Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin
serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta
rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan.
Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang
sihat dan cergas.(safi & mukmin)
3.Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda
bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan menyatakan keistimewaan-
keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung
tersebut sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.
5. Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam
bidang tersebut.
6. Kesedaran dan komitmen masyarakat amat dituntut dalam usaha kita mengurangkan
kadar jenayah yang semakin meningkat khususnya dalam kalangan remaja akhir-akhir
ini.
7. Belakangan ini, penyakit yang berbahaya sangat cepat merebak dari satu negara ke satu
negara yang lain.
Jelaskan cara-cara untuk mengawal penularan wabak tersebut secara global.(nabil &amar)
8. Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ramai dari satu generasi ke satu generasi
terutamanya pada hari-hari perayaan merupakan suatu usaha yang murni.
9. Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit
jika dibandingkan dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai
bilangan ahli keluarga yang ramai.
Berikan pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dan kesan-kesannya.(aidi & aizat kali)
10. Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak
pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.
11. Anda sebagai ahli sidang redaksi di sekolah, telah mewancara Pengetua sekolah anda
tentang kejayaan memenangi tempat pertama dalam pertandingan “Sekolah Dalam
Taman” peringkat negeri.
13. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan semua
pihak.
15. Setiap tahun sambutan Hari Guru diadakan di setiap sekolah. Sekolah anda tidak
ketinggalan untuk mengadakan sambutan tersebut. Pelbagai program telah diadakan
oleh para pelajar untuk memeriahkannya.
17. Kecemerlangan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh guru tetapi juga melibatkan ibu bapa.
18 Kawasan perumahan di tempat anda tinggal sering menghadapi masalah bekalan air.
Hal ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada penduduk setempat. Sebagai
ketua masyarakat di situ, anda diminta untuk membuat aduan kepada pihak berkenaan
dengan menyatakan masalah-masalah serta mengemukakan cadangan bagi mengatasi
masalah tersebut.
19. Anda telah menghadiri bengkel penulisan cerpen. Sekembalinya anda menghadiri
bengkel tersebut, anda dikehendaki menyampaikan ceramah kepada rakan-rakan anda
tentang teknik penulisan cerpen yang baik dan usaha-usaha menjadi penulis yang
berjaya.
Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.(amin &asyraf
21.Pengenalan mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah mampu membentuk jati diri
generasi muda.
22.Kemelesetan ekonomi member kesan kepada negara dan mendatangkan masalah kepada
keluarga
Jelaskan langkah-langkah untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kesan kemelesetan
ekonomi ini.(fahmi& hilmi)
23.Kebanjiran pekerja asing di negara kita meningkatkan meningkatkan kadar jenayah dan masalah
sosial.
24.Bencana alam seperti kejadian tanah runtuh yang berlaku di beberapa buah Negara di dunia
dikatakan berpunca daripada pembangunan tanpa perancangan
25.Kejadian pembuangan bayi semakin berleluasa dan mendatangkan masalah kepada masyarakat di
negara kita .