Anda di halaman 1dari 3

INTEGRASI TANAMAN PADI DAN LEMBU

Konsep

Konsep integrasi padi dan lembu adalah satu sistem kebergantungan antara padi dan

lembu yang saling melengkapi dimana penggunaan jerami padi sebagai makanan lembu

manakala najis lembu tersebut sebagai baja organik kepada tanaman padi

Kelebihan dan halangan melaksanakan integrasi tanaman padi dan lembu

Integrasi ternakan mampu memberi impak positif kepada petani yang mempunyai sumber

kewangan tidak stabil terutama untuk membeli baja demi kelangsungan pertumbuhan padi.

Penggunaan baja daripada ternakan mempunyai potensi untuk memastikan aktiviti pertanian

yang dijalankan adalah lestari terutama kepada petani miskin dan tidak mampu membeli baja

bukan organik. Selain itu, integrasi padi dapat memperbaiki kualiti tanah dan memberi kesan

positif terhadap produktiviti kerana jumlah pengeluaran hasil dan pendapatan petani adalah lebih

tinggi berbanding amalan pertanian sejenis tanaman sahaja (Zaimah, R., Novel Lyndon, Sarmila,

M. S. & Mohd Yusof Hussain, 2017)

Halangan utama adalah modal dalam melaksanakan integrasi padi. Modal yang

dimaksudkan tidak semata-mata merujuk kepada wang, tetapi meliputi modal tenaga kerja.

(Zaimah, R., Novel Lyndon, Sarmila, M. S. & Mohd Yusof Hussain, 2017)

Pelaksanaan integrasi tanaman padi dan lembu

Di Malaysia, pelaksanaan integrasi tanaman dan ternakan merupakan salah satu aktiviti

yang mendapat perhatian kerajaan Malaysia sehingga kerajaan memperkenalkan konsep

PINTAR atau singkatan kepada Projek Integrasi Ternakan Ruminan. Namun, kerajaan lebih
memfokuskan kepada tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit, bukan tanaman padi. Oleh

sebab itu, pelaksanaan integrasi tanaman padi dan lembu kurang berkembang di Malaysia.

(Hosnan, 2018)

Negara yang boleh dijadikan contoh dalam integrasi tanaman padi dan lembu ialah

Indonesia. Di Indonesia, telah diperkenalkan Program SIPT( Sistem Integrasi Padi-Ternak) yang

merupakan salah satu alternatif untuk meningkatkan penghasilan padi, daging, susu dan

pendapatan petani Program ini, mengambil pendekatan Zero Waste iatu meningkatkan nutrien

yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan supaya tiada sisa buangan yang dibazirkan seperti

penggunaan jerami padi sebagai makanan lembu dan najis tahi lembu tersebut dijadikan sebagai

baja organik kepada tanaman padi. (Dahono, 2015)

Sebagai contoh, menurut satu artikel Utusan Malaysia, di Solo, Jawa Tengah, Indonesia

telah menampakkan kejayaan yang memberangsangkan dalam pelaksanaan integrasi padi dan

lembu. Antara kejayaan yang boleh dicontohi ialah berupaya meminimumkan bau busuk najis

lembu yang berpunca daripada pemakanan haiwan itu yang diberi diberi makan bahan organik

jerami padi .Najis yang terhasil juga dipercayai mengandungi nilai perubatan kerana lembu

dalam kandang ini dibiar berkubang dengan najis sendiri. Buktinya kesemua lembu di sini bebas

daripada sebarang penyakit haiwan.. Di samping itu, disitu juga turut memanfaatkan kumbahan

najis lembu yang dicampur dengan jerami padi diperap beberapa bulan sehingga menjadi baja

kompos bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malah memenuhi pasaran eksport termasuk ke

Malaysia. Di situ juga terdapat nurseri anak-anak pokok bunga yang dimanfaatkan daripada baja

najis lembu, selain kebun buah-buahan, sayur-sayuran dan sawah padi yang subur berdekatan

kandang lembu. (Samah, 2010)


Kaedah ternakan dan pertanian ini memang patut dijadikan contoh dan berupaya menjana

keuntungan lumayan sekali gus membuktikan sektor pertanian juga memerlukan daya kreatif

bagi menghasilkan pelbagai nilai tambah ekonomi (Samah, 2010)

RUJUKAN

Dahono. (2015, Januari 23). Integrasi Ternak Sapi Dengan Tanaman Padi. Didapatkan
November 10, 2018, daripada Balai Pengkajian Teknologi Pertanian Kepulauan Riau:
http://kepri.litbang.pertanian.go.id/new/index.php/berita/781-integrasi-ternak-sapi-dengan-
tanaman-padi

Hosnan, A. (2018, September 1). Didapatkan November 10, 2018, daripada Anim Agro
Technology: http://animhosnan.blogspot.com/2018/09/ternak-lembu-intergrasi-bagaimana.html

Samah, N. N. (2010, Februari 19). Kejayaan pertanian integrasi di Indonesia. Didapatkan


November 10, 2018, daripada Agrobiz:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agr
obiz&pg=ag_01.htm

Zaimah, R., Novel Lyndon, Sarmila, M. S. & Mohd Yusof Hussain. (2017). Keberkesanan
Integrasi Sawit. Journal of Social Science and Humanities , 152-163.

Anda mungkin juga menyukai