Anda di halaman 1dari 13

Tugasan Projek Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 3

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

Tajuk Projek:
Profil kanak-kanak mengalami masalah disleksia, punca-punca dan masalah-
masalah yang dihadapi mereka.

Tugasan Projek
Kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia memperlihatkan ciri-ciri
kesukaran berbahasa, membaca, menulis dan tahap tumpuan yang terhad
disamping rendah konsep kendiri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan
mudah putus asa. Manakala pendidikan untuk kanak-kanak yang mengalami
disleksia pula melibatkan pengamatan, pendengaran, pertuturan, diskriminasi,
ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan,
padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.
Pendidikan untuk kanak-kanak disleksia sangat penting untuk menjadikan kanak-
kanak yang mengalami disleksia tidak terpinggir dan mampu mengurus
pembelajaran mengikut kebolehan diri.

Buat pembacaan dan laksanakan kajian pemerhatian ciri-ciri atau profil kanak-
kanak yang mengalami masalah disleksia dan jenis-jenis disleksia di sekolah.
Sediakan laporan hasil kajian.

Sub-tugasan
1. Menyediakan nota ringkas berasaskan rujukan pelbagai sumber:
 Memberi definisi dan konsep disleksia
 Faktor-faktor berlakunya disleksia
 Jenis-jenis disleksia
 Menyenaraikan ciri-ciri murid disleksia
 Menyenaraikan ciri-ciri masalah murid disleksia

3
2. Buat pemerhatian dan kumpul data profil seorang kanak-kanak yang
mengalami disleksia di sekolah
3. Bina satu instrumen Ujian Pengamatan Penglihatan dan laksanakan ujian
tersebut kepada seorang kanak-kanak yang mengalami disleksia
4. Bina satu instrumen Ujian Diagnosti Bahasa Melayu atau Matematik dan
laksanakan ujian tersebut kepada seorang kanak-kanak yang mengalami
disleksia
5. Membuat pelaporan dan pentaksiran

4
BAB 1: Menyediakan Nota Ringkas Berasaskan Rujukan Pelbagai Sumber

1.1 Memberi Definisi Dan Konsep Disleksia

1. Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek ‘dys’ yang


bermaksaud ‘kesukaran’ dan ‘lexis’ yang bermaksud ‘bahasa’. Secara
literalnya, disleksia bermaksud “kesukaran dalam berbahasa” (Ott, 1997).

2. World Federation of Neurology (1968), mendefinisikan ialah “Suatu


kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui
pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa
seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan
intelektual mereka”.

3. Seterusnya definisi yang lebih terkini untuk disleksia mengiktirafnya sebagai


suatu masalah kognitif (Thomson, 1984). Selain itu, disleksia diakui bukan
sahaja menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak, bahkan
juga kemahiran pengurusan diri dan kadang kala turut mempengaruhi
kebolehan matematik.

4. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar


perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan
“Disleksia” (Hammond dan Huggus, 1996:3)

5. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mendefinisikan murid yang


mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid yang mempunyai
kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi
mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran
mengeja, membaca dan menulis.

5
6. Selain itu, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan
disleksia di antaranya ialah :
 Diskalkulia (Dyscalculia) – Seorang disleksia yang bermasalah
dalam pengiraan
 Disgrafia (Dysgraphia) – Seorang disleksia yang bermaslah
dalam bahasa
 Dispraksia (Dispraxia) – Seorang disleksia yang bermaslah
dalam koordinasi mota mata tangan.

6
1.2 Faktor-Faktor Berlakunya Disleksia

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 Rourke, 1991 dan
Spaafford dan Grosser, 1996 antara faktor-faktor berlakunya disleksia ialah :
a) Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami
masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi,
yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang
dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1
dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun.

b) Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak
cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang
amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau
ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakkan
otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan
kerosakan ini minimum. Para penyelidik juga telah mengetahui bahawa
punca masalah disleksia ialah dari fungsi otak yang memproses dan
mengatur infomasi secara berbeza dari lazimnya. Kanak-kanak itu
mengalami kecederaan atau kerosakkan di bahagian otak tetapi otak
kanak-kanak disleksia beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang
bukan mengalami disleksia.

c) Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian
tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat
matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan pada kanak-kanak
merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

7
1.3 Jenis-Jenis Disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :


a) Disleksia visual (Penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal
abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak
juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad
tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

b) Disleksia auditori (Pendengaran)


Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut
suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi
menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara
halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi
vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.

c) Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan
untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

8
1.4 Menyenaraikan Ciri-Ciri Murid Disleksia

Mengikut peringkat umur:


1. Peringkat Prasekolah
 Lambat bertutur
 Mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang,
contohnya ‘hostipal’ apabila ingin menyebut ‘hospital’.
 Jangkitan telinga yang kronik
 Sukar menulis nama sendiri
 Sukar mengenal bentuk atau warna
 Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
 Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak
 Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir sama,
contohnya apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi
akhirnya dengan ‘topi’, seperti ‘api’, mereka akan memberi jawapan yang
salah seperti ‘baju’.
 Sentiasa keliru antara kanan dan kiri
 Lambat dalam menentukan sama ada tangan kanan ataupun kiri lebih
dominan
 Menghadapi masalah mengikat tali kasut
 Masalah rendah diri
 Sukar mengigati alamat, nombor telefon ataupun huruf
 Mempunyai saudara dekat yang menghidapi disleksia

2. Peringkat Sekolah Rendah


 Disgrafia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak otomatik dan sukar dibaca
 Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja
atau mengira.
 Berterusan menterbalikkan huruf ataupun nombor sehingga melepasi
Tahun 1

9
 Mengalami kesukaran ekstrem mempelajari tulisan sambung
 Masih ada masalah apabila memasang butang baju
 Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
 Bacaan yang lambat, terputus-putus dan tidak tepat
 Selalu meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya
 Mencicirkan ataupun salah baca kata penghubung (seperti, di dan pada)
 Mengabaikan kata awalan semasa membaca
 Tidak dapat membaca ataupun membunyikan perkataan yang tidak
pernah dijumpai
 Sukar mengingati perkataan bukan fonik dalam Bahasa Inggeris (seperti
eye dan ear)
 Sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum
 Menghadapi masalah dengan Matematik
 Sukar menghafal jadual sifir
 Sukar mengingati siri langkah-langkah operasi Matematik
 Sukar membuat operasi mental berkaitan arah
 Kesukaran mencari perkataan seperti yang tepat semasa bertutur
 Bilik, beg ataupun meja tulis yang sangat berselerak
 Sangat tidak suka pergi ke sekolah
 Bermasalah mengingati arahan panjang

3. Peringkat Sekolah Menengah


 Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang
tidak konsisten
 Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
 Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
 Jenis orang yang suka senyap
 Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
 Kurang kemahiran bersosial
 Perbendaharaan kata yang terhad

10
 Menunjukkan kelemahan yang amat ketara apabila mengekspresi dalam
bentuk tulisan, sehingga terdapat perbezaan jelas antara kemahiran
verbal (lisan) dengan karangan
 Tidak dapat menguasai bahasa asing atau bahasa kedua
 Kesukaran membaca not muzik
 Kerap memberi alasan untuk mengelak
 Bermasalah tingkah laku
 Gred yang rendah dalam banyak kelas
 Mungkin keciciran di peringkat sekolah menengah

4. Peringkat Dewasa
 Membaca dangan lambat
 Mungkin terpaksa membaca satu halaman dua hingga tiga kali bagi
memahaminya
 Selalu silap ketika mengeja
 Mengalami kesukaran melahirkan idea atau buah fikiran dalam bentuk
tulisan
 Masih mengalami masalah dengan arah seperti kanan dan kiri
 Sering sesat walaupun di kawasan biasa
 Kadangkala keliru antara ‘b’ dengan ‘d’ terutamanya semasa penat
ataupun sakit

Mengikut Aspek:
1. Membaca
 Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti ‘b’ dan ‘d’, ‘p’
dan ‘q’ serta ‘n’ dan ‘u’ ataupun nombor-nombor seperti ‘6’ dan ‘9’.
 Membaca perkataan terbalik seperti “saw” menjadi “was”
 Fenomena ‘mirror prints’ iaitu teks bacaan kelihatan terbalik sebagaimana
dilihat apabila teks tersebut dibaca melalui cermin.

11
 Murid mengambil masa yang lama untuk menghabiskan pembacaan, ada
kala pembacaan tersekat-sekat disebabkan mereka tercicir ayat atau
melangkau baris perkataan sehingga pada akhirnya menjejaskan
pemahaman mereka.

2. Mengeja
 Menulis perkataan atau huruf dengan terbalik atau salah urutan. Misalnya,
huruf ‘b’ ditulis ‘d’ dan bila mengeja perkataan “play” menjadi “paly”.
 Tertinggal huruf semasa menulis. Misalnya, semasa mengeja perkataan
“flower” murid akan menulis “fower” dan “went” pula akan ditulis sebagai
“wen”.
 Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara huruf dan bunyi

3. Menulis
 Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi
saiz, tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan
yang lain.
 Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim.
 Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat
kesilapan apabila menulis

12
1.5 Menyenaraikan Ciri-Ciri Masalah Murid Disleksia

Masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia kebanyakkanya


adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan
kepada :
a) Masalah Fonologi
Pengekodan fonologi merujuk kepada sistematik antara huruf dan
bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami
kesukaran membezakan antara ‘paku’ dengan ‘pasu’. Mereka juga
tidak dapat mendengar rima akhir yang sama antara perkataan.
Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran,
sebaliknya berkaitan dengan pemprosesan maklumat di dalam otak
(Farrer, 1996).

b) Masalah Mengingat Perkataan


Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan
yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan
sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa.
Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam mencari
semula perkataan. Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatu
soalan, mereka tidak dapat menjawab secara spontan. Mereka juga
sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama rakan-rakan,
malah anggota keluarga dan merujuk individu itu sebagai “kawan saya
di sekolah” ataupun “budak lelaki itu.” Ini juga bermaksud mereka
sukar mengingati fakta-fakta disekolah apabila disoal oleh guru. Selain
itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu
apabila ditanyakan soalan.

c) Masalah Penyusunan Bersiri


Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu
secara bersiri, seperti susunan bulan dalam setahun, susunan hari

13
dalam seminggu, susunan huruf serta nombor. Justeru, mereka
menghadapi masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya.
Apabila ditanya secara spontan, “Berapakah nilai 5 x 7?” Mereka
terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada
nombor yang dikehendaki itu. Ini bermakna penyelesaian satu
masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama
serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama berlaku dalam
operasi pembahagian. Sebahagian kanak-kanak disleksia menghadapi
masalah dengan pengiraan yang melibatkan wang, seperti mengira
jumlah harga barang ataupun menentukan baki.

d) Masalah Ingatan Jangka Pendek


Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor
di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak
disleksia didapati menghadapi masalah memproses maklumat yang
baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor
ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul
maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa
itu. Dalam erti kata lain, kanak-kanak disleksia tidak berupaya
mengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh guru.
Umpamanya, dalam subjek lukisan, terdapat arahan seperti, “Lipat dua
kertas manila itu, potong digarisan tengah dan seterusnya.” Apabila
melibatkan lima langkah mahupun lebih, lazimnya kanak-kanak
disleksia terus hilang punca. Ini menyebabkan kanak-kanak itu
disangka tidak memberikan perhatian.

e) Masalah kesedaran sintaksis


Kesedaran sintaksis atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada
kebolehan memahami sintaks suatu bahasa. Masalah ini wujud pada
kanak-kanak disleksia dimana mereka sukar memahami peraturan
berkaitan sintaks berkaitan bahasa. Umpamanya bahasa Inggeris dan

14
bahasa Melayu mempunyai peraturan sintaks berbeza, dimana frasa
“black cat” dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “kucing hitam”
dalam bahasa Melayu. Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah
dengan bahasa keduanya apabila peraturan sintaksnya berbeza
daripada bahasa pertama.

f) Pertuturan
Murid-murid disleksia dari segi pertuturan mereka menghadapi
masalah apabila tidak dapat menyebut satu-satu perkataan dengan
jelas dan tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk
menerangkan apa yang ingin disampaikan. Ketika menyampaikan
sesuatu perkara atau menceritakan sesuatu kejadian mereka tidak
dapat menyusunnya mengikut urutan yang betul dan ayat-ayat yang
digunakan oleh mereka ketika berkomunikasi selalunya tidak tersusun
dan sering terbalik menyebabkan pendengar tidak dapat memahami
maksud dan kehendak sebenar ayat.

15

Anda mungkin juga menyukai