Anda di halaman 1dari 15

UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN

Manual Pengurusan Sukan


Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad
Tajuddin
BAHAGIAN 1
Pendahuluan, Matlamat, Strategi dan Perlaksanaan

PENDAHULUAN

Segala kandungan dalam Buku Panduan ini merupakan kerangka dasar tatacara
pengurusan Majlis Sukan Sekolah. Pengubahsuaian adalah masih dan perlu
dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

MATLAMAT SUKAN DI SEKOLAH

Sukan di sekolah bermatlamatkan :


 Meluaskan tapak bakat.
 Melahirkan atlet berprestasi tinggi.
 Memupuk sikap positif dan disiplin diri.
 Merealisasikan konsep Sukan untuk Semua.
 Menggalakkan pendemokrasian dalam sukan.
 Menyemai keseronokan dan kebebasan dalam sukan.
 Membudayakan minat bersukan seluruh warga sekolah.
 Memastikan warga sekolah memperoleh pengetahuan asas sukan.
 Mewujudkan rentasan pengetahuan kesihatan, kecergasan dan keselamatan
dalam sukan secara tidak formal.

OBJEKTIF AKTIVITI SUKAN


Aktiviti sukan di sekolah disasarkan mencapai
 Keupayaan melahirkan sekurang-kurangnya seorang atlet berprestasi tinggi
setahun bagi mewakili daerah dan negeri.
 Warga sekolah yang berpengetahuan tentang aktiviti dan pengurusan sukan.
 Sukan sebagai wadah dan wahana pembangunan jasmani, emosi, rohani dan
intelek warga sekolah melalui aktiviti secara terancang dan sedar.

TEMA
Citius – (Speed in action), Altius – (High for goal), Fortius – (Strange in spirit)

VISI
Melahirkan atlet gemilang hasil penglibatan semua dengan menjadikan aktiviti
bersukan sebagai budaya seterusnya menghayati semangat kesukanan dalam rutin
kehidupan.

MISI SUKAN SEKOLAH


Misi Sukan Sekolah dibentuk berdasarkan konsep “ Pembangunan dan Pencapaian
Menyeluruh”.

1. Melaksanakan Program Pembangunan dan Permuafakatan Sukan dengan


pihak khusus seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, Persatuanpersatuan
Sukan, Perbadanan Putrajaya dan Individu-individu berkemahiran.

2. Mewujudkan Sistem Payung beberapa sukan terpilih .

3. Meningkatan keyakinan “Cuba dan Cebur” ke dalam diri setiap pelajar beberapa
sukan terpilih.

4. Menjadikan pengetahuan Sains Sukan sebagai ilmu utama dan teras kepada
segala aktiviti sukan.

5. Memperanankan secara berkesan amalam Penyelidikan dan Pembangunan


(R&D).

Misi ini diharapkan akan mencapai Sasaran Prestasi Peningkatan dan Pencapaian
Sepuluh Tahun.

TAHUN INDIVIDU PASUKAN ELIT


20002001
Wakil Daerah N. Johan Daerah 20022003
Wakil Negeri Johan Daerah Pelancaran
20042005
Wakil Negeri N. Johan Negeri Wakil Daerah
20062007
Pelatih Kebangsaan Johan Negeri Wakil Negeri
20082009
Pelatih Kebangsaan Ketiga Kebangsaan Pelatih Kebangsaan
Ringkasan Rancangan “Sasaran Prestasi Peningkatan dan Pencapaian Sepuluh Tahun

BAHAGIAN 2
Majlis Sukan Sekolah
PENDAHULUAN
Majlis Sukan Sekolah merupakan sebuah majlis yang dianggotai beberapa ahli majlis
bertujuan mengendalikan seluruh perancangan dan pembangunan sukan khasnya di peringkat
sekolah.
AHLI MAJLIS
Dicadangkan senarai ahli majlis seperti berikut :
· Pengerusi (Pengetua)
· Naib Pengerusi (Penolong Kanan KoKurikulum)
· Setiausaha (Setiausaha Sukan)
· Ahli Majlis
o Perancangan & Pembangunan
o Peralatan & Kemudahan
o Perhubungan & Seranta
o Program Sukan Untuk Semua
o Program Sukan Untuk Elit
· Guru Ketua Rumah Sukan
· Guru Penolong Ketua Rumah Sukan
· Guru Pengurus Permainan
“Majlis Sukan hendaklah sentiasa berhubung rapat dengan Setiausaha
KoKurikulum kerana terdapat pertindanan tugas dan fungsi khasnya dalam
pengendalian Pasukan Permainan.”
STRUKTUR ORGANISASI
MAJLIS SUKAN SEKOLAH
AHLI MAJLIS
*dilantik
JAWATANKUASA
PELAJAR
GURUGURU
RUMAH SUKAN
GURU KETUA
RUMAH SUK AN
SETIAUSAHA
SETIAUSAHA SUK AN
JAWATAN KUASA
PELAJAR
PENASIHAT
KELAB PERMAINAN
SETIAUSAHA
K OKURIKULUM
NAIB PEN GERUSI
PK HEM / PK K OKO
PEN GERUSI
PENGETUA
PERANAN AHLI MAJLIS SUKAN SEKOLAH
PENGETUA
· Menetapkan dasar dan garis panduan / peraturan serta menyediakan Rancangan Kemajuan
Sukan Sekolah.
· Mendapatkan maklumat daripada guruguru
berkaitan kebolehan, kecenderungan dan
pengalaman yang ada pada guruguru.
· Mengadakan mesyuarat sukan sekolah dan menggariskan perancangan dan agenda sistem
sukan di sekolah.
· Mengenal pasti dan menyelia jenis sukan / permainan yang akan dijalankan.
· Menyediakan kemudahan bagi membolehkan sesuatu sukan / permainan dijalankan.
PK KOKURIKULUM
· Melantik dan menyusun tugastugas
guru dalam bidang sukan.
· Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan.
· Memberi taklimat tentang Dasar dan Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah.
· Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua guru.
· Memastikan pelaksanaan aktiviti.
· Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti.
· Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan melaporkan kepada pihak pengurusan lebih
tinggi (Pengetua, PPD, JPN, KPM).
· Membuat perancangan untuk tindakan susulan.
· Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan.
· Tugastugas
lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.
SETIAUSAHA SUKAN
· Merancang program sukan secara keseluruhan.
· Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan serta aktiviti dan
program pembangunan sukan.
· Membantu pengetua dalam urusan pembelian peralatan sukan (sebaikbaiknya
dibuat
penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).
· Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
· Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan.
· Berhubung dengan guruguru
lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk penyelarasan
kemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan.
· Memastikan langkahlangkah
keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan sukan.
· Menyediakan papan maklumat berkenaan dengan aktiviti sukan di sekolah.
· Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan yang diperlukan.
· Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.
· Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan dan kemudahan sukan.
· Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan)” penggunaan
peralatan sukan.
· Mewakili pengetua bagi menghadiri mesyuaratmesyuarat
berkenaan sukan mengikut
keperluan dan arahan pengetua.
· Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta memastikan
peraturan dipatuhi.
· Memastikan guruguru
berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti sukan di
sekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan merekodkannya dalam satu sistem
pelaporan.
· Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu sistem rekod.
· Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan HEM / penolong kanan Kokurikulum
halhal
berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.
· Tugastugas
lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.
KETUA GURU RUMAH SUKAN
· Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
· Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan.
· Membuat mesyuarat agung rumah sukan.
· Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar.
· Mengendalikan secara bersama dengan setiausaha sukan aktiviti sukan di sekolah.
· Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod
· Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar kepada setiausaha sukan.
· Tugastugas
lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.
GURU RUMAH SUKAN
· Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada harihari
yang ditetapkan.
· Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan dan mengambil tindakan terhadap
pelajar yang tidak hadir.
· Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah.
· Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru permainan atau setiausaha sukan.
· Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
· Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
· Bersamasama
guru Ketua Rumah Sukan menjalankan halhal
pengurusan rumah sukan.
· Tugastugas
lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.
GURU PENASIHAT PERMAINAN
· Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan sekolah.
· Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan (jika
berkaitan).
· Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan sekolah.
· Merancang bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
· Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih berkemahiran.
· Memastikan dan berusaha boleh dijadikan tempat rujukan pelajar bagi peraturanperaturan
dan kemahiran asas permainan.
· Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim dan jadual yang ditetapkan.
· Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan.
· Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan.
· Menjaga kebajikan pesertapeserta
ke pertandingan.
· Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga untuk semua aktiviti yang
dijalankan.
· Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandingan (perlawanan) yang disertai.
· Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi pengurusan pasukan.
· Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan kemudahan dan peralatan.
· Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan
mencukupi sebelum, semasa dan selepas digunakan.
· Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
· Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkahlangkah
untuk mempertingkat
kualiti pasukan.
· Tugastugas
lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.
RUMAH SUKAN
Rumah Sukan terdiri daripada 5 unit dengan menggunakan satu sistem penentuan
pembahagian rumah.
Sistem tersebut menggunakan digit terakhir Nombor Pendaftaran Pelajar.
Contoh
Nombor Daftar 0073 / 02
tahun daftar
no. daftar
Nombor rujukan rumah ialah digit 3.
Senarai pembahagian Rumah Sukan
RUMAH DIGIT AKHIR
Bestari (Hijau) 0 dan 1
Perdana (Ungu) 2 dan 3
Putra (Kuning) 4 dan 5
Siber (Biru) 6 dan 7
Wira (Merah) 8 dan 9
BAHAGIAN 3
Pengurusan Kejohanan Olahraga
ALIRAN KERJA
Tugastugas
berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan kerjasama
Jawatankuasajawatankuasa
berkenaan:
Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkaraperkara
berikut:
í Cadangan senarai Jawatankuasa Induk.
í Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.
í Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.
í Tujuan / objektif / matlamat.
í Tarikh / masa / tempat.
í Anggaran perbelanjaan.
í Acaraacara
yang dipertandingkan dan kelas umur.
í Atur cara rasmi.
í Senarai tugas setiap jawatankuasa.
Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk
í Membincangkan kertas pelaksanaan acara.
í Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa.
í Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa.
í Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan.
í Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko.
í Perasmi dan atur cara rasmi.
Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
í Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko.
í Senarai semak kerja dan tindakan.
í Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan).
í Membentuk jawatankuasa kecil.
Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah)
í Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan.
í Penerangan tugas Pengurus Pasukan.
í Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.
Persediaan sebelum kejohanan
í Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan.
í Susunan jadual latihan rumah sukan.
í Penyediaan borangborang
§ penyertaan keseluruhan
§ penyertaan acara (untuk penyelia peserta)
§ keputusan
§ hakim penamat
§ pencatat masa
§ acara lompatan
§ acara balingan
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN
o Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah.
o Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
o Menyenaraikan acaraacara
yang dipertandingkan.
o Mendapatkan senarai peserta.
o Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.
o Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan.
o Menyusun tugasan Pegawai Sukan.
o Memastikan semua Pengerusi Jawatankuasa telah mengambil tindakan tugasan masingmasing.
o Menyediakan program pentadbiran.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH
o Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.
o Menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia.
o Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.
o Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah.
o Menyediakan khemah rumah.
o Menguruskan belanjawan dalaman rumah.
o Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.
o Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah.
o Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin.
o Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.
o Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.
JAWATANKUASA PERTANDINGAN
o Menyediakan borangborang
pertandingan.
o Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.
o Menyediakan nombornombor
peserta.
o Menyediakan atur cara hari kejohanan.
o Menyediakan pelanpelan
/ kedudukan gelanggang.
o Menyusun atur kedudukan khemah dan semua peralatan kejohanan yang terlibat.
o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA TEKNIK
o Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.
o Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai.
o Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.
o Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.
o Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.
o Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.
o Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
o Mendapatkan senarai nama pegawai.
o Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas).
o Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian.
o Memberi taklimat kepada semua pegawai.
o Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan Risiko.
o Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari kejohanan.
o Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada).
o Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada).
o membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA STATISTIK
o Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan rekod pencapaian kejohanan tahun
sebelumnya.
o Menyediakan Jadual Besar Pertandingan.
o Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa.
o Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan keputusan rasmi acara.
o Menyediakan program (perisian) keputusan.
o Membukukan semua keputusan mengikut acara.
o Menyerahkan keputusan kepada urus setia.
o Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah.
o Membuat Pelan Tindakan Risiko.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN)
o Membuat anggaran jumlah minuman yang diperlukan.
o Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman untuk peserta.
o Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus setia / tetamu.
o Mendapatkan penajapenaja
minuman (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
o Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan penyediaan.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
o *Jawatankuasa berasingan perlu diwujudkan jika terdapat jamuan khas.
JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
o Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
o Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program.
o Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA
o Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala pusingan tahun sebelumnya.
o Menempah hadiah / cenderamata untuk peserta / pasukan / pegawai / tetamu.
o Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
o Menyusun aturan pemberian hadiah.
o Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai hadiah.
o Menyediakan pengurus pemenang.
o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA PERASMIAN
o Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan kerjasama
Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol.
o Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.
o Menyusun atur cara perasmian.
o Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan).
o Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.
o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL
o Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan.
o Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
o Menyediakan dan melabel tempat duduk.
o Mengalualukan
kehadiran jemputan.
o Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
o Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama.
o Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada Jawatankuasa Hadiah.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN
o Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan pemberita.
o Berhubung dengan media tentang kejohanan.
o Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA IKLAN DAN PENAJA
o Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan.
o Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan.
o Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian.
o Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan pengiklan.
o Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa Buku Program.
JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA
o Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi.
o Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
o Memasang dan menyimpan peralatan.
o Menyediakan juruacara kejohanan.
o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
JAWATANKUASA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN
PERTOLONGAN CEMAS
o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko bagi keselamatan dan kecemasan.
o Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan sertamerta.
o Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas.
o Menyediakan pembantu bagi halhal
kawalan keselamatan dan kecemasan.
* Pelan Tindakan Risiko satu
perancangan tindakan jika berlaku halhal
di luar kawalan
dan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan
pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb.
SENARAI UMUM PEGAWAI KEJOHANAN
· Juri Rayuan
· Pengurus Kejohanan
· Penolong Pengurus Kejohanan
· Pengurus Teknik
· Penolong Pengurus Teknik
· Referi Balapan
· Referi Padang
· Ketua Hakim Balapan
· Ketua Hakim Padang
· Ketua Penjaga Masa
· Ketua Pengadil Lorong
· Ketua Pencatat
· Ketua Pengawas
· Ketua Penyelia Peserta
· Hakim Balapan
· Hakim Padang
· Pelepas
· Penjaga Masa
· Pengadil Lorong / Pencatat Pusingan
· Pencatat
· Penyelia Peserta
· Penolong Pelepas
· Juruacara
· Perangkaan dan Keputusan
· Hadiah
CONTOH UNDANGUNDANG
PERTANDINGAN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH
SMK PUTRAJAYA 1, PRESINT 8
UNDANGUNDANG
DAN PERATURAN AM
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI TAHUN
UNDANGUNDANG
PERTANDINGAN
· Pertandingan ini akan mengikut UndangUndang
KOAM dan Peraturan Am MSSM dengan
sedikit pengubahsuaian (akan dinyatakan).
KUMPULAN UMUR
· Kumpulan umur mengikut kategori berikut :
o Kelas 1 : Ting. 4 & 5 Lelaki (L1) & Perempuan (P1)
o Kelas 2 : Ting. 2 & 3 Lelaki (L2) & Perempuan (P2)
o Kelas 3 : Ting. 1 Lelaki (L3) & Perempuan (P3)
· Pesertapeserta
hendaklah mengambil bahagian mengikut kategorinya. Contohnya, seorang
peserta Kelas 2 tidak boleh mengambil bahagian dalam kumpulan Kelas 1 kecuali bagi acaraacara
terbuka bebas.
PERATURAN PENYERTAAN
· Acara Individu : Setiap Rumah Sukan hanya mesti menamakan dua orang peserta
untuk acara perseorangan.
· Acara Berpasukan : Setiap Rumah Sukan dibenarkan menamakan satu
pasukan sahaja untuk setiap kumpulan umur.
· Seseorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam tiga (3) acara individu dan
dua (2) acara lari bergantiganti.
· Penyertaan peserta bagi acara terbuka adalah bebas iaitu tidak termasuk dalam bilangan
penyertaan individu atau berpasukan.
PERMULAAN BAGI ACARA BALAPAN
· Bagi acaraacara
berikut, mulaan dekam (crouch start) mesti digunakan tetapi penggunaan
blok pemula (starting block) adalah pilihan peserta:
o 100 meter
o 200 meter
o 400 meter
o 4 x 100 meter
o 4 x 400 meter
ACARA PADANG (Berat, Jarak, Tinggi Permulaan)
Bil Acara L1 L2 L3 P1 P2 P3
1 L.Tinggi 1.30 m 1.20 m 1.15 m 1.00 m 0.95 m 0.90 m
2 M. Lembing 700 g 600 g 600 g 600 g 600 g 600 g
3 L. Peluru 5.45 kg 4.55 kg 4.00 kg 4.00 kg 4.00 kg 4.00 kg
4 L. Cakera 1.5 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg
ACARAACARA
BALAPAN DAN PADANG
2
· Setiap rumah mesti menghantar 2 peserta bagi semua acara balapan dan padang.
· Setiap rumah mesti mengenal pasti peserta terbaik antara 2 peserta bagi acara balapan 100
m, 200 m dan 400 m.
· Peserta terbaik tersebut secara automatik akan melayakkan diri ke pertandingan akhir.
· Peserta kedua terbaik setiap rumah akan bertanding dalam acara saringan dan 3 peserta
terbaik dalam saringan akan layak ke peringkat akhir.
· Pengundian lorong akan dilakukan secara rawak oleh jawatan kuasa teknik (tanpa mengambil
kira latar belakang pencapaian peserta).
· Acaraacara
yang dipertandingkan seperti berikut :
Bil Acara Kumpulan Umur Jumlah
1 100 meter semua 6
2 200 meter semua 6
3 400 meter semua 6
4 800 meter semua 6
5 4 x 100 meter semua 6
6 4 x 400 meter semua 6
7 Lompat Tinggi semua 6
8 Lontar Peluru semua 6
9 Lempar Cakera semua 6
10 Rejam Lembing semua 6
UMLAH 60
ACARAACARA
TERBUKA
· Acara terbuka terbahagi kepada dua kategori :
o Mengikut kumpulan umur (tarik tali)
o Bebas (acaraacara
lain)
· Acaraacara
yang dipertandingkan seperti berikut :
·
Bil Acara Penyertaan Jumlah
1 Tarik Tali kumpulan umur 6
2 Perbarisan rumah 1
3 1500 meter Lelaki & Perempuan 2
4 Keceriaan Khemah rumah 1
JUMLAH 10
MATA KEMENANGAN
Kedudukan Emas Perak Gangsa Keempat
Acara Individu 5 3 2 1
Acara Berpasukan 10 6 4 2
Acara Terbuka 20 15 12 9
Acara Khas 15 12 9 ** **
Tempat ke3,
ke4,
ke5
· Bagi acara Merentas Desa, kedudukan mata seperti berikut :
Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima
200 195 190 185 180
3
PERATURANPERATURAN
ACARA TERBUKA
· Tarik Tali
o Mengikut kategori umur.
o Setiap pasukan terdiri daripada tidak lebih 12 orang peserta.
o Pertandingan dijalankan secara kalah mati.
o Undian akan dijalankan bagi menentukan pasangan lawan dengan 1 perlawanan
pusingan awal, 2 perlawanan separuh akhir dan 1 perlawanan akhir.
o 2 pasukan terbaik akan menentukan Johan (Emas) dan Naib Johan (Perak).
o Bagi 3 pasukan yang kalah, kesemuanya menduduki tempat ketiga.
o Pasukan rumah yang gagal menyertai tidak akan mendapat sebarang mata.
· Perbarisan Rumah
o Setiap rumah mesti terdiri daripada 53 orang peserta dengan pecahan 1 pembawa
pelekat rumah, 1 pembawa bendera rumah, 1 ketua rumah dan 5 x 10 ahli rumah.
o Kedudukan giliran perbarisan mengikut susunan huruf (Bestari, Perdana, Putra,
Siber, Wira).
o Persembahan gimik di hadapan pentas utama dibenarkan dalam tempoh tidak
melebihi 15 saat.
o Pertandingan akan bermula daripada penanda bendera putih sehingga kumpulan
perbarisan meninggalkan padang.
· Keceriaan Khemah
o Rumah Sukan boleh menggunakan sebarang hiasan selagi tidak mengganggu
khemahkhemah
yang lain atau pandangan penonton.
PERATURAN PERBARISAN
· Keutamaan pemilihan individu seperti berikut :
o Ketua Rumah Sukan dan Penolong Ketua Rumah Sukan adalah peserta Rumah
Sukan.
o Ketua Pelajar bukan Ketua Rumah Sukan atau Penolong Ketua Rumah Sukan
adalah peserta Ketua Pelajar.
o Pengawas Pusat Sumber bukan Ketua Rumah Sukan atau Penolong Ketua Rumah
Sukan adalah peserta Pengawas Pusat Sumber.
o Peserta pilihan pasukan Rumah Sukan adalah peserta Rumah Sukan.
o Pesertapeserta
lain adalah peserta badan beruniform.
HALHAL
LAIN
· Semua peserta dikehendaki melaporkan diri kepada penyelia peserta 30 minit sebelum acara
bermula.
· Bantahan boleh dibuat dalam masa 15 minit selepas keputusan rasmi dengan cagaran
bantahan sebanyak RM100.00 (tidak dikembalikan jika ditolak) kepada Pengerusi
Jawatankuasa Juri Rayuan.
4
KANDUNGAN UMUM BUKU ATUR CARA
· Katakata
Aluan (Kementerian / Jabatan / PPD)
· Katakata
Aluan Pengetua
· Katakata
Aluan YDP PIBG
· Jawatan Kuasa Pengelola / Induk
· Jawatan Kuasa Kecil Kejohanan
· Jawatan Kuasa Pertandingan
· Senarai Kepegawaian
· Atur Cara Perasmian / Penutupan
· Atur Cara Kejohanan
· Undangundang
Pertandingan
· Senarai Pemegang Rekod dan Catatan Rekod
· Penghargaan
5

BAHAGIAN 4
Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah
PENDAHULUAN
Secara umum, aspek persediaan dan kepegawaian adalah hampir menyamai Pengurusan Kejohanan
Olahraga. Perkaraperkara
yang dinyatakan berikut adalah aspekaspek
yang dianggap khusus untuk
Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah.
PERATURAN AM
· Pengurus Pasukan mesti memastikan semua peserta berada dalam keadaan sihat dan
memuaskan untuk bertanding.
· Hanya pelajar yang mendapat pengesahan masalah kesihatan daripada pegawai perubatan
dan yang terlibat dalam kepegawaian sahaja dibenarkan untuk tidak mengambil bahagian.
· Peserta hendaklah mempunyai tanda pengenalan khusus kategori seperti warna kain pelekat
yang berbeza bagi kategori umur dan jantina yang berbeza.
· Pemberian mata boleh mengikut sama ada kedudukan sahaja atau kedudukan dan had
masa. Contoh kedudukan : Tempat Pertama = 20 mata ..... Tempat Kesepuluh = 3 mata.
Contoh had masa : Pesertapeserta
yang mendapat tempat sebelas ke atas dan
menamatkan larian dalam masa 1 jam akan diberi 2 mata.
JARAK PERTANDINGAN
Jarak yang digunakan Peringkat Daerah dan Negeri
· Lelaki Bawah 18 Tahun : 10 km
· Lelaki Bawah 15 Tahun : 8 km
· Lelaki Bawah 12 Tahun : 5 km
· Perempuan Bawah 18 Tahun : 5 km
· Perempuan Bawah 15 Tahun : 5 km
· Perempuan Bawah 15 Tahun : 4 km
Jarak yang dicadangkan (dan telah digunakan) di SMK Putrajaya 1 mengikut kesesuaian trek
larian.
· Lelaki : 7 km
· Perempuan : 4 km
KEPEGAWAIAN
Pegawaipegawai
berikut adalah tambahan khusus untuk Acara Larian.
· Pegawai Tunjuk Arah
o Mengiringi peserta pertama mengikut arah larian.
o Menunjuk arah kepada pesertapeserta
di simpang atau tempat yang boleh
mengelirukan peserta larian.
· Pegawai Semakan Check Point
o Membuat semakan nombor pelekat peserta bagi memastikan peserta mematuhi arah
larian, atau
o Mengagihkan kad semakan kepada peserta di check point terpilih yang tertentu.
· Pegawai Kawalan Trafik
o Memastikan keselamatan dan membuat kawalan lalu lintas laluan peserta.
6
o Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa
tempatan (Perbadanan Putrajaya)
· Pegawai Rondaan Pertolongan Cemas
o Bersedia dengan sebarang kemungkinan keskes
kecemasan sepanjang trek larian.
o Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak hospital atau agensi bantuan kecemasan
seperti PBSMM, St. John Ambulans atau Pertahanan Awam.
· Pegawai Loronglorong
Penamat
o Menjaga serta mengagihkan kad nombor kedudukan pada lorong penamat mengikut
kategori.
o Bertugas bersamasama
pencatat dan penjaga masa.
HALHAL
LAIN
· Latihan
o Latihan perlu dijalankan sekurangkurangnya
dua kali bagi setiap kategori. Contoh :
Latihan 1 untuk Peserta Lelaki sahaja. Latihan 1 untuk Peserta Perempuan sahaja.
Latihan 2 untuk semua secara serentak. Latihan serentak penting bagi menguji
keberkesanan Pengurusan Pegawai Pertandingan dan Kawalan Trafik.
· Langkah Keselamatan
o Peserta yang terakhir mesti diiringi oleh seorang pegawai bagi memastikan semua
peserta telah selamat tiba di garisan penamat.
o Pegawai Kawalan Trafik hanya boleh meninggalkan tempat bertugas apabila peserta
akhir telah melintasi tempat kawalannya. Pegawai Kawalan Trafik mesti dimaklumkan
pegawai yang mengiringi peserta terakhir.
· Kebajikan Petugas
o Perlu ada satu jawatan kuasa yang akan memastikan kebajikan pegawai khasnya
yang bertugas di sepanjang trek seperti penyediaan minuman dan payung besar bagi
tempat yang terlalu terdedah dengan pancaran matahari.
· Peta Larian
o Mesti disediakan dengan petunjukpetunjuk
yang jelas. Rujukan :
www.pjholds.com.my/service/precplan/htm
7
BAHAGIAN 5
Seliaan & Laporan
ASPEK SELIAAN
Perkaraperkara
berikut akan diaudit semasa penyeliaan dilakukan oleh pihakpihak
Pejabat
Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pnedidikan Malaysia atau
Jemaah Nazir Sekolah :
· Pengurusan dan Pentadbiran Am
o Misi Sukan Sekolah
o Carta Organisasi Sukan Sekolah
o Data dan Maklumat Guru
o Majlis Sukan Sekolah
o Sistem Pengurusan Sukan
o Pekelilingpekeliling
Iktisas Sukan
o Pengurusan Kewangan Sukan
o Pengurusan Kewangan SUWA
o Rancangan Tahunan Sukan
o Agihan Tugas Guruguru
Sukan
o Mesyuarat Pengurusan Sukan (sekurangkurangnya
4 kali setahun)
o Peraturan Am Kegiatan Sukan di Sekolah
· Sistem Fail
o Fail Induk
o Fail Pekeliling Am Perkhidmatan / Arahan KPM, JPS, PPD.
o Fail Maklumat Permainan
o Fail Analisis Keputusan Prestasi Sukan
o Fail Rancangan Perkembangan Staf / Kursus
o Fail Aktiviti Rancangan Sukan
· Pengurusan Sukan
o Perancangan Sukan
o Takwin Aktiviti Sukan
o Jawatankuasa Sukan Sekolah
o Jawatankuasa Kerja Sukan Sekolah
o Pengurusan Sukan Untuk Semua
o Pengurusan Sukan Untuk Elit
o Buku Teks dan Rujukan Guru
o Buku Laporan Sukan
o Program Peningkatan Prestasi Sukan
o Projek Khas Sukan
o Pengurusan Stor Sukan
o Pengurusan Bilik Persalinan Pakaian
o Pengurusan Bilik Darjah
o Pengurusan Bilik Sumber Sukan
o Pengurusan Rekod Kesihatan / Fizikal Pelajar (Atlet)
o Papan Kenyataan Sukan Sekolah
o Program Permuafakatan Sukan
o Penyelidikan dan Pembangunan
o Program Perkembangan Staf
8
o Pengurusan Bilik Gerakan
· Penilaian
o Analisis Keputusan Sukan Sekolah
o Post Mortem Sukan Sekolah
o Rekod Pencapaian Prestasi Pelajar
o Program Perkembangan Staf
o Papan Kenyataan Sukan
o Alatan dan Inventori
· Pusat Sumber / Penyelia Sekolah
o Carta Organisasi
o Perancangan dan Jadual Aktiviti
o Pelaksanaan Perancangan
o Rekod Stor Sukan
o Rekod Penggunaan
o Pengurusan Bahan
o Pengurusan Bilik Tayang
o Keceriaan
o Buku Rekod Bacaan
o Instrumen Pencerapan / Penyeliaan
o Rekod Pencerapan / Penyeliaan
o Laporan Jemaah Nazir
o Maklum Balas Guru
o Perkembangan Staf
o Takwin Penyeliaan Sekolah

Anda mungkin juga menyukai