Anda di halaman 1dari 28

SISTEM PENGURUSAN HUTAN

Polisi dan Strategi

Untuk memastikan HSK diurus secara berkekalan, "Dasar dan Strategi Pengurusan
Hutan untuk Semenanjung Malaysia" telah dicadangkan dalam tahun 1976 dan
seterusnya diterima sebagai tambahan kepada Dasar Perhutanan Negara. Dasar
tersebut digubal bagi memastikan penggunaan sepenuhnya sumber hutan,
penghasilan yang berkekalan, faedah sosial dan ekonomi yang maksimum dan
kestabilan alam sekitar. Dasar pengurusan serta objektif-objektifnya yang telah
diterima adalah seperti berikut :

(i) Untuk mengurus dan menggunakan sumber hutan bagi mendapatkan faedah
yang maksimum berdasarkan keupayaan semulajadi dan rancangan pengurusan
serta penggunaan tanah hutan yang menyeluruh.

(ii) Untuk menentukan hasil yang berpotensi dengan berpandukan kepada taksiran
yang mendalam dan sistematik ke atas sumber hutan, daya ketumbuhannya dan
faktor lain yang berkaitan.

(iii) Untuk mengusahasilkan hutan secara konservatif dengan cara tebangan


memilih supaya meninggalkan anak benih semulajadi yang mencukupi selaras
dengan tebangan yang berekonomik bagi memastikan asas sumber-sumber hutan
yang berkekalan.

(iv) Untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya sistem pengurusan hutan yang


telah dirumuskan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada teknik-
teknik pengurusan yang bersepadu dan kajian-kajian operasi.

(v) Untuk memulihkan semula hutan yang telah diusahasilkan dan hutan miskin
supaya dapat menghasilkan stok minimum yang bersamaan dengan dua puluh lima
(25) pokok sehektar bagi spesies-spesies dagangan yang berperepang 45 cm pada
dada untuk menjamin pengeluaran balak yang berekonomik.

(vi) Untuk menubuhkan ladang hutan dengan spesies-spesies dagangan yang cepat
tumbesar serta menggalakkan pelbagaigunaan hutan dan pemeliharaan alam
sekitar semulajadi.

Selaras dengan polisi dan objektif-objektif pengurusan hutan yang tersebut di atas,
strategi-strategi berikut telah dirumuskan:

(i) Tanah hutan yang akan dibuka untuk projek pertanian hendaklah dirancang
dengan teliti agar pengeluaran balak dapat dikawal serta menjamin penggunaan
yang maksimum. Peraturan-peraturan untuk tebang habis sesuatu kawasan akan
dipatuhi sepenuhnya.

(ii) Tanah berhutan yang tidak terlibat dengan projek-projek pertanian dan
sebagainya akan dijadikan HSK dan akan diurus supaya mendatangkan hasil yang
maksimum di samping memelihara kualiti alam sekitar.

(iii) Satu sistem inventori hutan yang intensif dengan intensiti sekurang-kurangnya
10 peratus akan dijalankan sebelum penebangan, terutamanya bagi hutan dara,
sebagai asas untuk menentukan sistem pengurusan hutan dan silvikultur yang
paling efektif. Keutamaan akan diberikan kepada pemulihan hutan semulajadi
melalui pengekalan tinggal untuk giliran akan datang.

(iv) Bancian anak pokok akan dipergiatkan ke atas hutan yang telah diusahasilkan
untuk menentukan status, kandungan dan kelasnya serta rawatan silvikultur yang
akan dijalankan.

(v) Kajian tanah yang lengkap akan dijalankan bagi menentukan kawasan tanaman
dan pemilihan spesies-spesies yang bersesuaian.

(vi) Kawasan hutan yang sesuai akan ditentukan untuk dipelbagaigunakan selaras
dengan tujuan untuk meningkatkan keperluan beriadah, pemeliharaan tanah dan
air dan juga pemeliharaan flora dan fauna.

(vii) Kajian yang mendalam akan diteruskan ke atas produktiviti hutan serta kajian
tumbesaran dan pengeluaran dan lain-lain aspek mengenai pengurusan dan
pembangunan hutan akan juga dijalankan.

Hutan Diterokai Hutan dara atau hutan matang (climax forest) bukanlah
matlamat utama di dalam pengeluaran hasil. Pengetahuan serta kefahaman
mengenai pusingan pemulihan hutan sehingga mencapai tahap kematangan adalah
penting dalam menentukan pembangunan hutan semulajadi. Pengetahuan ini
adalah amat berguna bagi pengurusan sesuatu kawasan hutan. Matlamat yang
paling diutamakan di dalam pengurusan hutan secara berkekalan ialah bagi
mendapatkan kadar tebangan tahunan yang seimbang dengan kadar penghasilan
berkekalan supaya kenaikan min tahunan bersamaan dengan tebangan tahunan.
Dalam hal yang demikian komposisi hutan pengeluaran tidak semestinya sama
dengan hutan telah matang.

Hutan di Semenanjung Malaysia telah mula dengan sistematik sejak Jabatan


Perhutanan di tubuhkan pada tahun 1901. Amalan-amalan pemeliharaan dan
pengurusan hutan yang menitikberatkan aspek-aspek ekologi dan alam sekitar
telah digubal untuk menjamin perkhidmatan dan penghasilan yang berkekalan.

Pada awal tahun 1920an, pengurusan sumber hutan dengan cara Departmental
Improvement Felling (DIF) telah dijalankan untuk meningkatkan mutu
kandungan dirian hutan. Spesies pokok yang kurang bermutu dibuang secara
berperingkat-peringkat bagi membantu pertumbuhan pokok-pokok yang bernilai
seperti Noebalanocarpus heimii dan pokok-pokok jaras yang berpasaran. Amalan ini
kemudian dihentikan kerana telah didapati kurang sesuai berikutan permintaan
yang meningkat terhadap kayu api dan kayu jaras di dalam tahun1930an.

Dengan itu, di mana sesuai pengurusan hutan secara Commercial Regeneration


Felling (CRF) telah diamalkan yang melibatkan penebangan kayu jaras secara
berperingkat dalam tempoh 5 tahun sebelum pengusahasilan hutan dibenarkan.
Walau bagaimanapun di kawasan yang tidak ada pasaran untuk jenis ini,
maka Departmental Regeneration Felling atau Reneration Improvement Felling
(RIF) dijalankan di mana pembukaan silara adalah lebih ketara diikuti dengan
pemotongan tumbuhan kecil.

Selepas peperangan Pasifik, amalan Regeneration Improvement Felling (RIF) telah


dihentikan berikutan permintaan yang meningkat terhadap bahan mentah dengan
bertambahnya bilangan kilang papan serta penggunaan jentera berat dalam
pengusahasilan hutan.

Dalam pada itu didapati bahawa kawasan- kawasan hutan yang telah musnah
semasa pemerintahan Jepun dan juga kawasan lapang akibat dilanda ribut terdapat
pokok-pokok bersaiz jaras yang mencukupi. Pokok-pokok ini telah membesar
dengan cepatnya dari anak benih yang tidak rosak semasa pembalakan dan
menjadi tumbuhan unggul(dominant) sementara spesies berpasaran yang lebih
lambat pertumbuhannya menjadi tumbuhan separa unggul (sub-dominant). Sebagai
contoh, anak benih Meranti (Shorea spp) cepat membesar sebaik sahaja naungan
dibuka. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada penggubalan Sistem Sebaya
Malaya atau Malaya Uniform System (MUS) di dalam tahun1948. Pada dasarnya
sistem ini adalah untuk mengubah hutan hujan pamah tropika yang kompleks dan
kaya dengan pelbagai spesies pokok dengan umur yang berbeza-beza kepada
hutan yang sebaya umur.

MUS melibatkan penebangan semua spesies pokok matang berukuran 45 cm ppd


dalam sekali tebangan serta pembebasan anak-anak pokok terpilih yang berbagai
peringkat umur dari jenis kayu keras sederhana dan ringan yang memerlukan
cahaya. Operasi tebangan ini diikuti dengan menggelang-racun semua pokok saka
dan spesies tidak berpasaran yang berukuran 15cm ppd ke atas.

Inventori Hutan Selepas Tebangan dijalankan dalam tempuh 2 hingga 5 tahun


selepas tebangan bagi mempastikan anak-anak pokok di atas tanah adalah
mencukupi dan seterusnya untuk menentukan rawatan silvikultur yang sesuai.

Sistem Sebaya malaya dahulunya menumpu kepada anak-anak benih yang akan
menggantikan dirian sedia ada dan rawatan silvikultur bergantung ke arah
pembiakan anak-anak benih ini dan ada kalanya mengabaikan pokok-pokok besar
dan anak semulajadi. Oleh itu pokok-pokok yang besar telah digelang- racun untuk
membuka naungan kepada anak-anak benih tersebut. Pada masa kini teknik ini
kurang digunakan dan rawatan silvikultur ditumpukan terhadap pemeliharaan
sumber hutan. Aliran kerja yang terlibat dalam modified MUS.

Sistem pengurusan ini didapati sesuai dan berkesan di Hutan Pamah Dipterokarpa
tetapi tidak begitu bagi Hutan Bukit Dipterokarpa disebabkan ole keadaan kawasan
yang berbukit dan berkecerunan tinggi, kandungan stok yang tidak menentu,
kekurangan anak semulajadi sebelum pembalakan, kekurangan anak semulajadi
selepas pembalakan disebabkan oleh ketidaktentuan musim berbunga dan kadar
kematian yang tinggi semasa pengusahasilan hutan di kawasan curam dan
bercerun serta kadar kehidupan yang rendah khasnya bagi jenis Meranti
Seraya Shorea curtisii). Pembukaan naungan yang berleluasa terutama di kawasan
tinggi akan menambah risiko hakisan tanah dan akan menggalakkan pertumbuhan
belukar serta kelompok-kelompok Bertam (Eugeissona triste).

Kesulitan yang timbul daripada pengurusan silvikultur dan pemuliharaan alam


sekitar didalam modified MUS di hutan bukit, didapati tidak begitu sesuai untuk
menari pelaboran besar-besaran dalam sektor perhutanan kerana pusingan
tebangan yang panjang itu berkehendakkan kepada kawasan hutan yang luas.
Memandangkan keluasan tanah yang semakin terhad, salah satu cara untuk
mendapat pulangan yang cepat ialah dengan cara menyngkatkan kadar pusingan
tebangan atau menambah tebangan dalam satu-satu pusingan. Salah satu
perubahan ketara dalam pengurusan hutan tropika di Semenanjung

Malaysia sejak kebelakangan ini ialah bahawa dengan terdapatnya pelbagai jenis
flora dan spesies kayu balak ianya tidak semestinya mendatangkan kesan yang
negatif terhadap dasar dan strategi pengeluaran kayu-kayan negara di masa
hadapan. Sebaliknya, hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan akan
dapat mengawal pemeliharaan tanah dan sumber air serta memperluaskan
penggunaan spesies kayu balak di dalam industri perkayuan di masa akan datang.

Perkembangan teknologi pemprosesan kayu yang lebih canggih serta penggunaan


kayu yang tiada pasaran masa kini akan menghasilkan barangan yang bernilai pada
masa hadapan baik di dalam atau di luar negeri. Dengan itu, Sistem Pengurusan
Memilih (SMS)diperkenalkan pada tahun 1978 untuk membolehkan rejim-rejim
tebangan yang lebih fleksibel dan menepati tujuan pemeliharaan alam sekitar di
samping mendapatkan faedah daripermintaan terhadap kayu-kayan. Lebih penting
lagi, sistem ini tidak menggalakkan menggelang-racun bagi pokok-pokok tiada
pasaran, ini akan memelihara kayu tersebut dan seterusnya sumber genetik untuk
masa depan.
SMS telah dirangka bagi menjamin penghasilan hutan secara berkekalan dengan
mengoptimumkan pembangunan hutan. Ia memerlukan pemilihan rejim-rejim
pengurusan (had batas tebangan) berdasarkan kepada data-data inventori hutan
sebelum tebangan untuk menjamin dirian tinggal yang mencukupi bagi pusingan
tebangan akan datang di samping mengekalkan keseimbangan ekologi dan alam
sekitar.

Untuk menentukan had-had tebangan minimum yang paling sesuai di bawah sistem
ini,

Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) perlu dijalankan untuk


mendapatkan taksiran yang tepat mengenai parameter-parameter isi kandungan
hutan yang dibanci, bagi semua jenis pokok berperepang 5 cm ppd ke atas serta
pokok-pokok berperepang kurang dari 5 cm ppd dengan ketinggian sekurang-
kurangnya 15cm. Maklumat-maklumat fisiografi seperti kecerunan, ketinggian, jenis
tanah dan aliran sungai perlu direkodkan.

Berdasarkan kepada data-data inventori serta lain-lain data mengenai pasaran dan
keadaan sosio- ekonomi semasa, satu rejim pengurusan (had batas tebangan) akan
ditentukan bagi pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Peta stok berwarna
juga disediakan bagi tujuan pembahagian sesuatu kompartmen kepada beberapa
blok kecil berdasarkan isi kandungan pokok dan atau kelas kebesaran.

Dengan itu, pengurusan hutan secara konservatif ini adalah diharapkan dapat
memberi faedah- faedah berikut:-

(i) Pemeliharaan dan pengekalan sumber hutan;


(ii) Pengurangan kos kerja-kerja pemulihan hutan;
(iii) Menjamin kestabilan serta kualiti alam sekitar ;
(iv) Pengurangan pembaziran semasa pembalakan: dan
(v) Penggunaan sumber hutan secara optimum.

Dalam pengamalan SMS, untuk mempastikan tebangan kedua dapat dijalankan


dalam tempoh 25-30 tahun selepas tebangan pertama dengan pengeluaran isipadu
yang ekonomik di antara 30-40 m3/ha, langkah-langkah berikut biasanya dipatuhi:-

(i) Had batas tebangan bagi spesies-spesies dari kumpulan dipterokarpa adalah
tidak kurang dari 50 cm ppd, kecuali Chengal(Neobalanocarpus heimii) di mana had
tebangan tidak kurang daripada 60 cm.

(ii) Had batas tebangan untuk spesies-spesies dari kumpulan bukan dipterokarpa
adalah tidak kurang dari 45 cm ppd.
(iii) Stok dirian tinggal yang merupakan bakal pokok-pokok utama untuk pusingan
tebangan akan datang adalah tidak kurang dari 32 pokok sehektar yang terdiri dari
pokok-pokok komersil yang subur serta lurus dengan berperepang diantara 30 cm -
45 cm ppd.

(iv) Perbezaan had batas tebangan di antara spesies-spesies dipterokarpa dan


bukan dipterokarpa adalah tidak kurang dari 5 cm.

(v)Jumlah peratusan dipterokarpa dalam dirian tinggal yang berukuran 30 cm-45


cm ppd hendaklah sama atau lebih tinggi dari dirian asalnya.

Pada masa kini JPSM mengamalkan SMS sebagai satu sistem pengurusan hutan
yang memberi tumpuan kepada kawasan yang besar dengan penggunaan jentera di
samping mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta memperluaskan skop
pekerjaan. Operasi yang semakin canggih ini dipergunakan oleh rakyat tempatan
dalam perpindahan teknologi dan menambah kemahiran pengurusan. Aliran kerja
yang terlibat dalam Modified MUS

Perancangan hutan dan kajian operasi bersepadu yang dijalankan di Semenanjung


malaysia setakat ini memberikan gambaran yang jelas bahawa pengusahasilan
hutan bukit dengan tempoh tebangan 25 - 40 tahun dan had tebangan yang
bersesuaian akan menghasilkan isipadu yang ekonomik serta dirian tinggal dari
pokok berpasaran bersaiz sederhana yang mencukupi untuk tebangan akan
datang.

Dengan kadar purata tumbesaran perepang 0.8 - 1.0 cm setahun dan pertumbuhan
2.0 - 2.5 m3/ha/tahun isipadu kasar komersil bagi pokok-pokok yang berperepang
30 cm dan ke atas didapati 3/4 daripada kawasan hutan bukit berkeupayaan
mengeluarkan 40 - 45 m3/ha dalam tempoh 30 tahun di mana adalah hampir
setanding dengan pengeluaran purata hutan dara masa kini. Bagaimanapun, kadar
kerosakan ke atas pokok-pokok bersaiz sederhana semasa pembalakan perlu
dikawal supaya ianya tidak melebihi 30 %.

Hutan Paya Laut

Hutan Paya Laut telah berjaya diurus dikebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia
bagi pengeluaran arang kayu bakau, kayu jaras dan kayu api berasaskan prinsip
pengurusan secara berkekalan.

Di negeri Perak pusingan tebangan bagi Hutan Paya Laut adalah di antara 20
hingga 30 tahun manakala bagi negeri Selangor dan Johor masing-masing ialah 25
dan 20 tahun. Pokok yang matang selalunya akan ditebang habis (clear-
felled) mengikut kawasan tertentu. Walau bagaimanapun hanya pokok yang bersaiz
melebihi perepang 7.5 cm sahaja yang akan dikeluarkan. Kayu bakau untuk arang
dipotong sepanjang 1.6 m dan kayu api sepanjang 1.5 m.

Tunggul dan sisa-sisa pembalakan selepas tebangan akan ditinggalkan untuk proses
pereputan. Jika selepas dua (2) tahun didapati tiada pertumbuhan anak benih atau
tidak mencukupi maka kawasan-kawasan ini akan ditanam dengan
spesies Rhizophora. Selalunya satu atau dua penjarangan untuk kayu jaras
dilakukan sebelum tebangan akhir dijalankan dan penjarangan ini dilakukan,
contohnya, di kawasan Hutan Paya Laut Matang, Perak dengan menggunakan kayu
sepanjang 1.2 m bagi hutan berumur 15 tahun dan 1.8 m bagi hutan berumur 20
tahun.

Tahap Keberkekalan (Sustainable Level) Berdasarkan hasil penemuan penyelidikan


semasa, anggaran konservatif Tambahan Min Tahunan [Min Annual
Increment (MAI)] bagi hutan yang diurus di bawah giliran tebangan 30 tahun
(SMS) ialah 2.55 m3/ha/tahun. Dengan itu, jangkaan pengeluaran hasil kayu selepas
mengambilkira kerosakan tebangan 30% (tunggul, balak pendek dll.) ialah 53.6
m3/ha.

Bagaimanapun, bagi hutan yang diurus mengikut giliran tebangan 55 tahun (MUS),
anggaran konservatif Tambahan Min Tahunan ialah 1.75 m3/ha/tahun dan dengan
itu jangkaan pengeluaran kayu-kayan selepas mengambil kira 30% kerosakan
tebangan hutan adalah 67.4 m3/ha. Jangkaan pengeluaran ini adalah setanding
dengan pengeluaran purata balak masakini di Semenanjung Malaysia.

Adalah dipercayai, dengan perkembangan teknologi dan inovasi pemprosesan kayu-


kayan yang lebih canggih serta perubahan dalam corak penggunaan kayu di sektor
perhutanan di masa hadapan maka kayu-kayan yang tidak berpasaran pada
masakini dapat menebusi pasaran antarabangsa dan domestik. Oleh itu,
pengeluaran hasil hutan dari HSK adalah dianggarkan sebanyak 4-5 juta m3 setiap
tahun.

Untuk mengurus sumber hutan di Semenanjung Malaysia dengan lebih intensif di


bawah konsep penghasilan yang berkekalan, kawasan hutan dalam HSK
diklasifikasikan mengikut kelas kecerunan serta salah satu atau lebih dari kelas
fungsi hutan sebagaimana dikehendaki dibawah ;

Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara, 1984: -


sumber. jabatan hutan negeri kelantan
http://www.forestry.gov.my/kelantan/pengurusan.html

Pengkelasan Hutan Simpanan Kekal


Majlis Perhutanan Negara telah meluluskan Dasar Perhutanan Negara pada tahun
1977 dan telah disahkan oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 1978. Dasar ini telah
dipinda pada November, 1992 bagi menangani isu-isu semasa yang telah
dibangkitkan oleh masyarakat antarabangsa ke atas kepentingan pemeliharaan
kepelbagaian biologi dan penggunaan sumber-sumber genetik dan juga peranan
masyarakat tempatan ke atas pembangunan sumber-sumber genetik dan juga
peranan masyarakat tempatan ke atas pembangunan hutan.

Penerimaan Dasar Perhutanan negara ini akan mengeratkan lagi hubungan dan
kerjasama di antara Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam
pembangunan sektor perhutanan. Aspek-akpek penting yang digariskan dalam
Dasar Perhutanan Negara ialah:

i. Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) kawasan-kawasan yang


mencukupi dan strategik di seluruh negara, berasaskan kepada konsep penggunaan
tanah yang rasional. HSK diklasifikasikan di bawah empat fungsi utama dan akan
diurus sebagai:

a. HUTAN PERLINDUNGAN untuk memastikan kestabilan iklim dan keadaan fizikal


negara, pengawalan sumber bekalan air, kesuburan tanah, kualiti alam sekitar,
pemeliharaan kepelbagaian biologi dan mengurangkan kerosakan akibat banjir dan
hakisan kepada sungai dan tanah pertanian.

b. HUTAN BERHASIL untuk bekalan hasil hutan yang berterusan, pada kadar yang
munasabah secara ekonomi di dalam negara untuk keperluan pertanian, domestik,
perindustrian dan eksport.

c. HUTAN LIPUR untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai


tempat rekreasi, eko-pelancongan dan untuk menambah kesedaran masyarakat
mengenai perhutanan.

d. HUTAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN untuk menjalankan penyelidikan,


pendidikan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi.

ii. Menguruskan HSK supaya dapat memaksimumkan faedah-faedah sosial, ekonomi


dan alam sekitar bagi kepentingan negara sejajar dengan prinsip-prinsip
pengurusan secara berkekalan.

iii. Melaksanakan program pembangunan hutan yang terancang melalui operasi


pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur yang
sesuai.

iv. Menggalakkan pengusahasilan serta penggunaan yang cekap dari kawasan


hutan berhasil bagi faedah ekonomi yang maksimum bagi semua jenis keluaran
hutan serta mengalakkan pembangunan perindustrian hutan bersesuaian dengan
aliran sumber dan peluang-peluang pekerjaan.
v. Menggalakkan pembangunan perindustrian hutan yang terancang ke arah
penghasilan barangan siap dan separuh siap yang mempunyai nilai tokok bagi
kegunaan tempatan dan eksport.

vi. Menggalakkan penyertaan bumiputra secara agresif dalam industri berasas kayu
sejajar dengan dasar kerajaan.

vii. Menubuhkan ladang hutan dari spesies-spesies tempatan dan luar negeri bagi
menampung bekalan kayu dari hutan asli.

viii. Meningkatkan penglibatan masyarakat tempatan secara aktif dalam pelbagai


projek-projek pembangunan perhutanan dan mengekalkan penglibatan mereka
dalam program-program hutan tani.

ix. Meningkatkan keluaran hasil hutan bukan kayu melalui amalan-amalan


pengurusan secara saintifik dan berkekalan bagi menampung permintaan tempatan
serta keperluan industri-industri berkaitan.

x. Melaksanakan program latihan perhutanan yang komprehensif di semua


peringkat sektor awam dan swasta bagi memastikan bilangan tenaga manusia
terlatih mencukupi bagi memenuhi keperluan bidang perhutanan dan industri
berasaskan kayu.

xi. Menggalakkan pelaburan swasta dalam pembangunan hutan melalui penubuhan


ladang hutan kawasan persendirian.

xii. Mengendali dan menyokong program-program penyelidikan yang intensif dalam


bidang perhutanan dan keluaran hutan bertujuan untuk meningkatkan faedah-
faedah hutan secara maksimum.

xiii. Menggalakkan pendidikan dalam perhutanan dan mengendalikan


perkhidmatan- perkhidmatan publisiti dan pengembangan bagi meningkatkan
kefahaman masyarakat terhadap pelbagai faedah hutan.

xiv. Memberi perlindungan kepada kepelbagaian biologi dan pengekalan kawasan


yang mempunyai spesies flora dan fauna yang unik.

xv. Membentuk satu program perhutanan masyarakat bagi menampung kehendak


masyarakat di dalam dan di luar bandar.

xvi. Mengkhaskan kawasan khusus bagi pendidikan perhutanan dan kajian saintifik
yang lain.

xvii. Menjalin kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam bidang perhutanan
bagi mendapat faedah melalui pemindahan teknologi dan pertukaran maklumat
saintifik
HUTAN HUJAN TROPIKA DI MALAYSIA DAN KEGUNAANNYA

CHEAH LI PHENG

KANDUNGAN

Pengenalan

Sumber Kayu-Kayan

Sumber Bukan Kayu

Habitat Bagi Haiwan, Serangga Dan Tumbuhan

Mengawal Alir Air Dan Kualiti Air

Mengawal Hakisan Tanah

Kestabilan Cuaca

Rekreasi

Kesimpulam

Rujukan

Hutan boleh ditakrifkan sebagai satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan dan
serangga yang saling hidup dalam beranika cara dengan meliputi kawasan yang
sangat luas. Ia memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah untuk mencapai
pertumbuhan, kematangan dan seterusnya membiak dengan baik.

Hutan amat penting dalam alam ini, terutamanya untuk manusia dan haiwan. Hutan
telah memberikan manusia banyak faedah walaupun dari segi hasilnya ataupun
perkhidmatannya.Antara peibagai fungsi hutan yang amat memanfaatkan manusia
boleh terbahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu dari segi ekonomi seperti
pengeluaran balak dan hasil kayu dan bukan kayu serta haiwan liar.

Selain itu, ia juga memberi pelindungan yang mempunyai hubungan dengan iklim
atau mikro iklim. Seterusnya, hutan juga memainkan peranan dari segi aspek-sapek
rekreasi.

Hutan di Malaysia digolongkan sebagai Hutan Hujan Tropika. Hutan Hujan Tropika
dipercayai merupakan ekosistem yang paling tua dan rumit di dunia. Hutan Hujan
Tropika amat penting dari segi ekologi. Ekologi Hutan Hujan Tropika di Malaysia dan
kawasan lain mempunyai 2 ciri yang ketara iaitu kadar pertumbuhan yang tinggi
dan kepelbagaian spesies yang sukar disaingi. Kekayaan Hutan Hujan Tropika dari
segi bilangan spesies merupakan faktor penting tarikan para pengkaji.

Sebenarnya, di seluruh dunia terdapat tiga kawasan Hutan Hujan Tropika. Kawasan
yang paling luas merupakan Hutan Hujan Tropika Amerika di Lembangan Amazon.
Hutan Hujan Tropika di Indo-Malaya yang merupakan perbincangan utama di sini
adalah kawasan hutan yang kedua luas di dunia. Di Afrika, Hutan

Hujan Tropika terletak di Conga dan luasnya meliputi sepanjang pantai Teluk Guinea
dan beberapa kawasan di Uganda. Ini adalah kawasan Hutan Hujan Tropika yang
terkecil.

Mengikut statistik, dianggarkan terdapat 14500 spesies tumbuh-tumbuhan


berbunga di Hutan Hujan Tropika Malaysia. Berdasarkan suatu penilaian yang
dibuat, daripada jumlah di atas kira-kira 9000 spesies tumbuhan berbunga terdapat
di Semenanjung Malaysia.

Antaranya merangkumi 3000 spesies pokok, 1000 spesies orkid, 300 spesies palma
dan 60 spesies rumput dan buluh, 500 spesies paku-pakis dan 24 spesies konifer.
Selain itu, bilangan bagi spesies lumut, lumut hati, liken dan alga tidak dapat
ditentukan dengan tepat. Tambahan lagi, daripada sejumlah 3000 spesies pokok
dalam Hutan Hujan Tropika, terdapat 677 spesies balak yang meliputi 168 genus
yang mempunyai nilai dagangan.

Malaysia adalah amat beruntung kerana masih mempunyai kawasan hutan asli.
Tetapi ini tidak bermakna bahawa kita harus berpuas hati dan mengabaikan
masalah-masalah yang sedang mengancam kawasan hutan kita. Tiada jaminan
yang konkrit bahawa sumber alam semulajadi dan warisan ini akan terus kekal pada
masa hadapan. Ini jelas kelihatan dengan tanda-tanda bahawa kawasan hutan
sudah mula berkurangan dengan cepat berdasarkan kadar eksploitasi masa kini.
Sebenarnya, pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber ini memerlukan
tindakan wajar dan segera. Terutamanya prihatin dan tanggungjawab masyarakat
adalah amat diperlukan.

SUMBER KAYU-KAYAN

Hutan Hujan Tropika merupakan satu gedung spesies tumbuhan yang besar. Hanya
sebahagian kecil daripadanya yang telah ditemui atau dikenali kegunaannya pada
masa kini. Di Malaysia, sumber Hutan Hujan Tropika sering dikaitkan dengan Hutan
Tanah Pamah dan Hutan Bukit Dipterokarpa iaitu kawasan taburan pelbagai spesies
pokok balak komersial negara. Di samping itu, terdapat juga jenis-jenis hutan lain
seperti Hutan Paya Laut, Hutan Paya Gambut, Hutan Oak Gunung dan Hutan
Ericaceous Gunung. Setiap habitat hutan tersebut mempunyai spesies-spesies kayu
yang berpotensi termasuklah spesies-spesies dipterokarpa dan spesies-spesies kayu
kommersial seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi.

Pada masa sekarang, penggunaan kayu keras tropika sedunia telah meningkat.
Dalam tempoh masa 20 tahun (1970-1990), kadar pertambahan dalam pengunaan
kayu adalah sebanyak 13 kali ganda di kebanyakan negara mengimport.
Sebahagian besar kayu yang berasal dari Asia Tenggara telah dieksport ke negara
Jepun untuk diproses dan kemudiannya kayu tersebut dihantar ke Amerika Syarikat.
Kadar pembalakan di Malaysia adalah sangat tinggi. Misalnya pada 1977, kadar
pembalakan di Malaysia adalah sebanyak 10 km perseri setiap hari.

Walaupun Hutan Hujan Tropika Malaysia terdapat pelbagai spesies tumbuhan yang
nampaknya mempunyai bekalan sumber kayu-kayan yang banyak tetapi ia semakin
tidak mencukupi akibat kadar pembalakan yang tinggi. Sejak itu, barulah kita sedar
bahawa hutan yang dahulunya nampak seperti tidak boleh dihabiskan tidak lagi
mampu membekalkan kayu yang cukup untuk pasaran dalam negara. Untuk
menampung penggunaan kayu keras tropika di Malaysia, pelbagai spesies kayu
yang kurang terkenal sedang giat digalakkan kegunaannya. Spesies-spesies
tersebut termasuk pauh kijang (Irvingia malayana), tempinis (Streblue
elongatus) dan derum (Cratoxylum sp.). Selain itu, balak yang berdiameter kecil
seperti kayu getah juga turut bertambahnya penggunaan.

Hasil kayu-kayan ada banyak penggunaan. Hasil ini memainkan peranan penting
dalam ekonomi moden. Industri yang berasaskan hutan telah menyediakan banyak
pekerjaan dan wujudkan perdagangan antarabangsa yang berharga. Sebenarnya,
pada awal tahun 1970-an balak dan papan gergaji merupakan eksport utama
Malaysia untuk pertukaran matawang asing. Kini Malaysia mula beralih kepada
industri pembuatan yang berasaskan kayu untuk meningkatkan nilai bahan kayu
yang dieksport. Contohnya venier, papan lapis, papan serpai, perabot dan lain-lain.
Negara import utama produk kayu Malaysia ialah Jepun, Taiwan, Eropah, Singapura
dan China.

Antara spesies yang sesuai untuk pembuatan perabot ialah Balak, Kembang
Semangkok, Kayu Getah, Nyatoh dan sebagainya. Spesies-spesies luar negara
seperti Oak, Maple, Walnut, Mahogany dan Jati digunakan sebagai bahan untuk
meningkatkan kualiti dan memenuhi citarasa pengguna. Tambahan lagi, kayu-kayu
keras seperti Meranti, Chengal, Merbau, Balau , Keruing dan lain-lain juga digunakan
sebagai bahan binaan. Kayu-kayu juga digunakan oleh penduduk tempatan sebagai
bahan api pada kehidupan harian. Oleh itu, hutan adalah penting untuk
membekalkan kayu-kayu yang begitu banyak mendatangkan faedah kepada kita.
SUMBER BUKAN KAYU

Keluaran hasil bukan kayu ialah semua keluaran hutan selain kayu balak. Ianya
termasuklah beberapa hasil keluaran hutan bernilai rendah tetapi pada umumnya
sangat meluas digunakan. Jenis-jenis hasil keluaran tidak terhad kepada hasil
keluaran tumbuh-tumbuhan sahaja tetapi juga meliputi keluaran daripada binatang.
Walaupun terdapat pelbagai jenis hasil hutan bukan kayu tetapi ia tidak mempunyai
kepentingan perdagangan yang tinggi. Jika berbanding dengan hasil kayu hutan,
pengeluaran hasil bukan kayu adalah kurang teratur. Antara hasil-hasil hutan bukan
kayu yang biasa dijumpai termasuklah rotan, buluh, tumbuh-tumbuhan pewarna,
damar, ubat-ubatan, mengkuang, pandan dan sebagainya.

Rotan merupakan hasil hutan yang terpenting di Malaysia. Ia dikenali di seluruh


dunia kerana kecantikannya yang menyerlah apabila direkabentuk menjadi perabot.
Sebenarnya, perusahaan rotan di Malaysia pada umumnya bersifat kecil dan
tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar di mana sumber-sumber bahan mentah
ini mudah diperoleh. Rotan lazimnya tumbuh liar dengan banyaknya di kawasan-
kawasan pedalaman hutan semulajadi. Dewasa ini, rotan yang paling popular
diperdagangankan serta berharga tinggi ialah manau (Calamus manam). Manau
merupakan pilihan utama bagi pembuatan rangka dan komponen perabot rotan.
Selain rotan, terdapat juga 150 spesies jenis palma asli di dalam hutan Malaysia.

Walau bagaimanapun, penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi beberapa


jenis palma yang popular seperti nipah, rumbia dan bertam sahaja. Nipah (Nypa
fruticnns) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh Semenanjung
Malaysia. Daun-daunnya boleh dibuat atap dan barangan kraf manakala daun-daun
muda yang masih belum terbuka (anak daun) digunakan bagi membuat kertas
pembalut tembakau rokok. Buahnya boleh dimakan sementara tangkainya boleh
diperah bagi mendapat nira. Rumbia atau sagu(Metroxylon sagu) ialah jenis palma
yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Ia merupakan bahan utama
dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. Daunnya
boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Isi batangnya juga berguna sebagai
bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam, itik, babi.
Bertam (Eugeissona tristis) hidup di merata hutan pedalaman. Daunnya boleh
dijadikan atap dan buahnya pula boleh dimakan sementara tangkai jambak
bungannya kadangkala diukir untuk dijadikan barang hiasan.

Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili


rumput (Gramineae). Ia merupakan sumber bahan asli yang berkepentingan
istimewa terutamanya di kalangan masyarakat desa. Penggunaan buluh adalah
lebih meluas berbanding dengan hasil hutan bukan kayu yang lain. Dengan
berkembangnya teknologi baru, mesin-mesin pemprosesan telah digunakan.
Industri barangan yang berasaskan buluh telah dapat berkembang menjadi
perusahaan yang lebih berdaya maju. Buluh telah diproses menjadi banyak alatan
penggunaan harian. Antaranya termasuk sangkar-sangkar anyaman dan raga-raga
besar untuk mengisi sayur-sayuran.

Di kawasan luar bandar pula, terdapat pelbagai penggunaan buluh secara tradisi.
Selain daripada dinding dan lantai yang direkabentuk dengan begitu indah dab
menarik, ia juga dijadikan peralatan muzik, layang-layang, sangkar burung dan alat
sumpitan buluh. Rebung-rebung buluh terutamanya buluh betang (Dendrocalamus
aspera) dan beting (Gigantochloa levis) yang hidup liar atau ditanam boleh
dijadikan sumber makanan berzat. Batang buluh lemang (Schizostachyum
brachycladum) boleh menjadi bekas untuk memasak pulut yang dicampurkan
dengan santan kelapa. Daun-daun buluh semeliang (S.grande) boleh digunakan
untuk membungkus pulut kukus iaitu sejenis masakan kaum cina.

Di samping itu, mengkuang dan pandan merupakan jenis-jenis tumbuhan


monokotilidon dalam famili Pandanaceae. Lazimnya tumbuh sebagai pokok
berbatang seperti spesies Pandanus odoratissimus. Biasanya ia hidup merimbun di
habitat berair, lembah-lembah, kawasan pantai dan bukit. Mengkuang mempunyai
saiz daun yang lebih besar dan panjang berbanding dengan pandan. Penggunaan
bahan-bahan mengkuang ialah bagi menghasilkan barangan seperti tikar, kajang
dan tirai. Daun-daun pandan pula dianyam menjadi tikar, topi, bag tangan dan
barangan ringan yang lain. Biasanya keluaran mengkuang adalah lebih tahan
daripada pandan.

Selain itu, tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Malaysia ialah


daripada spesies sepang (Caesalpinia sappan) yang digunakan untuk mewarnakan
pandan, tikar, sutera, kapas dan benang. Ia juga digunakan sebagai pewarna bahan
makanan. Tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah mengkudu (Morinda sp.),
merbau (Intsia sp.), sena (Pterocarpus indicus) dan akar kunyit (Fibraurea
chloroleuca). Tambahan lagi, bayur (Pterospermum sp.), ketapang (Terminalia sp.),
rhu (Casuarina sp.) dan rengas juga boleh digunakan untuk menghasilkan
bermacam-macam pewarna.

Hutan merupakan gedong yang penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-
nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan
ubi tumbuhan. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan
berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Dalam kegunaan perubatan
tradisional misalnya, masyarakat melayu meminum air rebusan Tongkat
Ali (Eurycoma longifolia) dan (E.apiculata) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-
ibu selepas bersalin.
Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ali bagi
mengubati demam cacar manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka
atau bisul serta bagi meredakan demam malaria. Di antara spesies-spesies
tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatan termasuklah jenis
selusuh Fatimah (Labisia sp.), mempisang (Goniothalamus sp.) dan
medang (Cinnamomum sp.). Bunga pakma (Rafflesia hasselitii) yang dikatakan
mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran.

Hutan juga membekalkan sumber makanan kepada manusia terutamanya bagi


penduduk yang tinggal berhampiran dengan hutan dan fauna yang tinggal
dalamnya. Buah dan biji-bijian liar hutan juga dijual di pasar-pasar tempatan.
Antaranya terdiri daripada macang(Mangifera foetida), jambu (Eugenia sp.),
sentul (Sandoricum koetjape), rambutan (Nephelium sp.), durian (Durio sp.) dan
sebagainya. Kini, sumber pemakanan dari hutan telah mendapat promosi yang
meluas dan dengan pendedahan ini, ia telah mula mendapat pasaran yang tinggi
sebagai salah satu sumber makanan tempatan. Selain makanan, hutan juga
membekalkan pelbagai bahan daripada binatang di hutan. Bahan-bahan tersebut
menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk hiasan atau
sebagai sumber dagangan yang lumayan.

Antara barang yang berasaskan haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading
gajah, kulit harimau badak, harimau bintang, tapir, burung dan sebagainya. Di
samping itu, tahi atau najis kelawar juga dipungut untuk digunakan sebagai baja
asli. Lilin lebah dan sarang burung layang-layang dipungut sama ada untuk tujuan
makanan atau perubatan.

Akibatnya, pihak PERHILITAN telah menjalankan langkah kawalan agar binatang-


binatang tersebut tidak terus pupus dari habitat hutannya.

Sebenarnya, selain hasil-hasil yang disenaraikan di atas terdapat lagi banyak hasil
hutan bukan kayu yang lain. Antaranya termasuklah kayu gaharu yang boleh
menghasilkan bau wangi apabila dibakar dan sering digunakan dalam upacara
keagamaan. Pokok-pokok pengeluaran gaharu ialah karas (Aquilaria
malaccensis) dan cendana (Wikstroemia candalleana). Selain itu, minyak-minyak
daripada sayur-sayuran terdapat secara semulajadi daripada buah-buahan dan biji-
bijian tumbuhan.

Kebanyakannya boleh dimakan dan hasil daripada pokok sengkawang dan


ketupang. Minyak daripada pokok penaga pula boleh digunakan untuk membuat
bahan-bahan seperti sabun, cat dan lilin. Di samping itu, minyak bauan asli
merupakan sejenis minyak yang meruap dan lazimnya terdapat dalam bahagian-
bahagian kulit, akar, daun, buah atau bunga tumbuhan. Minyak-minyak ini berperisa
enak dan berbau harum. Antara jenis-jenis tumbuhan yang sering dimanfaatkan
sebagai bahan dasar dalam penghasilan minyak bauan asli ialah kenagan, bunga
tanjung dan keruing gondol. Penaga dan pulasari pula digunakan dalam pembuatan
bahan perisa dan haruman bahan makanan serta penyediaan ubat-ubatan.

Dengan ini, boleh dikatakan hutan menyediakan banyak peluang pekerjaan bagi
usahawan-usahawan kecil yang ingin menceburkan diri dalam industri berasaskan
sumber keluaran hasil hutan bukan kayu. Kerajaan kini telah mengambil tindakan
dalam menghadkan pengeluaran bahan-bahan mentah keluaran hasil hutan supaya
ia dapat diurus bagi pengeluaran yang berkekalan.

HABITAT BAGI HAIWAN, SERANGGA DAN TUMBUHAN

Hutan menyediakan habitat yang semulajadi bagi beribu-ribu haiwan, serangga dan
tumbuhan yang setiap satunya mempunyai peranan dalam pengekalan ekosistem
hutan. Mengikut kajian yang dijalankan, Hutan Hujan Tropika Malaysia terdapat
1200 spesies burung, 1000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 147 spesies amfibia,
250 spesies ikan air tawar dan 675 spesies mamalia. Lebih daripada 8000 spesies
tumbuhan berbunga di mana antaranya ada 2500 spesies adalah spesies pokok.

Hutan turut menyediakan makanan secara langsung bagi herbivor dan secara tidak
langsung kepada karnivor. Haiwan, serangga dan tumbuhan adalah saling
bergantung untuk hidup. Peranan serangga dalam pendebungaan, burung dan
kelawar sebagai penyebar buah dan biji tidak boleh diperkecilkan. Secara kasar,
Hutan Hujan Tropika boleh dibahagikan kepada beberapa nic yang terasing antara
sama lain dari segi ruang, aktiviti atau diet haiwan.

Harrison (1962) telah membezakan 6 komuniti burung dan mamalia dalam Hutan
Hujan Tropika berdasarkan aras kanopi yang didudukinya dan juga berdasarkan julat
bahan makanannya seperti berikut:

1. Di atas kanopi : insektivor serta burung karnivor dan kelawar.

2. Kanopi atas : burung dan mamalia pemakan daun, buah-buahan dan


sebahagian kecil yang makan nektar dan serangga.

3. Haiwan yang terbang di tengeh-tengah kanopi : Kebanyakan burung dan


kelawar insektivor.

4. Haiwan pemanjat di tengah-tengah kanopi : mamalia pemakan pelbagai jenis


makanan yang bergerak turun naik batang daripada silara pohon hingga ke
tanah, terdapat juga sejumlah kecil karnivor.
5. Haiwan besar di atas tanah : herbivor dan karnivor pngiringnya.

6. Haiwan kecil di atas tanah atau di bawah pokok : mamalia dan burung
pemakan pelbagai jenis makanan pada lantai hutan, terutamanya insektivor
atau omnivor serta beberapa jenis herbivor dan karnivor.

Dapat dilihat bahawa kumpulan burung dan mamalia fitofaj yang utama hidup pada
kanopi atas. Sebaliknya, pada zon yang lain kurang menampung pengguna primer
dan terdapat lebih banyak pengguna sekunder, iaitu haiwan yang menjadi mangsa
kepada haiwan yang lain.

Contahnya burung yang hidup di atas kanopi termasuk burung enggang, burung
merpati dan burung-burung yang memakan buah-buahan dan serangga. Burung
pacat, burung-burung rimba dan burung kuang terdapat pada tumbuhan bawah.
Kumpulan burung yang menduduki bahagian tengah kanopi adalah lebih sukar
untuk dibezakan antaranya terdapat burung kesumbar, burung belatuk dan burung
merbah.

Dalam Hutan Hujan Tropika terdapat populasi invertebrata yang mempunyai


kepadatan yang rendah tetapi menunjukkan taksonomi yang sangat pelbagai.
Invertebrata merupakan haiwan yang tidak bertulang belakang seperti serangga.
Contohnya, rama-rama, labah-labah, anai-anai, dan sebagainya. Tempat habitat
serangga juga dibahagikan kepada banyak aras. Contohnya aras yang lebih tinggi
dalam hutan terdapat Ceratopogonidae, Homoptera dan pemangsanya. Di bawah
tumbuhan kecil pula terdapat Psocoptera, semut, anai-anai dan kebanyakkan
famili Diptera.

Sebenarnya, komuniti invertebrata adalah berbeza pada lurah yang bersebelahan


dan pada lereng dan permatang rabung. Lubang-lubang dalam batang pokok,
batang yang reput serta tanah di bawahnya merupakan habitat tak selanjar yang
penting. Tiap-tiap habitat ini mempunyai sekutuan dengan invertebrata yang
tertentu. Selain itu, banyak invertebrata yang terdapat dalam hutan amat
berfaedah kepada manusia. Misalnya, Apis mellifera dan Apis dorsata akan
membekalkan lebah madu kepada kita. Spesies Lepidoptera (rama-rama) pula
adalah sangat penting untuk industri pelancongan. Oecophylla sp. (kerengga)
penting sebagai pengawalan perosak secara biologi. Cambidae sp. Pula ialah sejenis
kumbang yang larvanya dimakan oleh kaum tertentu.

Di sanping itu, hubungan antara tumbuhan dan haiwan juga jelas lihat dalam hutan.
Hutan bukan hanya merupakan suatu persekitaran yang terdapatnya haiwan yang
banyak tetapi juga tidak boleh kurangnya tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan yang
merupakan sumber makanan haiwan yang utama juga tertakluk kepada hukum
pemilihan semulajadi. Tumbuhan juga memerlukan bantuan haiwan dalam
pendebungaan dan penyebarannya. Dengan ini, hasillah hubungan haiwan dengan
tumbuhan yang saling memerlu.

Dalam pendebungaan, bunga yang didebungakan oleh haiwan mempunyai daya


penarik untuk menarik haiwan tersebut dan mungkin ada daya penghalang untuk
mencegah peengusahahasilan yang berlebihan. Terdapat juga gabungan kombinasi
binaan, bentuk, saiz dan bauan yang disebut "sindrom" yang ada kaitan dengan
lawatan sesuatu kelas haiwan.

Contohnya, bunga yang didebungakan oleh burung tidak mempunyai bauan tetapi
berwarna terang merah, jingga, kuning dan hijau, mempunyai binaan bunga yang
kukuh dan mempunyai banyak nektar cair. Selain itu, haiwan juga memainkan
peranan yang penting dalam penyebaran biji bagi pokok-pokok di kawasan tropika.
Contoh satu ciri "sindrom" ialah penyesuaian pokok untuk sebaran biji oleh kelawar.
Buah yang disebarkan oleh kelawar berwarna lebih pucat, kebanyakan berwarna
coklat atau kekunigan dan mempunyai bau yanng hapak. Buah yang disebarkan
oleh kelawar masak di atas pokok kemudian buah akan terkeluar daripada dedaun
supaya mudah dilawati oleh kelawar. Antara kelawar yang berperanan penting
ialah Pteropus yang boleh mengangkat buah seberat 200 g.

Walaupun hutan penting sebagai habitat haiwan, serangga dan tumbuhan, tetapi
dengan masalah pemusnahan yang semakin serius ini, sebilangan besar haiwan
sedang mengalami masalah kepupusan.

Haraplah dengan terlaksananya Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, usaha ke


arah pemuliharaan haiwan yang mengalami bahaya terpupus dapat
dipertingkatkan.

MENGAWAL ALIR AIR DAN KUALITI AIR

Apabila hujan turun dengan lebat, air hujan akan menitis ke bawah menuju ke lantai
hujan dengan pantas. Akan tetapi, pergerakan titisan air hujan dapat dilambatkan
oleh kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya. Struktur Hutan Hujan Tropika
yang berkanopi adalah penghalang hujan yang sangat cekap. Mengikut pendapat
para ahli ekologi, liputan hutan dapat mengurangkan kejadian banjir pada musim
hujan lebat dangan memerangkap sebahagian daripada air hujan dan
mengembalikan sebahagiannya kepada atmosfera.

Sebenarnya, hujan yang sampai ke muka bumi akan membebaskan tenaga yang
akan mengakibatkan serakan kumin tanih. Dengan ini, untuk menitis air hujan,
kanopi hutan dapat menghasilkan perubahan kadar dan tempoh curahan air hujan
ke lantai hutan. Yang penting sekali ialah hutan dapat mengurangkan kesan titisan
air hujan ke atas tanah. Di samping itu, daun-daun yang gugur di lantai hutan juga
boleh bertindak ssebagai "kusyen" yang dapat menyerap titisan air hujan dan
seterusnya menghalang pengaliran air ke dalam tanah di bawahnya.

Justeru, peranan hutan bukan sahaja dapat mengurangkan kesan titisan hujan ke
atas tanah, tetapi ia juga menggalakkan penyusupan air. Hal ini penting kerana
penyusupan air dapat menghalang sesuatu kawasan itu daripada digenangi air.
Selain itu, kewujudan humus dapat memperbaiki tekstur dan meningkatkan
ketelapan supaya membantu dalam penyusupan air. Oleh itu, boleh mengatakan
bahawa hutan berperanan untuk mengurangkan larian air dan meningkatkan
keupayaan penyusupan serta membantu perkolasi air.

Pada hakikatnya, hanya sebahagian sahaja hujan yang turun dapat sampai ke lantai
tanah hutan akibat daripada pemintasan tumbuhan. Kuantiti hujan yang sampai ke
lantai hutan adalah bergantung kepada bentuk dan susunan daun dan ranting
pokok dalam hutan. Tanah hutan hujan primer dilindungi oleh beberapa lapisan
kanopi. Oleh itu, berapa banyak hujan yang dipintas oleh pelbagai lapisan kanopi
bergantung kepada keamatan hujan dan tempoh hujan turun. Sebahagian besar air
hujan yang dipintas tidak sampai ke tanah dan sebelumnya akan tersejat ke
atmosfera. Sebaliknya, air hujan yang tidak terpintas akan menjadi aliran terus atau
aliran batang dan akan mengalir secara perlahan-lahan ke anak-anak sungai.

Selain itu, sistem saliran yang ada sekarang adalah tidak dapat menampung
kesemua hujan yang turun pada musim hujan dan mengakibatkan berlakunya
banjir. Banjir berlaku akibat daripada air yang berlebihan dalam sungai dan
rangkaian sungai. Sebelum air hujan mengalir ke sungai dan rangkaian sungai, ia
akan melalui aliran dataran, aliran dasar dan aliran subpermukaan.

Mengikut statistik, larian air dalam hujan adalah rendah iaitu 40%-50% kerana
sebahagian besarnya telah dipintas oleh hutan. Ekosistem hutan berperanan
sebagai "regulator" air dalam mengawal kadar alirannya. Kajian Liken 1970 telah
menunjukkan bahawa kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus
mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat secara tidak
langsung yang mendatangkan bencana kepada manusia. Ini dapat dilihat pada
sebatang anak sungai yang mengalir ke kawasan hutan dan berbanding dengan
sebatang sungai yang mengalir ke kawasan rancangan perumahan ketika hujan
lebat. Disebabkan oleh kurangnya air hujan yang terpintas dan tersejat, kekerapan
banjir dan kehebatannya dapat dilihat setelah pemusnahan hutan berlaku.

Hutan adalah sangat penting sebagai satu sistem penyediaan kualiti air yang
bermutu kepada manusia. Ramai ahli ekologi bersetuju bahawa legah yang dilitupi
tumbuhan membekalkan air yang berkualiti lebih baik digunakan oleh manusia
kerana hutan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan
kejernihan air. Penebangan hutan bukan sahaja mempengaruhi aliran sungai dan
suhu air sungai tetapi juga boleh menimbulkan perubahan keadaan kimia air
sungai. Hal ini disebabkan apabila pokok-pokok ditebang, bekalan nutrien yang
tersimpan dalam tumbuhan akan hilang.

Walaupun sebahagian daripada nutrien boleh digunakan oleh tumbuhan lain yang
ditanam oleh petani pindah tetapi kebanyakannya akan terlarut resap dan mengalir
ke sungai. Perubahan nutrien yang banyak mungkin menimbulkan kesan yang tidak
diingini seperti eutrofikasi tasik dan kolam. Dengan ini, kemerosotan kualiti air akan
berlaku.

MENGAWAL HAKISAN TANAH

Masalah hakisan tanah sering berlaku kebelakangan ini akibat daripada aktiviti
manusia sendiri. Kawasan hutan telah ditebang dan diusahakan untuk pertanian
dan kegiatan lain yang menguntungkan manusia pada jangka masa yang pendak.
Akibat penebangan hutan yang melampau, proses hakisan tanah telah mula berlaku
secara perlahan-lahan. Apabila hujan diturunkan dengan lebat, percikan titisan
hujann akan mempercepatkan proses hakisan. Hal ini kerana agregat tanih relai dan
liang-liang besar dalam tanih telah ditutupi atau disumbati. Dengan ini, aliran
daratan pun mula memperlihatkan kesannya dengan membawa bersama-sama
kumin-kumin tanih. Proses sedemikian dinamakan sebagai proses iring arus.

Di kawasan tropika lembap, proses penggondolan melibatkan beberapa proses yang


penting. Antara proses-proses itu termasuklah:

Penggondolan kimia yang berlaku apabila batuan bertindak balas dengan air dan
gas yang terlarut dalamnya.

1. Eluviasi mekanikal yang berlaku apabila kumin halus kelodak dan lampung di
bawa air.

2. Basuhan cerun akibat tindakan titisan air hujan dan larian permukaan.

3. Hakisan oleh sungai.

Antara proses-proses tersebut ada perbezaan dari segi kepentingannya. Peranan


penggondolan kimia adalah lebih berkesan daripada hakisan mekanikal. Hakisan ini
telah memberi implikasi bahawa litupan tumbuh-tumbuhan di rantau ini melindungi
permukaan bumi daripada hakisan mekanikal.
Sebenarnya, litupan tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai penutup bumi yang
semulajadi. Ia dapat melindungi permukaan tanah daripada hentaman titisan air
hujan dan akarnya dapat mencengkam pada tanah, pokok-pokok juga berfungsi
sebagai pengikat tanah-tanih dengan akarnya. Keupayaan ini dapat mengelakkan
butir-butir tanah daripada pecah dan dihakis oleh air. Dengan ini, enapan dalam
sungai akan berkurangan dan seterusnya terus mengurangkan pemendakan di hilir
sungai. Dengan keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan
mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat daripada berlaku.

Sebenarnya cara yang paling mudah untuk merosakkan tanih ialah dengan
membasmi litupan tumbuh-tumbuhan dan mendedahkannya kepada hujan lebat
yang menghakis bahagian atas tanah. Bahagian atas tanah kaya dengan humus
dan mengandungi banyak pengurai. Jika litupan tumbuhan dibuangkan maka ini
seolah-olah menyingkirkan sebahagian besar daripada kesuburan tanah. Tanah
yang kehilangan humus tidak akan dapat serap air hujan dengan berkesan dan
membiarkannya menjadi air lari. Hal in akan menyebabkan berlakunya hakisan
tanah yang serius.

Justeru, hutan memang memainkan peranan yang tidak dapat digantikan dalam
mengawal hakisan tanah. Satu tinjauan telah dilakukan untuk mengukur larian air
yang berlaku dalam hutan. Keputusannya menunjukkan bahawa kadar larian air
adalah sebanyak 40%-50% sahaja. Ini adalah rendah di kawasan Hutan Hujan
Tropika kerana kadar pemintasan oleh kanopi hutan adalah tinggi. Selain itu, bukit-
bukit yang curam juga perlukan perlindungan daripada hutan untuk mencegah
kerosakan yang serius yang disebabkan oleh hakisan. Dengan ini, jelaslah kita lihat
peranan hutan sebagai pengawal hakisan tanah yang penting.

KESTABILAN CUACA

Pengurangan kawasan Hutan Hujan Tropika sejak kebelakangan ini telah disedari
dengan memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Semasa proses fotosintesis terjadi
pada tumbuhan, tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan
mengeluarkan oksigan. Serasah daun yang terkumpul di lantai hutan juga akan
menyimpan karbon dari atmosfera dalam proses fotosintesis. Proses karbonisasi
pula telah diimbangi oleh pernafasan tumbuhan dan haiwan dan aktiviti ungkaibina
yang mengakibatkan penggunaan oksigan dan pengeluaran karbon dioksida.

Hutan Hujan Tropika adalah unik kerana mempunyai kadar biojisim yang tinggi.
Mengikut statistik, daripada sejumlah 8330 bilion tan organik karbon yang
terkumpul bersama-sama bahan tumbuhan, 40 % daripadannya dihasilkan di Hutan
Hujan Tropika (Whitmore 1984). Pemusnahan hutan yang berlarutan bererti semakin
berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Hal ini
terjadi lebih serius lagi dengan pembakaran fosil seperti arang batu, minyak dan
gas asli untuk menampung keperluan tenaga. Yang membimbangkan kita ialah
proses ini telah mengeluarkan karbon dioksida yang banyak ke udara. Ini telah
menjejaskan suhu udara di sekitar kawasan hutan yang asalnya adalah lebih rendah
dan selesa daripada kawasan yang terbuka tanpa tumbuhan.

Kenyataan menunjukkan bahawa pemekatan karbon dioksida di udara telah


bertambah. Ini telah kelihatan semakin jelas sejak 100 tahun kebelakangan ini. Para
saintis meramalkan bahawa hal ini akan mengakibatkan pemanasan dunia. Ianya
akan mempengaruhi pengugangan kadar gas dan secara tidak langsung juga
mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-
gas seperti karbon dioksida, kloroflorokarbon (CFC), nitrid oksida di atmosfera akan
menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi tetapi ia tidak
menghalang laluan tenaga haba dari matahari ke atmosfera. Ini telah menyebabkan
suhu meningkat. Fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

Jika kita berjalan dalam kota raya yang penuh dengan bangunan batu dan
kemudiannya berjalan melalui jalan yang dinaungi oleh pokok-pokok, sudah pasti
mendapat jawapan betapa hutan memberi kesan terhadap cuaca persekitaran yang
nyaman. Saintis-saintis alam sekitar telah mendapati bahawa suhu pada siang hari
di bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. Di kawasan bandar,
pokok-pokok berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis di
mana gas karbon dioksida diserap dan gas oksigan dibebaskan. Wap-wap air hasil
daripada proses ini pula menolong melembap dan menyamankan udara. Pokok-
pokok yang ditanam di kawasan bandar dan di sepanjang jalan selain daripada
mempunyai fungsi tersebut juga dapat bertindak sebagai zon penyerap bunyi di
samping menambah keindahan suasana sekeliling.

REKREASI

Ahli sains menganggap hutan sebagai satu makmal yang besar bagi mereka
menjalankan eksperimen dan kajian yang tak terhingga. Ahli masyarakat yang biasa
pula telah menganggap hutan sebagai sesuatu tempat yang cantik dan selesa
untuk merehatkan minda dan jiwa. Pada berpuluh-puluh tahun dahulu, hutan telah
digunakan untuk berehat dan bersukan. Penggunaan hutan untuk rekreasi kian
berkembang sejak kebelakangan ini. Sebab yag pertama mungkin kerana penduduk
mula mempunyai masa untuk berekreasi. Selain itu, taraf hidup penduduk juga
semakin meningkat dan mempunyai masa yang lapang untuk beristirehat.
Penduduk bandar juga mula bosan dengan kehidupan di bandar dan ingin tinggal
jauh dari bandar buat seketika. Dengan perkembangan kegiatan perindustrian,
semakin ramai lagi orang yang menuju ke hutan untuk mendapat udara yang segar
dan bersih.

Oleh itu, hutan-hutan rekreasi telah diwujudkan dengan tujuan menyediakan


kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri hutan alam semulajadi bagi aktiviti-
aktiviti peristirehatan kepada masyarakat. Dengan ini, masyarakat berkesempatan
menghayati suasana persekitaran hutan di samping mengenali pelbagai fungsi flora
dan fauna hutan. Dalam konteks ini, Hutan Hujan Tropika menepati keperluan
berekreasi.

Di samping teduhan tumbuhan dan aliran sungai, masyarakat turut disediakan


dengan pelbagai kemudahan riadah seperti kawasan perkhemahan, persiaran danai
alam, kolam mandi dan pelbagaai kemudahan rekreasi lain. Sebenarnya, hutan
telah memberikan kita banyak faedah yang secara langsung atau tidak langsung. Di
negara asing, nilai rekreasi hidupan liar dari segi ekonomi adalah lebih tinggi
daripada nilai dagangannya. Misalnya di Amerika Syarikat, terdapat lebih daripada
30 juta penduduk menjalankan kegiatan memburu dan memencing.

Ini telah menampung keperluan industri pelancongan dan rekreasi Amerika. Walau
bagaimanapun, masih ramai penduduk yang menganggap hidupan liar sebagai
sesuatu yang menarik untuk dilihat dan dikaji, bukannya untuk diburu. Oleh sebab
itu, kawasan hutan diperuntukan untuk tujuan rekreasi dan tempat pemeliharaan
hidupan liar. Dengan ini, Taman Negara telah diwujudkan. Dalamnya terdapat
banyak hidupan liar seperti seladang yang takutkan manusia.

Dalam Rancangan Malaysia ke-2 dan ke-3 (1971-1980), 25 kawasan hutan rekreasi
telah ditubuhkan. Sehinggan penghujung Rancangan Malaysia ke-4 (1981-1985),
sebanyak 14 kawasan lagi telah dimajukan sebagai hutan rekreasi. Langkah
kerajaan dalam menubuhkan hutan-hutan rekreasi ini telah menambahkan
perkembangan kemajuan pelancongan negara. Kawasan hutan tidak akan
dimusnahkan melalui aktiviti penebangan dan ia digunakan untuk tujuan
pelancongan alam semulajadi dan aktiviti rekreasi. Dengan cara ini, masyarakat
akan menjadi lebih prihatin dan peka terhadap kepentingan hutan dalam
menyumbangkan peranannya mensejahterakan kehidupan. Justeru, masyarakat
akan menjadi lebih mencintai alam semulajadi sejajar dengan kehendak negara
bagi memelihara dan mengekalkan kualiti dan keindahan alam sekitar. Kini,
pengurusan dalam industri berorientasikan pelancongan alam semulajadi
berpotensi menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada ekonomi negara.

KESIMPULAN

Walaupun kita telah menikmati banyak faedah daripada hutan, tetapi kadar
eksploitasi masa kini memberi penanda bahawa tidak banyak yang masih tinggal
untuk dilihat dan dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh demikian, adalah
penting untuk menjadikan hutan kita sebagai sumber alam semulajadi yang tidak
seharusnya dipergunakan dengan berleluasa untuk mendapatkan keuntungan
jangka pendek. Sebaliknya, kita perlu mempunyai pandangan yang jauh bahawa
hutan kita akan terus memberi kesejahteraan kepada penghidupan sejagat.
Walaupun proses pembangunan terus dijalanjkan di negara ini, ia tidak seharusnya
menjejaskan sistem penampungan penghidupan bersumberkan hasil hutan yang
sedia ada.

Keperluan yang diseimbangi dan tindakan yang teratur di dalam mengeksploitasi


khazanah hutan perlulah diuruskan bersesuaian dengan program pembangunan
negara. Sebagai warganegara yang bertanggungjuwab, kita harus mengimbangi
pandangan dan mempunyai komitmen terhadap nilai-nilai hutan serta
memeliharanya demi kesejahteraan penghidupan yang seimbang. Haruslah kita
ingat bahawa segala yang ada dalam alam ini bukan hak milik kita sahaja. Kita
hanya meminjamnya daripada generasi lalu dan perlu kembalikannya kepada
generasi yang akan datang.

RUJUKAN ; Hutan Hujan Tropika Di Timur Jauh, T.C Whitmore, Dewan Bahasa Dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia 1991

Global Forest Resources


Alexander S. Mather
Belhaven Press A Division of Pinter Publishers London
Tumbuh-tumbuhan Dan Persekitaran Satu Perspektif Geografi
Ismail Ahmad Yaakob Mohamad Jani
Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia
Khairuddin Haji Kamaruddin
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

3.Penyediaan Kayu Untuk Pemulpaan

Penghasilan pulpa dara merupakan siri yang bermula dari hutan, samada hutan
semula jadi atau hutan ladang dan berakhir dengan pelunturan (lihat Rajah 3.1).
Kayu merupakan bahan mentah utama untuk penghasilan pulpa dan kertas. Pokok-
pokok yang ditebang akan diangkut ke kilang pulpa atau pusat penyerpihan, proses
di tempat lain; ataupun diproses di situ juga, proses setempat. Di pusat ini batang-
batang pokok akan dibersihkan dan dipotong mengikut ukuran-ukuran yang
dikehendaki. Kayu-kayu ini akan dipulpakan. Pulpa yang dihasilkan akan
dibersihkan. Pulpa yang bersih akan dilunturkan dan dihantar ke kilang pembuatan
kertas. Pulpa-pulpa ini dihantar ke kilang kertas samada dalam bentuk kering,
lembap atau cair.
3.1 PENUAIAN

3.1.1 Hutan Malaysia

Penuaian merupakan proses pengalihan pokok-pokok daripada hutan ke pusat-pusat


pemprosesan kayu. Hutan ialah satu kawasan luas yang dilitupi dengan tebal oleh
pokok-pokok berkayu. Terdapat dua kategori hutan di Malaysia, hutan asli dan hutan
ladang. Keluasan hutan asli, hutan hujan tropika, di Malaysia pada akhir 1991 ialah
19.24 juta hektar atau 59% keluasan Malaysia. Hutan ini boleh dikelaskan kepada
lapan jenis: hutan paya laut, hutan paya, hutan bukit pantai, hutan dipterocarp
pamah, hutan dipterocarp bukit, hutan dipterocarp atas, hutan ok gunung, dan
hutan gunung ericaceous.

Di dalam hutan-hutan ini terdapat lebih daripada 8,000 jenis pokok berbunga dan
2,500 daripadanya terdiri daripada jenis pokok besar. Hutan dipterocarp pamah dan
hutan dipterocarp bukit merupakan sumber utama dalam pengeluaran kayu balak.
Antara jenis kayu yang terdapat di dalam hutan ini ialah balau, bintangur, cengal,
jelutung, kempas keruing, meranti, merbau dan resak 2.

Di samping hutan asli terdapat 450,000 hektar hutan ladang dan 4.2 juta hektar
ladang getah dan kelapa sawit sebagai sumber selulosa untuk penghasilan pulpa.
Ladang hutan berupaya menghasilkan lebih banyak kayu seunit kawasan dalam
jangka masa yang singkat telah dimulakan dengan penanaman pokok jati di Perlis
dan Kedah dalam tahun 1957. Pokok pain jenis
tropika, Pinus carabean, Pinusmerkusii dan Araucaria spp. ditanam di Johor, Negeri
Sembilan, Pahang dan Selangor dalam tahun 1960-an. Pada tahun 1982, projek
Ladang Hutan Kompensatori telah dimulakan. Pokok-pokok Acacia spp., yamane dan
batai ditanam di seluruh negara

3.1.2 Pembalakan

Penuaian melibatkan penebangan pokok, pembuangan dahan/ranting dan


pemotongan batang pokok kepada panjang yang sesuai. Pada tahun 1990, 921 juta
m3 pokok dituai untuk pemulpaan (lihat Rajah 3.2). Jumlah ini merupakan 16% dari
5,756 juta m3 pokok dituai untuk industri kayu dan sebagai bahan api.

Penebangan pokok dapat dijalankan secara manual atau mekanik. Penebangan


secara manual ialah dengan menggunakan kapak, gergaji atau gergaji berantai.
Sementara penebangan secara mekanik dilakukan dengan jentera tuai terutama di
hutan-hutan ladang kerana saiz batangnya yang kecil, susunan pokok yang teratur
dan permukaan tanah yang lebih stabil. Jentera ini juga dapat beroperasi dalam
cuaca buruk.

Di zon sederhana penebangan di jalan secara bermusim kerana sesetengah spesies


mudah dinyahkulit pada musim bunga dan awal musim panas. Pemotongan pada
musim sejuk akan memberi kesan pada operasi penyerpihan kerana kayu sedang
membeku.

Pada musim sejuk permukaan tanah adalah keras membeku ini memudahkan
penuaian dan pengangkutan. Di kawasan tropika, penuaian dijalankan sepanjang
tahun.

Rajah 3.2: Bekalan kayu pulpa dunia pada 1990 mengikut kawasan.

Hutan-hutan ini ditebang mengikut sistem-sistem tertentu: tebangan habis, naung,


memilih, dan tompok. Pemilihan sistem penebangan bergantung kepada faktor-
faktor alam sekitar, ekonomi, geografi, dan lain-lain.

Di Malaysia, kerja-kerja penebangan dimulakan dengan pengambilan inventori


bertujuan untuk menentukan perancangan dan kutipan hasil oleh kerajaan. Setelah
memenuhi beberapa prosedur tertentu, pengusaha kawasan akan membina jalan-
jalan hutan untuk melicinkan pengeluaran balak. Pokok-pokok yang telah ditentukan
iaitu purata 6-7 pokok sehektar ditebang, sistem tebangan memilih, dengan
menggunakan gergaji berantai. Setelah batang pokok hutan rebah ke tanah, ia
dibersihkan dari rimbunan daun dan ranting dan kemudian ditual mengikut ukuran
kepanjangan yang sesuai. Balak-balak yang telah ditual diseret keluar dengan
menggunakan jentera pengheret dan/atau San-Tai-Wong untuk dibawa ke betau. Di
betau, balak-balak yang masih panjang akan dikerat mengikut ukuran tertentu
untuk diangkut dengan menggunakan lori trailer ke kilang-kilang.

Batang-batang pokok/balak dipotong pada panjang tertentu untuk memudahkan


pengangkutan dan pengiraan muatan. Sebelum trailer ini sampai ke kilang,
muatannya diperiksa oleh pegawai dari Jabatan Perhutanan untuk menentukan
cukai dan royalti, dan memastikan pengusaha balak tidak menuai pokok yang tidak
diluluskan untuk tebangan. Balak-balak diangkut ke kilang melalui jalan raya,
keretapi atau air.

Pengangkutan air digunakan apabila kilang-kilang berada di tepi laut atau sungai.
Sesampai di kilang, balak boleh disimpan di dalam air atau ia boleh juga disimpan
dalam cara longgokan samada bertindih atau main longgok. Balak-balak dibasuh
untuk membuang kotoran dan benda asing supaya tidak menjadi masa alah kepada
jentera semasa pemprosesan. Balak-balak ini juga diasingkan mengikut spesies,
mutu, saiz ataupun kegunaan.

3.2 PENGULITAN

Untuk pemulpaan, cuma kayu yang dikehendaki. Kulit pokok tidak dikehendaki
kerana ia akan merendahkan mutu pulpa dan akan meningkatkan penggunaan
bahan kimia dalam pemulpaan kimia. Penyahkulit boleh dilakukan semasa di hutan
lagi tetapi selalunya dilakukan di kilang kerana kemudahan penyahkulit yang
lengkap ada di kilang. Pengulitan di hutan akan menggalakkan kitaran nutrien. Di
kilang pula, kulit-kulit ini digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan
tenaga atau diproses untuk penghasilan baja. Pengulitan ini dapat dibuat secara
manual atau menggunakan jentera.

Salah satu cara mekanik ialah derum besi berputar yang dicondongkan. Balak-balak
ini apabila dimasukkan akan bertunggang-langgang dan bergeser di antara satu
sama yang lain. Semasa bergeseran ini kulit-kulit akan tercabut dan tertanggal dari
batang balak. Di hujung derum besi berputar, balak-balak ini akan ditembak dengan
pancutan air untuk menanggalkan sisa-sisa kulit yang masih tertinggal. Balak-balak
yang telah berjaya dinyahkulitkan akan dihantar ke pusat penyerpihan. Kalau balak-
balak ini digunakan untuk pemulpaan mekanik kayu-kisar batu, ia tidak akan
diserpihkan.

3.3 PENYERPIHAN

Objektif penyerpihan ialah untuk menurunkan saiz balak atau kayu menjadi
kepingan-kepingan kecil yang bersaiz seragam. Penghasilan serpih kayu yang
mempunyai saiz yang betul adalah sangat kritikal dalam penghasilan pulpa yang
berkualiti tinggi serta mempunyai variasi yang kecil. Serpih-serpih yang terlalu
besar atau kecil serta kandungan pencemar akan menurunkan kualiti pulpa dan
juga merumitkan proses penghadaman. Saiz yang ideal ialah di antara 10 mm
hingga 30 mm panjang sepanjang ira dan di antara 2 mm hingga 5 mm tebal (lihat
Rajah 3.5).

Saiz adalah penting supaya serpih dapat masuk ke dalam ceper semasa pemulpaan
mekanik dan peresapan menyeluruh dan cepat oleh larutan kimia semasa
pemulpaan kimia. Ketebalan sangat penting dalam pemulpaan kimia, terlalu nipis
akan menghasilkan pulpa bermutu rendah dan terlalu tebal menyebabkan tengah-
tengah serpih tak masak.
Kebanyakan penyerpih beroperasi di atas prinsip suatu cakera yang mengandungi
pisau yang berputar yang dipasang secara tegak di atas permukaan dan menonjol
sedikit daripada satah cakera. Balak disuap ke dalam cakera berputar ini, biasanya
pada sudut 45o terhadap satah pisau. Pisau-pisau ini akan memotong kayu menjadi
serpih (lihat Rajah 3.6). Serpih-serpih ini akan mengalir melalui lubang-lubang di
dalam cakera dan akan di hantar kepada penapis atau storan. Akhir-akhir ini
penyerpih dilengkapkan dengan pengeluar peniupan. Peniupan diperoleh dengan
menambahkan suatu kipas pada belakang cakera. Ini menghasilkan suatu tekanan
udara yang cukup untuk membawa serpih-serpih keluar daripada hud dan melalui
suatu lubang untuk dihantar kepada penapis dan storan. Serpih-serpih yang keluar
daripada penyerpih ini kemudiannya ditapis.

3.3.1 Penapisan

Penapisan ini boleh dilakukan di tempat penyerpihan atau di kilang pulpa.


Penapisan ini merupakan multi-tahap. Dalam penapisan, saiz yang dikehendaki
dipisahkan dari serpih terlalu kecil atau terlalu besar. Saiz yang terlalu besar akan di
serpih semula sementara serpih yang terlalu kecil akan dijadikan bahan bakar.
Serpihan-serpihan ini dipisahkan mengikut panjang, tetapi sekarang ini serpihan
dipisahkan mengikut ketebalan.

Penstoran

Penjagaan rapi adalah penting kerana serpih kayu mudah rosak samada tercemar
atau diserang oleh mikrob. Serpih yang tercemar atau rosak akan menurunkan
mutu pulpa dan meningkatkan kos pengeluaran. Kerosakan ini dapat dikurangkan
dengan penjagaan yang betul. Serpih-serpih distorkan kurang dari dua minggu
kerana selepas dua minggu ia akan berwarna, tetapi untuk pemulpaan kimia sulfit,
storannya agak lama diperlukan untuk menghilangkan ekstraktif. Kerosakan serpih
dapat dikurangkan dengan:

a)Pembinaan lantai konkrit atau asfalt sebelum membina longgokan serpihan


b)Serpih yang disimpan awal, hendaklah digunakan dahulu, supaya serpih yang
telah tercemar tidak berjangkit kepada serpih baru dan berbentuk storan hendaklah
dalam bentuk cincin .

Anda mungkin juga menyukai