Anda di halaman 1dari 7

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....

Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya
Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga.
Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat
keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi
baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja
yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang
dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor
Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan
menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari
menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor
Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah
keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi
baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor
Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada
Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar
pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa
lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak
kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau
Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam
rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat
kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa
termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan
kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang
bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada
Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat
dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua
kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam
kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2
bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi
sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada
Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala
Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak
asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya.
Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis
kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-
bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu
semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya
tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa
menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa
hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri,
suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri,
suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam
kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main
baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak
senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak
tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan
halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya,
saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah
daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung
saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan
saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu
kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat
membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa
menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli
belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain
dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana
tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa
gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah
Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau
diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau
berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana
Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri
tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah,
tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa
balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya
upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan
Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala
Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa
nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.
Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa
mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni
Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak
membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata
Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari
dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya
bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak
pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat
dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu
Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa
kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala
Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman
aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa
dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian
duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak..
.berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon
maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri
yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri,
bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan
kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau
langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku
sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan
mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader
apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet,
Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor
Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak
sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari ,
okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau
kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya
Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius,
sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya
kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari
dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak
Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa
kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke
Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa
mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya
diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi
susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa
Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi
malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa
tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri.
ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan
Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis
rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya
sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya.
Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA
ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran
diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan
bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk
suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa
sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga
tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan
Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang.
Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada
Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu
buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa
ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa
diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun
Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.
Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah
hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas
utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa
pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah
Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan
melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi
mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania


dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial
dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling
berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi
bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin
mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan
sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan
raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih
kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in
cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga
Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan
kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih
dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang
akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa
ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita,
walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika
sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air
susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan
DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita
bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial
dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga
kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar
kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga
pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel
anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk
kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut
iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa
mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk
Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan
kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan
Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa.
Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri
dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI
YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA.
NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN
KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan
orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam
dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah
sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt
jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat
keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan
redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat
Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali
terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan
maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan
menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari
tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali
terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah
diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama.
Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu
mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa
melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan
akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah
tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan
hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada
Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan
oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut
mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih.
Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-
ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja
ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari
jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari
menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri
tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Anda mungkin juga menyukai