Anda di halaman 1dari 17

Objektif Isi kandungan

1. Menghuraikan struktur STRUKTUR MAKROSKOPIK


mikroskopik dan External genitalia (vulva)
makroskopik sistem External genitalia juga dikenali sebagai vulva. Terdiri dari
Labia majora, Labia Monira, Clitoris, Vaginal orifice,
reproduktif wanita. vestibule, Hymen dan Kelenjar Vestibular (Bartholin’s)

a) Labia Majora
Adalah dua lipatan besar tisu yang tebal. Ia membina
sempadan vulva. Terbentuk dari kulit, tisu fiber dan tisu
lemak. Ia juga mengandungi banyak kelenjar
Sebaceous. Labia Majora bercantum di hadapan
Symphisis Pubis. Manakala di bahagian posterior pula
ia bercantum dengan kulit di bahagian Perineum.
Semasa Puberty, rambut tumbuh di kawasan Mons
Pubis dan di permukaan sisi Labia Majora.

b) Labia Minora
Lipatan yang lebih kecil serta berada di tengah-tengah
Labia Majora dipanggil Labia Minora. Di bahagian
tengah Labia Minora terdapat vestibule. Bukaan
Vagina, urethra dan duktus kelenjar vestibular berada
di vestibule. Bahagian atas Labia Minora bercantum
dan menutupi sebahagian Clitoris.

c) Clitoris
Clitoris adalah organ yang sangat sensitive dan terbina
dari tisu erectile. Mengandungi banyak salur darah
serta saraf.

d) Frenulum of clitoris
Lipatan kulit / bahagian labia minora yang membentuk
clitoris.

e) Vaginal orifice
Bukaan vagina ke bahagian anterior. Merangkumi
sebahagian besar vestibul dan disempadani dengan
hymen.

f) Hymen
Adalah lapisan mucous membrane nipis yang
menutupi sebahagian besar bukaan vagina.

g) External uretheral orifice


Terletak di bahagian anterior vaginal orifice dan di
posterior clitoris.
h) Kelenjar Vestibular (Bartholin’s)
Terletak di setiap sisi vagina. Kelenjar sebesar biji
kacang ini mengeluarkan sekrisi mukusnya melalui
duktus yang kecil.
Bukaan duktus tersebut berada di antara Labia minora
di hadapan Hymen.

i) Perineum
Adalah kawasan berbentuk diamond di antara
bahagian bawah Labia majora sehingga ke anus .
Terbentuk dari tisu connective, otot dan tisu lemak.

Bekalan darah
External genitalia mendapat bekalan darah dari internal
pudendal arteries (cabang dari internal iliac arteries) dan
dari external pudendal arteries (cabang dari femoral
erteries).
Aliran vena pula adalah kepada Internal iliac veins.

Salur Lympha
Melalui Superficial inguinal nodes

Saraf
Mendapat bekalan saraf dari cabang Pudendal nerve.

Struktur reproduktif internal .


Struktur internal terdiri dari vagina, uterus, ovaries, dan
fallopian tubes.

Vagina
Adalah rongga yang dilapisi oleh mucous membrane.
Panjangnya adalah 7.5 hingga 10 cm ( 3 – 4 inc),
memanjang ke atas dan ke belakang dari vulva ke cervix.
Dinding posterior pula panjangnya adalah 9cm. Di
bahagian hadapannya terdapat urethra dan bladder
manakala di bahagian belakangnya adalah rectum.
Dinding anterior dan dinding posterior vagina secara
normal akan saling bersentuhan. Bahagian atas vagina
dipanggil fornix, mengelilingi cervix.

Struktur vagina
Vagina terdiri dari tiga lapisan. Lapisan luarnya adalah
terdiri dari tisu areolar. Lapisan tengah adalah terdiri dari
otot licin (smooth muscle), manakala lapisan dalamnya
terdiri dari tisu stratified squamous epithelium yang
membentuk rugae. Ia tiada kelenjar yang menghasilkan
sekrisi tetapi permukaannya sentiasa lembap oleh sekrisi
cervical. Di antara puberty dan menopause, terdapat
bacteria Lactibacillus acidophilus, yang akan
menghasilkan lactic acid dengan itu ianya dapat
mengekalkan pH vagina di antara 4.9 – 3.5. Keasidan ini
dapat mengelakkan mikroorganisma lain memasuki vagina
dari perineum.

Bekalan darah
Internal iliac arteries
Internal iliac veins

Salur Lympha
Deep and superficial iliac glands

Bekalan saraf
Pudendal nerve

2. Menyenaraikan fungsi- Fungsi vagina


fungsi organ-organ Bertindak sebagai penerima penis semasa persetubuhan
reproduktif wanita. serta sebagai laluan bayi semasa kelahiran.

UTERUS
Adalah organ berbentuk buah pear dan terdiri dari lapisan
otot. Saiznya adalah 7,5 cm (3 inc) panjang, 5 cm (2 inc)
lebar (bahagian atas lebih lebar). Tebal dinding adalah
1.25 cm (0.5 inc). Beratnya adalah di antara 30 – 40 gm.
Saiz uterus berbeza bergantung kepada parity (multipara
lebih besar dari nullipara).
Kedudukannya adalah anteversion dan anteflexion
hampir berkedudukan bersudut tepat dengan vagina.
Dengan itu sebahagian dinding anteriornya berada di atas
bladderdan membentuk Vesicoureterine pouch di antara
uterus dan bladder.
Uterus terbahagi kepada tiga bahagian iaitu cervix, body,
dan fundus.

Fundus.
Bahagian yang berbentuk kubah (dome), terletak di
bahagian paling atas uterus.

Body
Adalah bahagian utama Uterus. Bentuknya lebih tirus ke
bawah di internal os dan bercantum dengan cervix.

Cervix (neck of the uterus)


Bahagian yang menonjol di dinding anterior vagina dan
pembukaannya dipanggil external os.

Struktur mikroskopik dinding Uterus


Dinding uterus adalah terdiri dari tiga lapisan ;
perimetrium, myometrium dan endometrium.

Perimetrium
Melitupi bahagian luat uterus dan ia adalah sebenarnya
lapisan peritoneum. Di bahagian anterior ia menutupi
fundus dan body uterus lalu membentuk lipatan ke atas
untuk menutupi bladder . Lipatan ini dinamakan
vesicoureterine pouch.
Di bahagian posterior pula ia menutupi fundus dan body
uterus dan seterusnya menutupi rectum lalu membentuk
Rectouterine pouch (of Douglas).
Di bahagian sisi pula ia hanya menutupi bahagian fundus
dan bercantum menjadi dua lapisan di tiub Fallopian
membentuk Broad ligament di mana ianya akan
menyokong uterus dengan memegang bahagian sisi
dalam tulang pelvic.

Myometrium
Adalah lapisan tisu yang paling tebal. Ia terdiri dari serat
otot licin (smooth muscle fibres) diselang seli dengan tisu
areolar, salur darah dan saraf.

Endometrium
Ia terdiri dari tisu Columnar epithelium yang mengandungi
banyak tubular glands (mucus-secreting glands).
Endometrium terbahagi kepada dua lapisan :
 Functional layer
Adalah lapisan di bahagian paling atas. Lapisan ini
menebal dan mempunyai banyak salur darah pada
pusingan pertama kitaran haid. Jika ovum tidak
disenyawakan dan tidak tertanam di lapisan ini,
maka lapisan tersebut akan gugur ketika haid.

 Basal layer
Adalah lapisan yang berada di atas myometrium
dan ia tidak akan gugur semasa haid. Lapisan
inilah yang akan membina Functional layer yang
baru semasa kitaran haid.

Bahagian atas 2/3 cervical canal dilapisi dengan mucous


membrane. Apabila mengunjur ke vagina lapisan ini
bertukar menjadi lapisan stratified squamous epithelium.

Bekalan darah uterus


Uterine arteries cabang dari internal iliac arteries.
Internal iliac veins.

Salur Lympha
Aortic lymph nodes

Bekalan saraf
Serat parasympathetic dari Saraf sacral dan serat
Sympathetic dari saraf Lumbar.

Sokongan uterus.
Uterus berada di dalam kaviti pelvik secara langsung
dapat melindunginya dari sebarang hentakan kerana
tulang pelvic adalah antara tulang amat kuat.

Uterus disokong oleh beberapa ligamen.

i. Broad ligaments
Terbentuk dari dua lapisan peritoneum. Satu di setiap
sisi uterus.
ii. Round Ligaments
Terbentuk dari tisu fiber yang berada di antara lapisan
Broad ligament. Satu di setiap sisi uterus.
iii. Uterosacral ligaments
Ligamen ini bermula dari bahagian dinding belakang
cervix dan vagina dan mengunjur ke belakang hingga
ke sacrum.
iv. Transverse cervical ligaments (cardinal ligemants)
Ligamen ini bermula dari kedua-dua sisi cervix dan
vagina sehingga ke sisi dinding pelvis.

Fungsi uterus
1. Menstrual cycle
2. Bersedia untuk menerima, memberi bekalan makanan
serta melindungi ovum yang telah disenyawakan.
3. Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
perkembangan fetus selama 40 minggu gestasi.
TIUB FALLOPIAN
Tiub fallopian berada di kedua-dua belah sisi uterus di
antara body dan fundus uterus. Panjangnya 10 cm.
Terletak di bahagian paling atas broad ligemant dan
bahagian hujungnya yang berbentuk trumpet menembusi
dinding posterior broad ligament , berada di dalam kaviti
peritoneum dan berhampiran dengan ovari. Di bahagian
hujungnya terdapat unjuran-unjuran yang berbentuk
seperti jejari dipanggil fimbriae.

Struktur tiub fallopian


Bahagian luarnya dilapisi oleh lapisan peritoneum (broad
ligament). Lapisan tengahnya adalah terdiri dari otot licin
manakala bahagian dalamnya adalah terdiri dari lapisan
ciliated epithelium.

Bekalan darah, aliran limfa serta saraf adalah sama


dengan uterus.

Fungsi tiub fallopian


Membawa ovum dari ovari ke uterus dengan pergerakan
peristalsis serta pergerakan cilia. Lapisan epithelium
yang menghasilkan mucus membantu melicinkan
pergerakan ova dan spermatozoa. Fertelization juga
berlaku di dalam tiub fallopian dan zygote dibawa ke
dalam uterus melalui pergerakan yang sama.

OVARIES
Adalah organ pembiakan wanita atau juga dipanggil
kelenjar. Berada di dalam ruang pelvis berhampiran
dengan didning sisi dalam pelvis. Saiznya 2.5 – 3.5 cm
panjang, 2 cm lebar dan 1 cm tebal. Setiap satu
dihubungkan dengan uterus oleh ovarian ligament.
Manakala bahagian belakangnya dihubungkan dengan
broad ligament oleh mesovarium. Salur darah dan saraf
keluar masuk melalui mesovaruim.

Struktur ovari
Ovari terdiri dari 2 lapisan tisu.
1. Medulla
Adalah lapisan yang paling tengah. Mengandungi tisu
fiber, salur darah dan saraf.
2. Cortex
Lapisan ini mengelilingi medulla. Terdiri dari rangkaian
connective tissue atau stroma yang dilitupi oleh
germinal epithelium. Mengandungi ovarian follicles
dalam pelbagai peringkat kematangan. Di mana setiap
satunya mengandungi ovum. Sebelum balikh, ovari
tidak aktif tetapi sudah ada filocles yang masih belum
matang (primodial) yang wujud sejak seseorang
wanita itu dilahirkan. Apabila seseorang wanita sudah
balikh, setiap 28 hari (normal) satu follicle yang
matang (grafian follicle) akan pecah dan melepaskan
ovum ke dalam kaviti peritoneum. Keadaan ini
dipanggil ovulasi dan ianya berlaku hampir di setiap
kitaran haid.

Bekalan darah
Ovarian arteries dan ovarian veins.
Aliran limfa
Lateral aortic dan preaortic lymph nodes.
Bekalan saraf
Saraf parasympathetic dan sympathetic dari sacral and
Hypothalamus lumbar.

Fungsi ovari
1. Melepaskan ovum yang telah matang(Ovulasi).
Luteinising hormone releasing 2. Ovarian follicles menghasilkan oestrogen
hormone (LHRH) 3. Corpus luteum menghasilkan progesterone.

Ovulasi adalah dirangsangkan oleh peningkatan


Anterior pituitary luteinising hormon (LH) yang berlaku beberapa jam
sebelum ovulasi yang juga dihasilkan oleh anterior
pituitary.

Selepas ovulasi, sel-sel yang mengelilingi follicles akan


bertukar menjadi corpus luteum di bawah pengaruh
Luteinising hormon. Corpus luteum menghasilkan
Follicle Luteinising progesterone dan sedikit oestrogen.
stimulating hormone
hormone (LH) Jika ovum disenyawakan ia akan tertanam di dinding
(FSH) uterus dan akan membesar serta menghasilkan hormon
Human Chorionic Gonadotrophin (hCG), yang akan
merangsangkan corpus luteum supaya terus
menghasilkan Progesteron dan oestrogen pada 3 bulan
Ovarian Corpus pertama kehamilan sebelum fungsinya diambil alih oleh
follicle Luteum placenta.
Jika ovum tidak disenyawakan, Corpus luteum akan
mengecut dan pusingan baru kitaran haid akan bermula
Oestrogen Progesterone semula. Seterusnya corpus luteum akan terus mengecil
dan bertukar kepada warna coklat serta menjadi tisu fiber
yang dikenali sebagai Corpus albican.
Degeneration of corpus luteum

Corpus Luteum Corpus albican

Primary follicle

FSH

Grafian Follicle

LH

Secretes Corpus Ovulation


progesterone Luteum
(and some formed
oestrogen), in ovary
which support
any
subsequent Ovum fertilised Ovum not
pregnancy fertilised

Embeds in Menstruation
uterine wall

Secretes
human
chorionic Pregnancy New cycle
gonadotrophin begins

Kitaran Menstruasi/ Haid

Kitaran haid ialah satu proses pertukaran fisiologi yang


berlaku di ovari dan endometrium akibat ransangan folikel
3. Menghuraikan fisiologi stimulating hormon(FSH) yang dihasilkan oleh kelenjar
kitaran haid. pituitari anterior. Setiap kitaran mempunyai pusingan dan
tempoh tertentu.

Cycle/ Pusingan
Kitaran Haid berlaku disebabkan oleh satu pusingan
peristiwa. Pusingan haid antara seseorang wanita tidak
sama dengan seorang wanita yang lain.
Setiap bulan satu pusingan haid bermula dari hari
pertama haid hingga hari pertama haid akan datang atau
bulan berikutnya contohnya 1 hb. Jun 2005 ke 1hb Julai
2005 – pusingan 30 hari.

Jarak setiap pusingan biasanya antara 28- 30 hari dalam


satu kitaran. Jarak antara pusingan haid boleh berbeza
antara seorang dengan yang lain. Jika ia dalam
lingkungan yang sama maka dianggap ‘tetap’ atau
‘regular’. Kadang kala ia boleh sependek 21 hari dan
sepanjang 42 hari.
Setiap pusingan haid yang berlaku menyediakan wanita
untuk kehamilan jika persenyawaan berlaku selepas itu.
Kitaran menstruasi memberi kesan pada struktur
endometrium yang dipengaruhi secara tidak langsung oleh
Kelenjar pituitary hadapan dan secara langsung oleh
hormon progesterone dan oestrogen. Organ yang terlibat
dalam menstruasi ialah
a) Otak - Hypotalamus
- Kelenjar Pituitari
b) Ovari – Grafian Follicle, Corpus luteum
c) Uterus- Endometrium

HORMON-HORMON YANG TERLIBAT DALAM


PROSES MENSTRUASI

a) Di Otak
Hipotalamus diotak mengeluarkan gonadotrophin
releasing hormon (GRH).
Gonadotrophin releasing hormon (GRH) meransang
Anterior pituitari gland untuk mengeluarkan follicle
stimulating hormon (FSH) dan luteinizing hormon (LH).

b) Di Ovari
Follicle ovari menghasilkan hormon estrogen dan
progesterone.
Follicle Stimulating Hormon(FSH) akan meransang
folikel ovari menjadi matang. Dalam proses
kematangan, ia menghasilkan hormon estrogen dan
juga hormon progestron.

1 ovari menghasilkan 200000 primodial follicle


2 ovari menghasilkan 400000 primodial follicle @
400000 ovum tetapi
400 primodial follicle sahaja yang akan matang yang
dikenali sebagai Grafian Follicle.

Sel-sel disekeliling grafian follicle (theca) akan


menghasilkan hormon oestrogen.

Selepas ovum dikeluarkan dan Ovulasi berlaku,


Luteinizing Hormon (LH) meransang Grafian follicle
membentuk Corpus luteum yang berwarna kuning.
Corpus luteum menghasilkan hormon progesterone.

Jika kehamilan tidak berlaku corpus luteum akan atrophy


lalu menjadi corpus albican.
Oestrogen - Grafiaan Follicle
Progestron - Corpus Luteum

c) Di Uterus

Perubahan yang berlaku pada lapisan endometrium.


- Hormon estrogen menyediakan endometrium untuk
penanaman dan perkembangan zigot.
- Endometrium jadi lebih tebal, hipertrofi (sel-sel
bertambah besar), hiperplasia (bilangan sel
bertambah).
- Kelenjar mukus dan kapilari darah bertambah serta
bekalan darah pun meningkat.

Hormon progesterone bertindak ke atas pelapik


endometrium, menyempurnakan pembinaannya,
menjadi lebih tebal, lebih lembut, lebih vaskular – siap
sedia untuk menyambut dan menyara hidup zigot,
setelah berlakunya persenyawaan.

Ovulation

Ovulation atau dipanggil kesuburan adalah proses dimana


grafiaan Follicle yang matang memecah dan
mengeluarkan ovum yang akan tersingkir ke dalam tiub
fallopio. Ia berlaku satu kali dalam 1 bulan 14 hari sebelum
kedatangan haid.

Organ yang terlibat dalam proses ovulasi :-

Ovari - menghasilkan ovum dan hormon estrogen dan


progestron
Kelenjar pituitary anterior- menggalakkan penghasilan
hormon perangsang grafian folikel dan hormon penggalak
korpus luteum.

Bagaimana ia berlaku?
Sebelum ovulasi:
Semasa baligh setiap bulan satu grafian follicle akan
matang dengan sepenuhnya iaitu lebih besar dari
yang lain.
Hormon perangsang grafian follicle akan merangsang
ia membesar, matang dan menghasilkan hormon
estrogen untuk menyediakan endometrium supaya
sesuai untuk menerima ovum yang telah
disenyawakan.
Semasa ovulasi:
Grafian Follicle sampai dipermukaan ovari ,pecah lalu
mengeluarkan ovum kedalam peritoneal kaviti. Ovum
ini akan ditangkap oleh Fimbriae lalu disapu ke dalam
salur Fallopio. Proses ini dipanggil Ovulasi. Ovulasi ini
berlaku pada setiap bulan dan berlaku pada satu ovari
sahaja.

Selepas Ovulasi:
Setelah ovulasi Grafian Folicle menjadi tubuh kuning
yang dikenali sebagai Corpus Luteum. Corpus Luteum
menjadi besar selama 14 hari dan menghasilkan
hormon progestron. Sekiranya persenyawan tidak
berlaku, ovum akan mati dan Corpus Luteum Merosot
menjadi tubuh putih yang dikenali sebagai Corpus
Albican. Jadi penghasilan hormon progestron akan
berhenti dan akan menyebabakan endometrium
merosot dan luruh sebagai haid.

Hormon Yang Mempengaruhi Ovulasi


Hormon yang mempengaruhi kematangan Grafian Folikel
ialah Follicle Stimulating Hormon(FSH) yang dihasilkan
oleh Anterior Pituitari Gland(APG) di otak. Apabila kadar
FSH dalam pengaliran darah meningkat APG akan
menerima satu utusan untuk memberhentikan penghasilan
FSH dan akan mula menghasilkan Lutinising Hormon(LH).
Perubahan dalam kadar hormon akan menyebabkan
follicle pecah dan ovum matang dikeluarkan berlakunya
ovulasi.( LH FSH)

Setelah ovulasi, LH bertindak pada Corpus Leteum(CL)


selama 14 hari menyebabkan CL menjadi besar. Selepas
14 hari jika tiada persenyawan penghasilan LH akan
berkurangan (menyebabkan CL merosot) manakala
penghasilan FSH mula meningkat. Jadi pusingan ini akan
berulang setiap bulan.
Seterusnya ovulasi akan berlaku lagi seterusnya
melainkan ada kehamilan atau penyakit. Penghasilan FSH
dan LH dikawal oleh pengaruh Hypotalamus keatas APG
dan pengaruh Hypotalamus ini berkait dengan emosi.
Oleh itu kalau kita runsing, kemungkinan kedatangan haid
akan terganggu.

Fasa Kitaran Menstruasi/ Haid.


Peringkat kitaran menstruasi boleh dibahagikan
kepada 3 fasa iaitu:-

1. Fasa Haid (pendarahan)


2. Fasa Proliferatif (pembinaan)
3. Fasa Sekretori (rembesan)

Fasa Haid (Pendarahan)

- Masa bila seorang wanita ada haid.


- Berlaku dari 1 hingga 5 hari . Jika kehamilan tidak
berlaku, lapisan endometrium akan mati dan pada
masa ini pelapik endometrium luruh dengan
dipenuhi darah banyak dari kapilari yang terkupas.
- Perdarahan yang berlaku juga mengandungi
mucus, lapisan endometrium dan ovum yang tidak
disenyawakan dari endometrium yang akan keluar
melalui vagina.
- Ia berlaku tiap- tiap bulan dari peringkat menarche
hinggalah menopause. Biasanya lebih kurang 14
hari selepas ovulasi.
- Perdarahan biasanya banyak pada awalnya iaitu
pada hari 1 hingga 4. Jumlah kehilangan darah
biasanya antara 50 – 70 ml dan kehilangan zat besi
ialah 25 mg .
- Apabila persenyawaan tidak berlaku, kadar
progesterone akan menurun ke kadar yang paling
rendah disebabkan merosotnya Corpus luteum.
- Lapisan endometrium di uterus juga jadi merosot
dan akhirnya mengalami keluruhan. Waktu ini
pendarahan mula berlaku.
- Setelah amaun progesterone menurun pada kadar
yang paling rendah, hormon peransang follicle akan
meransang kematangan follicle ovari yang baru dan
kitaran bermula semula.

Fasa Proliferasi (Pembinaan)


- Semasa fasa ini, pelapik endometrium dibina
semula setelah haid berhenti. Endometrium
berkembang semula dan pertambahan sel-sel,
diikuti dengan pertambahan kelenjar mukus dan
kapilari darah.
- Fasa ini berlaku pada hari ke-4. hingga ke- 14. yang
dikenali sebagai Proliferasi. Fasa ini berlaku atas
tindakan oestrogen dari Grafian Follicle.
- Follicle Stimulating Hormon (FSH) dari copeng
depan kilang pituitari, meransang Grafiaan follicle
menjadi matang.
- Semasa pematangan sel-sel follicle menghasilkan
hormon estrogen. Estrogen akan meransang
proliferasi kepada endometrium untuk persediaan
menerima ovum yang telah disenyawakan.
Pada masa ini hormon estrogen terus meningkat
dan menyebabkan Ovulasi berlaku . Fasa ini
memakan masa 14 hari.

Fasa Sekretori (Rembesan)


- Fasa ini memakan masa 12 – 15 hari. Semasa fasa
ini sel- sel, kelenjar kelenjar dan salur darah
membesar menjadi tebal dan berubah bentuk
menjadi panjang, banyak salur darah , padat dan
kelenjar besar dan aktif menghasilkan mucus yang
banyak.
- Lapisan kini telah bersedia untuk menerima dan
memelihara sel ovum yang disenyawakan
hingggalah janin cukup bulan.
- Fasa ini berlaku atas tindakan hormon progestron
yang dihasilkan oleh corpus Luteum . Selepas
ovulasi, Grafian follicle berubah menjadi Corpus
luteum.
- Corpus luteum menghasilkan hormon progesterone
oleh ransangan luteinising hormon dari anterior
pituitari gland.
- Progesterone bertindak keatas pelapik
endometrium menjadi lebih tebal, lembut dan
vaskular.
- Maka endometrium telah siap sedia untuk
menyambut dan menyara hidup zigot.
- Kelenjar mukus pula akan menambahkan lagi
rembesan mukus untuk membantu laluan
spermatozoa melalui uterus dan salurnya untuk
persenyawaan.
- Pada masa ini rembesan mucus yang aktif dari
kelenjar vagina dan di lapisan endometrium juga
berlaku.
- Fasa ini bermula dari ovulasi sehingga pengeluaran
haid. Jika persenyawaan tidak berlaku, kitaran ini
akan mengalami fasa haid dimana endometrium
akan merosot dan mengupas. Haid akan bermula
semula.

Kitaran haid melibatkan 2 proses:-


1. Ovulasi
2. Perubahan pada dinding uterus serta aras hormon
estrogen dan progesterone. Ovulasi merupakan
pembebasan ovum yang berlaku sekali dalam tempoh
masa 28 – 32 hari.
 Ovulasi berlaku untuk meransangkan penyediaan
uterus untuk penanaman zaigot.
 Semasa ovulasi, dinding uterus akan menjadi tebal
dan kaya dengan bekalan salur darah.
 Sekiranya ovum tidak disenyawakan, dinding uterus
akan merosot sedikit demi sedikit.
 Disertai dengan perdarahan yang mengandungi
tisu-tisu lembut dinding uterus.
 Aliran darah ini terdiri daripada darah, bahan-bahan
buangan sel dan musin dari pelapik uterus yang
pecah.
 Perubahan Endometrium mengharapkan
penghasilan hormon dari ovari dan Ovari juga
mengharapkan penghasilan hormon dari APG.
Kehamilan
Sekiranya persenyawaan berlaku endometrium tidak akan
terkupas dan ibu tidak mengalami kedatangan haid. Ini
merupakan satu tanda kehamilan. Endometrium akan
berkembang lagi atas tindakan progestron untuk menerima
dan memberi nutrisi kepada ovum yang telah
disenyawakan. Nama endometrium sekarang telah
berubah kepada decidua.

Variasi dalam Kitaran Haid

Pusingan haid yang Panjang


Ia berlaku lebih dari 28 atau 30 hari. Ia mungkin
menjangkau 35 hingga 60 hari atau hingga 3 bulan. Tetapi
ovulasi masik kekal berlaku. Ia tetap berlaku 14 hari
sebelum haid berikutnya. Pusingan Haid tidak tetap.
Pusingan ini kadang kala pendek dan kadang kala
panjang. Lebih 7 atau kurang dari 7 hari sebelum haid
terakhir

Kontraseptif Hormon
Dos kecil Estrogen dan Progestron membantu
menetapkan pusingan haid. Jadi wanita akan mengalami
pusingan 28 hari sekali.
Penyusuan
Masa ini berlaku peningkatan paras hormon prolaktin dan
penurunan paras FSH dan LH. Folikel di Ovari tidak akan
matang dan Ovulasi tidak berlaku jika ibu memberi susu
secara eksklusif.

BREAST / MAMMARY GLAND


Adalah organ aksesori sistem reproduktif wanita. Payudara
adalah kecil dan tidak matang sehinggalah seseorang
wanita tersebut mencapai akil balikh. Pembesaran dan
4. Menghuraikan struktur perkembangannya adalah di bawah pengaruh oestrogen
mikroskopik dan struktur dan progesterone. Semasa kehamilan hormon ini
menggalakkan lagi pembesarannya. Selepas kelahiran
makroskopik kelenjar bayi hormon prolactin dari kelenjar pituitary anterior
Mammary. merangsangkan pengeluaran air susu dan hormon
oxitocyn dari kelenjar posterior pituitary merangsangkan
pengeluaran susu hasil dari rangsangan hisapan bayi
pada putting. (positive feedback mechanism).

Struktur makroskopik payudara


a) Body of the breast
Kelenjar marmary terdiri dari tisu glandular, tisu fiber
dan tisu lemak.
b) Bentuk
Berbentuk bulat dan terletak di setiap dinding anterior
dada di atas otot Pectoralis major dan otot Serratus
anterior.
c) Nipple (Puting)
Setiap payudara mempunyai bonjolan berpigmen yang
dikenali sebagai nipple, yang mempunyai banyak
bukaan duktus yang dipanggil Duktus Lactiferous.
d) Areola
Kawasan berpigmen yang mengelilingi nipple dipanggil
Areola.
e) Areolar glands
Adalah kelenjar Sebaceous yang berada di areola
dikenali sebagai Montgomery’s Tubercles. Kelenjar ini
menyebabkan kawasan areola menjadi kasar.
f) Axillary tail (Armpit)
Adalah kawasan di mana terletak salur limfa serta nodus
limfatika.

Struktur Mikroskopik

a) Suspensory ligament
Terdiri dari gumpalan tisu connective mengunjur dari
kulit ke deep facia berfungsi sebagai penyokong
payudara. Juga dikenali sebagai Cooper’s ligament.
Ligament ini menjadi semakin mengendur apabila usia
semakin meningkat.

b) Lobe
Setiap payudara mengandungi lebihkurang 20 lobes
tisu grandular. Setiap lobe terbina dari lobules yang
berada di sekeliling puting.
c) Lobules
Setiap lobules pula terdiri dari himpunan alveoli yang
membuka kepada duktus kecil yang akan bercantum
dengan duktus yang lebih besar yang dipanggil
lactiferous ducts.

d) Lactiferous Sinus
Adalah duktus sempit yang menjadi tempat takungan
sementara susu dan akan bercantum dengan
lactiferous sinus .

e) Lactiferous ducts
Adalah bukaan duktus yang mempunyai bukaan di
permukaan nipple.
Organ – organ sekeliling
a) Rib
Payudara berada di bahagian anterior dinding dada di
hadapan tulang rusuk.
b) Adipose Tissue
Sekeliling payudara diselaputi oleh tisu Adipose.
c) Pectoralis major and major
Payudara berada di atas otot Pertoralis major dan
minor
d) Deep facia
Mencantumkan payudara dengan otot pectoralis.

Fungsi kelenjar marmary


1. Penyusuan
2. Organ seks sekunder

5. Menyenaraikan fungsi Axillary arteries


kelenjar marmary. Intercostal arteries
Axillary and marmary veins.

Aliran limfa
Axillary lymph
Internal marmary nodes

Bekalan saraf
Payudara dibekalkan dengan saraf dari saraf thoraxic ke 4
dan ke 5

Anda mungkin juga menyukai