Anda di halaman 1dari 2

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Seperti biasa mata aku sukar untuk lelap. Dan kesempatan ini aku cuba
coretkan sesuatu yang telah lama aku tinggalkan; bagaikan menulis sebuah
karangan pada waktu sekolah. Dan karangan aku tika ini berkisar mengenai
"MERDEKA"!!

Setiap Ogos kita akan segera teringat (malah diingatkan) kepada bulan
kemerdekaan. Dan tahun ini kita sekali lagi diingatkan dengan kemerdekaan
negara. Namun setelah 53 tahun merdeka kadang-kala kita keliru apa itu
makna di sebalik perkataan "merdeka".

Sebut saja perkataan "merdeka" pasti ramai yang menggangguk tanda


faham. Tetapi dalam anggukan itu kadang-kadang kita lupa dan kita cuba
mengeskploitasi perkataan "merdeka" itu dengan konatasi yang berbeza.
Secara mudahnya "merdeka" itu bermaksud sesebuah negara atau negeri
atau wilayah bebas dari penjajahan kuasa asing. Ia juga bermaksud kepada
individu yang bebas dari pengaruh (tidak lagi diperintah/ menjadi hamba
suruhan) sesiapa.

Kita kadang-kala menggunakan kalimah "merdeka" tidak kena pada


tempatnya. Sebagai contoh seorang pelajar sekolah atau IPT akan
melaungkan "merdeka" setelah tamat peperiksaan akhir. Hal ini seolah-olah
peperiksaan itu suatu penjajahan ke atas pelajar. Seorang anak akan
melaungkan "merdeka" ketika ibu bapanya tidak ada di rumah, seolah-olah
ibu bapa itu penjajah asing yang sering menjengkelkan anak-anak.

"Merdeka" juga membolehkan kita bebas melakukan sesuatu tanpa terikat


dengan mana-mana kuasa. Hal ini merujuk kepada situasi sebelum tahun
1957, di mana negara kita ditadbir oleh beberapa kuasa asing. Sebelum
1957, segala hal yang ingin dilakukan mesti mendapat kelulusan pihak
berkuasa (penjajah). Setelah 1957, penjajah tidak lagi berhak memerintah itu
dan ini. Ini bermakna kita mempunyai hak kebebasan untuk melaksanakan
apa yang terbaik untuk kita. Tetapi makna "merdeka" itu dipergunakan oleh
sesetengah pihak dan individu untuk melakukan sesuatu yang menyalahi
undang-undang. Misalnya seorang pengguna jalan raya dengan bebasnya
menyalahi undang-undang apabila tidak mematuhi undang-undang jalan
raya. Seorang anak dengan bebasnya bergaul dengan sesiapa, bebas
melakukan sesuatu tanpa mempedulikan orang tua mereka.

Di sebalik "merdeka" itu juga sebenarnya kita tidak benar-benar bebas


kerana kita ada aturan yang perlu diikuti. Mengambil contoh mudah, seorang
anak perlu mengikut aturan ibu bapa, rakyat perlu ikut aturan pemerintah
selagi mana tidak menyalahi syariat Islam. Dan yang paling utama mengenai
aturan adalah aturan daripada Pencipta.

Merdekakah kita? Setelah diperhalusi kita sebenarnya telah kembali dijajah


dalam bentuk yang lain terutama dalam pemikiran, tingkah laku dan
beberapa perkara lagi. Persoalan penjajahan fikiran juga mempunyai konatasi
berbeza bagi setiap individu. Secara mudahnya pemikiran dan tingkah laku
kita sering membelakangi aturan pemerintah, ibu bapa, malah
membelakangi aturan Allah. Apakah maksudnya? Kadang-kala kita terikut-
ikut budaya sonsang barat. Kita mengagungkan sesuatu yang tidak patut kita
agungkan. Kita sanjung seseorang yang tidak patut kita sanjung. Itu sebagai
contoh; malah masih banyak lagi contohnya yang tidak mungkin aku
nyatakan di ruangan yang terbatas ini.

Makna "merdeka" membawa konatasi yang berbeza, tetapi asasnya sama


iaitu bebas tanpa dipengaruhi. Walau apapun maknanya kita seharusnya
tidak merosakkan maksudnya untuk kepentingan diri. Manfaatkan "merdeka"
itu dengan seadil-adilnya.

Ini adalah secebis fahaman aku terhadap "merdeka". Sesiapapun bebas


membuat andaian apa itu "merdeka" mengikut fikiran masing-masing.

*Untuk mengenali apa itu "merdeka" kita tentu boleh saja merujuk mana-mana buku,
makalah dan sumber-sumber yang ada.

Catatan: Date; 30 Ogos 2010.

Time: 0130

Anda mungkin juga menyukai