Anda di halaman 1dari 6

GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang


membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada
seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya
hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam
menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya
hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti
senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan
dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal
dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup
yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan
kebahagian kepada kehidupan kita.
Kepentingan Gaya Hidup Sihat.
a) Memastikan tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang
membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam
keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu
memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan
melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang
itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti
bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari
memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran
darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem
imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina
dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya
hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi
penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering
melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar
nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada
pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit
seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa

yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat


seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.

b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan


Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan
kesihatan
mental
serta
sentiasa
mengawal
ataupun
mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan
tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan
tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan
bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur
proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer.
Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran
positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelutkemelut
yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah
kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan
kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti
pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.
c) Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan
insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan
persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya
yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan
juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka
kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.
Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat
dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta
persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong
dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan
membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain..


a)
Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat
melahirkan sebuah negara yang maju.
b) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari
segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum.
c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.
d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat


a)

Makan

Makanan

Yang

Seimbang

Dan

Berkhasiat

b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan


rakanrakan

c)

Mengambil

d) Melakukan aktiviti fizikal

rehat

yang

mencukupi

e) Menjaga kebersihan

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting


kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap
kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, kita harus
mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan
kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai