Anda di halaman 1dari 7

SANTAN PUNCA OBESITI Satu Mitos

Baru-baru ini berita mengenai obesiti di kalangan murid sekolah telah


menarik perhatian ramai. Bermacam punca dibincangkan dan
diketengahkan pelbagai pihak. Antaranya ialah jenis makanan yang
dijual di kantin dan di luar kawasan sekolah. Berbagai pandangan
diberikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan NASI LEMAK
ditunding sebagai puncanya.
Isu ini menjadi semakin hangat setelah terdapat ura-ura Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk tidak membenarkan penjualan nasi lemak di
kantin sekolah. Rasional pengharaman ini bukan kerana nasinya tetapi
kerana pengunaan SANTAN KELAPA dalam penyediaan nasi lemak.
Sebagai seorang profesional yang terlibat dalam penyelidikan kelapa,
saya terpanggil untuk memberi pandangan dan membetulkan MITOS
terhadap santan kelapa. Saya merasakan begitu bersalah jika
membiarkan masyarakat terus menerus menghukum dan mengenepikan
khazanah alam yang dianugerahkan Allah SWT.
Masih terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana seorang ibu
memberikan pendapatnya semasa wawancara berita TV3. Beliau
menyatakan nasi lemak melemahkan pemikiran anaknya. Juga di
zaman persekolahan saya dahulu, jika ada murid tertidur dalam kelas
cikgu terus menunding nasi lemak sebagai penyebabnya. Sehingga kini
mitos santan kelapa masih berterusan. Sayangnya perkara ini berlaku
juga di kalangan profesional termasuk pakar permakanan Malaysia.
Malah ketika saya menjalankn ujian saringan kesihatan di sebuah hospital
swasta, saya juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan
santan.
1/7

Santan kelapa dikatakan mengandungi kolestrol yang tinggi. Walau


bagaimanapun, analisis saintifik mendapati kolestrol dalam santan
kelapa adalah tersangat rendah berbanding lemak dari sumber lain,
terutamanya haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak
kelapa. Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak
sayuran lain dan lemak haiwan.

Sumber minyak

Kandungan
kolesterol (mg/kg)

Minyak kelapa

5-14

Minyak bunga matahari

8-44

Minyak isi rong sawit

9-40

Minyak sawit

13-19

Minyak soya

20-35

Minyak biji kapas

28-108

Minyak jagung

18-95

Minyak biji rape

28-108

Lemak haiwan
Beef tallow

800-1400

Mentega

2200-4100

Lemak babi

3000-4000

(Sumber: Inform Vol 13, 2002)


Persoalan kini ialah sama ada telah dijalankan kajian saintifik mengenai
kesan pengambilan santan dalam makanan harian ke atas pengguna.
Secara peribadi, saya belum menjumpai sebarang kertas kerja santifik
berkaitan perkara ini. Jika demikian, bagaimana santan sebegitu dicemuh
sebagai punca kepada masalah obesiti dan penyakit jantung.

2/7

Santan kelapa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan


boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa
mengandungi lebih kurang 92% asid lemak tepu. Kemungkinan
kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada
ujudnya mitos tentang minyak kelapa. Pada suatu ketika dulu
pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi
isu besar di Amerika Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran.
Kempen anti-minyak tropika dan Program Piramid Makanan (Food
Pyramid Program) telah dilancarkan dalam tahun 1992 secara besarbesaran oleh Jabatan Petanian Amerika Syarikat (United States
Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan Penanam Kacang Soya
(American Soybean Association, ASA). ASA mencegah pengambilan
minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang tinggi. Asid
lemak tepu pada masa itu dipercayai penyebab kepada masalah
penyakit jantung dan kegemukan.
Akibat dari kempen tersebut, penduduk AS telah mengubah cara
permakanan di mana pengambilan minyak soya dan minyak jagung
digunakan sepenuhnya dalam diet mereka. Program ini ternyata
membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS. Selepas 20
tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS
menghadapi masalah kegemukan (National Health and Nutrition
Examination Survey 1999-2000). Selain itu, penyakit kencing manis, darah
tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang
mendadak di AS. Ternyata Program Piramid Pemakanan ini membawa
musibah kepada penduduk AS.
Kini pendapat yang mengaitkan penyakit jantung dengan asid lemak tepu
dipertikai ramai saintis.

Kajian terkini menunjukkan penyakit jantung


3/7

bukanlah disebabkan pengambilan asid lemak tepu tetapi disebabkan


pengambilan asid lemak perlu (essential fatty acids) yang berlebihan
(Times March 1, 2004 dan Fortunes October 23, 2003).
Tubuh manusia tidak dapat mensintesis asid lemak perlu dan hanya
diperoleh dari diet pemakanan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak
bunga matahari mengandungi asid lemak perlu, omega-6 iaitu asid linoleik
(C18:2, 6), yang tinggi.

Tubuh manusia akan menukar asid linolenik

kepada asid arakidonik (C20:4, 6).

Asid arakidonik akan bergabung

dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan (membrane) plasma selsel badan.

Bila diperlukan asid ini akan dipisahkan daripada lapisan

plasma sel badan dan akan membentuk sebatian aktif eicosanoids


(prostaglandins) yang mempunyai pelbagai fungsi. Kehadiran sebatian
aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan keradangan
dan penyakit alergik (allergic).
Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak jagung, minyak soya, minyak
bunga matahari) dua puluh kali ganda lebih tinggi berbanding asid
omega-3 (minyak ikan).

Keadaan ini menyebabkan berlakunya

ketidakseimbangan yang melampau dalam pengambilan asid omega-3


dan omega-6.

Prostaglandins yang dihasilkan secara berlebihan

menyebabkan keradangan seterusnya penyakit kronik kepada rakyat AS.


Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada masalah
penyakit jantung dan kegemukan. Asid trans bukanlah asid yang boleh
didapati secara semula jadi.

Asid ini terbentuk semasa proses

penghidrogenan (hydrogenation process). Proses penghidrogenan ialah


tindakbalas kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak kacang soya,
jagung dan bunga matahari pepejal atau lemak pada suhu bilik. Gas
4/7

hidrogen ditambah semasa proses ini untuk menukarkan minyak kepada


lelemak. Proses ini bertujuan mempelbagaikan kegunaan minyak tersebut
dalam industri makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan
lelemak. Marjerin dan lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan
minyak jagung perlu melalui proses penghidrogenan.

Lelemak ini

digunakan secara berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, ais krim,


piza, coklat dan sebagainya.

Food and Drug Administration (FDA) AS

akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat dari penggunaan asid


trans ini. Pada Januari 2006, FDA telah mewajibkan pengusaha makanan
melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang
dihasilkan.
Terdapat beberapa kajian di AS mengenai kesan pengambilan minyak
kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandungan kolestrol
dan LDL (low density lipoprotein) dalam darah tikus meningkat. Walau
bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan dalam kajian ini telah
dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa yang diguna dalam
ujian ini dicemari asid trans. Keputusan ujian ini tidak seharusnya diterima
sebagai tindakbalas sebenar tikus terhadap pengambilan minyak kelapa.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya
khazanah alam yang dikurniakan kepada kita. Teknologi yang canggih
telah banyak membantu kita membongkar rahsia alam. Asid lemak tepu
boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu, asid lemak tepu berantai
karbon pendek (C

4:0-C 6:0),

sederhana (C

8:0-C 12:0)

dan panjang (C

14:0

>).

Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan masing dan kita
memerlukan kesemuanya. Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida
berantai sederhana (Medium Chain Trigliseride, MCT).

Banyak kajian

5/7

klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di negara maju termasuk Eropah dan
Jepun.
Kajian mendapati asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan badan
secepat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi.
Tenaga yang terhasil dari asid lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm
berbanding 4 kcal/gm dari glukosa. Pengambilan santan membekalkan
tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid lemak tepu rantai
sederhana. Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa
yang terdapat di kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai
produk minuman pembekal tenaga segera.
Dengan bukti saintifik di atas, sudah sampai masanya rakyat Malaysia
diberi maklumat tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak
berkaitan pemilihan makanan harian mereka. Masalah obesiti di kalangan
kanak-kanak sekolah perlu dilhat dari sudut yang lebih menyeluruh dan
tidak sahaja dari sudut pemakanan. Juga bagi menjaga kesihatan rakyat,
sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan peratusan asid trans
dalam produk makanan.
Sejak kebelakangan ini pula terdapat banyak pengusaha kelapa
mendapatkan santan untuk dijadikan minyak kelapa dara. Minyak kelapa
dara mengandungi pelbagai khasiat kerana ia boleh dikategorikan
sebagai makanan berfungsi. Meminum santan sama seperti meminum
minyak kelapa dara.

Dua sudu besar minyak kelapa dara (30 ml)

menyamai setengah biji kelapa. Khasiat mengenai minyak kelapa dara


banyak tersebar, terutama dalam internet. Penulisan khusus mengenai
perkara ini akan dihasilkan dalam masa terdekat.

6/7

Sudah sampai masanya persepsi terhadap santan diperbetulkan dan


diletakkan pada prekspektif sebenar. Setiap khazanah alam anugerah
Allah SWT kepada hambaNya mempunyai peranan tersendiri.

Yang

diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana dalam apa


juga perkara.
Recana
Dr Kamariah Long
Pusat Penyelidikan Bioteknologi
MARDI. P.O. Box 12301
50774 Kuala Lumpur
Tel 012-337 6671
amai@mardi.gov.my

7/7

Anda mungkin juga menyukai