Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN PENUBUHAN KELAB FASILITATOR

SEKOLAH MENEGAH IBN KHALDUN

FASA 1 NAMA
Pertubuhan ini dinamakan AL – JAZARY FACILITATOR CLUB

FASA 2 TUJUAN DAN MAKSUD

2.1 Melahirkan generasi yang yang menjadikan Al-quran sebagai sumber


rujukan pertama.

2.2 Melahirkan individu yang merasai masuliah dan tanggungjawab


dakwah dan tarbiyah terhadap masyarakat khususnya.

2.3 Mengatur dan menyusun pelbagai bentuk aktiviti dan program melalui
penggabungan pemikiran, kemahiran dan kepakaran, keilmuan dan
pengetahuan, kepimpinan serta pengalaman ahli-ahli kearah
melahirkan individu-individu yang mempunyai keperibadian yang
seimbang dari segi akhlak yang mulia dan berhemah tinggi,kecergasan
akal dan jasmani yang sihat,keupayaan berdikari,berkeyakinan diri
serta mempunyai daya usaha dan daya cipta yang dinamis yang boleh
dijadikan contoh teladan yang baik dan dihormati oleh masyarakat.

2.4 Merebut peluang membina hubungan didalam masyarakat dengan


mengunakan modul Al – quran dan pembinaan modal insan.

FASA 3 KEAHLIAN

3.1 Keahlian dibuka kepada para pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan
keluar ke realiti masyarakat .
3.2 Jumlah bilangan keahlian adalah tidak terhad.
3.3 Tiap –tiap pemohonan ahli adalah diluluskan oleh Penolong Kanan
Tugas- Tugas Khas SMIK

FASA 4 YURAN KEAHLIAN

3.1 Yuran keahlian adalah RM 10.00 bagi tempoh setahun.

FASA 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

5.1 Mana –mana ahli yang gagal mematuhi undang- undang kelab atau
bertindak dalam cara yang mencemarkan nama baik kelab secara
langsungatau tidak langsung akan dipecat atau digantung keahliannya
dalam suatu tempoh yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa.
FASA 6 PENTADBIRAN

Pentadbiran pertubuhan akan dikelola oleh :

6.1 Penaung : Pengetua SMIK

6.2 Penasihat : Penolong kanan Tugas –tugas Khas SMIK

6.3 Pengurusan dan Pentadbiran : Mohd Shahabudin bin Md Yatim

6.4 Setiausaha dan Juru Audit : Ali Noor `Atif bin Anuar

FASA 7 KEEWANGAN

7.1 Sumber keewangan utama adalah hasil pelaburan ahli – ahli dan badan
NGO yang memberi sumbangan.

7.2 Hasil keuntugan perniagaan diatas nama AL- JAZARY


PUBLICATION.

7.3 Sumbangan dari pihak sekolah secara khususnya dan masyarakat


umumnya.

FASA 8 TAFSIRAN UNDANG – UNDANG

8.1 Meletakkan syara` sebagai rujukan utama.

8.2 Ahli – ahli dilarang sama sekali mencemarkan nama baik kelab .

8.3 Ahli jawatankuasa berhak megugurkan keahlian serta- merta atas


alasan munasabah.

PENUTUP
Dengan penjelasan diatas, pihak pengurusan AL – JAZARY
FACILITATOR CLUB mengharapkan kelulusan dan pegesahan pihak
pentadbiran sekolah bagi menjalankan aktiviti dan program-program yang
telah direncanakan.

SOKONGAN PENGESAHAN

………………………… ……………………
PENASIHAT AL –JAZARY PENGETUA SMIK
FACILITATOR CLUB ABDULLAH THAID
ISMAIL BIN ISHAK BIN HASSAN

Anda mungkin juga menyukai