Anda di halaman 1dari 1

ETIKA KEPEGAWAIAN

Pegawai ialah seorang yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang apa jua tugas atau menduduki
sebarang jawatankuasa penganjur sesuatu kejohanan atau pertandingan sukan. Walaupun pegawai meliputi
sesiapa saja yang termasuk di dalam pihak penganjur kejohanan sukan itu, namun peranan dan tugas yang
diberikan adalah berbeza-beza. Perbezaan dalam pembahagian tugas ini menandakan tugas dalam
menganjurkan kejohanan sukan itu adalah banyak. Bagaimanapun, jika kesemua pegawai yang terlibat dalam
permainan masing-masing, sudah tentu akan membawa hasil yang membanggakan keseluruhannya. Antara
ciri-ciri yang harus ada pada setiap mereka yang menjadi pegawai penganjur adalah seperti berikut.

1. Menjalankan tugas dan peranan dengan dedikasi walaupun sumbangan mereka adalah secara percuma.
2. Bersabar dan bertolak ansur dalam apa jua situasi atau masalah yang timbul.
3. Bersikap kerjasama dan bantu-membantu.
4. Ketepatan waktu dan masa seperti yang ditetapkan oleh penganjur.
5. Berminat dalam tugas yang diberikan.
6. Sanggup menerima arahan dan tidak merungut atau menimbulkan masalah.

1-Menjalankan tugas Dan Peranan Secara Dedikasi.


Sebagai seorang pegawai pertandingan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini haruslah dijalankan
dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan amanah. Pegawai ini juga mestilah mempunyai sikap profesional di
dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Sikap profesional ini merangkumi proses membuat
keputusan, mengadili pertandingan, mengambil tindakan atau sebagainya berpandukan peraturan dan
undang-undang pertandingan yang telah termaktub tanpa mengira warna kulit, pangkat, bangsa, jantina,
agama atau sebagainya.
Di samping itu juga, seseorang pegawai perlu mengetahui undang-undang dan peraturan serta sentiasa
dikemaskini untuk mengelakkan berlakunya bantahan disebabkan tindakan atau keputusan yang diambil oleh
pegawai merupakan keputusan yang telah diubahsuai. Bagi memartabatkan etika kepegawaian, seseorang
pegawai yang dilantik haruslah mempunyai sifat terbuka di dalam menjalankan tugas. Contohnya apabila
sesorang pegawai itu dilantik untuk mengendalikan sesuatu pertandingan atau perlawanan yang dijangka
sengit dan mencabar sedangkan keupayaan dan kemampuan yang dimiliki olehnya dirasakan belum mencapai
tahap ini, maka beliau bolehlah secara terbuka memberi atau menyerahkan tugas tersebut kepada pegawai
lain yang lebih mampu tanpa merasa malu, segan atau rendah diri. Sementara bagi pegawai-pegawai yang
lain tidak memandang rendah dengan mengejek atau mengutuk pegawai itu kerana tindakan sedemikian
akan menjejaskan etika kepegawaian amnya dan negara khasnya.
Bagi memartabatkan lagi etika kepegawaian ini di mata masyarakat amnya, sesorang pegawai semestinya
mempunyai atau memiliki sijil kelayakan untuk mengendalikan sesuatu pertandingan. Dengan adanya sijil
kelayakan yang diperakui, pegawai tersebut secara tidak langsung akan merasa lebih yakin, bersemangat
dan berani untuk menjalankan tugas. Pegawai yang mempunyai sijil kelayakan akan mempunyai lebih peluang
untuk didedahkan dalam pertandingan. Ini akan menjadikan beliau lebih berpengalaman, berkeyakinan dan
berketrampilan. Ini akan meningkatkan lagi mutu dan etika kepegawaian.

2. Bersabar Dan Bertolak Ansur Dalam Apa Jua Situasi. Sebagai seorang pegawai haruslah mempunyai
kesabaran di dalam menghadapi karenah dan gelagat peserta, penyokong, pegawai pasukan dan sebagainya.
Di antara karenah yang biasa dialami oleh pegawai-pegawai pertandingan ialah seperti kata-kata kesat,
lucah, menghina, mengejek dan sebagainya. Seseorang pegawai perlulah bersabar menghadapi situasi
sedemikian, sebaliknya menjadikan kata-kata tersebut sebagai perangsang atau motivasi agar bertindak
lebih cemerlang dimasa hadapan, supaya dapat mempertingkatkan lagi etika kepegawaian.
Pertengkaran merupakan lumrah yang dialami oleh pegawai, jadi, bagi menghadapi situasi begini, pegawai
seharusnya tidak panik, tenang dan tidak terburu-buru di dalam membuat keputusan. Sikap sebegini
seharusnya dimiliki oleh semua pegawai kerana ia dapat mengelakkan daripada berlakunya insiden yang
lebih buruk. Pegawai seharusnya boleh bertolak ansur tetapi tegas dengan peraturan pertandingan kerana
ia akan menjamin kepuasan semua pihak yang terlibat.

http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=187

Anda mungkin juga menyukai