Anda di halaman 1dari 5

1.

Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin
serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta
rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang
sihat dan cergas.(safi & mukmin)

2.Terdapat peribahasa yang menggambarkan kepentingan kerjasama dalam


masyarakat, contohnya ‘Bagai aur dengan tebing’.

Huraikan faedah-faedah mengamalkan semangat kerjasama dalam kehidupan


masyarakat majmuk di Malaysia. (asrul & akmal jamal)

3.Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda
bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan menyatakan keistimewaan-
keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung
tersebut sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.

Tulis surat itu selengkapnya.(akmal said & hashlian)

4.Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak


pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.

Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat


patriotisme.(aizat jamal & airil )

5. Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam
bidang tersebut.

Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan.(syafiq ariffin & rafiuddin)

6. Kesedaran dan komitmen masyarakat amat dituntut dalam usaha kita mengurangkan
kadar jenayah yang semakin meningkat khususnya dalam kalangan remaja akhir-akhir
ini.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.(annuar & amirul faridi)

7. Belakangan ini, penyakit yang berbahaya sangat cepat merebak dari satu negara ke satu
negara yang lain.

Jelaskan cara-cara untuk mengawal penularan wabak tersebut secara global.(nabil &amar)
8. Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ramai dari satu generasi ke satu generasi
terutamanya pada hari-hari perayaan merupakan suatu usaha yang murni.

Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha tersebut.(khairul anwar &naqiu)

9. Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit
jika dibandingkan dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai
bilangan ahli keluarga yang ramai.

Berikan pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dan kesan-kesannya.(aidi & aizat kali)

10. Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak
pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.

Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat


patriotisme.(amirul syazwan & fikri)

11. Anda sebagai ahli sidang redaksi di sekolah, telah mewancara Pengetua sekolah anda
tentang kejayaan memenangi tempat pertama dalam pertandingan “Sekolah Dalam
Taman” peringkat negeri.

Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.(amir maaruf & zhorif)

12. Amalan gotong-royong membersihkan persekitaran rumah bersama-sama ahli


keluarga bukan sahaja melahirkan suasana yang ceria dan mengelakkan daripada
penyakit tetapi juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

Huraikan.(ameer asyraf & huzai)

13. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan semua
pihak.

Bincangkan kesan-kesan gejala ponteng sekolah dan langkah-langkah untuk


membendung masalah tersebut.(irfan &amran)
14. Kenaikan harga minyak telah menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara-negara
di seluruh dunia.

Berikan pendapat anda.(syaz & ramzi)

15. Setiap tahun sambutan Hari Guru diadakan di setiap sekolah. Sekolah anda tidak
ketinggalan untuk mengadakan sambutan tersebut. Pelbagai program telah diadakan
oleh para pelajar untuk memeriahkannya.

Gambarkan keadaan dan suasana semasa sambutan berlangsung.(zarien & syamil)

16.Kepentingan sektor pertanian dalam pembangunan negara tidak boleh dipandang


remeh. Sebagai penulis di sebuah majalah anda berminat untuk mengupas isu tersebut
dengan mengemukakan langkah-langkah bagi memajukan sektor pertanian di negara
kita.

Tulis rencana itu selengkapnya.(nasrul &faeez)

17. Kecemerlangan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh guru tetapi juga melibatkan ibu bapa.

Bincangkan.(haiqal & emir)

18 Kawasan perumahan di tempat anda tinggal sering menghadapi masalah bekalan air.
Hal ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada penduduk setempat. Sebagai
ketua masyarakat di situ, anda diminta untuk membuat aduan kepada pihak berkenaan
dengan menyatakan masalah-masalah serta mengemukakan cadangan bagi mengatasi
masalah tersebut.

Tulis surat itu selengkapnya.(nur irfan & anam)

19. Anda telah menghadiri bengkel penulisan cerpen. Sekembalinya anda menghadiri
bengkel tersebut, anda dikehendaki menyampaikan ceramah kepada rakan-rakan anda
tentang teknik penulisan cerpen yang baik dan usaha-usaha menjadi penulis yang
berjaya.

Tulis ceramah tersebut selengkapnya.(qisti & hazwan)


20.Seorang rakan anda telah terlibat dengan gejala social yang serius sehingga rakan anda itu sering
mengabaikan pelajaran.

Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.(amin &asyraf

21.Pengenalan mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah mampu membentuk jati diri
generasi muda.

Berikan pendapat anda tentang penyataan tersebut.(nasoha & sofian)

22.Kemelesetan ekonomi member kesan kepada negara dan mendatangkan masalah kepada
keluarga

Jelaskan langkah-langkah untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kesan kemelesetan
ekonomi ini.(fahmi& hilmi)

23.Kebanjiran pekerja asing di negara kita meningkatkan meningkatkan kadar jenayah dan masalah
sosial.

Tulis sebuah rencana tentang penyataan di atas.(amir amirul &

24.Bencana alam seperti kejadian tanah runtuh yang berlaku di beberapa buah Negara di dunia
dikatakan berpunca daripada pembangunan tanpa perancangan

Ulaskan pernyataan di atas.(izzat nasa & zulhilmi)

25.Kejadian pembuangan bayi semakin berleluasa dan mendatangkan masalah kepada masyarakat di
negara kita .

Jelaskan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi.(hazim &amirul azmi)

26. Peningkatan jumlah pemilik kad kredit dalam kalangan masyarakat


menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia kini merupakan golongan yang suka
berbelanja.

Pada pendapat anda, bagaimana masyarakat Malaysia dapat dididik agar


menjadi golongan pengguna yang berhemat.(fakhrullah & qazwini)

27. Anda berminat menyertai satu pertandingan menulis rencana sempena


Pameran Pendidikan yang diadakan di tempat anda. Tajuk rencana tersebut
ialah Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Antarabangsa.
Sediakan teks rencana tersebut selengkapnya.(syafiq Othman & azri)

Anda mungkin juga menyukai