada, menyelamatkan sebuah
fail, mencetak fail dll.

Quick Access Toolbar

Mengakses arahan yang sering digunakan


(Butang Save, Undo, Redo)

Title Bar

Mempamerkan nama bagi lembaran kerja


anda yang sedang digunakan

The Ribbon

Koleksi arahan-arahan untuk memerintah


Microsoft Excel melaksanaakkan yang
yang hendak dilakukan

Formula Toolbar

Petak yang memaparkan data yang


dimasukkan ke dalam sel

Bil

Butang

Fungsi

Status Bar

Memaparkan arahan terpiliih atau status


kerja seperti Num, Cap & Scroll Lock

Work Area

Dipanggil Worksheet yang mana terdiri


daripada baris dan lajur

Name Box

Memaparkan alamat sel yang aktif

APA ITU WORKBOOK DAN


WORKSHEET

Apabila anda membuka satu fail di dalam


Excel, maka ianya dikenali sebagai workbook
Fail yang belum disimpan dinamakan secara
lalai (default) sebagai Book#.
Setiap fail boleh mengandungi beberapa
halaman
Halaman di dalam Excel dikenali sebagai
worksheet atau lembaran kerja.
Satu lembaran kerja (Worksheet) mengandungi
sehingga 16,384 lajur ( A XFD) dan baris
sehinggga 1,048,576 baris .

Persilangan diantara baris dan lajur


membentuk satu alamat sel.
Sel dirujuk dengan alamat iaitu bilangan lajur,
diikuti dengan baris. Contohnya, Sel B3
menunjukkan sel di lajur B dan baris 3

Anda boleh terus ke lokasi sel dengan hanya


taipkan alamat sel yang dikehendaki.
Contohnya, taipkan D7 di kotak Name Box.
Anda akan dapati sel yang aktif adalah D7

MEMILIH / MENANDAKAN SEL

Pemilihan sel melibatkan lebih dari satu sel.


Kawasan sel ini dipanggil range atau julat

Di dalam spreadsheet, julat ditulis sebagai


A1:B17

Terdapat dua jenis pemilihan sel


a) Pemilihan bersambung (Contiguous)
b) Pemilihan terpisah (Noncontiguous)

PEMILIHAN BERSAMBUNG
Kaedah:
i) Guna tetikus
Contohnya:
Jika anda hendak memilih julat
A1:B16, klik dan tahan tetikus pada sel A1 dan
seret ke sel B16. Julat kawasan akan di
tandakan (Highlighted)
ii) Papan Kekunci
Contohnya
Aktifkan sel A1. Tahan kekunci shift. Gunakan
kekunci anak panah dan gerakkan ke sel
terakhir B16.

PEMILIHAN BERSAMBUNG
Kaedah:
iii) Tetikus dan papan kekunci
Contohnya
Klik sel A1. Tahan kekunci shift. Klik sel B16.
Kesemua sel diantara kedua-dua sel akan
Terpilih.
iv) Name box
Contohnya
Taipkan julat, A1:B16 ke dalam petak Name
Box dan tekan Enter

PEMILIHAN TERPISAH
Memilih julat kawasan yang terpisah.
Contohnya memilih julat A1:B6 dan C4:F17
Kaedah 1:
a) Pilih dahulu A1:B6
b) Tahan kekunci Ctrl
c) Pilih C4:F17
Kaedah 2:
a) Taipkan A1:B6, C4:F17 di dalam petak Name
Box

Berikut adalah beberapa teknik pintas bagi melayari sel


anda dengan menggunakan papan kekunci / anak panah

Anda mungkin juga menyukai